Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Tuesday, October 30, 2012

Babah dah balik Doha daaa....

Posted by mimie at 10/30/2012 08:54:00 PM 0 comments
Hubby balik keje dah hari Ahad hari tu. Flight dari Kuching tepat 8pm, 28 October 2012. Sodih? Sape tak sedih? baby pun pandai cari babah dia...

Malam hubby takde tu, aku terjaga jam 3am, baby duk kicking.. Active lagi. Selalunya takde la aktif camni sangat. Pastu, bangun Subuh, baby duk active lagi.. Aikss... Tak reti tidur ke??

Pukul 10am-11am, baby active jugak. Hm.. Aku rasa baby pandai cari Babah dia.

Aku balik keje, aku tido, aku baring, aku cium baju last hubby pakai. Ada lagi lekat bau perfume hubby. Masa tido, aku siap letak baju hubby tu kat perut. Kot kot baby cari babah dia.. eh? dia pun dapat hidu bau babah dia ke? hehe...

So, hubby will be away again for 5 weeks. Insyallah, hubby will be back from Doha some time in December 2012. Maybe after 4 December 2012. By that time, baby dah 26weeks + .

We did sketch some plan for next cycle hubby balik. Harap-harap plan berjalan lancar seperti yang dirancang.

"Ya Allah, Kau lindungilah keluarga kami, suami ku, zuriat kami, ibu bapa kami, saudara mara kami. Murahkan rezeki kami , limpahi kami dengan rahmat dan nikmat dari Mu ya Allah. Jangan Kau tarik semula nikmat yang telah Engkau berikan. Kau kuatkan iman kami, bimbinglah kami, sayangi kami dan kurniakan kami dengan kesihatan yang baik, rezeki yang halal, semangat yang tinggi, kebahagiaan di dunia dan akhirat.. Amin ya Rabb "

Wednesday, October 24, 2012

Monthly check up at KKIA - 5 month

Posted by mimie at 10/24/2012 04:28:00 PM 0 comments
Assalamualaikum....

Pagi ni awal dah aku g KKIA. Pkul 7.45am dah letak kad & amik nombor. Alhamdulillah aku yg ke-3 di bilik no 1. tp memang bukak pukul 8am jugak. atleast tak lah lama sangat aku menunggu. Pegi lab check hb pun tak lama sangat & jumpa doktor pun camtu.

Kali ni, aku di suruh jumpa doktor atas sebab :

1) Berat naik 3+kg
2) Hb turun

So, result check up bulan ke - 5 ni:

Hb : 10.6
Berat : 53.6kg
Blood pressure : 120/62
Tinggi rahim : 20cm
Heartbeat baby : 149
Alb : -ve
Gula : -ve

Alamak...baru nak update blog, baru perasan jam dah 4.30pm. Aku logout sat.. nak kejar masa pegi rumah baru kat Kota Samarahan sebelum jalan jamm...

will update more later!

Tuesday, October 23, 2012

Baby Kick Sampai Nyilu

Posted by mimie at 10/23/2012 08:49:00 AM 0 comments
Since last week, baby kuat giler kicking. Tp kalau tak kick, sunyi plak kan. Kalau dia kick, seronok! Cuma, semalam.. dia kick sampai nyilu plak perut ni ha... ha ha

Monday, October 22, 2012

Done my holiday

Posted by mimie at 10/22/2012 10:39:00 AM 0 comments
Alhamdulillah...di beri kesempatan dari yang Maha Esa untuk menikmati holiday satu minggu complete dgn encik suami dan si kecik comel yang kuat menendang :)

Perjalanan kami bermula Jumaat lepas, 12 October 2012. Flight dari Kuching ke Singapore. Sebelum ni pernah gak pegi Singapore June lepas.. tapi kali ni short trip. sekejap jer kat Singapore.

13 October 2012 (Saturday) , aku dah husband dah pun kat KL. 9.30am, husband ada Leadership Seminar kat Crown Plaza Mutiara KL. aku? continue tidur jer la kat bilik hotel. hikhik. Husband balik bilik dalam pukul 1pm tp sebelum tu, aku dah klua sendiri g makan jap tanpa husband sebab kelaparan dah. haha!

so, bila husband datang, ktorg shopping! Ehem! kat KL dah spend money for shopping... Alamak!

13 October 2012 continue dengan Public Gold Gala Dinner kat Crown Plaza Mutiara Hotel jugak. Habis dinner, aku, husband & Ajan (kwn husband) jalan2 sekitar pavillion sebab Ajan park kete dalam pavillion. hiks! tetiba, masa jalan tu terdengar org menjerit. so, the three of us toleh arah jeritan tu rupa-rupanya ada kes ragut. wahh! sempat nampak motorcycle di tunggang oleh 2 lelaki India jer.. kesian awek yg kene ragut tu. tp apakan daya, mmg tak dapat nak buat ape dah. bukan takmo tolong tp kejadian berlaku sepantas kilat. fuhh!

14 October 2012 (Sunday), di teruskan lagi dengan another flight to Bandung. sampai Bandung dah midnight. nasib baik Pak Supir dah ready kat airport. so, malam tu dari airport terus ke hotel. dan tidur...

15 October 2012.. Bermula lah pengembaraan kami bertiga (termasuk si kecik). so first day ni kami ke Tangkuban Perahu... kawasan tinggalan gunung berapi yang tidak aktif. tapi masih ada asap2 jer lah. Kat situ , sapa2 nak pegi..SILA JANGAN LAYAN PENJUAL2 JALANAN yang akan follow ... dorg akan pau korg dgn harga yg kaw-kaw. kalau ada yang offer nak tolong amik kan gambar pun sila jangan layan. sebab bantuan mereka adalah tidak ikhlas. aku dgn husband di datangi oleh org yg mengatakan dirinya wakil kerajaan dan bersedia membantu dan memberi penerangan untuk kami. dia offer tolong amik gambar. sepanjang kami kat situ , dia amik picture. rupa-rupanya, lepas tu dia pau kami Rp 150 000. cisss kau.

Lepas dari Tangkuban Perahu, kami makan di Kampung Daun. suasana nya serious romantic, cantik dan best! Ohya, sebelum tu, kami pegi memetik strawberry fresh kat ladang strawberry. Masuk ladang tu Rp 8000 per head. tp dia bagi jus strawberry. lepas tu, strawberry yg kita petik , akan di timbang Rp ?? (lupa harga..nanti update) per 100g. berbaloi berbanding dari beli dgn penjual jalanan di Tangkuban Perahu.

Dari sana, kami terus shopping di CiWalk, dan beberapa Factory Outlet di sekitar Jalan Riau. lepas shopping, ada satu restaurant yg berkonsepkan makan sambil menonton tayangan filem. Tapi, filem local lahh,... oke, not bad..

Lepas tu, terus balik hotel sebab serious aku dah penat sangat...

16 October 2012... Hari ni kami spend dengan shopping. Kami ke Pasar Baru, Paris Van Java Mall, Trans Mall (skali dengan Trans Studio), Rumah Mode dan banyak lagi mall yang aku pun dah tak sempat nak ingat.. banyak sangat. Hari ni, banyak giler ktorg shopping. Actually plan nak ke Kawah Putih tp sebab tak sempat. so, skip jer lah. Kami pakai Pak Supir (kereta Avanza) daily Rp 500 000. berbaloi kalau jalan keluar kota atau shopping yang melampau banyak. Kalau sekadar nak jalan2 sekitar kota, naik teksi lagi murah.. Amik teksi BlueBird sebab tu jer yg pakai meter. Lain2 tu, mmg suka up harga tambah lagi kalau dia tau foreigner. Dorg mmg kenal kita bukan local.

17 October 2012 diteruskan dengan shopping lagi. ha ha! serious kami kaki shopping. kali ni aku dah tak tersebut nama-nama tempat shopping. ohya. aku tertarik dengan cara makan nasi kat McD. dorg makan nasi macam makan burger. aku siap duk bukak bungkusan nasik tu dan makan dgn sudu. husband dah sengih2 tengok cara aku makan. Actually dulu husband pernah keje 7 bulan di Jakarta. So, dia dah biasa malah bahasa pun PASS! tp tetap dorg dpt detect kita bukan local. instead of shopping, aku dgn husband amik peluang menonton wayang Taken 2. Movie hall mmg not bad. Malam, kami dinner di Double Steak House.

18 October 2012. perjalanan pulang ke KL. Sebelum tu kami makan di Asix Cafe. Aku suka makan bubur dia. yums! Sampai KL, kami ke Tune Hotel LCCT sbb the day before dah book cuma payment tak get through. So, kami decide nak walk in jer sebab Air Asia crew cakap walk in jer. Kami nak amik hotel terdekat sebab next morning our flight at 6.45am. Malang nye, semua hotel di sekitat KLIA-LCCT-Sepang dah full due to MotoGP. Last skali, kami tidur di Subang rumah Ajan. That night kami sempat ke Alamanda jalan2 lagi sebelum balik rmh.

19 October 2012. Our flight back to Bintulu (my home town) . Gerak dari Subang 5.15am. Husband yg drive. Sampai LCCT 5.50am. Alamak! Drop beg counter close at 6am. so rushing giler... sampai depan kaunter plak tepat jam 6am. Akak yang jaga kaunter dah siap geleng kepala. Dia cakap tak sempat nak check in luggage. tp last2 dia suh anta p kaunter R70. R 70 oversized luggage. Alhamdulillah, sempat. Lepas tu terus masuk boarding ... Sampai Bintulu dengan selamat, barang2 smua pun oke. syukur...

20 October 2012. aku stay jer kat rumah mak while husband teruskan perjalanan ke Miri & Brunei. aku tak join sebab pakai darat. jauh nak kang terhentak2 dalam kete.

21 October 2012. Aku took my flight back to Kuching, place where I am now. Bapak yang amik kat airport (Father in law) dan lepas tu bapak hantar aku ke tempat keje mama. aku dan mama(mother in law) teruskan shopping plak ... ayo yo! tak berhenti shopping....

so, today 22 October 2012... here I am, at the office... sambil buat keje, aku curi2 ruang untuk update blog yang dah berdebu ni. I will try to update some photos later since gambar smua masih dalam camera. Husband plak now, on the way back to Kuching. Insyallah, malam ni dapat jumpe husband.. yeay! dah rindu dah taww!! tu belum lagi next week ...sob sob sob... next week husband dah nak balik Doha plak...eiii...tak best!

oke, update ya later..

 Photo update here!

Sunday, October 14, 2012

Vacation Holiday

Posted by mimie at 10/14/2012 11:36:00 AM 0 comments
Assalmualaikum!

sy pendek kan yer...

our journey : KCH-SIN-KUL-BDO-KUL-BTU-MYY-BRU-KCH

so, ada 4 negara : Malaysia of course, Singapore, Indonesia & Brunei .

13:41 hrs, tgh duduk tengok cita kat Box Office Astro #953 Apartment 143 kat rmh member (persiaran subang mewah usj1), tengok cita hantu sambil aku letak tangan kat perut, tetiba ada 2 kali kick yg aku dpt rasa kat hujung jari. First time dpt capture kicking pakai jari aku. He he . Baby tekejut tengok cita hantu tu ke? Olololo cian... semalam baby jarang kick. Penat kot dia. Hari ni dpt pegang dia kick, seronok plak! He he..

Will update soon!

Wednesday, October 10, 2012

Kick Baby Kick!

Posted by mimie at 10/10/2012 06:56:00 AM 0 comments
Jarang dah aku update blog ek. Ho ho...

alhamdulillah, sekarang dah 18 weeks+. Baby sihat, syukur.. dia kick kick kick...especially kalau aku lambat sikit makan.

Semalam aku duk makan buntut ayam panggang and wing. Mungkin pedas kot, on the way balik rmh sampai lah ke rumah keje nye kicking jer.. ololo, cian die..

pagi ni pun, aku malas nak angkat dari katil, dia dah start kick. Ngee. Dia tau aku nak ajak daddy dia g breakfast Rojak Kuchei hari ni kot. Yums!

Grow healthy okai baby... mwachs

Saturday, October 6, 2012

3d Scan!

Posted by mimie at 10/06/2012 12:10:00 PM 0 comments
Assalamualaikum.. lama tak update blog. Busy manjang... duk marking paper mid term, final, assignment, test student. Pastu busy gak nak proposed exam paper. Yah!!! Mmg busy manjang :'( 

husband siap tanya "bila nak update blog?" Hihi 

ahamdulillah, semalam dah buat 3d scan. Baby Alhamdulillah, sihat... at 17w 3d, dah terbentuk tulang baby. Jari2 dia..looks ok and perfect! Syukur. Semalam masa scan baby tak banyak gerak. Mungkin sbb kenyang mommies heavy breakfast pagi tu. Kalau tak, mmg terasa jer dia byk gerak (mcm sekarang) ... Gender? Dah tau tp wallahualam, segalanya Allah punye perancangan. Bila dah tau gender, mmg sengih2 jer la..

Masa scan tu, hubby sempat amik video. Pic mmg doktor bagi lah kn. video, nanti la tunggu aku ada kesempatan transfer masuk laptop

.... Ehems.. yang kat atas tu aku type hari tu.. tp tak sempat siapkan sbb lepas tu terus busy. Actually aku dgn husband g buat scan Rabu lepas (3 Oct 2012).. Alhamdulillah semua nya ok. Hhii.. baru hari ni aku berkesempatan nak update blog! aiyark!

Buat kat Timberland Medical Specialist Kuching. cost : RM180. Memula tu aku tanya je kat situ berapa. Pastu hubby cakap buat je terus. So, terus buat!

Berat dah naik jadi 51.5kg. BP oke..tp aku lupa berapa. hehe... excited nak scan. Tp pic scan tak berapa clear sgt sbb masih kecik kan..

Dr Ling tanya, "You guys want to know the gender?"
Husband "We can see the gender by now?
Dr Ling "Lets try...."

Dr Ling godek sekejap jer pastu...  "Can you guess?" sambil tunjuk kat screen...

Husband "Ohh... its a *********??? "

Dr Ling "Yes!"

Pastu terus gelak sengih2... Alhamdulillah..
Yang penting bagi kami, si kecik ni sihat.. Gender, tak kisah .. Tapi kalau betul2 dapat baby ********* tu extra happiness buat kami. Syukur ya Allah. Tulang baby pun dah nampak dah dlm scan tu..Alhamdulillah

Masa dalam kete hubby siap automatic panggil nama baby dgn nama **** hehe.. kalau expose nama kang terus tau gender. Tp, nama tu belum lagi laa.. Masih jauh perjalanan kan? Excited memang excited. Tapi, setiap hari masih berdoa memohon izin Allah memberi kami peluang dan rezeki anak ni sampai dia dewasa kelak. Semoga anak ni membesar sebagai anak yang sempurna, soleh solehah, cukup sifat, beriman dan berilmu. .. Amin

Takmo publish gender dulu by now... Nanti bagi surprise yea...
Tolong doakan kami sihat, baby grow healthy and insyallah dipermudahkan segala urusan kami.



Nampak tak tangan baby kat atas tu macam nak say "hi mummy, hi daddy.. Im fine here" hehe.. baby tdo kot masa ni. Dia bergerak sikit2 je. garu2 muka dia jer..


Tengok..comel jer baby tdo letak tangan kat tepi muka pastu goyang tangan sikit2 letak kat mulut. hisap jari yea??

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare