Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Wednesday, July 11, 2012

Ujian N41 Unimas Dan Biodex!

Posted by mimie at 7/11/2012 03:08:00 PM
Assalamualaikum... selamat tengahari!
seronoknya.... hari ni aku cuti! Skrg tgh baring-baring atas katil tunggu mata nak lelap balik..hihi..

Sebenarnya hari ni aku amik cuti. Sebab ada exam kat Unimas. Aku punye la pikir exam tu macam SPA biasa. Dah org yg call tu cakap ujian bertulis. Post pegawai tadbir. memang lah pk macam ujian SPA ..rupa-rupanya idak le begitu. Jauh panggang dari api.

Ujian tu ada 3section. Masa sejam. Org call hari tu cakap start 8am-11am. Ye ye aaa je aku ingatkan tepat lah bak kata si penalipon. Rupanya start jam 11am habis 12pm. dengan keadaan aku yang kurang sihat, suhu badan meningkat, mata berair, kepala pusing, mengantuk tak tau nak cakap macamane...siap boleh tertido lagi. Just imagine, ktorg duduk dari 7.30am sampai 11am! Jenuh lerr pinggang menunggu kat bilik menunggu.bkan aku sorg la...semua pun dpt info macam tu. Td ada 29 peserta yg datang.hihi.

Satu lagi kejutan, 3 section tu rupanya, meeting discussion. Topik pertama meeting topik pengecualian PTPTN dlm bahasa melayu. Section 2 , meeting in english topic BR1M. Section 3, essay english BR1M.. naya betulah. Kakak yg call aku cakap ujian bertulis 3jam. Hampeh! Ptptn aku boleh goreng. Br1M , seriously aku cuma tau pemberian rm500 utk citizen yg gajinya kurang rm3000. Habis lah! Tapi takpe, kalau aku tak pegi, memang takde idea macamane rupe test untuk pegawai tadbir kan? ? ? Lebih kurang mcm PAC. Dulu, aku lepas PAC, sekarang wallahualam...

ok, stop pasal tu. Now cite biodex. Lepas selesai exam tu, aku pegi Biodex. Memang Biodex, bukan nye kedai herba, kedai jamu etc. So, aku jumpa consultant Biodex cerita masalah aku. So, aku agree to buy this:

Lotion, Feminin Wash, IGC Milk, SupreMix Original, SupreMix Chocolate

Ini cuma antara usaha. Jangan berdoa jer tanpa usaha kan? Makanan dia bukan berasaskan herba. Panjang nak citer. Kang tak tido petang plak. Ha ha .. nanti aku citer lg ok

SupreMix Original
SupreMix Original

Jeng..jeng ...jeng...atas tu cubaan pertama aku. Tu SupreMix Original yang mengandungi Soya, Beras perang, spirulina, noni, biji anggur dan teh hijau. No wonder warna ada hijau sket. Seriously, aku terpaksa tahan nafas jap. Bau dia aku tak suka :( bukan bau terok sgt pun tp entah, tak pandai explain. Taste? tawar, ada rasa buah tp mix sgt rasa dia. Very light. Rasa nak muntah plak. Tp, kene kuat kan semangat! Sebab kandungan dia memang complete untuk ibu dan baby dalam kandungan. So, aku minum tutup mata, tahan nafas. Hihi. Sebelum tidur nanti, kene minum IGC Milk plak. Nanti aku update camne rasa IGC. And, breakfast sok try SupreMix Chocolate..

IGC Milk

So, ni last intake before sleep. Aku mkn duphaston dulu. Amik masa sikit, sebelum tido, ready IGC tepi katil, minum dan tido. . . Rasa IGC? Hmm.. tak rasa apa pun. Susu yg tawar. Aku letak byk sgt air suam kot. Tp aku dpt terima rasanya :) ok, Good night.

2 comments:

mIzZhUdA87 on July 12, 2012 at 9:45 AM said...

dear,macam mane biodex tu?ok ke?how much ye?kalo lepas ni preggy nak gak cube..huhu..

mimie on July 12, 2012 at 10:38 AM said...

Ok la. semua berasakan buah dan makanan biasa jer. Khas untuk ibu mengandung, so rasanya memang tak bahaya, takde herba langsung. Dia bekalkan zat untuk ibu dan kandungan. Dan satu lagi, bak kata consultant Biodex semalam, dia membantu menguatkan rahim.

Saya try jer, salah satu usaha. Selain tu, kene rehat banyak jugak la. Selebihnya, serahkan pada Allah. Kita berusaha dan berdoa jer :)

Post a Comment

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare