Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Sunday, March 31, 2013

Bercuti

Posted by mimie at 3/31/2013 09:16:00 PM 1 comments

Hari ni, babah bawak mummy & Ameer pegi bercuti. Bila upload photo kat Facebook, memasing duk inbox/fbchat/whatsapp : 'dah habis pantang ke?' . Aku tak lah nak cakap modern sangat. Tapi, tak kan lah aku nak post gambar aku berkain batik, pakai pilis, pakai bengkung dalam FB kan. 

Aku berpantang gak. Pegi bercuti, aku bawak jer Set Berpantang Sendayu Tinggi aku tu. Aku makan gak vitamin yang doctor bagi. Tak tinggal. Aku makan gak pati ikan haruan. Hisshhh.. itu lah pemikiran sesetengah orang. Kalau berpantang, kene tunjuk kat semua orang 'gaya berpantang' . Camne gaya berpantang? Nampak penat, nampak lemah, slow sgt, berkain batik, tak boleh keluar rumah. Oke? Oke... nak kene post status kat facebook announce gambar pakai bengkung kot. Post kaki pakai stokin. Oke. Oke. Oke. Terimalah kenyataan. Aku emosi.

Mummy day 31 : 53.5kg
Baby : 4kg

Saturday, March 30, 2013

1 month old

Posted by mimie at 3/30/2013 07:18:00 PM 0 comments

Alhamdulillah, 30 hari yang lalu, lahirlah putera sulung kesayangan kami, 28/2/2013.

Hari ini, genap sebulan umur Ameer Eskhandar. Hari ni, Ami Mang sekeluarga dtg melawat Ameer. Alhamdulillah, Ameer tak buat perangai. Dia duk tido jerr.hihi

Hari ni, mummy d serang 'gegatak' . Tak tau nak explain gegatak tu camne. Senang ckp, mcm allergic, gatal, kembang, merah.

Kebetulan mak Ami Mang tau camne nk redakan gegatak tu. So, mak Ami Mang ubatkan. mak follow jer. Cara?
**daun sirih + cuka di gosok sekitar tempat gegatak**

Kesian nye diri sendiri...mak Ami Mang ckp, tak berjangkit. So, takde lah risau jangkit kat Ameer. Sebab breastfeed kan

Hopefully, cepatlah sembuh.

Oke, sempena 1 month old ni, mummy doakan semoga Ameer Eskhandar jd anak soleh, sihat, kuat, handsome, comel, pintar, bijak, berjaya dunia akhirat dan dikurniakan segala kebaikan. Amin ya rabb.

Tuesday, March 26, 2013

Ameer Eskhandar day -26

Posted by mimie at 3/26/2013 09:51:00 PM 0 comments

Ameer day-25 : 3.88kg

Bawak Ameer jumpa Dr Ho sebab redness kat muka. Dr cakap tu normal. Sebab heat. Dapat ubat sapu jer.

Babah lak pegi Kuching semalam. Alhamdulillah,Ameer oke jer kali ni. Babah buat italk call (video call) jer with Ameer. So far, Ameer respond positive.

Monday, March 25, 2013

1st outing..naaa...3rd one! at Day-24

Posted by mimie at 3/25/2013 09:42:00 AM 0 comments

Ameer went to Nek Atok's house.  

1st bottle for Ameer Eskhandar

Posted by mimie at 3/25/2013 09:40:00 AM 0 comments

Saturday, March 23, 2013

Day-23

Posted by mimie at 3/23/2013 10:54:00 PM 0 comments

Monday, March 18, 2013

Ameer day-18

Posted by mimie at 3/18/2013 10:11:00 PM 0 comments

Semalam Ameer xnak tido. Bangun pukul 9pm, bg susu, jaga sampai 2.30 am.

Mak pun bangun bila dgr Ameer nangis. Lama gak nak tenang kan Ameer. Sampai kita ingatkan dia demam. Hmmm ..

Babah pegi Brunei hari tu. Pukul 4am, babah bangun, mandi, terus jalan. Ameer nak ikut babah ke? Tu yg nangis takmo tido kot?



Wednesday, March 13, 2013

Breastfeed

Posted by mimie at 3/13/2013 05:21:00 PM 0 comments

Alhamdulillah, sampai hari ni masih breastfeed Ameer. Ingat nak try 6month. Klu mampu, buat sampai 2 tahun, InsyaAllah..

Semalam dah cuba breast pump Spectra 3. Percubaan pertama, pump pukul 11am, dapat 2oz @ 60ml jer. Alhamdulillah.. walaupun sikit, takpe, masih baru mencuba. Ada yg nasihatkan sy supaya pump tgh mlm atau pg. InsyaAllah akan terus mencuba

Thursday, March 7, 2013

Babah went to Kuching

Posted by mimie at 3/07/2013 12:26:00 AM 0 comments

Tuesday, March 5, 2013

28/2/2013

Posted by mimie at 3/05/2013 11:34:00 AM 1 comments

Experience 28/2/2013.

Pkul 10am pegi hospital sbb ada appointment routine check up dgn Dr Clarence. Sebelum g hosp, buat list nak shopping. Mak pun siap pesan few things to buy. Baru nak cari bantal baby n few things yg blm ready.

So around 10.15am sampai hospital terus masuk bilik doc. Xbgtau lg ada kluar darah sikit masa mandi 7am. Doc borak dgn husband, sambil amik BP. Smua normal. Pastu baru sy ckp ada klua darah very little at 7am camtu. Doc terus suh baring, scan. Masa scan, doc ckp

"baby is too deep down there. We cant calculate his weight. 3.2kg  as per scanner is error. We need to do VE now"

mmg ingt sgt dialog dia. dia suh husbnd pegang tgn sy, dia ckp sakit sikit. Yep, sakit dowh .. genggam tgn husband masa tu. Husband kerut dahi tgok darah. Then, doc ckp

"its 7-8cm!!! Nurse, we need to prepare LR. Bring siti to LR now!"

sy & husband bluurrr... Terus kene tolak pakai wheelchair masuk LR. Husband lak pegi receptionist buat registration. Sy masuk LR terus kene drip. Masa tu 11am, tak rasa contraction at all. Sy seriously mcm 'betul ke doc ni. Aku nak bersalin dah ke?' .. mak ayah tak tau lg. Dlm LR, bila husband dah masuk, baru call mak ayah n PIL. Semua tekejut. Doc check xde contraction , masuk pitocin. Doc pecahkan air ketuban... tengok alat tu macam seram jer.. rupanya tak lah sakit mcm kene seluk. Terus terasa panas.. oke, air ketuban dah keluar lah tu..

Contraction still mild until 2pm. Doc dtg buat VE, still 8cm. Sy dgn husband leh gelak2 lg. Ohya. Sempat minum air zamzam, mkn kurma n baca surah maryam dlm LR.

Tiba2 2.15pm, contraction dtg mengejut, tak habis baca surah maryam. Picit tgn husbnd. Doc baru ckp dia estimate sy bersalin at 4pm sbb bukaan still 8cm. Sy x tahan sgt, suh husband pggil nurse. Nurse check, dia pggil another nurse to call Doc

"full dilate, dont push yet. We need to prepare equipment n doc"

Doc dtg, LR bertukar wajah! Transform sekelip mata. Masa tu serious x tahan. Tu lah sakit yg paling kuat. Kene suh jgn push masa 10cm. Bila kene suh push, terus push. 3kali push, dah nampak kepala. Suddenly heart rate bby drop to 69, doc ckp vacuum. So, push yg ke4 , 2.40pm Alhamdulillah, baby dah ada atas dada :)

Alhamdulillah . Our Son

Posted by mimie at 3/05/2013 01:23:00 AM 2 comments

Assalamualaikum

Sorry lama tak update. Hihi.. meh nak bgtau sat..saya dah selamat melahirkan anak kami pada 28 February 2013(Khamis)

will update more soon .. tgh BF baby now.. hihi

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare