Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Monday, July 15, 2013

Breastfeeding dan puasa

Posted by mimie at 7/15/2013 11:26:00 PM

Assalamualaikum..

Hari ni hari ke 6 berpuasa. Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk aku berpuasa.

Susah ke breastfeed sambil puasa?

Susah kot. Tapi sebab anak jugak, jadi tak susah... camne tu?

Orang cakap, kalau puasa susu merudum. Orang cakap, kalau breastfeed then puasa, lemah longlai.
Orang cakap...

Aku cakap? Oke, susu merudum la tapi takde lah sampai tahap takde air susu yang keluar. So, kena la ikhtiar. Ikhtiar camne?

Macam-macam cara ada. Boleh buat stock. Ehem. Buat stock susu banyak-banyak sebelum Ramadhan tau! Amik supplement. Ape yg famous skrg? ESP & alfafa shaklee. Boleh try. Lagi? Minum banyak air. More than 3L. Minum susu anmum lacta+horlick. Lagi? Makan fenugreek pill (leh cari kat GNC..atau org melayu kita cakap halba).. lagi? Itu namanya ikhtiar. sapa lagi nak share? Sila share.

Tapi above all, aku suka kurma+jus delima+habbatus sauda+madu. Alhamdulillah, hubby belikan semua tu untuk aku dan Ameer. Kita ikhtiar, usaha. Selebihnya, pohon doa dari Allah.

Syukur, sampai hari ni aku masih mampu puasa penuh. Bertenaga jaga anak, masak, tolong mak & SIL jual juadah berbuka.   Alhamdulillah..

Mana nak layan anak lagi. Babah balik terawikh , ameer ajak main.macam subuh tadi. Hubby pegi masjid , solat subuh. Ameer tido lagi. Aku duk sibuk susukan ameer takut dia lapar..pukul 7.30am, baru hubby balik rmh lepas solat subuh & mengaji, Ameer lak bangun. Aku mengantuk giler tp sbb hubby dgn ameer dah mula main, aku pun tahan jer mata.

So, as a mother, kita kena yakin...susu ibu untuk anak kita sentiasa cukup. Sama-sama kita doa yer.

Aku off for now. Ngantukkkkk..
Nite everyone!

**Sorry yer update tunggang terbalik. Tgh ngantuk, baring nak tido ni. Ameer dah tido haa..

Pic ** hubby belikan kurma ajwa, jus delima, habatussauda seeds(jintan hitam), madu yemen** tqvm syg

0 comments:

Post a Comment

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare