Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Wednesday, September 26, 2012

KKIA At 16w 3d

Posted by mimie at 9/26/2012 08:49:00 AM 0 comments
8.15am dah aku dtg. As usual, mmg kene tunggu berjam lah. Kalau tak sampai tghari memang tak sah kalau g sini. Normal lah kan, KKIA. Dah gov nak bagi free service, layan jer lah. Tp scan, aku g private :)

Alhamdulillah, hari ni dah 16w 3d. Husband baru datang dari Doha semalam. So, hari ni dia yg temankan aku buat monthly check up.

Semalam hubby bawak mandhi special dari Qatar. Dia cakap menu tu kalau kat Qatar memang makan sorg jer. Tp semalam kami makan 4 org pun tak habesss. Sedap sangat. Kambing dia, pergh! Lembut..

ok, berbalik pada my monthly check up. Will update the result later. Tp memang kena half day lah kat sini. Hu hu. Dtg awal pun sama jer..

Saturday, September 22, 2012

Enfamama?

Posted by mimie at 9/22/2012 02:41:00 PM 0 comments
Hari ni aku duk survey susu for pregnant mom. Selama ni aku minum anmum coklat jer. Sekali sehari, which is morning jer. Pastu aku kurangkan dr 4 sudu kepada 2 sudu.

Now, dah 3 kali kalau tak salah aku beli anmum. So, ingat nak try tuka susu. Since now, selera aku dah ok sikit. Dah buat survey sikit2 , majoriti suggest enfamama. Hm.. enfamama..

Thursday, September 20, 2012

Jumpa Pakar Pemakanan!

Posted by mimie at 9/20/2012 07:02:00 PM 0 comments
Hi hi. Hari tu kan aku g jumpa pakar pemakanan kat Klinik Jawa. Meh aku continue citer..

Actually hari tu ktorg berempat silap room. Tunggu kat room lain daa.. dtg 8.30am, tgok2 ktorg 4 jer. Doktor takde. Rupanya, kat room lain. Hak hak

Pukul 9am, baru tau kat mana. Aku ingatkan jumpa pakar pemakanan tu , ada kene check apa2 ker. Rupanya, masuk dlm conference room, dgr talk. He he. Doktor bukak slide, dgr cerita pemakanan ibu mengandung. Dia banyak citer pasal piramid makanan. Habis talk dlm 9.30am, continue dgn talk dirrea and vomitting. Pastu, doktor sign buku pink, DONE! boleh balik.. he he... tu jerrr. Macam attend kelas jerr..

Wednesday, September 19, 2012

Appointment Klinik Jawa

Posted by mimie at 9/19/2012 08:45:00 AM 0 comments
Morning... hari ni aku ada appointment dengan pakar pemakanan. Tp bukan kat klinik yg aku selalu g. Tetiba kene suh g Klinik Jawa, Jalan P Ramlee. Nasib baik tak sesat. Senang gak cari klinik ni. Aku dtg on time, 8.30am with another 3 moms. Tapi, aku sorg jer first pregnancy. Aiyark! Mommies lain dah 2-3 and akak sorg ni anak ke 6. Wah!

Hmm.. masuk jer sini, doktor plak takde. Ktorg kat tingkat atas. Sunyi. Cuma kami 4 jer. Tapi takde staff in charge langsung. Betul ke ni??

Tuesday, September 18, 2012

Bad News :'( Innalillah..

Posted by mimie at 9/18/2012 11:42:00 AM 3 comments
Setelah beberapa hari away.. baru hari ni aku jenguk RH. dan berita pertama yang aku terima, ada seorang member telah kehilangan anak dalam kandungan nya yang telah masuk 22 weeks. Ya Allah, terkesan di hati mendengar berita tu. Terus bergenang air mata membaca berita kehilangan baby girl kesayangan yang di nanti-nantikan. Al- Fatihah buat ma Ziyaad sekeluarga.

Kun Fa Ya Kun. Itu janji Allah. Tapi setiap yang berlaku, pasti ada hikmah yang jauh lebih manis dari apa yang kita nampak. Terlalu manis perancangan Allah yang tidak boleh kita nampak dengan mata kasar.. Kita tiada hak untuk menghalang.

Setiap kali apa yang berlaku, yang pada aku mungkin menyedihkan, aku selalu pujuk hati sendiri,

"Sebenarnya, apa yang kita tidak tahu itu lah yang lebih manis. Tersembunyi nun jauh di sana, perancangan Allah Maha Sempurna"

Berita sedih macam ni, baru lah menyedarkan kita... To be exact, menyedarkan aku, supaya jangan leka. Berawas dan berjaga sentiasa. Beringat dan bersedia setiap masa.


Ya Allah ya tuhanku, Semoga Engkau perkenankan doa kami para ibu, agar di beri keizinan buat kami mengandungkan zuriat kami sendiri di dalam rahim ini.. di beri keizinan agar kami melahirkan anak-anak yang kami kandung,apabila cukup tempoh kelahirannya , dapat melahirkan anak-anak kami secara normal,  sempurna kejadian nya, rupa parasnya,  cukup sifat, sihat zahir dan batin nya, iman nya, hati nya dan akal nya. Semoga kandungan kami dan keluarga kami sentiasa berada di bawah lindungan Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. . Amin Ya Rabb

Satu lagi berita yang aku baru tau masa aku lunch. . . Pemergian Arwah fath. Innalillah. Al Fatihah buat arwah yang tengah tunggu hari (37weeks). Arwah dikatakan meninggal dunia kerana mengalami tekanan darah tinggi dan bayinya tidak dapat diselamatkan. semoga arwah Nur fadzilah ( fa|thz|LeR ) berada ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin

Thursday, September 13, 2012

Hari Perut Besar

Posted by mimie at 9/13/2012 04:19:00 PM 1 comments
Hari ni aku tetiba rasa perut aku besar. Aku pakai baju kurung.. kain tak bleh zip terus. Perut lak menonjol. Wahh... anak mummy dah show baby bump nye ek.

Minggu ni, aku mula sakit pinggang sket. Mungkin baby dah mula membesar. 2 hari lepas, pegi rumah mak cik. Pastu, akak aku suh amik gambar. Lepas amik gambar, Ya Allah...tekejut tengok paha aku besar! Hak hak hak. Seluar nampak ketat giler. No wonder akak aku tegur apsal tak beli seluar preggy lg. Aku selama ni duk ukur pinggang macam still 33-34 macam mula2 minggu preggy hari tu. Tp makin lama, memang aku perasan seluar aku ketat. Rupanya bawah perut yg naik, punggung dan paha yang makin membesar. I just realized it 2 days ago. Haiyo!!!

Baju pregnant, seriously I need to change my baju2 etc. Bukan aku takmo shopping. Tp alang-alang aku plan nak shopping kat Sogo jerr. Aku dah siapkan shopping list! Pssttt encik husband, belanja saya okayyy! Cian baby duk dalam perut mummy yg sempit. Hukhukhuk... tq husband :)

Malam tadi aku duk berbual 'pillow talk' dgn akak aku & akak ipar aku. Borak mcm2. Pastu aku complaint panas. Terus akak ipar aku cakap itu biasa time pregnant. Belum lg lepas bersalin. Hihi. Akak ipar aku siap citer pengalaman dia bersalin 3 org anak. Actually akak ipar aku sama baya aku jer. Hihi. Seram sejuk gak aku dgr. Tp anak 3rd, dia cakap tak sakit. Lepas tengok muka anak, takde sakit nya.. Tak sabar nak tengok anak sendiri

Wednesday, September 12, 2012

Simsimi?

Posted by mimie at 9/12/2012 03:27:00 PM 2 comments
Selamat petang!

Hari ni, waktu lunch aku g byr bills Astro, electric, air, streamyx. Lepas tu g byr insurance kete, amik roadtax. Nampak senang ke? Susah sebab kene beratur! Dari pukul 11.45am aku leluar office, balik office lagi dalam 2.20pm. Alahai, terlajak timing plak! Takpe kan bos.... shhhh! :p

Oh... simsimi. Korang tau tak ape Simsimi tu? Tadi aku main dgn Simsimi. He he. Mengada nyer! Main takde niat apa pon. Suka-suka jerr.. meh aku kenal kan Simsimi tu siapa

Itu antara perbualan aku dgn Simsimi. Kalau korang nak, cer install sendiri application tu kat handphone canggih korg. Ngee... so, dr situ lah aku amik nama Simsimi...

Tuesday, September 11, 2012

2nd BSP

Posted by mimie at 9/11/2012 08:24:00 AM 0 comments
Morning ...

Hari ni continue bust Blood Sugar Profile. Aku monitor setiap 2 minggu. Bagus monitor camni. Hih. Seronok plak.

This morning at 6.45am . Before breakfast. Breatfast pg td aku minun anmum, crackers & pisang. Lets see what happen 2hours later

Kalau tengok bacaan sebelum aku ni macam tinggi je. 5.0.. tp still normal. Maybe malam tadi aku makan nasi dengan puyuh. Mama masak. Aku pegi rumah mother in law semalam. Sajer lepak sbb Ain dah nak balik Jordan hari ni. Balik dari rmh mama dah pukul 12am. Takpe, kakak aku dgn anak buah aku 2 org ada skali. Hehe. Kalau sorg2 , tak nak gak drive lewat camtu.

2 hours after breakfast. Result Alhamdulillah, masih normal which is 4.5. Masa ni tgh sibuk marking final exam paper student yg tak pandai habis!!

Lunch aku makan dgn abg aku, sister in law & kakak aku. Oh, tambah anak buah aku Adam, Wafa & Sofea kat Dayang Corner Satok. Nasib baik aku teringat nak cucuk before makan. So result before adalah:

Valid ke result aku ni sbb lepas amik result after breakfast, aku minum Horlick Fiber Up sbb lapauuu... boleh lahh.. hihi.. now tunggu result after lunch plak.

Result after lunch is...6.3 mmo/L. Alhamdulillah, masih normal...

Monday, September 10, 2012

Pening

Posted by mimie at 9/10/2012 11:36:00 AM 0 comments
Pagi ni, kepala pening... Sob sob sob...

Hmm. Kalau ikut LMP, due date aku 10 March 2013 = 14 weeks 1 day
Tapi kalau ikut last aku scan, due date 7 March 2013 = 14 weeks 4 days

Mana satu nak ikut eh? Aku tak sure jugak . . . Sebab tu aku ikut jer 10 March 2013 tu sbb tu estimated time kot.

Pening ni macam nak mintak tidur jer... Aku pun tak tau lah. pening sebab kurang zat ke kurang tido. heheh.

Ah... tak tau nak update ape daa.. Nanti aku ada idea aku update lagi... Chow for now! :)

Sunday, September 9, 2012

Alhamdulillah, Second Trisem!

Posted by mimie at 9/09/2012 10:26:00 AM 2 comments
Im officially enter my 2nd trisemester.. alhamdulillah

Semalam, susah nak tidur. Tak tau knapa.. bangun pagi ni, awal plak. Hmm. Tapi hari ni, aku rasa baby landing blah kanan plak. Selalunya duk blah kiri jer. Dia baru pandai berenang ke kanan kot. Hehe.

Semoga anak mummy grow healthy each day... amin ya rabb

Breakfast pg ni dgn mi kolok sup. Tengah hari plak lunch nasi lemak. Santai2 je kat rmh, pastu aku kemas dapur dgn bilik. Mop dua2 skali. Tp aku buat keje, kalau penat, baring dulu.. macam tu lah sampai habis. Takes time jugak nak mengemas time pregnant ni. Fuhhh.. penat.

Psssttt... aku suka sangat tengok warna biru. Tetiba jer nak beli dress warna biru jer semua. Hmm... kebetulan, aku memang tak banyak baju biru. Boleh di hitung..

Saturday, September 8, 2012

13 week & 6 Days

Posted by mimie at 9/08/2012 04:46:00 PM 0 comments
Saturday. Bangun pagi awal. Lepas tu, aku g Satok. Public Gold to be exact. Alhamdulillah...harga emas naik mencanak. Alhamdulillah, tetiba durian runtuh. Syukur. Rezeki baby. Hubby dah awal2 reserve some ammount for baby. Tak sabar nak shopping keperluan mommies & baby. Eh? Shopping plak ..hehe

Ohya, semalam aku g rumah mother in law. Mama masak daging rusa masak kicap. Alahaii.. lemah nye aku nak makan daging. Aku amik jer, testing tp aiseyhhh... daging ni aku lemah ni.

Tghari tadi aku makan ikan, udang & sayur paku. Selera giler. Bnyak gak aku makan. Dah hbis makan, aku rest cam biasa. Then masuk toilet, terus muntah. Ngee.. muntah lagi ker? Tapi skrg aku perasan aku cuma muntah skali seminggu especially time nak masuk week baru. Phewww~

Semalam aku dapat call dr KKIA batu kawah. Dia suh aku g Klinik Kesihatan Jawa 19 September ni pukul 8.30am. Ada pasal pakar pemakanan camtu lah. Alahaiii... tak nak g boleh tak? Sebab 26 September ada lagi appointment KKIA Batu Kawah. Timberland Medical Specialist plak masa week 20 nanti, kalau tak silap October. Banyak nye nak kene g. Tp atleast Timberland boleh g bukan office hours. Hmm

Oke. Bila time weekend ni kan, mata mengada plak taknak tido petang. Kalau weekdays, mak aihh mngntuk tak pyh cakap la. So, ni keje aku

Nutox time!!

Friday, September 7, 2012

Ramah Tamah

Posted by mimie at 9/07/2012 04:12:00 PM 0 comments



Aku upload gambar jer lah dulu... Aku jarang dapat online blog pakai laptop nih. Bukan ape, selalu bukak laptop buat keje. Bukak hp baru update blog. Pelik btul tabiat update blog pakai hp aku nih...haha... Ni aku update pakai laptop sebab mintak gambo dari camera office mate .. Alang-alang pic smua dalam laptop, aku upload jer dulu. .. Nanti balik rumah aku update citer di sebalik gambo2 nih..hehe

Wednesday, September 5, 2012

Kecuaian Membawa Padah

Posted by mimie at 9/05/2012 03:41:00 PM 0 comments
Nafsu makan aku mula buat hal. Aku rasa baby suka western & seafood jer.. daging lembu memang lama dah aku tak sentuh. Kambing.. raya hari tu, mak masak kari kambing perghhhh layan giler. Ayam? Pun aku tak makan kecuali chicken chop. Sup ayam, semlm aku teringin nak mkn sup ayam.brb.

..... semasa posting ini di buat, sampai perenggan sup ayam di atas, aku terus blah pecut balik rumah. Padahal masa ni aku tengah jaga exam. Dan ketika perenggan ini di type, aku telah berada di dalam exam hall semula. Masa sekarang 4.10pm. Dan masa aku chow kat atas 4pm.

Kenapa? Nasib baik aku sebut sup ayam. Lepas lunch tadi, aku sempat balik rmh jap. Aku lunch mcm biase dgn member office. Tp hari ni tetiba aku drive kete sendiri sbb aku lambat sikit keluar. Dorg klua 11.30am. Sebab aku ada kelas, aku suruh dorg g dulu, aku follow after habis kelas. As usual,lunch di lauta

Lepas lunch, aku tengok jam awal lagi so aku decide nak balik rmh jap. Aku balik rmh sempat lelapkan mata. Tp sebelum tu, aku panas kan sup ayam yg aku masak malam tadi. Then, tertido

Jam 1.30pm, baru aku balik ke office. Pukul 3pm, aku jaga exam until posting perenggan pertama di tulis. Aku baru teringat sup ayam yang aku panaskan lunch tadi. Oh mai... tu yg aku bergegas balik rumah. Rumah memang tak jauh pun. Ulang alik kalau pecut ada lah dalam 10 minit. Sepanjang driving, aku baca ayat kursi berulang-ulang .

Alhamdulillah, rumah takde apa-apa. Tapi sup ayam dah rentung habis. Nanti aku upload gambar. Kalau husband baca ni, memang kene lah aku. Imagine lah dari 1pm (atleast) sampi 4pm, 3 jam sup ayam tu di paNaskan. syukur takde apa2. Alhmdulillah

Nanti aku citer lg...

Tuesday, September 4, 2012

Penat Sangat

Posted by mimie at 9/04/2012 09:50:00 PM 0 comments
Balik keje, pulun zinger & cheezy wedges. Ohsem

Sampai rumah, penat sangat so aku decide nak rehat jap. Nanti sket masak. Tp, aku tertido plak. Memang penat sangat minggu ni. Kenapa ek?

Pukul 8pm baru nak masak. Tp aku cuma masak sup ayam jer. Aku buat pakai wing. Part lain mmg tak selera lah. Nasi? Pun tak selera lah. So, aku makan sup jer. Yup, sup jer.. ayam aku tak makan. Hampeh! Penat jer masak sup ayam tapi tak makan ayam. . .

Penat nyer. . . Encik suami, nanti kalau dah balik, tolong masak, kemas rumah, bersih rumah. . .oke? Hihi

Does Baby Start Kicking As Early As Week 13?

Posted by mimie at 9/04/2012 08:27:00 AM 0 comments
Assalamualaikum

Pagi ni, aku susah sangat nak bangun. Kepala rasa berat. Pening sikit. Tp aku gagahkan jugak sambil usap - usap perut.

Before pegi office aku singgah beli bihun goreng 2 bungkus. Sampai office je aku pegi amik air kat pantry. Tetiba aku rasa perut aku macam di cuit. macam di tendang dari dalam. Eh. Baru 13 weeks. Tak kan lah. Tp sekali tu je. Aku pegang area tu, usap2. Tak tau lah, apa yang aku rasa tu. Tak pernah rasa plak sebelum ni. Tak kan baby kick or baby movement kot.

Lepas tu, aku breakfast cepat2 sebab at 8am student aku ada test 1. Now, student tgh buat test lerr. Hihi...

Ohya, aku baru teringat. Malam tadi lepas makan aku tertido depan tv. Bangun pkul 10 sebab husband call. Berat sangat rasa kepala. Habis je husband call aku masuk bilik nak tido tp teringat sebab belum makan iron. So before tido aku makan iron. Hmm. Sebab iron ke aku pening bangun pagi ek? Tapi malam tadi aku dinner sampai 4 ketul wing aku makan. Aku sajer goreng 4 ketul sebab plan asal makan 2 ketul, 2 ketul lagi nak bawak pegi office hari ni. Tp last2 semua skali aku telan. Hmm..

Sunday, September 2, 2012

Officially 13 Weeks

Posted by mimie at 9/02/2012 05:39:00 PM 0 comments
Assalamualaikum...

Today, im officially in 13 weeks. Minggu terakhir dalam trisemester pertama. Baru bermula minggu ke 13. Panjang lagi perjalanan

Orang cakap once entering week 14, probability of miscarriage become low. But however, aku masih belum berani nak tarik nafas lega.

Masuk minggu ke 13 ni, semalam muntah terok. Hari ni, aku rasa loya semacam. Pagi tadi ambik mama balik keje, terus pegi breakfast kat Pak Amit Cafe. Aku makan laksa, mama rojak ayam, Ain mi kolok & bapak mi kolok. Oke, that is ok... tang air plak aku silap order. Sepanjang pregnant ni, aku tak minum teh, kopi. Tp pagi tadi, aku order teh tarik. Lepas breakfast jer, ktorg pegi pasar minggu then hantar Ain pergi perjumpaan university-mate nyer. Then, aku mama n bapak balik rmh. On the way back, aku dah rasa tak sedap badan. Nak muntah. Sampai rumah jer aku terus baring.

Petang, kat rumah minum teh susu. Habis minum, aku rasa nak muntah. Now, baru aku teringat, semalam aku minum teh susu. Mungkin sebab teh susu aku muntah semalam. I mean, susu manis.

Esok dah start keje. Aku masih tak puas nak tidur. Entah lah. Sekarang hobi aku memang tidur. Kalau member ajak keluar, aku fikir 2-3 kali. Nak tidur, nak tidur, nak tidur.. pemalas!

Saturday, September 1, 2012

Shopping With In Laws

Posted by mimie at 9/01/2012 07:50:00 PM 0 comments
Assalamualaikum... selamat malam..

Hari ni , ktorg g Serikin. Pagi2 gerak dr rmh mertua pukul 7.15am, amik mama balik keje. Mama shift malam. Lepas tu terus direct pegi Serikin. Aku, mama, bapak & Ain (my family in laws)

Sampai Serikin, ye ye je jalan sesama at first. Tgh bz belek2 barang, tetiba mama dgn bapak missing. Tinggal aku dgn Ain jer. Haha... last2 , aku jln dgn Ain, mama bapak sendirian berhad. Oke. Baru first 3 kedai , aku dgn Ain dah borong okay. Biaselah, golongan muda remaja.. mmg shopping tu hobi.

Dengan panas terik nye, aku dgn Ain gigih shopping. Aku memula , ' kalau tak larat jalan ni, duduk jer kat kedai mkn sambil tunggu dorg habis shopping' . But end up with jalan sampai hujung! Syabasssssss! Banyak shopping! Tp tak dpt nak celen Ain lah. Takpe, kat sini murah. Nanti Ain balik Jordan susah nak dtg lg haa...

Aku leka sgt dgn shopping lupa nak amik gambar sgt. Ada pun beberapa gambar yg x cun. Jumpa bapak kat hujung without mama. Ha ha. Sah2 mama leka sgt shopping. Last2, ktorg balik around 12pm . Fuhhhh. Terikkkk giler.

Pic ni takde kaitan dengan kami. He he. Masa aku nak amik picture ni, tetiba lak ada org masuk. Aku amik jer lah picture.

on the way back, bapak singgah kat Gua. Tak tau nama gua ni. Kat sini baru teringat nak bergambar. Masa ni muka memasing dah basi. Basi berpeluh kat Serikin. Sun burn skali. Isk! Takpe, janji ada gambar...Balik dr gua plak, singgah pasar sayur. Macam2 jenis tumbuhan yg boleh dijumpai kat sini. Awesome!

Sampai rumah dah nak dekat pukul 2pm. Masing2 dah penyek habis. Terus lelap. ...

Malam lak, makan before Maghrib. Ktorg masak kerang kicap, udang, sayur pucuk labu+labu, buah pink( tak tau nama..aku tak pandai mkan), telur penyu (aku tak pandai mkan), ulam daun...err...lupa nama daa.. pun aku tak reti makan. Most of the menu dibeli di Serikin. Kecuali udang. Perghhh! Dengan perut lapar, aku bantai makan. Sedap. And aku end up dengan muntah dgn jayanya! Tp bukan on the spot muntah. Lepas berehat around 30minutes, aku mandi, masa tu lah muntah with no signal. Kalau sebelum ni mmg rasa gak signal nak muntah. This time, tetiba...burst. muntah sampai 3 kali. Habis semua kerang yang aku makan. Errr... ingatkan dah cuti dari muntah. Rupenye, kali ni lagi banyak muntah. Fuhhh..

Oke lah... so far, itu jer hapdet hari ni. Ohya, since cuti merdeka panjang sikit, aku ' berambeh ' (dlm bahasa Sarawak .. maksudnye..err... lepak sambil tido kot.hihi) rumah mertua aku. Normally kalau aku takde ape2 hal, weekend, aku tido rmh mertua. Kadang2 takpyh tunggu weekend gak. Tengok lah kalau cuti, mmg try to spend time kat sini. Hubby pun takde kan. Aku jerr lah lepak sini.

Oke, selamat Merdeka raya!!!!

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare