Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Friday, August 31, 2012

Tanam Pil Dalam Pisang

Posted by mimie at 8/31/2012 11:12:00 PM 0 comments
Tips mkn pil untuk hilangkn bau pil.

Ni B Complex jer pun. Belum iron tablet

Esok la aku citer kisahnyer ok ngantuk daa

Thursday, August 30, 2012

3rd Visit At KKIA. Today At 12week

Posted by mimie at 8/30/2012 08:24:00 AM 0 comments
Assalamualaikum. Morning...

Actually the 2nd one. But 3rd one include MOGTT.

Lapar .. tadi member office ajak breakfast. Klu nak ikutkan hati, nak jer. Teringin nk mkn laksa Sarawak kat Kopi O Corner. Apakan daya, ada appointment today. So, aku tak join. Takpe,lepas ni tapau laksa satu!

Now tgh tggu que nak masuk. Lama lg kot. Ramai jer ni. Huhu.. later aku update. Boring gak tunggu turn camni.

Time: 8:29am .

Nombor sekarang : 3102

Nombor aku : 3107

Bilik : Always room No 1!!!!!

Kalau tengok no ni, mcm tak berapa lama lg turn aku. Hopefully! Tp dup dap jer jantung nak jumpe doktor. Huhu

Dah sejam, nombor aku belum di panggil. Aiyark! Penat lahhh... Bilik lain macam cepat jer. Padahal beza nombor cuma 5. Huwaarghh! Lapar nih

Tepat pkul 10am, aku masuk jumpa nurse. Alhamdulillah, semua ok. Yang tak ok cuma berat turun 0.2kg. Tu pun dah kene dengan nurse. Hehe. Tp nurse ok lg. Aku sempat buat dental check sementara tunggu jumpa doktor. Skrg, 10.52am...Tgh tunggu number jumpa doktor plak. Ho ho ho. No aku 7036. Bilik 7. Ready jer lah dgn doktor. Aku paling cuak jumpa doktor. Nurse oke jer. Isk!

RESULT ->>> hb : 11.3 (before 11.8). Blood pressure : 110/70 (before : 11.8) Alb : -ve (before : -ve), Gula : -ve(before:-ve), Berat : 49.2kg.( BEFORE 49.4KG)

Ubat : Folic acid, vitamin C, B complex, iron tablet . Tips : Nurse pesan... kalau tak tahan makan ubat yang berbau, potong pisang kecil sikit, tanamkan pil dlm pisang, telan... Insyallah takde bau. Yeay!! Dapat tips baik punyer!

Next appointment : 26 September 2012. Husband please take note. I believe u r here by that time. He he. Yeay!! 16 weeks insyallah...

Tuesday, August 28, 2012

First Time Buat Glucose Test

Posted by mimie at 8/28/2012 09:35:00 AM 0 comments
Assalamualaikum...

Macam yg aku cakap semalam, aku dah beli Glucometer. Glucometer adalah alat untuk menguji glucose dalam darah. Kenapa aku beli Glucometer? Sebab bapak aku ada diabetes. Tapi, kakak aku pregnant tak kene GDM. Bila aku check hari tu, aku almost ada, so doktor nasihatkan aku untuk control pemakanan sebab :

1. Bapak aku ada diabetes
2. Ada history keguguran (yang jarak nya cuma sebulan dari tempoh aku pregnant semula- skali period)
3. Sebelum minum air gula, glucose dlm darah aku normal(tp tinggi jugak sbb pg tu minum plak 4.9) bila lepas minum air gula, detect glucose 9.6 (mak aih! Malam sebelum tu, aku makan megi pukul 10pm dan pagi sebelum pegi clinic, aku minum. Org suh aku puasa, aku tak tahan lapar...skrg sape yg susah..tapi aku tak bgtau doktor pun aku makan megi n minum pagi tu sbb taknak minum air gula lagi)

So, lepas doktor consult aku monitor paras gula dgn beli alat glucometer, so semalam aku jumpa Accu-Chek. Dekat kotak tu Retail Price RM 218 tp Guardian jual RM 185. Tp bila aku bayar, cashier tu cakap RM 175 lepas scan price. Oke. Alhamdulillah..

Akak guardian tu ajar aku camne pakai alat tu. Ada lancet, glucometer device, pen(cucuk), test strip, beg. Complete set. Not bad. Senang.. aku boleh bawak pegi office, letak dalam hand bag. Yang kene beli nanti cuma test strip dia. Aku tengok price Rm85 untuk 50pcs. Tp sbb aku punye dah include 25 test strip dalam tu, aku tak beli dulu. Untuk hari ni, aku kene buat 7 test. Tp monitor 2weeks skali. Kalau nak hari2 pun boleh. No problemo. Asalkan rajin membeli test strip. Heu heu heu.

So, nak di jadikan citer, pagi tadi sebelum breakfast, aku try untuk pertama kalinya. Senang rupanya. Dan, takde lah sakit macam kene cucuk kat clinic. Yg kat clinic tu, dorg pakai mata 3. Aku dpt tau dr akak guardian tu, pakai mata 2 pun ok. Dia tak cucuk dalam sangat . So, aku cucuk pakai 2. Tak sakit langsung...asalkan darah klua oke lah tu. he he. Kalau pegi clinic, mintak dia tuka pegi no 2. Ha ha.. Boleh adjust sampai 5(paling dalam cucuk)
So, 7am test...result aku sebelum breakfast adalah 4.6


Result selepas. Tak tipu punyer. Tengok lah time and date pada alat tu. Hehe. Pagi tadi aku breakfast kat rumah corn flakes & anmum. Sampai office makan 2 bungkus bihun goreng 7.45am. antara masa tu, aku tak minum, tak makan. So cun lah time aku test. Alhamdulillah...cuma 5.4


Sebelum lunch plak rendah 3.8


Lunch 12.30-1pm aku makan nasi, ikan kembung, fishball+sausage, sayur petola campur telur, teh C peng special. So test 2 hour after lunch at 3pm sebelum aku masuk kelas. Tunggu 3pm nanti oke..

So result lepas makan.. 6.3 . Terlajak 0.2. Hikhik... kene control makan nasi lah camni. Eh, eh!! Takk..bila isi dlm BSP monitoring form, sebelum mkn : 4.0-5.3 , 2jam selepas mkn : 4.0-6.7 . Yeay! Kira normal lg. Tinggal 3 slot utk di isi , before dinner, after dinner & pre-bed.



Ala...penat aku type untuk update malam punye. Skali handphone ni jamm daa... takpe lah, aku stori sikit je. Malas dah nak type. Senang ckp, mlm ni aku teringin nak mkn ikan goreng garing dgn ikan kembung masin cecah limau. Siap jer masak amik reading dulu. Tp masa goreng2 aku dah start cubit2 ikan tu. Masa makan aku siap tambah nasik. Aku aware gak, klu tambah nasik sah2 naik reading test ni. Tp aku tak peduli, tambah gak. Kalau mkn ikan masin cecah limau, sape tak tambah nasik kan? So, ni pic before & after. Terlajak pon terlajak lah.. aku siap minum soya corn kotak besar tu. Manis? Yes i know... Mana tak naik! Hehe

Sebelum
Selepas. Terover 0.2. Boleh terima ker? Next time tak boleh tambah nasik!!!!
my meal yang buat aku tambah nasik. Tengok jer lah cecah limau bujang aku tu. Tak sabau nak mkan punyer pasal sampai malas nak asingkan biji limau. Sedap sampai menjilat jari!!!

Oke, done glucose test for today. Before bed malas nak amik lah. Dlm form tu tulis 10pm. Aku lepas mkn dah 9.50++pm . Takpe kot?? Daa... nak tido dah

Dear husband, 

No need to worry much. Seems glucose test is still normal so far, insyallah.. NO GDM. But btw, i will keep monitoring my health from time to time.. Hubby please take care of urself ok.

Love,
Wife

Monday, August 27, 2012

Back to work!

Posted by mimie at 8/27/2012 11:53:00 AM 0 comments
Assalamualaikum...

First day working after a week holiday. Last night siap tak bleh tido. Sampai rumah around 9.30pm, duk baring depan tv makan bekalan nasik yang mak siap pack kan. Sebelum balik pun aku dah makan gak sebenarnya tp mak suruh bawak jer nasi, takut lapar sampai rumah. Memang pon. haha! tp simple jer makanan aku. Ikan goreng. Fave skrg ni. Daging masih out. Ayam, cuma boleh makan sup ayam jer. Aku balik Kuching pun siap bawak ikan fresh dari Bintulu. haha! nasib baik masa scan beg kat airport, pegawai kastam tu tak suruh aku tinggalkan atau bukak beg. Aku bawak ikan fresh yang aku masukkan dalam container, bungkus dengan newspaper & plastik sebab takut basah. Ngeee! Bukan ape, kalau kat Kuching ni, susah lah nak dapatkan ikan tu. hihi. ikan tu kalau goreng garing memang awesome! Nampak gaya, makan ikan jer lah aku hari2...

Semalam sepatutnya mertua aku amik kat airport. Tapi sebab Mat & Nabila kebetulan pegi airport, dorg ambik aku. Mertua awal2 dah planning nak ajak pegi Serikin Sabtu ni. wah! Seronot!! OKe. SET! beraya kat serikin lah gamak nye!

Ohya, semalam tetiba aku rasa macam ada benda tarik2 sekitar pusat aku. Macam baby tengah main tarik tali pusat tu kot? hehe.. Memandai jer kan. Tp, tarik2 tu buat aku risau sekejap. Mungkin baby penat naik flight. Rasa tarik2 tu, sebaik sahaja aku angkat beg2 masuk dalam rumah. R.I.S.A.U . aku baring, lama2 takde dah.. ye kot baby main tarik tali?  hope baby sihat!

Semalam masa kat rumah mak, sebelum bertolak ke airport, anak buah aku si Sara (age 4 years old) cakap:

"Chik Tay ada baby kah dekat Kuching? Chik Tay polah baby banyak-banyak. mok macam tok (sambil show semua jari)... Mok baby 10 oke. Sara mok ikut chik tay pegi kuching. "

Meh aku translate : " Chik Tay ada baby ke kat Kuching? Chik Tay buat baby banyak-banyak macam ni (Sambil tunjuk semua jari)... nak baby 10 oke. Sara nak ikut chik tay pegi Kuching"

Masa tu, bapak aku ada kat situ skali. Ha ha.. Tak tau dah aku nak jawab ape kat budak ni. Comel jer suh aku buat baby 10. padahal adik dia si Sofea tu pun baby jugak. baru 6 bulan. Kadang-kadang, Sara duk pegang perut aku, dia cakap nak panggil baby tu baby 'Au Au' la.. macam2 lah panggilan dia kat baby dalam perut ni. Hehe.. Aku pun tak sabar nak tengok baby sendiri..hihi..Insyallah, dengan izin Allah

Masuk office hari ni, aku mual balik. siap nak muntah. Aku tak tau apa yang aku loya kan sangat kat office ni. Eh, dalam office oke lagi sebab boleh mkn minum. Masuk kelas. Lemah sangat. Tetiba loya tak tahan. Aku berhenti bercakap, duduk, relaks & divert my focus. That is the only way kalau aku rasa nak muntah di khalayak ramai. Dan aku berjaya. Kalau kat rumah sendiri, tak segan silu, aku muntah kan jer. Tp, raya hari tu aku mual sekali sekala dan berjaya divert my focus untuk tak muntah.

Ah... panjang plak citer aku hari ni. Bukan ape, baru hari ni bukak laptop. Sepanjang cuti memang tak bawak pun laptop balik. Update pakai hp jerrr..

Anyway, Selamat Kembali Bekerja buat readers semua. Maaf zahir dan batin!




Update 7.23pm... tadi lepas keje aku g beli glucometer brand Accu-Chek Performa harga RM 175 kat Guardian Bolevard. Nanti aku upload gambar k. Start esok nak try test. Hihi. Satu lagi nak update, alahan aku dtg balik plak. Td aku tapau nasi ayam honey lemon dgn mi goreng. Memula aku tapau mi goreng tp sebab teringin nak mkn honey lemon chicken, aku beli gak dua dua. Tp, bila sampai rumah, aku try honey lemon chicken dulu. Mak aih, sesuap dua, aku nak muntah. Tak tahan dengan bau dia. Alamak! Almost muntah bila bau dia sangat2 mengganggu aku. Sedih. Terus stop & continue dgn mi goreng plak. Tak dpt makan gak. Tp aku lapar. so now, lepas ni aku decide nak goreng ikan dgn masak sayur je la.

Sunday, August 26, 2012

I Miss You Husband

Posted by mimie at 8/26/2012 11:44:00 PM 0 comments
Dear husband,

I miss you. Like crazy.

Regards,

Wife

8 Syawal. Baby 12 Week

Posted by mimie at 8/26/2012 09:56:00 AM 0 comments
Alhamdulillah dah masuk seminggu kita beraya. Kalau zaman study dulu, seronok giler pegi open house rmh kawan2. Tahun ni, seriously aku tak banyak jalan2 raya. Meh aku kira... 8 buah rumah jer kot tahun ni. Reason? Aku cepat mengah. . . Hu hu hu

Kalau kat Sarawak, kebanyakan rumah menghidangkan air gas or carbonated drinks. Dan, semua aku tak minum. Kecuali yang bagi sirap or jus jer aku leh minum. Mane tak ponat den.. last2 bawa air sendiri dalam kete. He he. Daging, ayam pun aku tak sentuh. Kambing aku ok lagi, boleh makan. Gathering open house rumah nenek aku hari tu, aku duk melahap bihun goreng jer. Aku try gak ambik rendang etc etc tp masih tak lalu nak makan. Fuhhh.. . Kesian nye baby aku ni. Memilih betul. Tp takpe.. elok gak tak banyak makan daging kan. He he

So, raya.. aku dah start dgn ikan. Yumyum! Ni aku minat sangat skrg .. singgang ikan. Ikan ni di masak dgn asam keping dan kunyit hidup. Memula tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, cili. Pastu rebus jer skali dgn ikan. Tp depend dgn jenis ikan la. Ada gak kene tumis dulu. Tp yg ni, main rebus skali. Ohya. Jgn lupa halia dan garam secukup rasa. Sedap tau!!! Hari2 makan pun oke jerr. Hihi..

Hari ni, baby dah masuk 12week. Aku masih menghitung hari. Masuk 13week mungkin boleh tarik nafas lega sikit. Sikit je la. Dah masuk 20week, boleh tarik nafas banyak sikit kot. Huhu. Semalam aku terjaga 2-3 kali gak. Selalunya sekali jer terjaga. Semalam macam, terasa bergerak2 jer perut ni. Tp rasa yg sangat lembut. Baby dah mula active malam ker? Wallahualam. Kebetulan jer kot.

Husband plak.. start 2 hari lepas d serang gastrik.sakitnya sampai ke dada. Hari ni, masih gak sakit. Risau sangat. Mudah2an tak serious. Tp doktor cakap bukan setakat gastrik. Sakit muscle skali sbb takde rest. Hmm.. risau :'(

Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted by mimie at 8/21/2012 10:25:00 AM 0 comments
Assalamualaikum!

dah lama tak update. Bukan sbb takde line tapi sebab tak ada masa. He he. Lepas husband balik Doha jer, saya duk rumah mertua sampai balik ke Bintulu. So malam sebelum balik Bintulu, meriah jer rumah mertua sbb semua ada kat rumah. Ada ain, abg mirul, iza dan Sha. Alhamdulillah. .

Sampai jer Bintulu hari Jumaat tu, adik yg ambik kat Airport. Adik terus pegi Miri lepas hantar aku balik rumah.

Raya pertama? Alhamdulillah.. pagi tu, aku sembahyang raya dengan mak dan Sara, anak buah aku. Syukur.

Husband kat Doha pun raya gak 19 August. Dia cakap dia sorg jer pakai baju melayu kat sana masa sembahyang raya. Sembahyang raya kat rig. Tengah2 laut.

Raya kedua, kami balik ke kampung sebelah mak di Niah, Miri. Kami menjadi tuan rumah untuk Mega Gathering Raya tahun ni. Seronok sgt tp syg, kakak tak balik raya lagi, husband lak keje. But anyway, memang gathering yg dihadiri sangat ramai ahli keluarga yang datang dari Miri, Bintulu, Kuching, Mukah, Oya, Australia, Semenanjung, Brunei dan seantero dunia la. He he.

Meh aku share few pictures raya :)

Aku dengan anak abang aku, adam n sara
Ni ank ke 3 abang, sofea
Aku dengan adam n sara raya ke 2 nak balik kampung atok
Ni mak aku dengan sara

Ni gambar sebelum aku balik Bintulu.kat rmh mertua. Looking at myself dlm pic ni, aku nampak gemuk. Obviously berat aku naik. Kalau berat naik mendadak, tak baik jugak taw. So, kene hati2 next time.. heee

Will update pictires more later. Ada lg gambar whole family masa gthering kat rumah atok.

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua muslimin muslimat. Ampun maaf di pinta andai ada terkasar bahasa, tersilap kata, terguris hati sama ada sengaja mahupun tak sengaja. Semoga aidilfitri ini memberi kegembiraan buat semua... ikhlas dari saya dan suami...

Thursday, August 16, 2012

27 Ramadhan. 11week . MOGTT

Posted by mimie at 8/16/2012 08:40:00 AM 0 comments
assalamualaikum.morning!

sekarang aku kat KKIA Batu Kawah. Baru lepas minum air gula. Serious nervous dgn result. Aku harap normal

Before : 4.9

Aku d suruh tunggu sampai 10.30am. Aku tnye boleh balik tak, dia cakap tak boleh. Fuhh.. aku dah prepare Novel Licik untuk aku baca. Jom start reading...

Wednesday, August 15, 2012

26 Ramadhan. 2nd Time Scan : 10w 6d

Posted by mimie at 8/15/2012 12:19:00 PM 1 comments
Alhamdulillah, syukur ya Allah...

Aku baru je balik dari Timberland Medical Specialist. Ptg ni husband balik Doha, so kami buat scan! Skali letak jer, aku tekejut tengok baby besar!!! Tp tak nampak pun flickering jantung dia...

Dr. Patricia Ling buka sound, kami terus dgr degup jantung baby & nampak turun naik heartbeat baby. Alhamdulillah, syukur. Doktor cakap baby normal & sihat.

Hubby tanya doktor "where's the leg? " .. tetiba baby angkat kaki dia, buat gaya kicking. Nampak kaki dia terus. He he. Lepas tu nampak both hand terangkat gak. Subhanallah. Maybe dia lambai daddy dia nak balik Doha hari ni. Happy giler. Alhamdulillah.

Syukur ya Allah. Semoga baby grow healthy.

Nampak tak kaki baby ? He he. Dia nak tunjuk kat daddy dia. Tangan pun dia angkat. Oh ya, semalam husband plak loya nak muntah. Hikhik. Kalau based on scan today, baby dah 10w 6d & EDD pun makin awal. Dah bertukar jadi 7 March 2013. Semoga baby grow healthy

Update malam plak... 9:04pm

Hubby dah fly back balik keje ptg td. Kuching to Singapore at 4.30pm tadi. Semua ada. Mama, bapak, abg mirul, iza, sha & ain. Meriah. Ain (adik bongsu husband) dtg tgh mlm (11.40pm) semalam dari Jordan. Tgh mlm tadi aku, husband, mama n bapak pegi airport sambut Ain. Lepas dari airport ktorg lepak Islamic Cafe, aku order roti canai telur... tetiba nak makan roti canai tgh mlm. Sahur semalam,aku tak dapat angkat daaa... seriously berat giler kepala. Husband pun cakap takyah lah temankan sahur. So, sahur mama,bapak,ain n husband jer. Aku tidur sampai subuh pun terlepas. Teruknya!!!. Bangun pukul 9am. Mama dah g keje. Tinggal ain dgn bapak je kat rumah. Aku cuti dah... hehe. Aku dgn husband terus balik rumah ktorg jap sbb husband nak print few document plak. Lepas tu g scan baby(seperti kisah di atas)

Malam ni after 10pm, kene start puasa. Tu yg skrg duk makan dulu. Esok 8.30am kene g KKIA buat MOGTT. Seriously nervous. Aku tak nak pk muntah. Kene think positive. Ohya, tghri tadi before g scan byk giler muntah. Aku sendiri tak sanggup tengok. Aku harap esok minum air gula aku tak muntah lah... amin! Hope result ok

gambar raya dgn family husband. Semua ada. Jarang dapat kumpul camni. Adik ain kat Jordan, abg mirul sekeluarga kat Limbang. Husband lak kat Qatar. So, hari ni dapat kumpul ramai-ramai. Kira gambar raya lah ni.hehe
My husband. Aku dah siapkan baju, jeans & kasut yg proper untuk dia fly balik Doha. Tau apa dia nak? Dia suh cari tshirt terburuk, jeans lusuh n selipar jepun quiksilver jugak yg dia nak. Dia cakap balik keje bukan g melancong pun. Baju dia bawak? Selai jeans n selai baju. Tp laptop sampai 2. Tu jer dia bawak. Sebab kat Doha dah ada banyak baju n barang dia. So, camtu jer aku pack. memang setiap kali dia balik Doha, macam tu lah gaya nyer. Lain lah kalau dia g melancong. Mak aihhh... takyah cakap lah!

Sedih hubby balik? Sape tak sedih kan. Tp aku bersyukur dapat spend Ramadhan dgn husband. Sebab masa puasa dpt sama2 g terawikh, sahur n berbuka. Kalau raya, rasanya first week raya je byk aktiviti kot. Kalau puasa sorg2 baru sedih kot. Raya ni, aku balik kampung aku. So, tak terasa sangat. Terasa lah jugak first raya kan. Tp tahun depan, bertiga, insyallah. Lagi bermakna n lagi meriah raya kot.

Alhamdulillah.... syukur ya Allah

Tuesday, August 14, 2012

25 Ramadhan. LMP/scan 10w 3d

Posted by mimie at 8/14/2012 09:09:00 AM 0 comments
Morning...As usual, sahur aku temankan hubby makan. Tp pagi tadi, aku join makan skali. Tp sikit jer..hehe. aku makan buttermilk bun jer.

Bila nak mandi pagi, itu dia.. bergelora rasa nak muntah. Sakit rasa dada bila tahan muntah. Angin banyak, keluar muntah, sikit jer. Lama gak aku duk menahan nak bagi muntah, tengok2, sikit jer yang dimuntahkan. Pheww.

Ni dari application yang aku install dalam hp. Banyak pregnancy application aku install. Hehe. So, dari application tu, dia cakap masuk 10week, alahan mula berkurang. Normal lah kot skrg dah mula slow down. Aku tak muntah setiap hari dah. Selang 2-3 hari baru muntah. Selebihnya tinggal loya-loya. Tp selera tetap kurang. Aku masih tak boleh nak makan ayam & daging. Habis, raya nanti? Aku nak request ikan jer??? Mak.... nak ikan masak asam+kunyittt tuuuuuu!!!!!

semalam... ktorg berbuka seafood lagi. Ye lah, apa lagi yg aku dapat makan kan? Ayam daging dah out terus. So semlm butterprawn, bawal sweet&sour, telur dadar & kangkung garlic. Kangkung garlic dah jadi favourite giler. Telur dadar gak. Hekhek. Bila aku pregnant ni, terasa macam demand jer kan? Makan nak seafood.. Aku nak masak kan untuk husband tapi, dia tak bagi pun. Penat satu hal, lg satu hal takut aku muntah. Sepanjang pregnant ni, serious aku tak pernah masak pun untuk husband. Masak yg simple giler ada lah. Maggie, buatkan air, bun etc etc. Masak lauk, takde.

Yummeyh!!

Malam, g temankan husband ambik second dose injection untuk chicken pox. Sebelum balik offshore, kene ambik injection ni. Tu yg ktorg g KPJ Kuching Specialist Hospital... hehe..ni haaa aku sempat curi2 snap

Hehe...aku edit jerr.hubby tak nangis pun!!

Yeay..esok aku dah start cuti!!! Malam ni sister in law datang dari Jordan. Balik for raya. Alhamduillah, ada lah peneman mama & bapak raya ni. Tahun ni, aku raya dgn family aku. Sebab? Kakak aku tak balik raya tahun ni. Kesian gak dgn parent aku nanti takde plak yg beraya dgn dorg. Tinggal anak laki jer. Lagipun, husband tak raya kat sini tahun ni. Insyallah,raya tahun depan, meriah lah raya family in law aku :)

Esok hubby balik Doha. Mode sedihhhh... sob sob sob. Khamis, aku buat MOGTT. Jumaat, aku amik flight balik Bintulu. Taknak tunggu esok sbb hubby balik :'( tp tak sabar nak balik kampung Jumaat ni.

Kalau husband balik Doha, aku selalu talk to myself '5 minggu tu tak lama lah' .. insyallah, 5minggu cepat berlalu. Amin ya rabb

Monday, August 13, 2012

24 Ramadhan 1433H

Posted by mimie at 8/13/2012 02:27:00 PM 0 comments
Assalamualaikum & selamat tengahari...eh, petang!

first, kalau perasan.. aku dah stop buat BBT. Bukan sebab tak nak buat. Aku plan nak buat BBT sampai cukup first trisem ni. Tp, since balik kampung hari tu, termometer hilang daaaaa.. aku rasa bukan sbb tertinggal kat kampung tp misplace. Sebelum balik kampung dah aku tak jumpe mana aku letak.hmmm

Hari ni, lemah plak. Setelah 4 hari tak muntah, hari sabtu hari tu aku muntah balik. Sekarang, loya2 jer. Harap baby grow healhty. Rabu ni aku cuti sbb hubby dah nak balik Doha. Planning, rabu ni baru nak scan balik. Nervous... khamis lak MOGTT. Jumaat... balik kampung. Kali ni aku bukan semangat nak raya tau. Aku semangat nak makan masakan mak. Lama giler tak makan masakan mak..

Semalam, sempat gak shopping sikit. Takde beli byk pon. Aku beli selai baju kebaya(ada hati lg nak pakai kebaya walaupun perut mula naik).sepasang kasut Nose (tinggi 2inch kot). Memula nak beli FitFlop kat Poppies. Tp aku rasa nak survey Scholl gak. Tu yg last2 beli Nose je dulu. Nanti cari either FitFlop or Scholl plak. Sesuai utk pregnant woman. Lepas tu,hubby ajak berbuka kat Manhattan Fish Market.

ukur lilit pinggang aku.

Muda remaja sebelum kahwin boleh pakai seluar size 26 @ 27

pregnant bulan 3.2012 (sampai 8w 6d) size 31-32

pregnant bulan 6.2012 until today, size 33-34

wahhhh... bila tengok pic aku sendiri, pipi semakin tembam. Bila tengok muka sendiri, memang nampak lain. Cousin aku panggil aku genduts. Alamak! Berat aku skrg 49.5kg. Sebelum kahwin 45kg x pernah naik. Pregnant bulan 3 hari tu, last timbang 47.7kg.

Sunday, August 12, 2012

Raya??

Posted by mimie at 8/12/2012 11:56:00 AM 0 comments
Korang smua mesti dah ready for raya kan?? Baju raya dah? Kasut raya? Handbag raya?

Aku... satu pun tak beli lagi. Aku rasa, kalau pasangan lain, raya pertama sebagai suami isteri, awal dah tempah baju kan? Tahun pertama as husband and wife, kami tak beraya bersama. Hubby will be back to Doha next Wednesday. Aku plak beraya bersama family aku kat Bintulu , Jumaat nanti baru balik kampung aku.

MIL dah belikan baju raya untuk kami. Mak pun dah belikan aku baju raya. Kebetulan, tema untuk kedua2 blah family warna hijau tahun ni. Tp, aku takde mood nak raya. Husband keje. Orang mesti tanya, kenapa first raya bersama as husband n wife, hubby keje?

Kerana.. kat Al Zubarah rig, cuma husband & sorg lagi kwn dia yg boleh buat benda tu. Cuma dua org. Kalau sorg balik cuti, sorg kene keje. Kebetulan, dua2 Islam. Last year, hubby punya turn raya. So tahun ni turn kwn dia. Tahun depan, baru turn hubby balik. Aku oke jer. Sebab, insyallah, tahun depan raya ber-3 , dengan izin Allah.

Semalam, kami terawikh kat Masjid tak jauh dari Matang. Reason? Nak beli char kuey teaw. Lepas terawikh jer, pecut g Kets Kitchen. Owner kedai cakap stall sllalu bukak balik 9.30pm. Penjual char kuey teaw tu g terawikh jap. So, dari 9.15pm, kami tunggu dalam kete. Facing stall. Tunggu punya tunggu, sampai 10.15pm. Maksudnya, dah sejam. Tetiba lampu stall tutup. Ahhh!!! Kalau lampu tutup maksudnya dia tak bukak lagi. Sedih? Setiap malam tau kami tak dapat char kuey teaw since day 1 puasa kecuali 9 August hari tu. Tu pun share makan berdua.

tunggu dlm kete..facing char kuey teaw stall

Aku tak tau nak cakap ape dah. Dugaan mengidam char kuey teaw ni memang kuat. Benda yg di idamkan sangat, susah sgt nak dapat. Setiap malam tau kami cari. Lepas terawikh, mesti g stall char kuey teaw yg berlainan. Kadang satu malam, 2-3 tempat kami pegi. Dan semua pun tutup.

Dari Matang, hubby cakap, lets try batu 7. Kalau tak bukak jugak, kita makan ikan bakar. Oke. Sampai situ, yup, memang tak bukak. Stall sebelah meriah lagi dgn ikan bakar. So, kami order ikan bakar jer.

Ikan bakar...tak sempat nak amik sebelum d robek robek..hihi..

Nanti, kalau baby dah besar sikit dan sihat, aku amik jer flight Kuching-Penang kalau nak sangat char kuey teaw. Lagipun kakak aku duk Kulim. Dpt gak melawat family dia skali ... geram punye pasal kan!!

Saturday, August 11, 2012

How Do We Celebrate My Birthday?

Posted by mimie at 8/11/2012 10:09:00 AM 0 comments
10 August.

Kalau pasangan lain, maybe they expect for special dinner kat Hotel. Aku? Aku ckp kat hubby, takyah g buffet, tak yah g tempat yg confirm aku tak lalu nak makan. Hekhek .. so, hubby tanya mana aku nak makan. Aku serious tak tau. Ikutkan hati, stall char kuey teaw tepi jln jer. Tp kesian lak kat hubby. Dia yg puasa kan. So aku pilih sushi king jer sbb aku tau hubby suka mkn sushi.

Aku suka sushi king gak time sebelum preggy. Tp, aku tak makan pun semlm sbb most of the sushi kan half cook .. aku pnah dgr tak elok untuk preggy woman. So, aku cari omelette jer. Tp yg aku nak sgt omelette tu takde. Wah! Yang aku nak mmg smua takde. So kat sushi, aku minum jer. Hubby mkn byk, aku minum jerr..

Lepas berbuka kat sushi king, g masjid sebelah the spring untuk maghrib, isyak, terawikh. Lepas terawikh jer terus pecut g Samarahan. Sebab? Aku nak char kuey teaw! Tp, as usual stall close. So, aku order nasi goreng ayam. Sbb aku tengok gambar macam sedap jer. Teringin nak makan kangkung mcm dlm gambar tu. Tp bila sampai ni plak jadinyer. Takde pun kangkung? Kan aku cakap, smua yg aku nak, mmg takde..bila tanya kat dorg cakap sayur dah habis.. ade plak mcm tu. Harga tetap sama walaupun takde kangkung. .

lepas dari samarahan, pecut balik g the spring. Tengok wayang!! Bourne. So, apa yg special on my birthday? Kami celebrate as simple as that. paling simple berbanding tahun2 lain masa masih couple dulu. In other words, tak celebrate pun. Yg special nya? Hubby usap2 perut perut, ada our little baby inside! And, we just pray for baby to grow healthy each day. Itu yg paling special. Nothing more yg kami nak.. alhamdulillah

Tahun pertama suami bayarkan zakat fitrah untuk isterinya yg di nikahi pada 31Dec2011 :) Alhamdulillah

Friday, August 10, 2012

21 Ramadhan. Happy Birthday!

Posted by mimie at 8/10/2012 09:33:00 AM 2 comments
This morning Im having very bad headache. Nak ambik cuti, hari ni student ada Test 1. 2 group lak tu. Petang, aku ada kursus. How am I going to take leave? Sighhhh

Ohya... HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF.. 10 August!

semalam, aku dapat gak makan char kuey teaw. Panjang kisah nya... lepas terawikh, ktorg g Giant dulu. Dari Giant, g Batu 7. Ada member cakap ada stall kat situ. Sampai je situ, stall char kuey teaw, macam biasa, CLOSE. stall lain, meriahhhhh lagi. Ramai lak customer. Mcm tu lah kebiasaan nye kalau aku pegi stall2 char kuey teaw lain. Memang macam tu

Dari Batu 7, hubby cakap, lets try Kets kitchen lagi. So..pecut g sana. Bila nampak jer abg stall tu ade, menjerit2 aku n hubby dlm kete. Macam menang pingat emas olympic lak gayanya. Terloncat2 dlm kete. Cepat2 masuk & order. Malang nya. Habis! Tapi, dpt order satu pinggan jer. Oke. Satu pun satu lahhhh! Share makan. Hikhik. Alhamdulillah

Hari ni birthday aku... aku nak salah satu hadiah hari ni adalah, char kuey teaw lagi. Hikhikhik!

Thursday, August 9, 2012

20 Ramadhan.

Posted by mimie at 8/09/2012 10:18:00 AM 9 comments
Based on LMP & last scan, hari ni masuk 9w 5d.

Semalam & hari ni, light headache dah mula menyerang. Rasa nak muntah pun bertukar time, masa kat office plak. Tp sbb kat office, aku mampu tahan dengan minum air ribena. Bawak dari rumah. Masa mengajar dalam kelas pun makin tak selesa. Bila perasaan bergelora nak muntah tu dtg, aku pergi blakang kelas... cover! Tp so far, semlm jer aku termuntah pagi. Tu pun kat rumah.

Kenapa aku duk update muntah etc etc smua ni? Sbb aku nak monitor balik & dpt aku refer semula next time :) bukan sbb nak complaint kenapa aku muntah...muntah... pening...mengidam... makan ape...etc etc etc :) aku tak complaint, kenapa aku mabuk camni. Tp aku bersyukur, sbb aku merasa gak experience camni yg aku tak pernah rasa sebelum ni even masa aku pregnantkan twin hri tu. aku tak complaint. Baru aku tau, lain org, lain alahan... dan lain baby, lain alahan...

Pasal mengidam char kuey teaw... aku je kot tau perasaan sensitive giler bila tak dpt makan ni. Pelik sgt rasa nya. Frust. Please please please... harap2 hari ni dpt jumpe :'(

Semalam berbuka puasa dengan member2 public gold. Ada satu member ni, anak laki dia, baru 9months duduk kat baby chair next to me. Masa aku tgh citer dgn mak dia pasal alahan aku kali ni, aku sebut jer perkataan "muntah" , on the spot baby boy tu muntah. Padahal sebelum tu, dia duk main2 dgn baby chair dia. Hehe.. dlu masa mak dia pregnant kan dia, dia selalu sgt mkn seafood n x makan asam ke ape . Dia ckp, klu mkn seafood dpt baby boy. Aku...makan seafood, ayam tak leh makan, ulam mangga aku suka sangat! Mix lah.. masam dgn seafood. Camne tu?? Hehe.. tak kisah lah, baby girl ke boy.. janji sihat.... amin!

Wednesday, August 8, 2012

Penangan Penang Char Kuey Teaw

Posted by mimie at 8/08/2012 11:31:00 PM 2 comments
Mengidam tahAp gaban :'(

hari ni, lepas terawikh kat Masjid Besar, sampai ke Kota Samarahan kitorg cari char kuey teaw. Check2 , tutup gak stall tu. Sedihhh oke. Kecewa sesangat. Tak tau nak cakap ape dah. Dari first day puasa dah g cari stall . So far, setiap kali pegi, kalau tak tutup, habis... ketiga- tiga stall lak tu. Itu jer yg aku tau. Tempat lain, masih berusaha. Member aku cakap kat Bazaar Semarak ada. Esok mesti gak cari. Dah tak tertahan rasanya mengidam camni. Sedih, kecewa..semua all in one. Tak pernah aku rasa kecewa tak jumpa makanan camni. Sampai nangis lak :'( camni rupenya rasa mengidam

Sedih sangat :'( sangat sangat sangat sedih...

19 Ramadhan

Posted by mimie at 8/08/2012 09:36:00 AM 6 comments
Morning. Pagi ni, sangat tak larat. Mengantuk yg teramat sangat. Kelas 7.30-9.30am, aku ngantuk giler. Sbb tak tahan punye pasal, aku bg tutorial & assignment kat student. Tp tu yg buat aku makin mengantuk kot. Kene tunggu dorg siapkan keje tanpa buat apa. Aku jalan2 meronda jer dlm kelas nak hilangkan rasa mengantuk. Habis je kelas, now...get ready nak pejamkan mata sekejap atas meja ni. Tak kisah lah org nak ckp ape. Seriously, ngantuk tak tahan.

Semalam aku dgn hubby berbuka western. Alhamdulillah, nak plak tekak ni mkn ayam. Selalu muntah.. western, baby nak kot. Tp kalau bg ayam masak merah ke, rendang ke, masak kicap ke, habis laahhh...mengada giler kan. Nak yg western n seafood jer. Hihi.

Our menu supreme grill chicken & grill lamb shoulder.

semalam, aku tak g terawikh kat masjid. Penat sangat.so, hubby g sorg. Aku baring jap, sampai tertido. Hubby missed call sampai 10kali aku x sedar. Ohmaiii... aku tersedar, aku tengok jam 23:34 aku terus terkejut, cari hubby takde. Alamak. Aku amik hp, nampak missed call banyak dr hubby so I called him. Rupanya hubby kat Boulevard. Jam baru 21:34 , aku yang salah tengok jam. Hukhuk. Cepat2 g mandi & solat. Bila hubby balik, dia bawak satu kotak besar & satu shopping bag. Eh? Apa hubby beli ni...

Jeng jeng jeng... rupanya....

Hubby belikan adjustable chair + alat untuk mengurut. Hehe.. seronok! Semalam aku complaint sakit blakang. Aku baring tengok tv, bila angkat, blakang aku sakit. Tu yg hubby belikan kerusi ni & alat mengurut tu. Yeay!!! Selasa giler aku baring tengok tv pakai kerusi ni. Thank you so much hubby.

Tuesday, August 7, 2012

18 Ramadhan

Posted by mimie at 8/07/2012 02:59:00 PM 0 comments

Morning!! Pagi ni aku drive sendiri g office. Selalunya kalau hubby ada kat rumah, memang dia jer yang hantar. Tapi pagi ni kesian lak tengok. Pagi ni hujan... tu yg aku bg chance kat dia menikmati hari hujan tu. heks. Dia tak mintak pun, aku yg suruh dia sambung tido.

citer pasal semalam plak. Ye ye jer aku ajak hubby g terawikh dekat sikit dengan kedai char kuey teaw tu. Lepas berbuka dengan kawan kat Rumah Hijau, aku dgn hubby solat kat Masjid Gita. Dekat sikit nak g beli char kuey teaw, dpt pegi Kets Kitchen awal sikit. Kalau debelum ni pegi sana lepas terawikh, stall tu cun plak tgh nak tutup. Sempat tengok pakcik tu kemas jer. Tu lah hari ni nak g awal sikit. ok. Nak dijadikan citer, lepas jer terawikh, terus pecut g sana. Yes!!! Awal lagi.

Hmm. Aku rasa kalau tengah ngidam ni mmg dugaan nye kuat sikit kot. Semalam dtg awal, stall plak tutup. Sebelum ni sempat tengok pakcik tu kemas, kali ni, muka pakcik pun tak nampak. Ohhhh.... taktau nak cakap ape dah. Dugaan. Frust!

lepas tu, try lg skali pegi satu tempat lagi. 7on7. Tanya kat abg kat situ. Dia cakap stall char kuey teaw tak bukak bulan puasa. Sedihh! Double frust. Memang frust sgt. Keiwaaaaa

Nak pujuk hati yg keciwa dgn char kuey teaw, hubby ajak g Kubah Ria. So, ktorg makan butterprawn sgt sedap kat stall no 11. Tp sbnrnya sedap camne pun butterprawn tu, kalau hati nak char kuey teaw, mmg jadi tak best gak kan?

Sedap tapi nak char kuey teaw gaks

Monday, August 6, 2012

17 Ramadhan. Salam Nuzul Quran

Posted by mimie at 8/06/2012 02:00:00 PM 0 comments
Hari ni, tetiba rasa sedih sikit bila teringat next week hubby dah balik qatar :'( takmo ingat lah... next week gak, aku balik kampung lagi. Kali ni untuk beraya. Tapi tanpa hubby. Takpe, tak lama ... nanti hubby balik lagi (ayat biasa aku untuk sedapkan hati sendiri)

Hari ni, badan penat sangat. Kaki masa jalan pun lenguh jer . Jalan slow motion.. huhu. Perasaan nak tido kuat sangat. Mata ngantuk giler. Sempat tido lunch hour tadi. Rasa nak muntah tghri ni. tp aku berjaya tahan dengan melelapkan mata.

Petang ni berbuka puasa dengan kawan hubby yg baru kawen June lepas. Esok pun ada undangan berbuka puasa dengan team Public Gold. Harap ada lauk selain ayam. Kalau tak... minum jerrr kot?

Sunday, August 5, 2012

16 Ramadhan

Posted by mimie at 8/05/2012 01:41:00 PM 0 comments
Now, dah kat Kuching semula. Hmm ... balik kch, takde lain la... memang have to think pasal keje. Malasnye nak keje esok :'(

tadi naik Air Asia balik Kuching. Tetiba rasa nak muntah kuat giler dlm flight. aku pejam mata, try nak alihkan fikiran aku kpd benda lain. Rasa lama plak flight hari ni. Landed jer, smua barang hubby yg bawak. Aku bawak plastic bag AA , aku take away pizza. Hiks. Nak g toilet, confirm muntah. Segan lak kalau org tengok. So, aku continue baring dlm kete jer.

dari airport, aku hantar hubby g performance workshop car dia. Ptg ni dia ada sport car gathering, tu yg beriya2 g buat kete, cuci kete.. macam2 lah..hubby stay jer kat situ, aku balik rumah. Ingatkan nak g rumah mertua. Tp perasaan tak selesa camni yg selalu buat aku nak baring jer. Serious tak selesa.

Will update more later.

Baru lepas maghrib. Sensitive plak :'( rasa mcm nak nangis. Aku nak char kuey teaw tp sampai hari ni tak jumpe :'( hari tu first day hubby balik dah try cari tp stall tu close. Terus tak cari sampai hari ni.. sedih la... hmm... pregnant mother mmg sensitive terlebih kan? Tak dpt cari char kuey teaw pun nak nangis :'( pelik tul...

Hubby hari ni berbuka dgn member sportcar dia. Aku malas nak ekot. Smua laki pastu hari ni plak aku tak selesa. Compare dgn hari2 sebelum ni, hari ni aku baring jer. Mungkin sbb aku tahan muntah dr dlm flight td, tu yg buat kepala pening sikit pastu badan tak selesa, rasa loya jer. Even masa solat maghrib td, aku leh tetiba teruweekkk tp tak muntah lah. Loya.. now, baring balik.

Hubby whatsapp pic gathering. Banyak tp malas nak upload. Kete kesygan dia, tu haa... the metallic grey rx8.

Malam, aku layan dato lee chong wei vs lin dan sorg2 kat rmh. Husband layan dgn member dia. Tgh layan game, terkedek2 la aku g toilet. Setelah sekian lama aku menahan muntah, akhirnya keluar jugak. Aku muntah tutup mata sbb tak sanggup dah nak tengok. Sakit gak dada kalau muntah. Rasa terkeluar segala isi perut. Keluar skali air mata ni... takpe takpe... aku ok lagi.

lepas habis tengok game, dgn hati sedih abb kalah ( kalau menang, kot2 dpt cuti), aku kemas nak tido rmh mertua mlm ni. Tp sebelum tu, hubby ajak cari char kuey teaw. Hati girang gilerrr. Bila sampai kedai fave aku, Alhamdulilah 7on7 bukak!!! Skali tengok stall char kuey teaw tutup. Sedih! Pastu g try kat satu kedai lagi, Kets Kitchen. Yeah!! Pakcik stall tu ada tp bila dtg dekat, dia geleng2 cakap "dah habis dik" ... alamak, frust giler. Last2 duduk jer kat Kets Kitchen, aku order paprik. Hmm. Selera aku kat char kuey teaw, bila mkn paprik, serious tak lalu nak mkn. Hubby order ayam panggang. Aku makan satu jer, pastu stop. Tak ngam tekak, takut muntah. Frust.

Friday, August 3, 2012

14 Ramadhan. We Missed Our Flight

Posted by mimie at 8/03/2012 11:16:00 AM 0 comments
This morning, we were heading to airport a bit early. But unlucky us, we missed our flight. Sebab? Aku lapar. Dah sampai airport, aku cakap kat hubby nak muntah. Mintak belikan gula2 & aku g beli cookies Famous Amos. Our flight at 9.25am. We manage to arrive there early but yea, takdir nak cakap ktorg missed our flight.. ktorg dah sampai betul2 depan Gate 1 and flight masih kat situ. Tak terbang, tak gerak pun lg. Tp nak buat camne...terpaksa beli tiket baru, for 2 person. Lucky us, MAS still ada but at 11.40am. So, now tgh tunggu flight..

tadi sementara tunggu 11.40am, aku sempat g KFC, lapar sgt. Slumber je beli kids breakfast meal. Makan dalam kete. Hikhik. Hubby lak duduk kat kerusi urut while im enjoying my kids meal. Yea la, baby yg nak mkn..hikhik

My breakfast menu sebelum masuk flight.

12.44 . NOW. Dah sampai. Tp kene tunggu lagi. Sebab? Semua dah pegi sembahyang Jumaat. Aku cakap kat mak, takpe, ktorg tunggu org balik sembahyang Jumaat je lah. Fuhhh.... haus gilerr!

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare