Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Wednesday, November 9, 2016

Third Trimester

Posted by mimie at 11/09/2016 05:15:00 PM 0 comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur dah dalam third trimester. Semuanya berjalan lancar dan baby sihat. Baby dah start berada pada kedudukan cephalic masa 6months hari tu. Sama macam abang dia dulu, 6months dah cephalic position. Alhamdulillah, moga terus berada pada laluan yg betul ye adik.

Last check up was yesterday. Berat adik dah 1.43kg. Tarian dia dalam perut pun makin rancak. Hehe. Adik suka kick, main blah kanan, berbeza dengan abang dulu suka main blah kiri. Tapi rasanya adik ni lebih aktif dari abang sebab suka gerak-gerak sampai nak terkencing plak mommy. hehe. Kalau position tidur, mommmy suka mengiring ke kanan. Pasal makanan, dari awal awal lagi mommy suka makan manis manis contohnya chocolate, cake etcs. Abang dulu tak pandang pun chocolate semua tu. Lebih ke seafood. Takut kena kencing manis je tapi Alhamdulillah so far masih ok :)

Bila masuk third trimester ni, simptom lidah pahit tu datang balik plak. Macam memula dulu. Hmm... Ingatkan dah takde dah. Sebab dulu masa abang, muntah muntah tu masa awal je. Lepas tu dah takde. Adik ni plak, sejak last week kot rasanya lidah mula terasa pahit balik. alahaiiiii lah! Harap harap tak de la sampai saat kelahiran. huhu.

Ok, nak update pasal berat mommy plak.

Ni amik dari Antenatal Card

30/5/2016 - 49kg
13/6/2016 - 49kg
11/7/2016 - 50kg
8/8/2016 - 51kg
13/9/2016 -53.9kg
11/10/2016 -55.7kg
8/11/2016 - 57.5kg

Moga dipermudahkan proses kelahiran adik kelak dan dikurniakan kesihatan yg baik. Amin ya Rabb

Sunday, September 4, 2016

Serangan cramp yang pertama seawal 19weeks 5days

Posted by mimie at 9/04/2016 12:10:00 AM 0 comments
Assalamualaikum

Pregnancy kali ni aku mendapat serangan cramp yang pertama pada usia kandungan 19weeks 5days. Urat menegang di sepanjang tapak kaki and it really hurts. Seingat aku pengalaman lepas, I wont let my husband urut because it became worst. Ha ha ha. Sakit gilerrrr...

Masa serangan cramp yg pertama, husband not around. Belum balik cuti lagi daaa.. Si anak plak sedap je tidur sebelah .. Anak yg dalam perut duk aktif menendang... Adik baby kali ni suka main blah kanan.. Golek2 tendang2 perut mommy di sebelah kanan, berbeza dengan si abang dulu suka main  blah kiri.

Orait, I think I better off to sleep now.

Till we meet again...

Assalamualaikum

Saturday, August 27, 2016

Babymoon ke Legoland ke kita????

Posted by mimie at 8/27/2016 10:48:00 PM 0 comments
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dah half way pregnant. Syukur takde apa masalah so far. Cuma rasanya pregnant kali ni aku rasa mudah penat... Pinggang pun dah start sakit..

Next month, InsyaAllah husband cuti ktorg plan nak spend time dengan Ameer sepenuhnya. Nak bawak Ameer jalan-jalan before adik dia keluar. Tetiba sedih plak bila teringat nanti ada adik dia camne ek? Harap-harap dia jadi abang yg baik & paling penting boleh tolerate dengan adik dia.

So, bila sebut pasal bercuti, next month adalah masa yang paling sesuai sebelum perut ni makin membesar. Husband ajak jalan-jalan jauh sikit. Over the sea kekononnya... Tapi aku plak dalam kepala nak makan jeeerrrr. Kalau pergi negara lain, kang aku rindu masakan sini plak. ahahha.... Husband ye ye je nak bawak g satu tempat ni, aku plak berat hati. So, aku tnya Ameer dia nak gi mana. Ameer dah aim for Legoland. Aku plak plan nak makan makan makan so, Johor must be nice for food hunting, Insya Allah...So, we agree for Legoland!

Sebut Legoland, aku plan nak stay hotel sekitar theme park tu, which is di luar kawasan lahhh.... husband plak keras hati nak stay Hotel Legoland itself. Dia cakap kesian kat aku penat jalan bawak perut. ahahahaha.... Another point, plan asal nak bagi Ameer rasa pengalaman penuh kat Legoland. So?? Nanti lah decide.  Ponat den nak pk...

Ade tak sapa2 yg ada pengalaman ke Legoland & stay kat Hotel Legoland tu? berbaloi tak???????

Sebelum aku back off....Meh aku share throwback sikit...

video

Ni video first time Babah ikut pegi Checkup. Masa ni 12weeks pregnant. Dah tau gender masa ni tp tak confirm.

Satu lagi video which reveal our baby's gender masa 16weeks check up ..aku try nak upload tp takdpt. tunggu next entry lah ye. Ponat den tunggu nak upload. Nantok dahhhhhhh...

Ok, good night & Assalamualaikum

Monday, August 15, 2016

Adik Ameer Eskhandar

Posted by mimie at 8/15/2016 02:31:00 PM 2 comments
Assalamualaikum..

Sebelum nak citer panjang, nak story sat pengalaman my pregnancy.

Well actually this is my fourth pregnancy. Number 1- miscarriaged twin 4th May 2012. Number 2 - healthy baby boy 28th February 2013 ( Ameer Eskhandar ). Number 3 - ectopic pregnancy at 7-8weeks ( laps operation 31st Dec 2015 - remove left tube ). Number 4th - InsyaAllah with this lucky baby number 2. Actually now dah 17weeks of pregnancy. Expected delivery date somewhere on January 2017, InsyaAllah..

We ( me, my husband and my son Ameer) dpt tau yg Im pregnant with this number 2, last April 2016. Masa tu tengah busy update few stuff untuk rumah sewa kami di Vista Ilmu Kota Samarahan. Angkat barang berat2x naik tingkat 2, can you imagine? Perasaan pelik mula timbul bila lidah always nak makan sup daging or tulang. Always.. Masa awal2 tu memang takde menu lain, sentiasa sup tulang 😱😱😱  Sampaikan mak pun cakap muka I muka sup tulang. Ha ha ha

Malam tu I buat pregnancy test. Naik two lines. I terus let my husband and my son know about it sbb seriously I duk main angkat barang naik tingkat 2. Risau gak effect dgn pregnancy. Ameer punya reaction?? Dia automatically cakap "Terima kasih Allah swt sebab bagi Ameer adik lagi" I terus terharu dia cakap macamtu. Sebab sebelum ni kan ectopic,  and he knew that Allah dah ambik balik adik dia. 😒 The moment he know that Im  preganant again with another baby, dia terus cium perut I and cakap "terima kasih Allah" . Husband?? Kalau anak dah happy giler, bapak budak ni lagi lah happy tak hengat.... Alhamdulillah, syukur ya Allah

Masa pergi buat first check up, kantung pun tak nampak. Doktor pun suspect another ectopic but she advise for repeat scan the following week. Masuk 5th weeks pregnancy, spotting pulak. Makin risau dibuatnya. Kantung tak nampak, spotting plak. Terus pegi BMC for second opinion (3days after the first time scan). Alhamdulillah, doctor can see the baby, with beating heartbeat. Masa tu 5weeks+ . Syukur sangat baby dalam rahim. And doctor check pintu rahim etc, smua ok. Then, dapat la ubat kuatkan rahim (not duphaston... I cant remember the pills but surely will update once I ingat)

The next Monday, I datang balik ke Columbia Asia hospital seperti yg dah dijanjikan. Masa tu tak bgtau pun dah check kat BMC. Just bgtau ada spotting. Muka doktor dah mula risau dan dia pun mula scan. Actually I knw earlier yg baby dlm rahim😜 . But her respond was priceless bila tengok baby dlm rahim and dah ada heartbeat. Dia punya happy tu, best giler. Sebab doctor dah start risau takut another ectopic. Syukur 😊😊😊

Masuk 6th weeks, spotting dah takde. About a week camtu la spotting. Tak tau kenapa. Lepas tu langsung takde spotting sampai la ni. Syukur.

So, dipendekkan citer, husband first time follow pegi check up was on 12 July 2016. Masa tu check up for 12 weeks. Doctor dah bgtau awal she plan for First Trimester Sreening which to discover genetic disorder. It will combine antenatal tests which includes ultrasound scan and blood test.

For ultrasound scan, it will involves measurement of the nuchal translucency (the fluid filled space beneath the skin behind the neck). The large nuchal translucency measurement maybe an early indication of chromosomal abnormality for eg down syndrome or heart problem in baby. Selain dr tu, it will also checked  nasal bone to see if it present.

After ultrasound scan tu, kena buat blood test plak to check two hormones normally found in all pregnant women iaitu Pregnancy Associated Plasma Protein-A (PAPP-A) & free beta-subunit of human chorionic Gonadotrophin (free B-hcg). Selalunya dalam kes down syndrome, free B-hcg is relatively high and PAPP-A level plak low.

Ahhh.. Ilmiah sangat plak 2 perenggan padahal tadi nak citer pasal husband first time tengok baby masa ultrasound. Geh geh geh. So dapek lah encik husband tengok baby yg super aktif plak masa tu including 3D and 4D scan skali. Memula tak nampak gender nya but then lepas buat 3D nampak ler adik ameer ni. Alhamdulillah πŸ˜€

Ohya, up until now, mualmual masih berjalan seperti biasa. Selera makan boleh tahan tapi suka yg manis πŸ˜₯ takut plak kena GDM. Air favourite, jasmin milk tea, watermelon juice, vanilla milk tea, whatever sweet... Hmmm..




Oh.. Rasa mcm terpanjang plak post ni. Meh la i cut it short. Will update next soon. Daaaa.. Doakan semuanya sihat dan ok 😊

Thank you love!!

Monday, December 14, 2015

Second baby

Posted by mimie at 12/14/2015 01:23:00 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Berkulat dah kot blog ni tak pernah ada update since 2013. Haha.

So now nak start blogging balik. Why? Sebab blog ni ditubuhkan sebab nak jot down all my pregnancy journey kan. Jeng jeng jeng..

Citernya camni, last week 7 Dec 2015 sepatutnya period aku datang menjenguk. Tapi tak kunjung tiba plak. Well, actually kami memang start planning for 2nd baby November 2015 ritu. So bila 7 Dec period tak muncul, saspen lah kan. Al maklum, nak baby born on August 2016, kot kot sama birthday mommy plak kan. Semuanya atas izin Allah swt jua.

8 Dec 2015 aku balik kampung atok aku kat Niah sebab atok sakit. About 2hours driving from my place. Gigih driving kan...Masa tu saspek pregnant tak de sgt. Maybe lambat sehari dua kot. Tu yg mls nak buat test dlu.

Balik dr Niah malam tu gigih g beli pregnancy test sampai 3. Hamekau. Sampai rumah, terus masuk toilet buat test malam tu jugak. Tunggu punya tunggu tak naik gak line. Ahh... belom rezeki kot.

Next day, tetiba tangan nak buang test tu, ternampak very faint line. Tp masa tu pk maybe kena air kot. Then, terus buang dlm tong sampah. Aku layan diri aku mcm tak pregnant. Siap makan tapai , makan tak hengat. Alahai..

Esok nya plak, tak period jugak. Dah mula rasa pelik sbb tak pernah delay sampai 3 hari. So aku decide next morning nak wat 1st urine test sbb tak pernah buat lg. Hari tu buat test tgh malam. Ha ha.

So bangun pagi, aku terus buat test. Hampa... takde plak naik 2 line. Aku terus g sembahyang subuh. Lepas sembahyang subuh aku jengok balik test tu dah nampak very faint line. Alamak. Pregnant ke? Perasaan aku? Risau ... sebab dah bantai makan tapai. Hmmm. Takpe..takpe. belum confirm sbb very faint line almost tak nampak.

Aku decide nak test lg utk esok harinya plak. Result? Masih faint line. Aku bgtau husband. Ktorg plan nak test lg after a week.

So semlm aku wat test lg. Kali ni dah terang sikit. Tp masih kategori faint line.  Hmm .. alhamdulillah kalau kali ni rezeki dah sampai.

Aku mohon doa, semoga perjalanan aku kali ni dipermudahkan jugak sama mcm masa pregnant Ameer Eskhandar, dikurniakan kesihatan, anak yg sihat dan sempurna kejadiannya. InsyaAllah kalau rezeki kali ni betul betul milik kami, adik Ameer lahir sama birthday mommy :) Amin ya Rabb.

Lotsa love.

Sunday, January 5, 2014

Gosh! I lost my phone ~~

Posted by mimie at 1/05/2014 09:34:00 PM 1 comments
Assalamualaikum...

Haihhh~ lama kan takde update. Sebab aku dah tak dapat nak update through phone. Phone *tingtong*.. lepas dapat balik 'new phone' aku dah lupa password. Sebab aku jenis 'remember password' kat phone aku kernnn....

Now, baru bukak laptop and try to recover all my password that I lost. Haihhh~ Haiihhhh~ Haihhhh~
Tadaaa.... so I update!

So what gona be next? Ohya... since terlalu banyak dah aku miss, aku update things yg aku ingat jer ek.

Ameer now dah 10 months. Alhamdulillah...Sepanjang 10bulan ni, sekali jer dia demam. Harap2 lah kesihatan Ameer senantiasa baik. Ape lagi aku nak update? Tak tau lahhhh~ ngeee.....

Since aku malas nak install Blogger dalam phone aku (sebab phone dah heavy dowhhh~ tunggu aku uninstall some unwanted application)..Maybe aku ada lambat sikit nak update blogger. bukan sikit jer kot..hihi

Orait, before I end (phewww~ laju giler aku type sebab Ameer belum tidur nih)... Happy New Year ( I bet its not too late yahhh)

Azam baru aku???? Aku nakkkkk....hehe.. korang tunggu dan lihat jer lah yer. ehems! surprise! (hukkk elehhhhh) bye!

Thursday, November 28, 2013

Nyum nyum nyum nyum

Posted by mimie at 11/28/2013 11:33:00 PM 0 comments

Nak update ape ek? Byk nak update tp kali ni aku just nak cakap, nafsu makan aku membuak-buak..... ha ha ha.. semua nak makan kecuali ikan bilis. Ohmai~ say NO to ikan bilis...

Good nite!

Thursday, November 7, 2013

Resipi Solid Food untuk bayi

Posted by mimie at 11/07/2013 01:12:00 PM 0 comments

Oke, ini menu yang pernah aku buat untuk Ameer Eskhandar. Aku tempek gambar je dulu keh keh keh. Nanti aku free aku jot down . Tp banyak lagi gambar aku belom edit ni. Hmm. Ni je lah dulu ok. Coming soon aku add pic yg dah siap aku edit.

Dalam setiap menu Ameer aku akan tambah 7biji kismis dan olive oil. Olive oil ni aku start bagi sejak dia masuk 8 months. Ayam pun aku start bagi masa 8months 1week. Aku lambat introduce ayam sebab nak bagi dia ready ambik another heavy protein. Oh.. kena ingat 4days rule tau kalau nak introduce makanan untuk baby. Sebab takut baby ada allergic atau sembelit ke apa. Satu lagi yang aku perasan pada Ameer, kalau dia makan potato, dia lambat membuang. So, aku suka mix dengan sawi. Aku kenalpasti sawi melancarkan penghadaman Ameer. Itu untuk Ameer lah. Lain budak lain karenah badan nya.

So far, ini antara makanan yang Ameer pernah makan setakat umur 8bulan:
1. Bubur nasi
2. Labu
3. Kentang
4. Broccoli
5. Carrot
6. Sawi
7. Bayam
8. Apple
9. Pear
10. Oren
11. Mangga
12. Kismis
13. Olive oil(Naturel brand sbb masa aku beli, tu jer yang ada logo halal kat kedai tu)
14. Ikan bilis
15. Ayam
16. Cheddar cheese
17. Sweet potato (keledek oren)
18. Baby biscuits (banyak brand. Korang cari jer kat kedai, sure banyak. Try ler)
19. Cerelac Rice+Honey (aku bagi untuk breakfast jer)
20. Baby oat porridge (aku bagi untuk breakfast jer)

Ape lagi ek? Nanti aku add lagi kalau ada yang tertinggal.

Eh, aku tak habis citer lagi tau. Nanti aku sambung. Ameer dah bangun tidur. Ololo anak ku sayang

Sunday, November 3, 2013

Ameer Eskhandar 8 months

Posted by mimie at 11/03/2013 12:19:00 AM 0 comments

Ameer Eskhandar achievements:

Duduk at 7 months 2 week.
Dari position baring-duduk-berdiri at 8months.
Berminat nak minum pakai gelas, baru start today and he enjoy it. Yup, Ameer dah mula minum air kosong pakai gelas! Bukan atas paksaan mommy tp dia tiru mommy. Amik gelas dan letak ke mulut. Slurrp slurrp bunyi minum..
Makan takmo pakai sudu. Nak mommy suap pakai tangan.
No more blended vege-rice-protein porridge.
Mommy buat resipi potato to replace rice.
Mula menari bila dengar orang nyanyi.
Mandi berendam dalam besen. Swimming!
Dah pandai berjalan ke sana ke mari pakai walker. Dulu duk reverse jer.

what else? Lupa dah...

Tapi, badan ameer nampak susut sikit. Last week ameer demam dari malam jumaat, lepas mommy bawak ameer jalan-jalan beli barang. Pagi isnin baru sihat. Tapi lepas tu, langsung xmo makan. Baru hari ni bila mommy suap pakai tangan, beria dia makan. Mommy bagi plain potato jer pon. Alhamdulillah. Mudahan naik balik lahhh badan Ameer. Amin.

Later i update more. Gtg

meh few photo dr ameer. pic ameer first time duduk atas tolley, main, demam, and yg pic ameer dgn abg adam berkaki ayam atas simen tu, sungguhlah anggun. ameer baru bangun tido, abg adam angkat ameer bawak keluar , letak atas simen. anakku berkaki ayam jalan atas tanah. hehe. takpe, bg dia kenal 'dimana bumi dipijak' haa.. dan, pic ameer temankan mommy pantau 'piccolo' aka kobelko merata tanah. 
Insya
Allah, tengah slowly nak buat rumah utk dijadikan rumah sewa atas tanah mommy babah. seronok giler ameer tengok kobelko tu..anak hai anak..semoga murahlah rezeki kita semua hendaknya..amin


Wednesday, October 16, 2013

AlFatihah Ayra Saffiya

Posted by mimie at 10/16/2013 10:15:00 AM 0 comments

Sedih hati tak terkata. Tak terungkap. Tak mampu ku tunjuk. Hanya hati yang merasa. Al fatihah buat anakanda Ayra Safiya, bidadari syurga peneman anakanda kembar Mommy di sana.

Ayra Safiya merupakan anak sulung sepupu 2 kali Mimie sebelah bapak. Baru berumur lebih kurang 3 bulan. Comel, cantik, manis orangnya. Meninggal dalam keadaan yang amat mengejutkan kerna kelihatan sihat walafiat fizikalnya. Tak perlulah aku share gambar manisnya, kerna memandang senyumannya, runtun hati ku. Terpilih dipanggil kembali di sisi Allah, sama seperti bayi kembarku yg telah dijemput dulu pada 4 may 2012, ayra dijemput pada malam Ahad lepas 13 oct 2013, di Kuching Sarawak. Aku faham rasanya. Bezanya, Ayra sudah mampu bergurau, anak-anak mommy masih di dalam sarungnya.

Ajal maut di tangan tuhan, tiada siapa menyangka bayi sihat dan comel itu sekelip mata sudah tiada di sisi. Demi menjaga sensitiviti keluarganya, tak mampu aku share di Facebook jua. Entah, sedihhh tak terkata. Pemergian Ayra terlalu mengejutkan. Baru pagi itu aku merenung wajah comel Ayra yg di upload ayahandanya di Facebook. Comel.

Kalau ditanya meninggal kerna apa. Satu jawabku, terpilih untuk berada di sana di awal usia. Alhamdulillah. Hikmah nya manis tiada terduga. Walau kini kita tertanya mengapa. Kita merancang, Allah menentukan. Manisnya pasti ada. Hanya Allah yang tahu.

Aku rasa serba salah nak upload n share gambar2 Ameer Eskhandar di Facebook. Risau, bingung ibu bapanya terasa akan kehilangan anak mereka. Semoga Allah kurniakan mereka ketenangan ketabahan dan segala kebaikan buat mereka. Semoga mereka dikurniakan anak-anak lagi.

Buat ayahanda bonda Ayra Safiyya, andai dirik maca tok, Doaku senantiasa buat kalian. Tabahlah sayang. Allah uji hambanya yang mampu. Allah sayang kalian. Allah sayang Ayra. Pahitnya kini, suatu masa InsyaAllah kita akan faham. Jangan ditanya mengapa. Kerna itu kerja Allah. Apa yang Dia tentukan adalah yang paling baik untuk masa hadapan, dunia akhirat. Allah tak mahu menyusahkan kalian di masa mendatang, Allah tahu kemampuan kita. Ada yang tersembunyi, yang tak mampu kita telan, Allah sembunyikan dari pengetahuan kita. Jangan tanya mengapa. Itu kerja Allah. Dia maha tahu. Dia maha pengasih. DIa maha penyanyang. Pasti hikmah itu jauh lebih manis dari pahit hari ini. Tabahlah sayang. Tabahlah. Sukar untuk redha tapi, cobalah...

Al Fatihah

**berita pemergian Ayra sebenarnya aku baru ketahui lewat petang semalam, 15oct :'(**

Friday, October 11, 2013

Husband off to work

Posted by mimie at 10/11/2013 11:06:00 PM 0 comments

Hari ni 11.10.2013 , husband balik kerja. Kali ni terasa cepat jer masa berlalu. Memang pun. Husband cuma cuti x sampai 5 minggu sebab bagi chance kat member dia balik untuk Raya haji since husband dah balik for Aidilfitri.

Hmm... not in the mood to update anything anyway..

I think thats all.

Nighty night!

xOxO

Friday, September 20, 2013

Alahai anak. Mommy dah kene panggil kerja

Posted by mimie at 9/20/2013 12:33:00 PM 1 comments

Received call pagi tadi dari office. Mehh aku pendek kan part penting.

Jane : If we call you to report back on October 2013, can you make it?

Mimie : What?!! Ho ho ho. (Sambil ketawa sendiri dan otak ku blank sebentar) .. Hm..Anyway, can you please get me the official one, then I will discuss with my husband. 

Jane : Ha ha. Yes sure dear. I cant help much but I will discuss with Dr Susie and the rest first then will get back to you ok?

Ohmai... dah kena report balik ke? Aku ingat cuti aku sampai May 2014 .. tunggu ameer besar sikit baru nak pk pasal keje ke tak. Sekarang aku kena pk betul2 plak. Hmmm. . . Banyak kena pk dowhhhhhh :'(

Situasi 2 :

Mommy masuk kelas bawak Ameer.

Mommy Mimie : oke class. Let me introduce you with my new assistant, Sir Ameer Eskhandar. He will be with us the whole semester. So, please welcome him and give endless support. (Sambil letak Ameer dalam stroller depan class)

Students : Hello Sir. Welcome (students greet Ameer)

tgh concentrate mengajo, suddenly, ameer uwekkk uweekkkk...

Mommy Mimie : class, please excuse us. Its feeding time!!!!!!""!

Sambil ambik Ameer untuk di susukan dan makan time!

Oke ke? Oke ke?

Ohhh.. apa nak buat anak ku. Tugas mommy dah memanggil balik. Im ur mother, and they need me as a lecturer. How? :''''(

Sigh...

Thursday, September 12, 2013

Ameer 6 months

Posted by mimie at 9/12/2013 11:22:00 PM 0 comments

**actually aku dah type untuk posting ni few days ago. Tp baru hari ni nak up balik. Heu heu heu**

Alhamdulillah, Ameer dah 6 bulan. Syukur ya Allah atas rezeki yang Kau berikan.

Lambat nak citer pasal perkembangan Ameer kali ni. Hmm. Busy sikit lately. Anyway, Ameer dah pandai meniarap angkat bontot dan dah mula berpusing. Berpusing dr kedudukan asal dia meniarap. Senang cakap boleh 360degree berpusing. Kalau penat meniarap, dia dah pandai rehat sekejap, baringkan kepala dia. Bijak! Kadang kadang, kalau biar dia sendiri, boleh lak dia bergolek sampai ke lantai. Hehe

Syukur, Ameer dah start solid food. First time makan mmg suka sangat. First time makan, menu dia bubur nasi + carrot + broccoli. Aku blend hancur. Suka giler dia makan. Aku pernah try bagi bubur Farex Instant. Dia tak suka sangat. Hmm. Anak ni suka yg mommy masak kot. Ameer....Ameer...

Gigi Ameer? Dr 4-5 months  hari tu dah nampak bayang gigi. Sekarang makin nampak cuma tak keluar lagi. Takpe, dia tunggu babah dia kot. Hehe

Ameer skrg banyak sangat celotehnya. Few days ago, dia dah mula sebut "babah" . Alahai... anak babah ni.. memang banyak ckp Ameer skrg. Alhamdulillah. Anak yang aktif!

Pasal hisap jari kaki? Hmm. I believe semua baby ada skill yg sama kot. Ameer mula hisap jari kaki first week babah nya balik Doha. Ada org duk cakap tanda nak adik. Hehe! Klakar lah pulak sebab aku tengok dalam BabyCenter hisap jari kaki tu salah satu development atau milestone baby. Ala ala meniarap camtu. Jadi kebetulan kot sebab bila baby dah pandai hisap jari tu maksudnya dah 5-6bulan, most parent dah ready for next baby. Err! Aku? Blom eyh..first period lepas bersalin pun tak jenguk lagi. Hihi.. masih nak breastfeed Ameer :)

Tu je kot nak update stakat ni. Daaa....

Pssstttt : Follow Ameer on Instagram & Keek! : ameereskhandar

Sunday, August 18, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted by mimie at 8/18/2013 11:36:00 PM 0 comments

Assalamualaikum..

Baru nak update pasal raya. He he. Sebelum apa2, aku nak btau, husband dah balik kerja on 16 August hari tu. So, tinggallah aku dgn Ameer je kat sini.

Update pasal raya? Oke. Sebelum raya ktorg dah balik Kuching dah. kiranya tahun ni beraya belah husband dulu la. First day raya, ktorg balik kampung blah MIL, kampung Rambungan Lundu. Ni lah first time aku beraya jauh dr family aku. Perasaan? Aku takmo emosi sangat, still happy sebab beraya kat kampung husband .

Day 2 raya, ktorg terpaksa bergegaS balik Bintulu sebab nenek aku buat gathering. So once sampai airport Bintulu, balik rmh terus drive ke Niah, Miri.

Day 3 barulah berehat kt bintulu. Then, pegi beraya kat Miri , terus ke Brunei. Lepas tu beraya kat kampung blah husband lagi kat Saratok. Yang ni blah FIL plak. Perghhh.. mmg travel je lah raya kali ni. Dari utara ke selatan.. Alhamdulillah, lepas kawin ni lah first time ktorg beraya bersama.

Aku up terus few photo lah kan. Malas nak type panjang2. Tp ada gak pic yg still dlm camera. Ada yg dlm camera BIL gak. Yg aku up ni, semua pic dlm hp aku jer. Next time kalau da masa aku up lg ok.

Btw, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Ampun maaf andai tersilap kata, terkasar bahasa.

**kalau nak photo update, meh ler follow instagram Ameer Eskhandar. Search jer ameereskhandar :)

Saturday, July 27, 2013

We are in Kuching

Posted by mimie at 7/27/2013 09:19:00 AM 0 comments

Hello good morning. Lemme update here as simple as i can.

Yes, we are now in Kuching. Since last Wednesday, 24. Back to our own house. As usual, will be here untuk mengemas. Katil, tv, almari bla bla bla yg besar2 smua dah angkut naik lori last month. Now bg clean and isi dengan brg basic balik. Need to buy few things.

Mat are with us since day 1. So he is staying with us here. Mat ni kawan hubby dr kecil lg. Ala ala BFF gittew. Dia dr Miri. and will back to miri bila kami balik bintulu. Heee.

As usual, bila balik kuching sudah semestinyalah ameer jumpa nenek dan atok. Apa lagi nenek dan atok. Happy la jumps cucu.hehe.

Ohya, semalam hubby terpaksa fly balik ke bintulu, day trip because of urgent matter. He need to submit 2 forms to BDA. Sebenarnya dia terbawak borang tu ke kuching which at first we plan to leave it to my brother to submit for him. Tp ada benda belum setel so we decide hubby jer fly direct ke bintulu. So malam sebelum fly, aku lah jadi travel agent, bertungkus lumus beli tiket. Jam dah pukul 10pm, tiket takdak lg, nak fly 7.10am next morning. Bila aku beli tiket, duit dah deduct dr maybank, tp dlm system still processing... please wait... sampai ke pukul 1am. Haishhh! Tak bleh jadi. So hubby call MAS customer care, setel!

Sendirian aku dgn ameer kat rumah, aku kemas rumah the whole day. While mat plak keluar dengan gf dia. Malam, mat terus ambik hubby, pegi terawikh, pukul 9pm baru amik aku n ameer. Then off we go! Mana? Sharing Planet Downtown.

Hm. Nothing to update more, this is just an another-ordinary-boring-post.

Yg penting, belom ada baju raya lagi . Theme dah ada. Baju jer takde. Hubby ajak shopping kat Jalan TAR tp aku malas. Whats the different from the one that we can find here in Kch? Takde lah Vogue sangat pon kan. Baik shopping sini beli baju vogue, jimat duit hotel. Ngeh ngeh ngeh. Next time, baju raya beli awal okay!

Daaa till now...

Sunday, July 21, 2013

Budak 3 tahun meninggal selepas 5 jam dalam kereta

Posted by mimie at 7/21/2013 12:35:00 AM 0 comments

"Ya Allah, Kau jauhkanlah kami dan keluarga kami dari sifat cuai yang membawa padah. Kau lindungilah kami dari bahaya dan malapetaka yang tidak diingini. Kau matikan kami dalam keadaan beriman dan matikan kami dalam keadaan mulia..Amin ya rabb"

Terlebih dahulu aku ingin ucapkan takziah buat keluarga kanak-kanak 3 tahun yang meninggal dunia, Nawal Iris Samsuddin. Al fatihah.

Ibu mana tak sayangkan anak? Rata-rata orang akan salahkan si ibu. Siapa tak geram kan? Kesian anak kecil yang tak tau apa. Bila aku baca, anak tu di temui dalam keadaan baju nya dikoyak dek kerana panas , ada kesan muntah dan najis, kebiruan, ya Allah... macam mana lah keadaan tangis nya masa tu. Ya Allah, tak dapat nak di gambar kan. Korang boleh search, ada yang sertakan gambar kanak-kanak tu. Aku tak sanggup nak share. Sedih.

Nak cerita pun sedih. Nak ingat, nak kenang, nak bayangkan pun sedih. Salah mak? Sebab terlupa anak kat belakang? Geram sebab kecuaian ibu kanak-kanak tu? Nak buat macam mana, dah nama ajal. Nak di elak macam mana sekalipun, ajal dia masa dan saat itu. Kita yang tinggal, jangan tambah beban si ibu. Jangan tambah sedih keluarga mereka. Aku yakin, sampai tua, sampai mati si ibu tak akan lupa. Ntah ntah, lepas tu dah tak nak drive kereta tu dah. Jual.

Salah, memang salah dia. Yang penting, kanak-kanak tu dah tenang di sana. InSyaAllah, dia akan bawa ibu bapa nya ke syurga. Aku yakin, ibu tu tak sengaja. Bukan dia tak sayang anak. Bukan dia nak seksa anak. Bukan dia tak pentingkan anak. Sampai satu masa, itu takdir dia. Sedih.

Mula-mula aku tau kisah ni dr husband aku. Then, aku terbaca keadaan anak tu ditemui , aku sedih. Dia koyakkan baju dia sebab tak tahan panas. Ya Allah. Sedih sangat. Aku bacakan part tu kat husband, husband diam. Membisu. Tiba-tiba dia cakap " saya tak suka dengar benda bodoh sangat macam tu" . Masa tu kami dalam kereta. Aku tau husband aku pun marah dgr berita 'cuai' macam tu. Siapa tak marah kan? Tp sekali lagi, itu lah takdir. Kita yang tinggal ni, kena selalu beringat. Sampai kat rumah, husband park kereta, dia cakap "kita tak kan tinggalkan anak dalam kereta macam tu" . InSyaAllah syg, mudah-mudahan dijauhkan sikap cuai, dijauhkan malapetaka, dijauhkan benda buruk.

Sudah.. jangan tambah sedih si ibu. Cukup penderitaan si ibu yang akan selamanya menyalahkan diri dia atas kematian anak kesayangan. Sudah..

Kita doakan mudah-mudahan tenang roh si anak.

Kita doakan tabahlah si ibu dan keluarganya.

Kita doakan dijauhkan dari sikap cuai.

Kita doakan keselamatan anak-anak kita.

Kita doakan sudah sudahlah kes macam ni.

Sama-sama kita beringat, tak ada ibu yang tak sayangkan anak.

Al fatihah . . .

Berita lengkap : Budak 3 tahun tertinggal dalam kereta maut

Aku letak link ni jer. Supaya korg ada idea aku cakap pasal apa. Korg search, sure byk lg berita & gambar.

Thursday, July 18, 2013

Flashback

Posted by mimie at 7/18/2013 06:17:00 AM 0 comments

Assalamualaikum... salam sahur.. salam subuh

Alhamdulillah, syukur ya Allah..

Syukur sgt atas rezeki yang tidak pernah putus dari Allah. Alhamdulillah... terima kasih ya Allah

Syukur jugak, dah masuk hari ke 8 kita berpuasa. Walaupun Ameer fully breastfeed, aku masih dapat berpuasa penuh. Semalam aku bertenaga sampai ke petang. Selalu bertenaga lah jugak tp semalam lebih bertenaga dari biasa. Padahal sahur nasi goreng kismis jer. Sebab kismis nya ke? Ntah lah.. macam biasa , aku amik madu, kurma, anmum lacta+horlick+oat, habbatussauda, jus delima. Mungkin bila tambah kismis lagi makin extra tenaga kot. Entah lah.. yang penting susu pun meriah, Alhamdulillah..

Ohya, back to my title, flashback. Pasal apa? Camni, dulu masa muda rumaja, pernah lah terpk nak baby boy for first baby. Haha. Cita-cita tu..... erk! Masa tu masih zaman university lg lahh.. tiba-tiba kauuuuu nak ade anak. Gedik melebih. Haihh!  Haha..

Tak tau lah apsal nak baby boy. Mungkin sbb aku berangan nak ada anak hensemmmmmm! Haha. Alhamdulillah, dapat dah sorg baby boy. Masa first time tau gender baby,which is masa ktorg buat 3D scan , masa tu kalau tak silap dalam 16-17w preggy, memang happy giler. Hubby terus panggil baby 'qushh' . Eh? Haha. Tp tak letak pun nama 'qush'.. aku ingat lg masa tu Ameer dah ngangkang tunjuk bird dia. Dr patricia suruh teka gender, hubby cepat jer cakap 'boy' . Aku jer tak nampak ' mana bird dia?'.. duk tercari-cari bebird. Hihi.

Tunggu ameer besar sikit nak dress up ameer ala ala ALONSO MATEO. Siapa Alonso Mateo? Malas la nak citer( ehem.. malas nak type panjang2) . Korang google sendiri. Aku sampai follow kat IG lg. Hemsem yuuu i tell u. Gahhhh! Hehe. Oh. Cakap pasal hensem ni.. dulu masa preggy ameer aku suka sgt tengok 3 manusia ni. Sam. Fazura. Randy Pangalila. Why randy? Why? Huhu. Tp Sam & Fazura mmg my-all-time-fave. Dr kecik sampai la ni... dan im a big fan of Kisah Cinta. Tak nak miss! Lepas solat, cepat2 duk depan tv. Haha

Ah... sudah lah. Nak continue tido. Hubby tak balik lg ni. Macam biasa lepas sahur hubby ke masjid. Nanti dia balik pukul 7am+, tak sempat lak tido. hehe ... sok lusa kita sembang lg naa....

Daaa for now lovelies!

Monday, July 15, 2013

Breastfeeding dan puasa

Posted by mimie at 7/15/2013 11:26:00 PM 0 comments

Assalamualaikum..

Hari ni hari ke 6 berpuasa. Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk aku berpuasa.

Susah ke breastfeed sambil puasa?

Susah kot. Tapi sebab anak jugak, jadi tak susah... camne tu?

Orang cakap, kalau puasa susu merudum. Orang cakap, kalau breastfeed then puasa, lemah longlai.
Orang cakap...

Aku cakap? Oke, susu merudum la tapi takde lah sampai tahap takde air susu yang keluar. So, kena la ikhtiar. Ikhtiar camne?

Macam-macam cara ada. Boleh buat stock. Ehem. Buat stock susu banyak-banyak sebelum Ramadhan tau! Amik supplement. Ape yg famous skrg? ESP & alfafa shaklee. Boleh try. Lagi? Minum banyak air. More than 3L. Minum susu anmum lacta+horlick. Lagi? Makan fenugreek pill (leh cari kat GNC..atau org melayu kita cakap halba).. lagi? Itu namanya ikhtiar. sapa lagi nak share? Sila share.

Tapi above all, aku suka kurma+jus delima+habbatus sauda+madu. Alhamdulillah, hubby belikan semua tu untuk aku dan Ameer. Kita ikhtiar, usaha. Selebihnya, pohon doa dari Allah.

Syukur, sampai hari ni aku masih mampu puasa penuh. Bertenaga jaga anak, masak, tolong mak & SIL jual juadah berbuka.   Alhamdulillah..

Mana nak layan anak lagi. Babah balik terawikh , ameer ajak main.macam subuh tadi. Hubby pegi masjid , solat subuh. Ameer tido lagi. Aku duk sibuk susukan ameer takut dia lapar..pukul 7.30am, baru hubby balik rmh lepas solat subuh & mengaji, Ameer lak bangun. Aku mengantuk giler tp sbb hubby dgn ameer dah mula main, aku pun tahan jer mata.

So, as a mother, kita kena yakin...susu ibu untuk anak kita sentiasa cukup. Sama-sama kita doa yer.

Aku off for now. Ngantukkkkk..
Nite everyone!

**Sorry yer update tunggang terbalik. Tgh ngantuk, baring nak tido ni. Ameer dah tido haa..

Pic ** hubby belikan kurma ajwa, jus delima, habatussauda seeds(jintan hitam), madu yemen** tqvm syg

Sunday, July 14, 2013

Officially July 14!

Posted by mimie at 7/14/2013 12:25:00 AM 2 comments

Its 00:08hrs today. Meaning to say dah masuk 14hb. Yay. Hubby will be back today, InsyaAllah. I cant wait. I cant wait.

Hmm .. suddenly teringat our twin baby. Tak sedih dah sekarang. Setiap kali teringat kat anak-anak mommy babah, Im proud to have em & Alhamdulillah sbb diberi peluang mengandungkan bayi kembar.  I believe Ameer Eskhandar also proud to have them as his bro&sis. 2 months lepas kahwin, mengandungkan si kembar. Imagine lah aku mengandung selama setahun, dari march 2012 sampai lah melahirkan Ameer Eskhandar february 2013. (Sepatutnya EDD ameer march 2013) Terima kasih ya Allah.. Syukur Alhamdulillah..

Eh, apsal tetiba ckp pasal si kembar ni? Haha! Plan nak dpt si kembar lagi next! Err... Tunggu ameer pandai jalan dulu. Skrg nak focus jaga ameer je tau. Mungkin sebab anak-anak kami kat sana tgh happy bulan Ramadhan kan? Teringin sgt nak mimpikan dorg..

Haish! Apa yg aku merapu ni. Apa kaitan dgn topic?Blurghh...

Back to topic. Actually plan asal sepatutnya aku dgn ameer fly to KL esok, jumpa babah kat KL, shopping raya. Tiket MAS murah giler,BTU-KUL rm22 include tax rm100 jer. hmm. Tp cancel sbb aku malas lak nak g. So, next time lah shopping raya.

Oke...tu je lah update for tonite. Off to bed now!

Assalamualaikum..

Wednesday, July 10, 2013

1 Ramadhan

Posted by mimie at 7/10/2013 12:37:00 PM 0 comments

Alhamdulillah, dipertemukan dengan Ramadhan lagi pada tahun ini. Syukur. Tahun lepas, aku tak dapat puasa penuh sebab mabuk teruk masa preggy ameer. Mula2 aku puasa jer. Tp Dr Ling advise jgn puasa sbb berat aku turun, tahap muntah aku yg sgt teruk. Aku amik 2nd opionion, jumpa dr sharifah, dia pun ckp tak payah puasa. So, aku cuma temankan hubby puasa jerr..Harapnya tahun ni penuh, InsyaAllah.

Heepppp. Puasa penuh tahun ni InsyaAllah, sebab aku masih fully breastfeed si Ameer Eskhandar. Until today aku belum period lagi. Yup  dah 4 months+ :) jangan salah anggap, tak period bukan bermakna aku pregnant tau. Hehe. Jangan tak tau, kalau fully breastfeed kadang-kadang boleh sampai setahun tak period. Bergantung dengan orang gak lah .. hehe. Kebarangkalian untuk period bg yg fully BF ni boleh jadi 6bulan ke atas. Kenapa 6 bulan? Sebab kebanyakan baby dah start makan masa 6bulan ni. So, maybe boleh start period lepas tu.

Oke, back to kisah 1 Ramadhan aku. Pagi tadi sahur makan nasik, broccoli dgn grill chicken. Air, dari malam semalam dah aku minum banyak air kosong. Sahur pagi tadi aku minum madu sidr yemen + air suam 400ml, then aku minum anmum lacta macam biasa tp kali ni aku campur horlick sesudu & oat 2 sudu. Yums! Tak lupa jugak buah kurma. Since kurma ajwa yg hubby bawak last time dah habis, so aku makan kurma biasa jer. tunggu hubby balik Ahad ni, aku dah pesan kurma ajwa.

Now, 3.15pm.. aku dah siap kan satu kuih untuk berbuka nanti. Kuih puteri ayu. Mak plak buat kuih kosui.. ptg nanti nak buat bubur pedas plak . yum yum!

** before sleep update**
Alhamdulillah, puasa hari ni aku bertenaga sampai ke petang. Syukur. Air susu pun, Alhamdulillah, masih meriah. Ameer plak, keje nya tido je dr pukul 2pm, bgun menyusu jap pkul 3.30pm, sambung tido sampai pukul 5pm. Sedap jer tido bulan puasa ni. Bg can kat aku nak buat kuih puteri ayu lah tu. Haha. Baek anak mommy babah. Bangun jer aku bg susu, lepas tu main sekejap dgn ameer bg dia sedar betul2 , baru bg mandi.

Malam td, memula elok jer tido. Aku cepat amik wudhuk nak solat isyak n terawikh, habis solat jer, terus dia berbunyi. Hmm.. last2 aku letak dia atas paha, aku plak teruskan mengaji. Habis satu surah, elok jer duduk dlm pangkuan aku.. good boy anak  mommy..

Kepada semua, selamat menyambut Ramadhan..InsyaAllah, semoga Ramadhan kita kali ni lebih meriah amalannya. Ampun maaf dari saya andai ada kesilapan, dalam sedar mahupun tidak.  Selamat berpuasa, selamat beramal!

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare