Hari ni, pagi2 dah aku pening... sekarang kat office pun tengah tahan nak muntah. Sahur pagi tadi aku makan keli, buah apple, nestum+anmum. Lepas sahur, kepala still heavy, so aku baring. Tetiba pukul 6am, aku termuntah... Hmm. Tak sempat nak refill balik sbb dah habis masa. Harap2 hari ni, aku larat...Pagi tadi, ingatkan nak amik cuti tp bila teringat perlu habiskan Chapter 3 untuk subject Healthcare Management Information System, tu yg aku kuatkan jugak pegi keje. Sedey... now rasa macam berombak2 jer dlm badan ni. Nak muntah!Tak selesa giler
Semalam, akhirnya aku dan hubby jumpe gak bazaar kem tentera. Alhamdulillah, terbukak selera aku tengok masakan2 semenanjung. Ktorg beli ayam percik utara, nasi kerabu burung puyuh, nasi kerabu daging goreng, laksa tekan utara, laksa penang, lompat tikam, kuih cara, sup daging, keli sambal. Banyak? Memang! Tp bukan aku dgn hubby jer makan. Skali dgn mertua aku la. He he. Aku cuma nasi kerabu daging goreng, sup daging, hubby pulun sorg2 ayam percik utara dia. Selera memang tiptop la walaupun semlm aku tak puasa kan... sekali aku makan nasi kerabu tu, alamak... gone! Hilang terus selera makan. Kalau aku teruskan, mmg aku muntah.
So, lepas terawikh, aku baring jerr kat bilik. Perut lapar lg. Btau husband, aku lapar tp tak tau nak makan apa. Duk borak2 dgn husband sampai 10.30pm. Last2 aku masuk dapur, panaskan sup daging. Makan. Alhamdulillah, boleh terima. . Sup daging & apple . Lepas tu cepat2 baring sbb dah rasa nak muntah... terus tido cepat2. Heeee
Insyallah, hari ni plan nak g klinik lepas solat Jumaat kot. Doakan baby kami growing healthy yer..Amin
0 comments:
Post a Comment