Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Saturday, June 29, 2013

4 months old

Posted by mimie at 6/29/2013 11:37:00 PM 0 comments

Alhamdulillah, Ameer Eskhandar dah 4 bulan. 28/6/2013. Syukur, dah 4bulan Ameer minum susu mommy. Syukur, dah 4 bulan Ameer senang nak jaga. Kalau tidur, memang ikut timing dia. Alhamdulillah, setakat hari ni, tidur malam pun oke. Memang terjaga gak Ameer malam malam, especially first 2 months tp senang gak tidur balik lepas bg susu. Seingat aku, sekali jer mak terpaksa tolong tidurkan Ameer. Masa tu Ameer belum masuk sebulan atau sebulan lebih. Pukul 2am baru tidur. Syukur, Ameer senang sangat nak jaga. Usia Ameer 3bulan, dia dah pegi KL, Melaka, KK dan pusing satu Sarawak. Alhamdulillah, senang bawak dia jalan..

Tadi, mommy bawak Ameer pegi Pesta Gudi atau Borneo International Kite Festival. First time mommy pegi. Macam biasa, kalau bawak jalan, Ameer tak nangis langsung. padahal last dia menyusu pukul 4pm, balik rumah 7.30pm baru dia menyusu balik. Kesian anak mommy. Aku bawak jer nursing cover, tapi dia tak mintak, aku pun lupa nak bagi susu. Haishh...love u baby!

Sekarang, Ameer dah pandai pusingkan badan dia . Percubaan awal dia nak meniarap. Pernah sekali, bangun pagi pukul 5.30am, dia sengih sengih, pusing badan, pusing kaki. Almost dapat meniarap. Tapi still dia perlukan bantuan part nak angkat bahu dia masih tak confident . Tapi bila dah meniarap, dia mula la nak tolak kaki dia . Good boy!

Tidur malam pun confirm mengiring ke kiri. Letak jer atas katil, automatic tidur mengiring. Ameer ni senang nak tidur. Bagi dia menyusu badan, confirm tertido. Aku selalu dodoikan Ameer dengan zikir 'La Ilahailallah muhammad rasullullah' .. dia suka aku nyanyikan zikir tu .. setiap kali aku nyanyikan zikir tu, dia mesti senyap... syukur Alhamdulillah

Satu lagi, genap Ameer 4 bulan, mommy dah decide nak bagi Ameer try cloth diapers (cd) plak. Aku dah buat entry pasal CD ni, tp belom habis so aku tak publish lagi. Hhe. Aku beli dari Bummia Kids. So, first cd Ameer adalah Itti Bitti Tutto! Aku dapat RM88. Yay! Satu lagi aku try Snowdrop, murah sikit, RM59.  Aku try 2 brand ni dulu. Tengok camne. Next time nak try pikapu plak. Ahh... mommy dah gila dengan CD ! So pasni mommy slow2 pakai kan CD utk ameer. Mummypoko still ada gak, sbb stock CD masih sikit kan.. hehe. tp aku dah topup insert/soaker bamboo , pun beli dr Bummia Kids (RM55). Hopefully bermanfaat lah utk ameer. Kalau cun, aku plan nak tambah koleksi CD. Yay!

OK lah, Ameer dah tidur, aku pun ngantuk ni wehh. Ohya, jgn complain interface aku outdated. Aku seriously sampai sekarang tak bukak laptop lagi. Duk update post pakai hp jer.. So, terimalah hakikat bahawasanya blog aku tak comel. Alahaiiiii~

good nite lovers! Mwahs xoxo

Tuesday, June 25, 2013

Berjauhan

Posted by mimie at 6/25/2013 08:54:00 PM 1 comments

For the first time ever... Ameer Eskhandar & mommy berjauhan seketika cuma. Sayang anak mommy..

Nangis lah jugak tp masa mommy sampai rumah, dia dah tertidur. Mak cakap dia gosok-gosok muka then tertidur. At first start with crying, then toleh kanan, toleh kiri, macam cari mommy.. dia cium bau mommy takde kot...

Dont worry anak, mommy love you so much dearie.

Saturday, June 22, 2013

Amalan aku masa mengandung

Posted by mimie at 6/22/2013 03:05:00 PM 0 comments

Assalamualaikum... salam tghari.

Received msgs from friends asking me about my pregnancy. Apa yg aku amalkan etc etc. Meh.. posting kali ni aku citer pasal apa yang aku amalkan sepanjang mengandungkan Ameer Eskhandar bin Azrul Azmil.

1. Awal pregnancy, aku dilanda evening sickness. Aku langsung x makan nasi, lauk, ayam, daging, etc etc. Asyik muntah jerr. So, aku replace dengan buah. Aku amalkan buah kiwi, anggur, oren, jambu. Seriously, setiap malam aku cuma makan buah tu jer. Nasib baik lunch aku boleh lagi makan nasi tp daging a BIG NO for me for the whole pregnancy.

2. Kurma. Aku amal makan kurma sepanjang pregnancy sampailah saat bersalin. Aku makan kurma dalam labor room. Awal preggy aku ada jumpa jus kurma. Aku maybe pernah post pasal jus kurma ni sebelum ni. Kalau rajin, sila search. Hehe.

3. Kismis. Sampai ke hari ni aku still makan kismis tok guru :) sampai nak masak nasi kismis tau. Masa preggy aku suka makan nasi kismis sugarbun.

4. Madu yemen. Yg ni aku tak makan tiap hari tp konsisten, memang ada makan the whole pregnancy. Aku minum sesudu madu campur air suam.

5. Membaca al Quran. Yang ni kami suami isteri cuba khatam Quran sepanjang aku preggy. Alhamdulillah, husband pun dah khatam 2 kali sepanjang aku preggy. Setiap kali lepas solat kami akan cuba untuk mengaji. Kalau sibuk kerja siang hari tu, aku cuba gak ngaji sebaris dua kat surau office. Selebihnya aku ganti lepas solat Asar, Maghrib, Isyak. Alhamdulillah.

6. Sepanjang pregnancy, sebelum tidur aku pasang surah Mariam, Yusuf, Yunus dan beberapa surah lain. Tapi setiap malam, tiga surah tu wajib. Kalau terjaga malam, aku continue lagi surah tu kat handphone. Masa preggy kan selalu terjaga masa tidur. So, bacaan surah- surah tu yang akan menemani aku dan Ameer( yg masa tu masih dlm perut) tidur. Jangan tak tau, seawal baby dalam kandungan lagi, dia dah boleh mendengar. Betul ke tak betul, Wallahualam. Yang penting, aku pasang tu setiap malam memang menenangkan..

7. Masuk third trimester, aku buat senaman ringan sendiri kat rumah. Korg boleh google jenis senaman. Aku pun google and youtube senaman tu. Lepas tu, aku sentiasa bergerak. Meaning to say, aku bukan jenis tidur siang, baring dan tido tido tido. Kan aku amik cuti since January, kat rumah pun sebolehnya aku terus bekerja. Tolong mak kat rumah dan kedai. Haa... jangan ingat aku amik cuti, aku tido jerrr.. sampai sekarang masih cuti dan aku tolong mak kat kedai. Tak tidur siang tau. Kadang- kadang tergoda tengok ameer tido tp still aku jarang sangat sangat tido kecuali terlampau penat.

Ape lagi ek? Nanti aku ingat aku post lagi oke. Sekarang aku curi masa tau. Tengah jaga kedai kebetulan customer takde. Sekarang dah mula ada balik. So, off sat... will continue later. Daa...

Psst... aku tak puas lagi nak citer sbnrnya. Termasuk citer pasal pengalaman aku bersalin hari tu. InsyaAllah dalam minggu depan nak citer in details. Daaa for now

Wednesday, June 12, 2013

Babah back to work again.

Posted by mimie at 6/12/2013 10:17:00 AM 0 comments

Assalamualaikum, salam sejahtera!

Husband dah balik kerja dah on 10 June 2013. Isnin. Tinggallah mommy & baby Ameer kat sini...sob sob sob.

Sedih? Sapa tak sedih kan. Tapi, itu lah tanggungjawab kami suami isteri, sampai masa, husband kena balik kerja, aku plak kena uruskan anak. Sedih tu memang sedih lah kan tapi aku tak suka nak sebarkan aura negative tu, jaja sana, jaja sini. Cukup lah kami anak beranak tau, kami saling kasih, saling cinta, saling merindu. Setiap kali husband balik keja, memang berat hati. Kene kuat lah kan.

Husband pun duk bgtau, dia berat hati setiap kali nak balik keje. Tapi, kami remind masing2, focus on what we are doing, InsyaAllah, tak lah terasa masa tu lambat sangat.

Dear hubby,

We love you. Awak focus dengan kerja oke. Dont think too much about us over here. We are doing fine, InsyaAllah. I know when u r back to work, awk tersangat busy sampai awak x tidur for few days. Remember, whatever u r doing, jaga solat, jaga makan minum, jaga kesihatan. Sila curi masa untuk berehat ok dear. Ameer tidur with ur 13B shirt. I will always remind him, babah pergi kerja for us. InsyaAllah, he will understand.Again, we love you. Always love you.

Love,
Mommy&Ameer

Sunday, June 2, 2013

Ameer complete his journey

Posted by mimie at 6/02/2013 10:20:00 AM 4 comments

Assalamualaikum...selamat pagi!

Hari ni, Ameer 94days old. Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik buat Ameer. Semoga terus dilimpahi dengan nikmat kesihatan yang baik dan sempurna buat kami.

Semalam, kami dah kat Kuching balik. Which means, Ameer dah complete jelajah 1 Sarawak by car, sampai ke Kundasang. Fuhhh! Syukur, dipermudahkan perjalanan kami.

Semalam, Ameer first time attend kenduri(selain kenduri aqiqah kat kampung hari tu). Kenduri kahwin Akhbar dan Ein kat Sri Aman. Aku pun first time pegi Sri Aman. Hehe. 31May, Ameer first time balik kampung sebelah babah. Jumpa saudara mara kat kampung. Jumpa Nek Wa, Nek Achang, mak sedara pak sedara yg ramai. Tido kat rumah Nek Wa.

Hari ni, aku plan nak continue kemas rumah ni. And get ready untuk cari penyewa. Penat? Sangat... sepanjang May, keje aku pack, unpack. Ikut babah travel sini sana. Sape cakap jadi housewife senang? Seriously lebih penat dari keje aku kat office tu haaa. Penat sangat. Tapi takpe, tiap hari tengok anak membesar depan mata :)

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare