Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Friday, May 31, 2013

Ameer first to swimming pool!

Posted by mimie at 5/31/2013 08:52:00 AM 0 comments

May 30. Ameer 91days, kami perkenalkan Ameer dengan swimming pool. Alhamdulillah, dia tak nangis langsung tp happy jer.

Tips bawak bayi pegi swimming pool? Jangan pegi awal pagi atau malam sebab mungkin air sejuk sikit. Kami bawak Ameer tengahari, pukul 11.30am-12.30pm . Waktu ni, panas terik, air kolam pun sedap jerr. Jangan bagi anak naked terjun kolam. Kalau ada baju swimming lagi elok. Tp Ameer pakai bju biasa je. Mommy and babah dia je pakai swimming suit. Hehe. Masa dalam swimming pool, mula-mula masuk, peluk baby dulu supaya dia tak terkejut. Kalau baby ada barang permainan sendiri, bawak lah masuk kolam.

Jangan selalu angkat baby dari kolam, biar badan nya di dalam air jer. Sebab kalau dah angkat dr air, badan kena angin, baby sejuk. Sebaiknya, kalau dah skali angkat, angkat lah terus, bukak baju baby, selimutkan dengan towel. Bawak baby mandi air suam untuk bersihkan badan dia, lepas tu, sapu minyak panas/angin dan pakaikan baju yg sedikit tebal. Bagi baby anda menyusu dan InsyaAllah baby akan tidur lena.

Ini adalah tips yang saya sendiri buat. Saya share sebab Alhamdulillah, Ameer Eskhandar seronok, tak nangis langsung dan tidur lena sangat lepas mandi tu. Hehe. Penat dia swimming.

Wednesday, May 29, 2013

Ameer Eskhandar 3months old

Posted by mimie at 5/29/2013 11:13:00 PM 0 comments

Hari ni 29/5/2013 , Ameer dah 3 bulan. Alhamdulillah, dah 90 hari aku breastfeed Ameer.

(Ameer lahir 28/2/2013)

Hari ni, babah ajak relaks kat Miri plak. About 2 and half hour driving from Bintulu. At first hubby ajak pegi semalam, tp aku malas. Penat tak hilang lg. Aku suh hubby pegi sendiri, dia takmo plak. Last2 ktorg pegi hari ni.. heee..

Ktorg pegi mana? Spend time chill kat Bintang Megamall, makan2 kat Kenny Rogers, kebetulan ada kawan husband skali, so lepak kat situ jer. At first ingat nak masuk Brunei pegi makan Kaizen Sushi, tak jadi. Pastu nak g Sushi King, tak jadi. Shabu shabu shusi(betul ker?) tak jadi gak sbb sushi konsep steambot. Masak sushi sendiri? Aku ni Japanese food tak reti nak masak. Tak jadi kangg, tu yg tuka tempat lg. Last2 Kenny Rogers plak. Fuhh! Actually ktorg tak suka sangat pun kenny rogers tp sbb Nando's takde kannnn..... masuk jer lah. Imagine jer tahap lapar tu smpai ktorg order Family Meal. Hamekkkau. Member husband plak tak makan sbb dah kenyang sangat. So,bantai lahhhh

Lepas tu, lepak kat Archery Center. Lenguh dowh tangah aku angkat bow tu. Aku mampu main 20 jer. Huhu...

Eh, ni citer pasal Ameer masuk 3 bulan ke apa nih? Takpe lahh, selit sikit.

So, ni ha few pictures taken today. Ada banyak sangat still dlm handphone husband. Belum transfer lg. Nanti aku upload lg ok

Friday, May 24, 2013

Ubun ubun . Fontanel anterior

Posted by mimie at 5/24/2013 01:07:00 AM 0 comments

First of all, aku nak cakap, sekarang ni tgh vacation kat KK plak. Eh, aku dah update ke kami pegi Mom&Baby Expo 10-12 May hari tu? Kalau belum, will update later. Ktorg pegi Melaka gak. Eh, next time la aku citer. Vacation KK pun next time aku citer. Skrg nak citer pasal ubun-ubun.

Oke, al kisah nya camni. Aku perasan few month ago....ala, senang cakap, few weeks lepas Ameer lahir, bahagian depan kepala Ameer macam lembut. Lembut , macam ada satu lekuk seolah2 tengkorak Ameer tak terbentuk sempurna. Risau!

Masa silih berganti, kepala dia still camtu. Sampai lah ke hari ni, on the way ke KK, aku usap lagi kepala dia, still, lekuk tu ada.. lembut. Memang hari-hari aku monitor lekuk tu. Sampai ke hari ni, perasaan aku tiba-tiba risau sangat. Aku mula pk macam-macam. Nauzubillah. Seriously, risau... aku renung muka Ameer, aku renung lekuk tu. Nampak berdenyut. Ya Allah, menitik sikit air mata aku. Aku tak bgtau husband, tak bgtau sesapa. Takut dorg join risau skali.

Sesampai di hotel, aku google ... hasilnya? Tadaaa.... Alhamdulillah... sedikit melegakan. Rupa-rupanya, lekuk lembut dan berdenyut tu adalah ubun-ubun! Atau dalam bahasa scientific nya Fontanel Anterior. Ekeke...lawak nya mommy ni kan! Tak tau tu ubun-ubun! Kalau korg nak tau detail lg, boleh search 'ubun-ubun' .. banyak info penting pasal tu.

Oke, ni haa... Tempat dan rupa lekuk yang aku sentuh di kepala Ameer. Yang aku tanda bulat merah tu. Sebijik rupa dia camtu (aku sentuh pakai tangan jer)

Till we meet again.

XoXo
-mommy risau tak tentu pasal-

Monday, May 20, 2013

Passport Ameer Eskhandar!

Posted by mimie at 5/20/2013 11:13:00 PM 0 comments

Hari ni pegi buat passport Ameer. Hikhik. Kelakar bila ameer amik gambar passport. Kesian, kene baring atas lantai yang di lapik dengan kain biru. Tambah plak ameer baru bangun tido, mana tak nanges bila kene suh baring atas lantai! Ohhhh kesian anak ku!

Untuk bayi, kalau nak buat passport 2 tahun, bayaran cuma RM80, kalau 5 tahun, RM150. So, Ameer buat 5 tahun. Cuba bayangkan, nanti Ameer dah 5tahun, passport dia still gambar baby. Ha ha ha.

Mwahsss..mummy babah sayang Ameer!

Tuesday, May 7, 2013

Twin baby in memory

Posted by mimie at 5/07/2013 10:48:00 AM 6 comments

4 May 2013, genap setahun pemergian anak kembar kami. Abg/kakak kepada Ameer Eskhandar.

Alhamdulillah, sekarang kami dah pun dikurniakan dengan Ameer Eskhandar yang sungguh comel..anak sendiri, mestilah puji kan...hehe..semua baby pun comel.

Aku sekarang banyak update pendek pendek jer kan. Al maklumlah, malas nak bukak laptop. So, update by phone jer. Pastu malas type panjang-panjang, bagi photos jer lah cukup kan.

Meh, sesuai dengan topic, aku nk share few photos kenangan ...hmm. gambar anak kembar kami aku tak upload lah kan sebab dah pernah upload sebelum ni. Lagipun, tak elok rasanya nak post pic tu banyak kali.

Last but not least, buat mommies yang pernah keguguran, sama-sama kita berdoa semoga dipercepatkan rezeki, dimurahkan rezeki kita. Kita bukan kehilangan anak kita, tapi kita antara yang terpilih, anak kita di 'jaga' dengan sangat baik di sana. InsyaAllah, pasti suatu masa kita akan bertemu mereka. Berusaha, berdoa dan tawakal , semoga Allah kurniakan kita dengan anak anak yang sempurna.

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare