Kun Fa Ya Kun. Itu janji Allah. Tapi setiap yang berlaku, pasti ada hikmah yang jauh lebih manis dari apa yang kita nampak. Terlalu manis perancangan Allah yang tidak boleh kita nampak dengan mata kasar.. Kita tiada hak untuk menghalang.
Setiap kali apa yang berlaku, yang pada aku mungkin menyedihkan, aku selalu pujuk hati sendiri,
"Sebenarnya, apa yang kita tidak tahu itu lah yang lebih manis. Tersembunyi nun jauh di sana, perancangan Allah Maha Sempurna"
Berita sedih macam ni, baru lah menyedarkan kita... To be exact, menyedarkan aku, supaya jangan leka. Berawas dan berjaga sentiasa. Beringat dan bersedia setiap masa.
Ya Allah ya tuhanku, Semoga Engkau perkenankan doa kami para ibu, agar di beri keizinan buat kami mengandungkan zuriat kami sendiri di dalam rahim ini.. di beri keizinan agar kami melahirkan anak-anak yang kami kandung,apabila cukup tempoh kelahirannya , dapat melahirkan anak-anak kami secara normal, sempurna kejadian nya, rupa parasnya, cukup sifat, sihat zahir dan batin nya, iman nya, hati nya dan akal nya. Semoga kandungan kami dan keluarga kami sentiasa berada di bawah lindungan Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. . Amin Ya Rabb
Satu lagi berita yang aku baru tau masa aku lunch. . . Pemergian Arwah fath. Innalillah. Al Fatihah buat arwah yang tengah tunggu hari (37weeks). Arwah dikatakan meninggal dunia kerana mengalami tekanan darah tinggi dan bayinya tidak dapat diselamatkan. semoga arwah Nur fadzilah ( fa|thz|LeR ) berada ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin
3 comments:
salam takziah..
saya juga kwn kpd pazi aka fazilah.
sangat sedih arwah pergi dengan baby:(
mungkin ke kita kenal antara satu sama lain??:)
awak ahli BDN ke?
Takziah buat rakan ziyaad n arwah fath.
Saya kenal mereka dari forum RH jer. Takpernah bersua muka tp 2 berita yg saya baru tahu hari ni sangat memberi kesan. Al fatihah buat arwah fath
BDN tu ape ek?
oh... saya kenal dia dari forum Bincang Dot Net.BDN.
al fatihah..
Post a Comment