Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Thursday, November 28, 2013

Nyum nyum nyum nyum

Posted by mimie at 11/28/2013 11:33:00 PM 0 comments

Nak update ape ek? Byk nak update tp kali ni aku just nak cakap, nafsu makan aku membuak-buak..... ha ha ha.. semua nak makan kecuali ikan bilis. Ohmai~ say NO to ikan bilis...

Good nite!

Thursday, November 7, 2013

Resipi Solid Food untuk bayi

Posted by mimie at 11/07/2013 01:12:00 PM 0 comments

Oke, ini menu yang pernah aku buat untuk Ameer Eskhandar. Aku tempek gambar je dulu keh keh keh. Nanti aku free aku jot down . Tp banyak lagi gambar aku belom edit ni. Hmm. Ni je lah dulu ok. Coming soon aku add pic yg dah siap aku edit.

Dalam setiap menu Ameer aku akan tambah 7biji kismis dan olive oil. Olive oil ni aku start bagi sejak dia masuk 8 months. Ayam pun aku start bagi masa 8months 1week. Aku lambat introduce ayam sebab nak bagi dia ready ambik another heavy protein. Oh.. kena ingat 4days rule tau kalau nak introduce makanan untuk baby. Sebab takut baby ada allergic atau sembelit ke apa. Satu lagi yang aku perasan pada Ameer, kalau dia makan potato, dia lambat membuang. So, aku suka mix dengan sawi. Aku kenalpasti sawi melancarkan penghadaman Ameer. Itu untuk Ameer lah. Lain budak lain karenah badan nya.

So far, ini antara makanan yang Ameer pernah makan setakat umur 8bulan:
1. Bubur nasi
2. Labu
3. Kentang
4. Broccoli
5. Carrot
6. Sawi
7. Bayam
8. Apple
9. Pear
10. Oren
11. Mangga
12. Kismis
13. Olive oil(Naturel brand sbb masa aku beli, tu jer yang ada logo halal kat kedai tu)
14. Ikan bilis
15. Ayam
16. Cheddar cheese
17. Sweet potato (keledek oren)
18. Baby biscuits (banyak brand. Korang cari jer kat kedai, sure banyak. Try ler)
19. Cerelac Rice+Honey (aku bagi untuk breakfast jer)
20. Baby oat porridge (aku bagi untuk breakfast jer)

Ape lagi ek? Nanti aku add lagi kalau ada yang tertinggal.

Eh, aku tak habis citer lagi tau. Nanti aku sambung. Ameer dah bangun tidur. Ololo anak ku sayang

Sunday, November 3, 2013

Ameer Eskhandar 8 months

Posted by mimie at 11/03/2013 12:19:00 AM 0 comments

Ameer Eskhandar achievements:

Duduk at 7 months 2 week.
Dari position baring-duduk-berdiri at 8months.
Berminat nak minum pakai gelas, baru start today and he enjoy it. Yup, Ameer dah mula minum air kosong pakai gelas! Bukan atas paksaan mommy tp dia tiru mommy. Amik gelas dan letak ke mulut. Slurrp slurrp bunyi minum..
Makan takmo pakai sudu. Nak mommy suap pakai tangan.
No more blended vege-rice-protein porridge.
Mommy buat resipi potato to replace rice.
Mula menari bila dengar orang nyanyi.
Mandi berendam dalam besen. Swimming!
Dah pandai berjalan ke sana ke mari pakai walker. Dulu duk reverse jer.

what else? Lupa dah...

Tapi, badan ameer nampak susut sikit. Last week ameer demam dari malam jumaat, lepas mommy bawak ameer jalan-jalan beli barang. Pagi isnin baru sihat. Tapi lepas tu, langsung xmo makan. Baru hari ni bila mommy suap pakai tangan, beria dia makan. Mommy bagi plain potato jer pon. Alhamdulillah. Mudahan naik balik lahhh badan Ameer. Amin.

Later i update more. Gtg

meh few photo dr ameer. pic ameer first time duduk atas tolley, main, demam, and yg pic ameer dgn abg adam berkaki ayam atas simen tu, sungguhlah anggun. ameer baru bangun tido, abg adam angkat ameer bawak keluar , letak atas simen. anakku berkaki ayam jalan atas tanah. hehe. takpe, bg dia kenal 'dimana bumi dipijak' haa.. dan, pic ameer temankan mommy pantau 'piccolo' aka kobelko merata tanah. 
Insya
Allah, tengah slowly nak buat rumah utk dijadikan rumah sewa atas tanah mommy babah. seronok giler ameer tengok kobelko tu..anak hai anak..semoga murahlah rezeki kita semua hendaknya..amin


Wednesday, October 16, 2013

AlFatihah Ayra Saffiya

Posted by mimie at 10/16/2013 10:15:00 AM 0 comments

Sedih hati tak terkata. Tak terungkap. Tak mampu ku tunjuk. Hanya hati yang merasa. Al fatihah buat anakanda Ayra Safiya, bidadari syurga peneman anakanda kembar Mommy di sana.

Ayra Safiya merupakan anak sulung sepupu 2 kali Mimie sebelah bapak. Baru berumur lebih kurang 3 bulan. Comel, cantik, manis orangnya. Meninggal dalam keadaan yang amat mengejutkan kerna kelihatan sihat walafiat fizikalnya. Tak perlulah aku share gambar manisnya, kerna memandang senyumannya, runtun hati ku. Terpilih dipanggil kembali di sisi Allah, sama seperti bayi kembarku yg telah dijemput dulu pada 4 may 2012, ayra dijemput pada malam Ahad lepas 13 oct 2013, di Kuching Sarawak. Aku faham rasanya. Bezanya, Ayra sudah mampu bergurau, anak-anak mommy masih di dalam sarungnya.

Ajal maut di tangan tuhan, tiada siapa menyangka bayi sihat dan comel itu sekelip mata sudah tiada di sisi. Demi menjaga sensitiviti keluarganya, tak mampu aku share di Facebook jua. Entah, sedihhh tak terkata. Pemergian Ayra terlalu mengejutkan. Baru pagi itu aku merenung wajah comel Ayra yg di upload ayahandanya di Facebook. Comel.

Kalau ditanya meninggal kerna apa. Satu jawabku, terpilih untuk berada di sana di awal usia. Alhamdulillah. Hikmah nya manis tiada terduga. Walau kini kita tertanya mengapa. Kita merancang, Allah menentukan. Manisnya pasti ada. Hanya Allah yang tahu.

Aku rasa serba salah nak upload n share gambar2 Ameer Eskhandar di Facebook. Risau, bingung ibu bapanya terasa akan kehilangan anak mereka. Semoga Allah kurniakan mereka ketenangan ketabahan dan segala kebaikan buat mereka. Semoga mereka dikurniakan anak-anak lagi.

Buat ayahanda bonda Ayra Safiyya, andai dirik maca tok, Doaku senantiasa buat kalian. Tabahlah sayang. Allah uji hambanya yang mampu. Allah sayang kalian. Allah sayang Ayra. Pahitnya kini, suatu masa InsyaAllah kita akan faham. Jangan ditanya mengapa. Kerna itu kerja Allah. Apa yang Dia tentukan adalah yang paling baik untuk masa hadapan, dunia akhirat. Allah tak mahu menyusahkan kalian di masa mendatang, Allah tahu kemampuan kita. Ada yang tersembunyi, yang tak mampu kita telan, Allah sembunyikan dari pengetahuan kita. Jangan tanya mengapa. Itu kerja Allah. Dia maha tahu. Dia maha pengasih. DIa maha penyanyang. Pasti hikmah itu jauh lebih manis dari pahit hari ini. Tabahlah sayang. Tabahlah. Sukar untuk redha tapi, cobalah...

Al Fatihah

**berita pemergian Ayra sebenarnya aku baru ketahui lewat petang semalam, 15oct :'(**

Friday, October 11, 2013

Husband off to work

Posted by mimie at 10/11/2013 11:06:00 PM 0 comments

Hari ni 11.10.2013 , husband balik kerja. Kali ni terasa cepat jer masa berlalu. Memang pun. Husband cuma cuti x sampai 5 minggu sebab bagi chance kat member dia balik untuk Raya haji since husband dah balik for Aidilfitri.

Hmm... not in the mood to update anything anyway..

I think thats all.

Nighty night!

xOxO

Friday, September 20, 2013

Alahai anak. Mommy dah kene panggil kerja

Posted by mimie at 9/20/2013 12:33:00 PM 1 comments

Received call pagi tadi dari office. Mehh aku pendek kan part penting.

Jane : If we call you to report back on October 2013, can you make it?

Mimie : What?!! Ho ho ho. (Sambil ketawa sendiri dan otak ku blank sebentar) .. Hm..Anyway, can you please get me the official one, then I will discuss with my husband. 

Jane : Ha ha. Yes sure dear. I cant help much but I will discuss with Dr Susie and the rest first then will get back to you ok?

Ohmai... dah kena report balik ke? Aku ingat cuti aku sampai May 2014 .. tunggu ameer besar sikit baru nak pk pasal keje ke tak. Sekarang aku kena pk betul2 plak. Hmmm. . . Banyak kena pk dowhhhhhh :'(

Situasi 2 :

Mommy masuk kelas bawak Ameer.

Mommy Mimie : oke class. Let me introduce you with my new assistant, Sir Ameer Eskhandar. He will be with us the whole semester. So, please welcome him and give endless support. (Sambil letak Ameer dalam stroller depan class)

Students : Hello Sir. Welcome (students greet Ameer)

tgh concentrate mengajo, suddenly, ameer uwekkk uweekkkk...

Mommy Mimie : class, please excuse us. Its feeding time!!!!!!""!

Sambil ambik Ameer untuk di susukan dan makan time!

Oke ke? Oke ke?

Ohhh.. apa nak buat anak ku. Tugas mommy dah memanggil balik. Im ur mother, and they need me as a lecturer. How? :''''(

Sigh...

Thursday, September 12, 2013

Ameer 6 months

Posted by mimie at 9/12/2013 11:22:00 PM 0 comments

**actually aku dah type untuk posting ni few days ago. Tp baru hari ni nak up balik. Heu heu heu**

Alhamdulillah, Ameer dah 6 bulan. Syukur ya Allah atas rezeki yang Kau berikan.

Lambat nak citer pasal perkembangan Ameer kali ni. Hmm. Busy sikit lately. Anyway, Ameer dah pandai meniarap angkat bontot dan dah mula berpusing. Berpusing dr kedudukan asal dia meniarap. Senang cakap boleh 360degree berpusing. Kalau penat meniarap, dia dah pandai rehat sekejap, baringkan kepala dia. Bijak! Kadang kadang, kalau biar dia sendiri, boleh lak dia bergolek sampai ke lantai. Hehe

Syukur, Ameer dah start solid food. First time makan mmg suka sangat. First time makan, menu dia bubur nasi + carrot + broccoli. Aku blend hancur. Suka giler dia makan. Aku pernah try bagi bubur Farex Instant. Dia tak suka sangat. Hmm. Anak ni suka yg mommy masak kot. Ameer....Ameer...

Gigi Ameer? Dr 4-5 months  hari tu dah nampak bayang gigi. Sekarang makin nampak cuma tak keluar lagi. Takpe, dia tunggu babah dia kot. Hehe

Ameer skrg banyak sangat celotehnya. Few days ago, dia dah mula sebut "babah" . Alahai... anak babah ni.. memang banyak ckp Ameer skrg. Alhamdulillah. Anak yang aktif!

Pasal hisap jari kaki? Hmm. I believe semua baby ada skill yg sama kot. Ameer mula hisap jari kaki first week babah nya balik Doha. Ada org duk cakap tanda nak adik. Hehe! Klakar lah pulak sebab aku tengok dalam BabyCenter hisap jari kaki tu salah satu development atau milestone baby. Ala ala meniarap camtu. Jadi kebetulan kot sebab bila baby dah pandai hisap jari tu maksudnya dah 5-6bulan, most parent dah ready for next baby. Err! Aku? Blom eyh..first period lepas bersalin pun tak jenguk lagi. Hihi.. masih nak breastfeed Ameer :)

Tu je kot nak update stakat ni. Daaa....

Pssstttt : Follow Ameer on Instagram & Keek! : ameereskhandar

Sunday, August 18, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted by mimie at 8/18/2013 11:36:00 PM 0 comments

Assalamualaikum..

Baru nak update pasal raya. He he. Sebelum apa2, aku nak btau, husband dah balik kerja on 16 August hari tu. So, tinggallah aku dgn Ameer je kat sini.

Update pasal raya? Oke. Sebelum raya ktorg dah balik Kuching dah. kiranya tahun ni beraya belah husband dulu la. First day raya, ktorg balik kampung blah MIL, kampung Rambungan Lundu. Ni lah first time aku beraya jauh dr family aku. Perasaan? Aku takmo emosi sangat, still happy sebab beraya kat kampung husband .

Day 2 raya, ktorg terpaksa bergegaS balik Bintulu sebab nenek aku buat gathering. So once sampai airport Bintulu, balik rmh terus drive ke Niah, Miri.

Day 3 barulah berehat kt bintulu. Then, pegi beraya kat Miri , terus ke Brunei. Lepas tu beraya kat kampung blah husband lagi kat Saratok. Yang ni blah FIL plak. Perghhh.. mmg travel je lah raya kali ni. Dari utara ke selatan.. Alhamdulillah, lepas kawin ni lah first time ktorg beraya bersama.

Aku up terus few photo lah kan. Malas nak type panjang2. Tp ada gak pic yg still dlm camera. Ada yg dlm camera BIL gak. Yg aku up ni, semua pic dlm hp aku jer. Next time kalau da masa aku up lg ok.

Btw, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Ampun maaf andai tersilap kata, terkasar bahasa.

**kalau nak photo update, meh ler follow instagram Ameer Eskhandar. Search jer ameereskhandar :)

Saturday, July 27, 2013

We are in Kuching

Posted by mimie at 7/27/2013 09:19:00 AM 0 comments

Hello good morning. Lemme update here as simple as i can.

Yes, we are now in Kuching. Since last Wednesday, 24. Back to our own house. As usual, will be here untuk mengemas. Katil, tv, almari bla bla bla yg besar2 smua dah angkut naik lori last month. Now bg clean and isi dengan brg basic balik. Need to buy few things.

Mat are with us since day 1. So he is staying with us here. Mat ni kawan hubby dr kecil lg. Ala ala BFF gittew. Dia dr Miri. and will back to miri bila kami balik bintulu. Heee.

As usual, bila balik kuching sudah semestinyalah ameer jumpa nenek dan atok. Apa lagi nenek dan atok. Happy la jumps cucu.hehe.

Ohya, semalam hubby terpaksa fly balik ke bintulu, day trip because of urgent matter. He need to submit 2 forms to BDA. Sebenarnya dia terbawak borang tu ke kuching which at first we plan to leave it to my brother to submit for him. Tp ada benda belum setel so we decide hubby jer fly direct ke bintulu. So malam sebelum fly, aku lah jadi travel agent, bertungkus lumus beli tiket. Jam dah pukul 10pm, tiket takdak lg, nak fly 7.10am next morning. Bila aku beli tiket, duit dah deduct dr maybank, tp dlm system still processing... please wait... sampai ke pukul 1am. Haishhh! Tak bleh jadi. So hubby call MAS customer care, setel!

Sendirian aku dgn ameer kat rumah, aku kemas rumah the whole day. While mat plak keluar dengan gf dia. Malam, mat terus ambik hubby, pegi terawikh, pukul 9pm baru amik aku n ameer. Then off we go! Mana? Sharing Planet Downtown.

Hm. Nothing to update more, this is just an another-ordinary-boring-post.

Yg penting, belom ada baju raya lagi . Theme dah ada. Baju jer takde. Hubby ajak shopping kat Jalan TAR tp aku malas. Whats the different from the one that we can find here in Kch? Takde lah Vogue sangat pon kan. Baik shopping sini beli baju vogue, jimat duit hotel. Ngeh ngeh ngeh. Next time, baju raya beli awal okay!

Daaa till now...

Sunday, July 21, 2013

Budak 3 tahun meninggal selepas 5 jam dalam kereta

Posted by mimie at 7/21/2013 12:35:00 AM 0 comments

"Ya Allah, Kau jauhkanlah kami dan keluarga kami dari sifat cuai yang membawa padah. Kau lindungilah kami dari bahaya dan malapetaka yang tidak diingini. Kau matikan kami dalam keadaan beriman dan matikan kami dalam keadaan mulia..Amin ya rabb"

Terlebih dahulu aku ingin ucapkan takziah buat keluarga kanak-kanak 3 tahun yang meninggal dunia, Nawal Iris Samsuddin. Al fatihah.

Ibu mana tak sayangkan anak? Rata-rata orang akan salahkan si ibu. Siapa tak geram kan? Kesian anak kecil yang tak tau apa. Bila aku baca, anak tu di temui dalam keadaan baju nya dikoyak dek kerana panas , ada kesan muntah dan najis, kebiruan, ya Allah... macam mana lah keadaan tangis nya masa tu. Ya Allah, tak dapat nak di gambar kan. Korang boleh search, ada yang sertakan gambar kanak-kanak tu. Aku tak sanggup nak share. Sedih.

Nak cerita pun sedih. Nak ingat, nak kenang, nak bayangkan pun sedih. Salah mak? Sebab terlupa anak kat belakang? Geram sebab kecuaian ibu kanak-kanak tu? Nak buat macam mana, dah nama ajal. Nak di elak macam mana sekalipun, ajal dia masa dan saat itu. Kita yang tinggal, jangan tambah beban si ibu. Jangan tambah sedih keluarga mereka. Aku yakin, sampai tua, sampai mati si ibu tak akan lupa. Ntah ntah, lepas tu dah tak nak drive kereta tu dah. Jual.

Salah, memang salah dia. Yang penting, kanak-kanak tu dah tenang di sana. InSyaAllah, dia akan bawa ibu bapa nya ke syurga. Aku yakin, ibu tu tak sengaja. Bukan dia tak sayang anak. Bukan dia nak seksa anak. Bukan dia tak pentingkan anak. Sampai satu masa, itu takdir dia. Sedih.

Mula-mula aku tau kisah ni dr husband aku. Then, aku terbaca keadaan anak tu ditemui , aku sedih. Dia koyakkan baju dia sebab tak tahan panas. Ya Allah. Sedih sangat. Aku bacakan part tu kat husband, husband diam. Membisu. Tiba-tiba dia cakap " saya tak suka dengar benda bodoh sangat macam tu" . Masa tu kami dalam kereta. Aku tau husband aku pun marah dgr berita 'cuai' macam tu. Siapa tak marah kan? Tp sekali lagi, itu lah takdir. Kita yang tinggal ni, kena selalu beringat. Sampai kat rumah, husband park kereta, dia cakap "kita tak kan tinggalkan anak dalam kereta macam tu" . InSyaAllah syg, mudah-mudahan dijauhkan sikap cuai, dijauhkan malapetaka, dijauhkan benda buruk.

Sudah.. jangan tambah sedih si ibu. Cukup penderitaan si ibu yang akan selamanya menyalahkan diri dia atas kematian anak kesayangan. Sudah..

Kita doakan mudah-mudahan tenang roh si anak.

Kita doakan tabahlah si ibu dan keluarganya.

Kita doakan dijauhkan dari sikap cuai.

Kita doakan keselamatan anak-anak kita.

Kita doakan sudah sudahlah kes macam ni.

Sama-sama kita beringat, tak ada ibu yang tak sayangkan anak.

Al fatihah . . .

Berita lengkap : Budak 3 tahun tertinggal dalam kereta maut

Aku letak link ni jer. Supaya korg ada idea aku cakap pasal apa. Korg search, sure byk lg berita & gambar.

Thursday, July 18, 2013

Flashback

Posted by mimie at 7/18/2013 06:17:00 AM 0 comments

Assalamualaikum... salam sahur.. salam subuh

Alhamdulillah, syukur ya Allah..

Syukur sgt atas rezeki yang tidak pernah putus dari Allah. Alhamdulillah... terima kasih ya Allah

Syukur jugak, dah masuk hari ke 8 kita berpuasa. Walaupun Ameer fully breastfeed, aku masih dapat berpuasa penuh. Semalam aku bertenaga sampai ke petang. Selalu bertenaga lah jugak tp semalam lebih bertenaga dari biasa. Padahal sahur nasi goreng kismis jer. Sebab kismis nya ke? Ntah lah.. macam biasa , aku amik madu, kurma, anmum lacta+horlick+oat, habbatussauda, jus delima. Mungkin bila tambah kismis lagi makin extra tenaga kot. Entah lah.. yang penting susu pun meriah, Alhamdulillah..

Ohya, back to my title, flashback. Pasal apa? Camni, dulu masa muda rumaja, pernah lah terpk nak baby boy for first baby. Haha. Cita-cita tu..... erk! Masa tu masih zaman university lg lahh.. tiba-tiba kauuuuu nak ade anak. Gedik melebih. Haihh!  Haha..

Tak tau lah apsal nak baby boy. Mungkin sbb aku berangan nak ada anak hensemmmmmm! Haha. Alhamdulillah, dapat dah sorg baby boy. Masa first time tau gender baby,which is masa ktorg buat 3D scan , masa tu kalau tak silap dalam 16-17w preggy, memang happy giler. Hubby terus panggil baby 'qushh' . Eh? Haha. Tp tak letak pun nama 'qush'.. aku ingat lg masa tu Ameer dah ngangkang tunjuk bird dia. Dr patricia suruh teka gender, hubby cepat jer cakap 'boy' . Aku jer tak nampak ' mana bird dia?'.. duk tercari-cari bebird. Hihi.

Tunggu ameer besar sikit nak dress up ameer ala ala ALONSO MATEO. Siapa Alonso Mateo? Malas la nak citer( ehem.. malas nak type panjang2) . Korang google sendiri. Aku sampai follow kat IG lg. Hemsem yuuu i tell u. Gahhhh! Hehe. Oh. Cakap pasal hensem ni.. dulu masa preggy ameer aku suka sgt tengok 3 manusia ni. Sam. Fazura. Randy Pangalila. Why randy? Why? Huhu. Tp Sam & Fazura mmg my-all-time-fave. Dr kecik sampai la ni... dan im a big fan of Kisah Cinta. Tak nak miss! Lepas solat, cepat2 duk depan tv. Haha

Ah... sudah lah. Nak continue tido. Hubby tak balik lg ni. Macam biasa lepas sahur hubby ke masjid. Nanti dia balik pukul 7am+, tak sempat lak tido. hehe ... sok lusa kita sembang lg naa....

Daaa for now lovelies!

Monday, July 15, 2013

Breastfeeding dan puasa

Posted by mimie at 7/15/2013 11:26:00 PM 0 comments

Assalamualaikum..

Hari ni hari ke 6 berpuasa. Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk aku berpuasa.

Susah ke breastfeed sambil puasa?

Susah kot. Tapi sebab anak jugak, jadi tak susah... camne tu?

Orang cakap, kalau puasa susu merudum. Orang cakap, kalau breastfeed then puasa, lemah longlai.
Orang cakap...

Aku cakap? Oke, susu merudum la tapi takde lah sampai tahap takde air susu yang keluar. So, kena la ikhtiar. Ikhtiar camne?

Macam-macam cara ada. Boleh buat stock. Ehem. Buat stock susu banyak-banyak sebelum Ramadhan tau! Amik supplement. Ape yg famous skrg? ESP & alfafa shaklee. Boleh try. Lagi? Minum banyak air. More than 3L. Minum susu anmum lacta+horlick. Lagi? Makan fenugreek pill (leh cari kat GNC..atau org melayu kita cakap halba).. lagi? Itu namanya ikhtiar. sapa lagi nak share? Sila share.

Tapi above all, aku suka kurma+jus delima+habbatus sauda+madu. Alhamdulillah, hubby belikan semua tu untuk aku dan Ameer. Kita ikhtiar, usaha. Selebihnya, pohon doa dari Allah.

Syukur, sampai hari ni aku masih mampu puasa penuh. Bertenaga jaga anak, masak, tolong mak & SIL jual juadah berbuka.   Alhamdulillah..

Mana nak layan anak lagi. Babah balik terawikh , ameer ajak main.macam subuh tadi. Hubby pegi masjid , solat subuh. Ameer tido lagi. Aku duk sibuk susukan ameer takut dia lapar..pukul 7.30am, baru hubby balik rmh lepas solat subuh & mengaji, Ameer lak bangun. Aku mengantuk giler tp sbb hubby dgn ameer dah mula main, aku pun tahan jer mata.

So, as a mother, kita kena yakin...susu ibu untuk anak kita sentiasa cukup. Sama-sama kita doa yer.

Aku off for now. Ngantukkkkk..
Nite everyone!

**Sorry yer update tunggang terbalik. Tgh ngantuk, baring nak tido ni. Ameer dah tido haa..

Pic ** hubby belikan kurma ajwa, jus delima, habatussauda seeds(jintan hitam), madu yemen** tqvm syg

Sunday, July 14, 2013

Officially July 14!

Posted by mimie at 7/14/2013 12:25:00 AM 2 comments

Its 00:08hrs today. Meaning to say dah masuk 14hb. Yay. Hubby will be back today, InsyaAllah. I cant wait. I cant wait.

Hmm .. suddenly teringat our twin baby. Tak sedih dah sekarang. Setiap kali teringat kat anak-anak mommy babah, Im proud to have em & Alhamdulillah sbb diberi peluang mengandungkan bayi kembar.  I believe Ameer Eskhandar also proud to have them as his bro&sis. 2 months lepas kahwin, mengandungkan si kembar. Imagine lah aku mengandung selama setahun, dari march 2012 sampai lah melahirkan Ameer Eskhandar february 2013. (Sepatutnya EDD ameer march 2013) Terima kasih ya Allah.. Syukur Alhamdulillah..

Eh, apsal tetiba ckp pasal si kembar ni? Haha! Plan nak dpt si kembar lagi next! Err... Tunggu ameer pandai jalan dulu. Skrg nak focus jaga ameer je tau. Mungkin sebab anak-anak kami kat sana tgh happy bulan Ramadhan kan? Teringin sgt nak mimpikan dorg..

Haish! Apa yg aku merapu ni. Apa kaitan dgn topic?Blurghh...

Back to topic. Actually plan asal sepatutnya aku dgn ameer fly to KL esok, jumpa babah kat KL, shopping raya. Tiket MAS murah giler,BTU-KUL rm22 include tax rm100 jer. hmm. Tp cancel sbb aku malas lak nak g. So, next time lah shopping raya.

Oke...tu je lah update for tonite. Off to bed now!

Assalamualaikum..

Wednesday, July 10, 2013

1 Ramadhan

Posted by mimie at 7/10/2013 12:37:00 PM 1 comments

Alhamdulillah, dipertemukan dengan Ramadhan lagi pada tahun ini. Syukur. Tahun lepas, aku tak dapat puasa penuh sebab mabuk teruk masa preggy ameer. Mula2 aku puasa jer. Tp Dr Ling advise jgn puasa sbb berat aku turun, tahap muntah aku yg sgt teruk. Aku amik 2nd opionion, jumpa dr sharifah, dia pun ckp tak payah puasa. So, aku cuma temankan hubby puasa jerr..Harapnya tahun ni penuh, InsyaAllah.

Heepppp. Puasa penuh tahun ni InsyaAllah, sebab aku masih fully breastfeed si Ameer Eskhandar. Until today aku belum period lagi. Yup  dah 4 months+ :) jangan salah anggap, tak period bukan bermakna aku pregnant tau. Hehe. Jangan tak tau, kalau fully breastfeed kadang-kadang boleh sampai setahun tak period. Bergantung dengan orang gak lah .. hehe. Kebarangkalian untuk period bg yg fully BF ni boleh jadi 6bulan ke atas. Kenapa 6 bulan? Sebab kebanyakan baby dah start makan masa 6bulan ni. So, maybe boleh start period lepas tu.

Oke, back to kisah 1 Ramadhan aku. Pagi tadi sahur makan nasik, broccoli dgn grill chicken. Air, dari malam semalam dah aku minum banyak air kosong. Sahur pagi tadi aku minum madu sidr yemen + air suam 400ml, then aku minum anmum lacta macam biasa tp kali ni aku campur horlick sesudu & oat 2 sudu. Yums! Tak lupa jugak buah kurma. Since kurma ajwa yg hubby bawak last time dah habis, so aku makan kurma biasa jer. tunggu hubby balik Ahad ni, aku dah pesan kurma ajwa.

Now, 3.15pm.. aku dah siap kan satu kuih untuk berbuka nanti. Kuih puteri ayu. Mak plak buat kuih kosui.. ptg nanti nak buat bubur pedas plak . yum yum!

** before sleep update**
Alhamdulillah, puasa hari ni aku bertenaga sampai ke petang. Syukur. Air susu pun, Alhamdulillah, masih meriah. Ameer plak, keje nya tido je dr pukul 2pm, bgun menyusu jap pkul 3.30pm, sambung tido sampai pukul 5pm. Sedap jer tido bulan puasa ni. Bg can kat aku nak buat kuih puteri ayu lah tu. Haha. Baek anak mommy babah. Bangun jer aku bg susu, lepas tu main sekejap dgn ameer bg dia sedar betul2 , baru bg mandi.

Malam td, memula elok jer tido. Aku cepat amik wudhuk nak solat isyak n terawikh, habis solat jer, terus dia berbunyi. Hmm.. last2 aku letak dia atas paha, aku plak teruskan mengaji. Habis satu surah, elok jer duduk dlm pangkuan aku.. good boy anak  mommy..

Kepada semua, selamat menyambut Ramadhan..InsyaAllah, semoga Ramadhan kita kali ni lebih meriah amalannya. Ampun maaf dari saya andai ada kesilapan, dalam sedar mahupun tidak.  Selamat berpuasa, selamat beramal!

Sunday, July 7, 2013

Ameer Eskhandar on Instagram!

Posted by mimie at 7/07/2013 01:48:00 PM 2 comments

Yay. We decide to create Instagram account for Ameer Eskhandar. We agree to post ameer daily or atleast weekly pose. And its kind of insta-blogging what. Blogging through photos, much effective kot.

So, boleh la follow ameer on instagram : ameereskhandar

Thank you lovelies!

Monday, July 1, 2013

Still still still.. fully breastfeed

Posted by mimie at 7/01/2013 10:15:00 PM 0 comments

Alhamdulillah, hingga ke hari ini Ameer Eskhandar masih fully breastfeed. Belum lagi aku perkenalkan formula untuk ameer. Mommy ingat nak top up breastfeed shield spectra 3. Sekarang tengah google2 , tinjau2 nak beli kat mana.

Ohya! Aku jugak takde halangan nak BF ameer in public (NIP). Rahsianya? Pakai lah nursing cover. Orang tak pandang serong pun, InsyaAllah... Aku pernah BF Ameer kat atas Menara Taming Sari Melaka. So far, itu rekod tertinggi! Ha ha. Pernah BF ameer kat  Nando's, Dominos, Coffee bean, KFC, McD, Sushi King.. mana-mana lah...He he..Alhamdulillah, husband pun bg full support. So seriously mudah.. Aku beli nursing cover ni sebaik sahaja aku habis pantang. He he. Aku beli dengan Deliagarden. Korang search lah kat FB ekk.. (as usual,sbb aku hapdet pakai hp jer, leceh nak masukkan link)

So, aku tinggalkan pic aku, nursing cover & ameer untuk korang. Spot the NC(nursing cover) . Banyak kegunaan tau.. tengok macam dlm pic aku bagi tu. Hekhek! yang kelakarnya, pernah skali, tgh BF ameer, tetiba sorg awek cun giler macam artesss lalu kat depan ktorg. Dia pandang aku, aku pandang dia. Husband pun pandang. Masa tu ktorg makan kat Dominos kalau tak silap. Tau kenapa? Nursing cover aku sebijik macam jacket yg dia pakai. Ha ha ha! Tak tahan nak gelak ok. Lepas dia pandang ktorg, dia tak jadi makan kat Domino, dan kluar dgn pakwe dia yg howt! Ha ha.. ok lah..Daaa for now...

Saturday, June 29, 2013

4 months old

Posted by mimie at 6/29/2013 11:37:00 PM 0 comments

Alhamdulillah, Ameer Eskhandar dah 4 bulan. 28/6/2013. Syukur, dah 4bulan Ameer minum susu mommy. Syukur, dah 4 bulan Ameer senang nak jaga. Kalau tidur, memang ikut timing dia. Alhamdulillah, setakat hari ni, tidur malam pun oke. Memang terjaga gak Ameer malam malam, especially first 2 months tp senang gak tidur balik lepas bg susu. Seingat aku, sekali jer mak terpaksa tolong tidurkan Ameer. Masa tu Ameer belum masuk sebulan atau sebulan lebih. Pukul 2am baru tidur. Syukur, Ameer senang sangat nak jaga. Usia Ameer 3bulan, dia dah pegi KL, Melaka, KK dan pusing satu Sarawak. Alhamdulillah, senang bawak dia jalan..

Tadi, mommy bawak Ameer pegi Pesta Gudi atau Borneo International Kite Festival. First time mommy pegi. Macam biasa, kalau bawak jalan, Ameer tak nangis langsung. padahal last dia menyusu pukul 4pm, balik rumah 7.30pm baru dia menyusu balik. Kesian anak mommy. Aku bawak jer nursing cover, tapi dia tak mintak, aku pun lupa nak bagi susu. Haishh...love u baby!

Sekarang, Ameer dah pandai pusingkan badan dia . Percubaan awal dia nak meniarap. Pernah sekali, bangun pagi pukul 5.30am, dia sengih sengih, pusing badan, pusing kaki. Almost dapat meniarap. Tapi still dia perlukan bantuan part nak angkat bahu dia masih tak confident . Tapi bila dah meniarap, dia mula la nak tolak kaki dia . Good boy!

Tidur malam pun confirm mengiring ke kiri. Letak jer atas katil, automatic tidur mengiring. Ameer ni senang nak tidur. Bagi dia menyusu badan, confirm tertido. Aku selalu dodoikan Ameer dengan zikir 'La Ilahailallah muhammad rasullullah' .. dia suka aku nyanyikan zikir tu .. setiap kali aku nyanyikan zikir tu, dia mesti senyap... syukur Alhamdulillah

Satu lagi, genap Ameer 4 bulan, mommy dah decide nak bagi Ameer try cloth diapers (cd) plak. Aku dah buat entry pasal CD ni, tp belom habis so aku tak publish lagi. Hhe. Aku beli dari Bummia Kids. So, first cd Ameer adalah Itti Bitti Tutto! Aku dapat RM88. Yay! Satu lagi aku try Snowdrop, murah sikit, RM59.  Aku try 2 brand ni dulu. Tengok camne. Next time nak try pikapu plak. Ahh... mommy dah gila dengan CD ! So pasni mommy slow2 pakai kan CD utk ameer. Mummypoko still ada gak, sbb stock CD masih sikit kan.. hehe. tp aku dah topup insert/soaker bamboo , pun beli dr Bummia Kids (RM55). Hopefully bermanfaat lah utk ameer. Kalau cun, aku plan nak tambah koleksi CD. Yay!

OK lah, Ameer dah tidur, aku pun ngantuk ni wehh. Ohya, jgn complain interface aku outdated. Aku seriously sampai sekarang tak bukak laptop lagi. Duk update post pakai hp jer.. So, terimalah hakikat bahawasanya blog aku tak comel. Alahaiiiii~

good nite lovers! Mwahs xoxo

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare