Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Thursday, May 31, 2012

Pihak KKIA datang rumah plak..Apa kess?

Posted by mimie at 5/31/2012 11:39:00 AM 0 comments
Hari ni aku nak citer pasal ape ek? Nothing so interesting lately. Oh ya. Semlm pihak KKIA call aku. Dorg cakap dorg dtg rumah..aku pun tekejut badak gak la...apsal eh? Ada apa2 jadi ker? Dh plak tu... Tgh borak on the phone suudenly sister tu cakap, "nanti awak call balik boleh tak sbb ada org cari skrg" ... Aku pun saspen jap... About 5 minutes, aku call balik. Aku ingatkan something weird kat result..dupdapdupdap lah jugak. Rupa-rupanya, dorg tnya kenapa aku tak datang appointment 9/5/2012 hari tu. Hek hek hek...mmg bikin saspen. Aku bgtau la aku dah miscarriage on the 4/5/2012 hari tu...then, sister tu cakap i still need to go for appointment at KkIA eventhough saya dah directly pegi GH. Ok, I will make a visit next week. Insyallah Hmm...bermula esok, cuti sampai hari isnin kat Sarawak sempena perayaan Gawai . Me and Hubby tak tau apa plan plakkk...hmmm .ok, will updAte this entry mlm kang plak.....tetiba ada hal..

Wednesday, May 30, 2012

Kurma Nabi Dan Madu Sidr

Posted by mimie at 5/30/2012 08:43:00 AM 1 comments
Assalamualaikum readers...

Hari ni teringin nak citer pasal Madu & Kurma.. 

En Suami dah pun selamat tiba di rumah malam Khamis lepas. Macam yang saya pesan kat husband, 

"Tolong belikan saya kurma nabi original ok"

So, husband bawak balik kurma. Tapi tak bawa balik banyak. Reason? Sebab... Husband keje kat laut, bila sampai ke darat (Doha), dia masuk hotel, rehat jap. Malam tu baru dia jalan-jalan di bandar Doha. Pegi ATM machine, nak cucuk duit sebab nak bawak balik madu Sidr dan Kurma Nabi yang saya pesan. Malang nya, semua ATM card dia termasuk lah dengan credit card, tak dapat pakai. So, hubby belikan sikit je kurma madu untuk saya.

Next morning, husband test lagi withdraw cash di ATM Machine, Alhamdulillah dapat plak. Tapi, tak sempat nak borong madu & kurma lagi sebab nak kejar flight balik kt KL. 

Masa husband balik bulan March 2012 hari tu, banyak giler tempahan untuk Madu Sidr. Seriously banyak. Husband announce kat Facebook dia, kalau ada sesiapa nak pesan Madu original dari Yemen, let him know. Tup2x, sampai more than RM2K plak dia bawak balik madu. Tak sangka sambutan madu ni meletup-letup. Madu ni mahal tau. Antara madu yang termahal di dunia sebab Madu jenis ni merupakan madu yang terbaik dan ada disebut dalam Al-Quran tentang khasiat nya. 

Cuma balik bulan 5 ni, husband tak announce kat Facebook. Bukan sebab tak nak tolong belikan tapi sebab masalah tak dapat withdraw cash di ATM tadi. Yang sebenarnya masalah ni berpunca dari waktu husband withdraw cash di ATM Doha adalah waktu tengah malam di Malaysia. Pengajaran nya, kene kira dulu time Malaysia & Doha kalau nak withdraw duit. Hmm.. Walaupun husband tak announce di Facebook pasal madu tu, ada gak kawan-kawan yang pernah beli madu ni inbox di Facebook, tanya ada bawa balik madu tak? He He He. 

So, next round husband g Doha 16 June 2012 & Insyallah balik ke Malaysia 18 July 2012 (bulan puasa). Masa ni, tempahan Madu & Kurma di buka semula.. Originally from Doha, Qatar :) 

Meh saya share beberapa pics Encik Suami ketika beli madu & kurma sekitar Yemen & Doha:

Ni kat Lembah Madu daerah Dhau'lia dan Wadi Dua'an, Hadramaut Yemen


Ni masa hubby beli madu Yemen. Bergambar dengan owner kedai madu di Doha Qatar. Owner berasal dari Yemen dan bukak branch di Qatar

Ni on his way to Hadramaut, Yemen. bergambar dengan penduduk asal Yemen (baju putih). Jalan-jalan kat Yemen kene bawa senjata tau! Foreigner mesti jalan dengan penduduk for security.

Ini di pasar lama Doha. hubby tengah cari Souq Waqif nak beli madu Yemen di Doha

Doha Qatar


Khasiat Madu dan Kurma ni??? Meh saya share sikit.. 
Info yang saya serta kan di bawah adalah dari sumber internet (Saya sertakan sekali link)




KELEBIHA KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.



Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

 "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala.

KHASIAT KURMA

 Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
 
KAJIAN DAN PENEMUAN SAINS PERUBATAN
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.
Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria

Kandungan Kurma Kering %
Gula Lebih 50
Protein Lebih 2
Lemak Lebih 2
Sumber Mineral Lebih 2
Sumber: Encyclopaedia Britannica CD99.

Kurma Mencegah Serangan Stroke
•        Kandungan kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau digunakan saat berbuka puasa. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa: kurma boleh menurunkan risiko serangan stroke berkat tingginya kalium yang dikandungnya.  Buah-buahan dikenal sebagai sumber utama vitamin, terutama vitamin C dan mineral. Sudah begitu, kandungan energi atau kalorinya pun rendah, sebab lemak yang dikandungnya juga rendah. Namun, ada pengecualian, misalnya kurma. Kandungan lemak pada kurma juga boleh diabaikan. Namun, karbohidratnya yang tinggi membuat buah ini dapat menyediakan energi yang tinggi pula. Malah paling tinggi diantara keluarga besar buah-buahan. Keunggulan lainnya, kurma
mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah, yaitu kalium. Fungsi mineral ini membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa. Apalagi, beberapa penelitian membuktikan, makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan risiko serangan stroke.




---------------------------------------------------------------------------------------


Madu Sidr @ Madu Yaman (Yemen)


Madu Sidr merupakan madu daripada Negara Yemen yang termahal di dunia. Khasiat madu sidr dikatakan yang paling tinggi nilainya dan juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

Pokok sidrMadu sidr dihasilkan di Pergunungan Hadramaut, Semenanjung Arab yang masih bebas daripada pencemaran. Lebah madu sidr mengambil nektar dari pokok sidr sahaja (monoflora). Pokok sidr di Yemen dipercayai adalah pokok yang tertua di dunia. Hampir semua bahagian pokok ini digunakan oleh masyarakat tempatan untuk tujuan kesihatan kerana mempunyai khasiat yang tinggi.

Oleh itu, madu sidr yang berasal daripada pokok sidr juga mempunyai nilai khasiat dan perubatan yang lebih tinggi berbanding jenis-jenis madu lain. Madu sidr amat mujarab untuk menyembuhkan penyakit hati, penghadaman dan pernafasan, menaikkan prestasi batin dan sebagai anti-oksida dan anti-bakteria yang berkesan.


Khasiat Madu untuk Ibu Mengandung



Adakah madu selamat digunakan oleh ibu mengandung? Apakah cara yang betul untuk menggunakan madu bagi ibu mengandung?

Daripada pengalaman ibu-ibu mengandung yang mengambil madu semasa hamil, bukan sahaja madu selamat digunakan, malah khasiat madu baik untuk ibu and kandungan.
Sila lihat artikel : Khasiat Madu untuk Bayi

Madu dapat mengurangkan rasa loya ketika mengandung, terutamanya pada waktu pagi. Untuk kesan yang terbaik, ambil madu sebelum tidur setiap hari.

Madu juga mampu mengekalkan daya tahan penyakit ibu sewaktu mengandung. Biasanya, ibu hamil sering mendapat selesema kerana sistem daya tahan mereka lebih lemah pada ketika ini. Dengan mengambil madu, bahan anti-bakteria di dalam madu mampu menyokong sistem daya tahan ibu sewaktu mengandung.
Di samping itu, madu boleh mengelakkan masalah sembelit, yang sememangnya sering dialami ibu mengandung. Kandungan pelawas dan anti-bakteria di dalam madu membantu sistem penghadaman ibu mengandung.

Khasiat madu untuk ibu mengandung yang lain termasuklah membolehkan tidur lebih nyenyak, memberi tenaga dan mengelakkan hipertension.
Sumber : Khasiat Madu untuk Ibu Mengandung


---------------------------------------------------------------------------------------

Info lain boleh layari : Khasiat Kurma dan Madu Sidr (Utusan Malaysia)
                                Khasiat Kurma, Madu dan Kismis Menurut Islam
---------------------------------------------------------------------------------------

 #Kalau nak pesan madu original Yemen & Kurma, boleh jer. Let me know ok. Tapi madu dan kurma original ni harga nya memang mahal.

Monday, May 28, 2012

Dating Week 1

Posted by mimie at 5/28/2012 10:21:00 AM 0 comments
Last weekend me & Mr hubby ...and not to forget our friends g swimming!

Alhamdulillah, kesihatan getting better, so swimming lerrr! We went to Damai and really had fun there. 


Im planning to ask for Dr Ling's opinion on my current health status actually. Itsokayy.. By this week will do & will update! 

Ohya...Sarawak will have so-called-long public holiday from 1 June 2012 until 4 June 2012 sempena perayaan Gawai. Me & my hubby now is looking for a great adventurous holiday plan. Ah, dah search Kch - KUL flight ticket but wow! semua dah SOLD! Kch-Singapore? Tapi kan, sekarang ni musim kawen...And we both pun tak terlepas dgn wedding invitation from friends. So, the only date available cuma 2 June after 12pm! heee....mana nak pegi ni ek?

Thursday, May 24, 2012

Diary Cinta Jarak Jauh (DCJJ)

Posted by mimie at 5/24/2012 08:23:00 AM 0 comments
Assalamualaikum...

Morning people all around the universe! hehe... Semangat nya saya pagi ni. Alhamdulillah, Encik Suami sekarang dah on his way back home. Lagi dalam 40minutes his flight from Doha Qatar touchdown at Kuala Lumpur International Airport (KLIA).  ETA KUL 0820hrs , 24 May 2012.

So this is the 2nd cycle En Suami fly back to meet us in Malaysia selepas bergelar suami. We have been married since 31 Dec 2012. 

I think Im gonna make some updates on our Cinta Jarak Jauh ni :

24 Dec 2011-28 January 2012
31 Dec 2011 - Kami di nikahkan
1 Jan 2012 - Majlis Reception sebelah saya
4 Jan 2012 - En Suami punyer hari jadi. 
6 - 10  Jan 2012 - 1st honeymoon. Kami pilih Kota Kinabalu!! Best gilerr~
12 Jan 2012 - Travel back to Kuching and getting ready untuk Majlis Doa Selamat sebelah hubby
15 Jan 2012 - Majlis Doa Selamat di Kuching
16 - 18 Jan 2012 -  En Suami travel lagi ke Bintulu
28 Jan 2012 - Encik Suami kembali ke Doha
**January was a very busy & tiring month for us. But it was fun & we are happily married! Alhamdulillah...

29 Jan 2012-10 March 2012
Cycle Pertama hubby balik keje sebagai suami. Sepanjang time ni Encik Suami di Doha Qatar. Sob Sob Sob

11 March 2012- 16 April 2012
Cycle Pertama Encik Suami balik selepas bergelar suami!
16 March 2012 - We took flight to Bintulu. 
17 March 2012 - Attend Zul & kak Ejan's wedding in Mukah
18 March 2012 - Saya plak balik Kuching sorg2 while hubby move to Miri&Brunei for his business trip
 21 March 2012 - Hubby in Kuching
23 - 26 March 2012 - Sekali lagi kene tinggal. Hubby went to KL
27 March 2012 - Alhamdulillah, pregnancy test kit shows that I am 1-2 week pregnant (CB Digital)
29 - 2 April 2012 - Honeymoon kali ke 2!! Again, we LOVE Kota Kinabalu so much. Kali ni tak pegi naik boat jelajah pulau. That is the main reason why I check my urine as early as 10DPO
16 April 2012 - Encik Suami kembali ke Doha.
**Syukur Alhamdulillah, this cycle rezeki anak

17 April 2012 - 23 May 2012
Cycle ke Dua hubby balik ke Doha sebagai suami. 
24 April 2012 - Scan baby, Alhamdulillah Dr Patricia Ling sahkan 2 heart beat. Yup, Im carrying 2 babies!
26 April 2012 - Spotting, went to Timberland Hospital
27 April 2012 - Spotting went to General Hospital, buat TVS and Dr Faridah sahkan baby twin
28 April - 1 May 2012 - Took flight to Bintulu
4 May 2012 - Miscarriage our twin baby. Alhamdulillah... Syukur sangat2, I am doing fine & I can see both my babies, touch & kiss them.
5 May - 13 May 2012 - Berpantang di Bintulu. Nifas sampai 12 May 2012
** Alhamdulillah, cycle ni saya sangat banyak belajar benda baru. Seriously I am happy today!!

24 May 2012 - 19 June 2012
24 May 2012 - Hari ni hubby balik! Insyallah En Suami sampai Kuching malam nanti around 10pm & Aunty dari Bintulu pun sampai Kch mlm ni around 8pm
25-31 May 2012 - Mang was here
2-3 June 2012 - Singapore unplanned vacation with hubby
3 June 2012 - 1st period after miscarriage. 10pm spot fresh blood

20 June 2012 - 19 July 2012

Cycle ke tiga hubby balik ke Doha sebagai suami.



Tadaaa...Thats all for today. I think Im gona update here like everyday as long as I can. hehe. Insyallah...

Semoga Allah merahmati perkahwinan kami dan keluarga yang bakal di bina! Amin ya Rabb

Wednesday, May 23, 2012

Al Fatihah buat Arwah Norma

Posted by mimie at 5/23/2012 01:05:00 PM 0 comments
Assalamualaikum semua...


Pagi ni di kejutkan dengan berita pemergian Arwah Norma dalam Moon punyer blog. Sedih sangat. Nak di pendek kan cerita, Norma, a strong mother to Rafiq and a beautiful wife to Talib di sahkan brain tumor peringkat ke-4.


Semasa mengandungkan Rafiq, Arwah Norma mengalami pening yang teramat sangat. Ingatkan pening biasa.

Sebaik selepas melahirkan Rafiq, pening tak surut-surut malah semakin teruk. Sebab tak tertahan, pegi check up lagi, Arwah Norma disahkan ada brain tumor peringkat ke 4 pada 1 March 2011.  Ya Allah, terlalu besar dugaan untuk keluarga Noma, Talib & baby Rafiq. Arwah Norma masih dalam pantang masa tu (maksudnya belum sampai 40 hari melahirkan Rafiq)

Selebihnya, kisah Norma ni, elok lah baca sendiri dari blog kakak ipar Norma - Moon punyer blog yang banyak menulis perkembangan Norma sehinggalah beliau meninggal dunia hari ini, 23 May 2012 jam 1 pagi,  bersamaan dengan 2 Rejab 1433H.

Antara kisah Arwah Noma:
Kisah Pertama
Kisah Kedua
Kisah Ketiga
dan banyak lagi update kat blog kakak ipar Norma tu...

Semoga kita yang masih hidup ni, mengambil iktibar dan manjadikan kisah keluarga Noma, Talib & baby Rafiq ni sebagai peringatan buat semua. Syukuri apa yang kita miliki . . .

Al-Fatihah buat Arwah Norma

Monday, May 21, 2012

Kelebihan Bulan Rejab

Posted by mimie at 5/21/2012 06:20:00 PM 0 comments
Malam ini selepas maghrib bulan Rejab akan menyusul. Bila dah masuk bulan rejab maka masa akan berlalu pantas untuk sampai ke Ramadhan. Ayuh kita berdoa agar Allah swt memanjangkan usia kita untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini.

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya.



اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”. (HR Baihaqi)

Khasiat dan kaifiatnya apabila membaca doa ini, sebagaimana diriwayat dari Anas r.a.: “Adalah Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam apabila masuk bulan Rejab, baginda mengucapkan doa tersebut”. (Ruj. Al-Azkar an-Nawawiyyah).

Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.


1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.


2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.


3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.


4. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)


5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.


6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).


7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.


8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.


9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.


10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.


11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.


12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.


13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.


14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.


15. Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.


16. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.


17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.


18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.


19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.


20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.


21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.


22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!


23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.


24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)


25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.


Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.


Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.


REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.


REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya


REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Saturday, May 19, 2012

Panduan Memberi Nama Anak

Posted by mimie at 5/19/2012 02:00:00 PM 1 comments

Sampai hari ni kami belum menamakan anak-anak kembar kami yang telah pergi menemui pencipta mereka.. Walaupun tak wajib, tapi saya nak namakan mereka. Cuma tak tau jantina. So, Adakah Muhammad dan Abdullah (sesuai kalau tau jantina lelaki) atau Umairah dan Zur'ah (Tak tau jantina) kalau mengikut maklumat yang saya dapat kat bawah. Atau, ada cadangan nama yang lain?

Rupa twin saya yg telah gugur dalam bentuk graphic. Saya cari rupa mereka yang paling hampir ketika gugur hari tu kat internet :) Saya rasa mereka identical twin, kembar seiras sebab mereka berkongsi placenta :)
 



PILIHLAH NAMA YANG BAIK UNTUK ANAK-ANAK!

( Bilangan 281 Bahagian Pertama)
بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Pemilihan nama yang baik untuk anak-anak adalah merupakan satu perkara yang amat penting. Ia adalah antara perkara yang mulamula diberi perhatian bagi anak yang baru lahir, malahan sejak ia masih dalam kandungan lagi, para ibu bapa sudah mencari dan memilih nama yang akan diberikan kepada anak yang bakal dilahirkan.

Islam mengambil berat tentang nama yang akan dipilih untuk anak yang baru lahir kerana ia mempunyai nilai yang tinggi di sisi agama dan kehidupan seseorang.

Nama merupakan simbol khusus yang dapat membezakan seseorang itu dengan orang lain. Dengan nama itu dia akan
dikenali, dan dengan nama itu jugalah dia akan dipanggil pada hari kiamat kelak. Selain perkara-perkara sebagaimana di atas, nama juga dapat mempengaruhi keperibadian atau mencerminkan sifat orang yang empunya nama. Ini kerana besar kemungkinan berlaku penyesuaian antara nama dan keperibadiannya apabila seringkali namanya itu disebut ketika memanggilnya.

Mempunyai nama yang baik juga akan menyebabkan seseorang itu timbul rasa malu untuk melakukan sesuatu yang boleh
memburukkan namanya yang baik itu. Dan dari rasa malu itulah, ia mampu menyedarkan dirinya untuk terus berusaha memperbaiki akhlak dan keperibadiannya kepada yang lebih baik lagi dari sebelumnya, agar namanya yang baik akan terus terjaga sampai bila-bila.

Oleh yang demikian, pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud atau
makna yang baik, agar peribadi anak tersebut bersesuaian dengan nama yang diberikan kepadanya.

Waktu Menamakan Anak


Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah, sunat menamakan anak pada hari ketujuh selepas kelahirannya ataupun pada hari
kelahirannya berdasarkan hadis-hadis shahih. Sementara harus menamakan anak sebelum dan selepas hari ketujuh daripada hari kelahirannya.

Begitupun Imam al-Bukhari Rahimahullah berpendapat bahawa waktu memberi nama ke atas anak pada hari kelahiran
sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis-hadis shahih adalah bagi ibu bapa yang tidak merancang untuk mengaqiqahkan anak mereka. Sementara bagi ibu bapa yang merancang untuk mengaqiqahkan anak mereka, sunat memberinya nama pada hari ketujuh.

Menamakan Kandungan yang Gugur


Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah adalah sunat memberikan nama kepada as-siqth iaitu kandungan yang gugur yang telah ditiupkan roh kepadanya.

Jika belum dapat dikenal pasti jantina as-siqth itu sama ada lelaki atau perempuan, maka dinamakan dia dengan nama yang sesuai untuk lelaki atau perempuan, seperti Hindun " هند ", Hunaidah " ,"هنيدة Kharijah " خارجة ", Thalhah " طلحة ", ‘Umairah " عميرة ", Zur‘ah " زرعة " dan yang seumpamanya.

Begitu juga sunat hukumnya memberikan nama kepada anak damit (bayi) yang meninggal sebelum sempat diberikan nama.


Menamakan Dengan Nama Yang Baik

Sunat hukumnya menamakan anak dengan nama yang baik. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu ad-Darda‘
Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

إِMaksudnya:
Quote
“Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa-bapa kamu,
maka perelokkanlah nama-nama kamu.”
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Islam menggariskan beberapa hukum mengenai pemberian nama untuk dijadikan sebagai panduan dalam memilih nama yang baik dan bertepatan dengan syara‘. Antaranya:


1) Nama Yang Disukai Allah Subhanahu Wa Ta‘ala


Adapun sebaik-baik nama yang disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala ialah ‘Abdullah " عبد الله " dan ‘Abdurrahman " ."عبد الرحمن

Ini berdasarkan hadis-hadis, di antaranya:

i. Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
اِ
Maksudnya:
Quote
“Sesungguhnya sebaik-baik nama yang disukai di sisi Allah ialah ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.”

(Hadis riwayat Muslim)

ii. Sahabat, Jabir Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa terdapat seorang lelaki di kalangan para sahabat yang
memberikan nama Abu al-Qasim untuk anak lelakinya. Para sahabat melarangnya dari menamakan sedemikian
lalu dia mengkhabarkan perkara itu kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Maka Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda:

Maksudnya:
Quote
“Namakanlah anakmu ‘Abdurrahman.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Termasuk juga sebagaimana kedua-dua nama di atas iaitu ‘Abdullah " عبد الله " dan ‘Abdurrahman " عبد الرحمن "nama-nama yang
disandarkan dengan ‘ubudiyyah’ (penghambaan) kepada nama-nama khas bagi Allah Subhanahu wa Ta‘ala, seperti ‘Abdurrahim " عبد الرحيم ", ‘Abdul Khaliq " عبد الخالق " dan ‘Abdurrazzaq " ."عبد الرزاق

Menurut Imam al-Qurthubi Rahimahullah, nama-nama sebegini memiliki kelebihan, kerana ia menggabungkan sifat-sifat yang
wajib bagi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan sifat yang wajib bagi manusia iaitu ‘ubudiyyah (penghambaan).

2) Nama Para Nabi

Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah bahawa mazhab asy- Syafi‘e dan jumhur ulama berpendapat adalah harus menamakan anak dengan nama-nama para nabi. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyarankan agar
menamakan anak dengan nama para nabi. Ini jelas sebagaimana sabda Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya:
Quote
“Bernamalah kamu dengan nama-nama para Nabi.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Bahkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri telah menamakan putera Baginda sempena nama seorang nabi iaitu Nabi
Ibrahim ‘Alaihissalam.

Diceritakan juga dalam kitab al-Adab al-Mufrad bahawa Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam menamakan seorang sahabat
sempena nama seorang nabi iaitu Nabi Yusuf ‘Alaihissalam. Begitu juga menamakan anak dengan nama Nabi Besar junjungan
kita, Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana sabda Baginda dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah dan Jabir
Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya:
Quote
“Namakan (anak) kamu dengan namaku dan janganlah kamu menggelarnya dengan gelaranku (Abu al-Qasim)”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Disebutkan di dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj, nama Muhammad محمد" ", kemudian nama Ahmad " أحمد " adalah nama yang paling afdhal selepas nama-nama yang disandarkan dengan ‘ubudiyyah’ (penghambaan) kepada nama-nama Allah Subhanahu wa Ta‘ala seperti ‘Abdullah " عبد الله " dan ‘Abdurrahman " ."عبد الرحمن

Adapun menamakan anak dengan nama Muhammad mempunyai banyak kelebihan. Kata ulama:
Quote
Bahkan nama Muhammad
mengandungi beberapa kelebihan yang sangat tinggi, sayugia tiada kosong dari nama Muhammad itu di dalam sesebuah keluarga. Imam asy-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu ketika menamakan anak beliau dengan nama Muhammad berkata: “Aku menamakannya dengan nama yang paling aku sukai.”


Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah, maksud kata Imam as-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu “nama yang paling aku sukai” itu ialah nama yang paling disukainya selepas nama ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.

Oleh kerana nama Muhammad itu nama yang baik lagi mulia, maka jangan dipotong-potong atau diringkaskan ejaannya sehingga menjadi seperti “Md.” atau “Mohd.”, kerana perbuatan itu tiada berkat dan kurang adab terhadap Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.

3) Nama Para Malaikat

Imam an-Nawawi Rahimahullah juga menyebutkan bahawa mazhab asy-Syafi‘e dan jumhur ulama berpendapat tidak makruh
(harus) menamakan anak dengan nama para malaikat, seperti Redhwan " رضوان " dan lain-lain.

4) Nama Tokoh-Tokoh Islam


Boleh menamakan anak dengan apa saja nama selama mana ia tidak bertentangan dengan apa yang digariskan syara‘. Oleh yang demikian, menamakan anak dengan nama tokoh-tokoh Islam seperti Abu Bakr " ابو بكر ", ‘Umar " عمر ", Hamzah " حمزة ", Fatimah " ,"فاطمة Khadijah " خديجة " dan lain-lain lagi adalah dibolehkan.

Menamakan anak dengan nama tokoh-tokoh Islam juga diharap dapat membentuk keperibadian yang empunya nama sesuai dengan nama tokoh Islam yang diberikan kepadanya. Contohnya seorang yang diberi nama Hamzah " حمزة " diharapkan memiliki sikap berani dalam menegakkan kebenaran sebagaimana Saidina Hamzah Radhiallahu ‘anhu iaitu bapa saudara Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang berani menentang musuh-musuh Islam demi menegakkan kebenaran dan kesucian agama Islam.

5) Nama Yang Bagus Maknanya

Boleh dinamakan kanak-kanak dengan nama-nama yang bagus seperti Muhibbuddin " محب الدين " (pencinta/penyayang agama), Zainul ‘Abidin " زين العابدين " (perhiasan orang-orang yang beribadat) dan lainlain nama yang baik.

 
Sumber : Mufti Brunei

 Petikan dari : Halaqah.net - Pilihlah Nama Yang Baik Untuk Anak-anak!

Friday, May 18, 2012

Hikmah Keguguran

Posted by mimie at 5/18/2012 10:06:00 PM 8 comments
Hari ni, genap 2 minggu saya keguguran bayi kembar yang saya kandung selama 8w 6d. Saya banyak membaca antaranya adalah dari sini:


Dan seminggu dari hari ini, adalah hari yang saya nantikan. Kerana Encik Suami akan kembali ke Malaysia! I love you so much, my love! So, sempena dengan perasaan yang superexcited ni, jom imbas kembali wedding kami!

1 January 2012. Wedding Reception
15 January 2012. Majlis Doa Selamat

31 December 2011. Majlis Pernikahan

1 January 2012. Selepas selesai Wedding Reception, petang tu terus terjun swimming pool !!!
Honeymoon pertama bermula 6 January 2012 - 10 January 2012 (4 January 2012 birthday hubby).. Kami sebulat suara memilih Kota Kinabalu.
Honeymoon kedua kami juga sekali lagi kami memilih Kota Kinabalu! Here we go! 29 March 2012 - 2 April 2012 (Ehem... sebelum g 2nd honeymoon ni lah yg check pregnancy test positive! Masa ni 1-2w pregnant. Alhamdulillah)



Kat bawah ni plak,gambar yang saya ambik pagi ni, genap 2 minggu keguguran. Just to check whether hcg saya dah menurun atau pun tak. Kebetulan ada satu pregnancy test kit yang tinggal, so why not? 

And the result is, im CLEAN! Negative! hehe. So, tunggu hubby balik Malaysia, nak ajak dia jumpa Dr Ling to check keadaan rahim dan kesihatan saya. Kalau nak tunggu appointment GH, kene tunggu 20 June 2012. Hubby plak balik Doha 19 June 2012. So tak sempat nak g sama-sama.



6am this morning after 2 weeks miscarriage. Im clean. NEGATIVE!




Oke done with that. Now, saya nak share kisah ni. Semoga ini akan menjadi pembakar semangat buat bakal-bakal & juga ibu-ibu yang pernah keguguran.



HIKMAH DI SEBALIK KEGUGURAN
  
"Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.


Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)


Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.


Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.


Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"


Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.


Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.


Firman Allah SWT yang maksudnya :
"Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

...............................................................................

Menurut hadis Qudsi:

Allah S.W.T berfirman pada hari kiamat pada anak2 :
 
''Masuklah kalian ke dalam Syurga''
 
Anak-anak itu berkata:

'' Ya Rabbi, kami menunggu hingga Ayah Ibu kami masuk''
 
Lalu mereka mendekati pintu Syurga, tetapi tidak mahu masuk ke dalamnya. Allah Berfirman lagi,

''Mengapa aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga''
 
Mereka menjawab,

'' Tetapi bagaimana dengan orang tua kami?''
 
Allah pun berfirman,

'' Masuklah kalian ke dalam Syurga bersama orang tua kalian''


(Hadis Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil Bin Syuaah yang bersumberkan dari sahabat Nabi SAW)


Istilah "al-wildan" dalam Hadits Qudsi diatas adalah kata jama�mufradnya (kata tunggalnya) adalah "al-walid",
artinya anak yang baru dilahirkan, yaitu bayi atau anak kecil yang belum akil baligh. Jadi maksudnya ialah anak kecil yang meninggal dunia.Hal itu diterangkan dalam Hadits lain yang diriwayatkan Ibnul-Atsir sebagai berikut:
"Anak kecil (meninggal dunia selagi kanak-kanak atau keguguran), masuk syurga."

Maksud hadits diatas, termasuk salah satu di antara rentetan peristiwa yang terjadi pada hari kiamat di padang masyar. Gambaran ringkas dari peristiwa-peristiwa itu adalah sebagai berikut:
  1. Setiap orang dibangkitkan dari kuburannya masing-masing
  2. Masing-masing digiringkan oleh malaikat Zabaniah kepadang Masyar. Setelah itu mereka dikelilingi oleh hewan-hewan dan apa saja yang ada sangkut pautnya dengan mereka. Juga dikelilingi oleh malaikat langit masing-masing tingkatan.
  3. Matahari diciptakan kembali dan diletakkan di atas mereka pada jarak satu mil, sehingga mereka selain berdesak-desakan dn berjubel-jubel (kaki diinjak oleh seribu kaki-kaki diatasnya), juga dibakar oleh panasnya matahari,berkeringat, lapar, haus dahaga tidak terperikan siksanya.
  4. Ketika mereka mengalami lapar dan haus itulah anak-anak yang tadinya meninggal selagi masih kecil dan dilepas oleh orang tuanya dengan sabar dan tawakal, datang kepada orang tuanya masing-masing dengan membawa segelas airuntuk diminum, dan apabila sudah diminum, tidak akan lapar dan dahaga lagiselama di alam Masyar itu. Demikian menurut beberapa Hadits.
  5. Mulai hisab dengan menerima buku catatan harian masing-masing yang selama hidupnya dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid.
  6. Dilakukan mizan (penilaian timbangan) terhadap segala macam amalan setiap orang, kecuali orang-orang masuk surga tanpa hisab.
  7. Meniti shirat yang harus dilalui oleh keseluruhan yang ada di padangMasyar itu. Meniti shirat yang kedua bagi mereka yang telah selamat menitishirat yang pertama.
  8. Mana yang sudah bersih benar baru diidzinkan masuk syurga.

Pada saat itulah Allah memerintahkan kepada anak-anak (yang tadinya meninggal dunia selagi belum akil baligh) untuk memasuki surga. Tetapi mereka memohon syafaat (pertolongan) kepada Allah agar kiranya dapat masuk surga bersama orang tua mereka. Memang mereka juga penuhi perintah Allah, untuk datang mendekati pintu syurga, tapi masih belum mau memasukinya, sehingga Allah Yang Maha Mengetahui bertanya lagi:

"Mengapa Aku lihat anak-anak itu masih saja belum masuk syurga? Masuklah kalian ke dalam syurga itu".

Pada saat itu mereka mengulangi permohonannya bagi orang tua mereka.


"Kami belum mau masuk, sebelum orang tua kami yang menjadi asal pokok kami, dan ibu-ibu kami yang telah mengandung kami sembilan bulan dan kemudian membesarkan kami masuk juga bersama kami".


Demikianlah mereka berhenti dekat pintu surga, menunggu keputusan Allah SWT dengan penuh harapan. Akhirnya putusan yang dinanti-nantikan itudatang dengan segera, denganfirman Allah Yang Maha Mengetahui:

"Masuklah kalian ke dalam surga bersama orang tua kalian".


Penegasan ini oleh Allah kira-kira dimaksudkan untuk menampakkan betapa besar keutamaan anak-anak dan betapa besar pula pengaruh ridla qadla� dan qadar Allah, sabar dan puji syukur kehadirat Nya.
(Sumber: Hadits Qudsi, KH.M. Ali Usman dkk, CV. Diponegoro Bandung, 1984)

** Sumber dari Success is a journey, Not a destination

Thursday, May 17, 2012

Part 4 - Berpantang

Posted by mimie at 5/17/2012 03:52:00 PM 1 comments
Sambungan dari Pengenalan - Pengalaman Gugur Anak Kembar


Part 1 : Pengalaman Keguguran Kandungan 1 
Part 2 : Proses Keguguran
Part 3 : Selepas Keguguran
Part 4 : Berpantang
Part 5 : Persoalan saya tentang keguguran (Rakan-rakan yang ada pengalaman boleh tak share or bagi link kat sini?)


Part 4 - Berpantang

Selepas keguguran...Saya duk rumah mak mertua. Kebetulan dapat MC seminggu, husband izinkan saya balik ke rumah mak saya. Lagipun mak mertua masih kerja lagi. Atleast kalau balik rumah mak, ada orang temankan kat rumah. So, malam selepas gugur tu, saya survey tiket flight balik hometown. 

Flight saya petang 5 May 2012 (Sabtu) 3.45pm. 

Sampai jer hometown, mak, adik & sepupu saya yang ambik kat Airport. Alhamdulillah, saya dapat lalui nya dengan baik.

Malam tu, abg, kakak ipar, anak buah datang rumah mak. Saya tunjuk kan gambar kantung, twin & clot yang sempat saya ambik guna camera hp semasa keguguran. Masing-masing diam. Sorang pass dengan sorg.. Masing-masing membisu. Mungkin tak sampai hati nak tengok. Clearly, memang nampak bentuk kedua-dua twin tu. Nampak sempurna walaupun baru 8weeks 6days (2 bulan+). 

Hari tu, bermula lah tempoh berpantang. 

Nak cakap saya berpantang sangat, tak jugak. Saya cuma amalkan makan Pati Herba Ikan Haruan dari Sendayu Tinggi & Pill D' Folia Sendayu Tinggi. 

Makan, sepanjang tempoh kat rumah mak, kebanyakan masakan kene letak halia banyak. 

Kesihatan saya, ok.. Alhamdulillah. Ada gak jalan-jalan 2 jam kat kedai dengan adik. 2 hari gak la keluar rumah dalam masa seminggu cuti tu. 

Nifas :
Hari 1 :  Heavy , 3 kali tuka pad
Day 2 : Heavy , 2 kali tuka pad
Day 3 : Medium
Day 4 : Light
Day 5 : Very Light
Day 6 : Stop & Clean. Dah mula solat
Day 7 : Very light & sticky
Day 8 : Spotting
Day 9 : Spotting
Day 10 : Stop & Clean. Mula solat until now. Alhamdulillah


Sekarang, pantang minum ice & minuman bergas...Lain-lain, takde lah pantang sangat kot...


Insyallah, hubby balik nanti nak g jumpa Dr Ling balik. Saya punya appoinment dgn Gov Hospital 20 June 2012. Masa tu maybe hubby dah balik Doha 19 June 2012.


Sekarang, counting days nak jumpa Hubby next week! Im superexcited!


Doakan kesihatan saya & suami yer.


Part 5 : Persoalan saya tentang keguguran (Rakan-rakan yang ada pengalaman boleh tak share or bagi link kat sini?)

-Tammat-

Wednesday, May 16, 2012

Part 3 - Selepas Keguguran

Posted by mimie at 5/16/2012 10:44:00 PM 1 comments
Sambungan dari Pengenalan - Pengalaman Gugur Anak Kembar


Part 1 : Pengalaman Keguguran Kandungan 1 
Part 2 : Proses Keguguran
Part 3 : Selepas Keguguran
Part 4 : Berpantang 
Part 5 : Persoalan saya tentang keguguran (Rakan-rakan yang ada pengalaman boleh tak share or bagi link kat sini?)

PART 3
Pagi tu saya pergi office macam biasa. Sebelum mintak excuse dgn bos, saya siapkan beberapa file & submit sebab memang dapat jangka saya akan cuti panjang.

Lepas submit, saya masuk bilik bos & discuss sikit. Bos cakap sayang kalau ambik MC sebab saya dah datang office. So, dia suggest ambik Exit Pass jer. Means, keluar je & 4.30pm thumb out. Tp bos sebenarnya tak tau pun saya bleeding terok. Dia ingat problem biasa jer.

So, that morning saya dan mak mertua pegi General Hospital around 10am. Sampai hospital 10.30am. Tunggu punya tunggu, nama saya di panggil around 11.15am. Tapi malangnya, bukan di suruh jumpa doctor, tapi di suruh balik & datang lagi jam 2am. Dengan hati pasrah, balik jer lah. Memang penat giler. Parking hospital, faham-faham jer lah. Jenuh nak jalan

2pm, saya dan mak mertua dah sampai hospital. Patient yang menunggu cuma 3 org masa tu. Penat nya tunggu :'( Doctor plak takde. 3pm, baru ada Doctor and nama saya di panggil dulu.

Dr Ahmad Zaheer buat pemeriksaan. Masukkan 'corong' pada vagina. Tujuan nya nak tengok masih ada clot(darah beku) atau tak. Alhamdulillah, Dr Ahmad Zaheer cakap dah tak de.

Pengalaman check clot tu? Ya Allah, Allah jer yang tau. Masa Dr nak keluar kan, nasib baik nurse suruh saya tarik nafas. A bit ok compared to masa di masuk kan tu.

Setel dengan Dr Ahmad Zaheer, Dr Voon plak. Dr Voon buat scanning, bermula dengan abdomen scan. Dr Voon cakap dah tak de apa-apa. Tapi untuk confirm kan benda tu, Dr Voon continue dengan vaginal scan. Vaginal scan this time a bit ok compared to masa first time buat vaginal scan dengan Dr Faridah. Lepas tu, Dr Voon check wether pintu rahim dah tertutup atau tak. Urgh! Seriously, tak pernah imagine nak lalui benda macam ni. Tp Alhamdulillah, saya lalui nya dengan baik dan syukur, Dr Voon sahkan saya tak perlu buat 'cuci' D&C...

Melalui pembacaan, apa yang saya tau D&C ni, kita akan di bius dan akan dikorek untuk keluarkan apa yang tertinggal. Boleh rujuk dengan lebih detail lagi kat sini ->Apa itu D&C??

Balik dari hospital nak dekat jam 4pm lah jugak. Sampai rumah, rehat & tidur jer. Penat? Mungkin sebab bleeding, muka nampak pucat & memang penat pun...

Alhamdulillah...saya terima ujian Allah

Continue : Part 4 - Berpantang





Ni masa tgh baring, selepas 'corong' di masuk kan ke vagina untuk check clot (darah beku yang tertinggal). Yg berdiri tu Dr Ahmad Zaheer. Kaki tu, kaki saya lah :p



Proses Vaginal Scan . Sumber Internet
Alat Transvaginal Scan yang akan di masuk kan melalui vagina.
 Sumber : Internet

Blood pressure saya masa tu 106/58




Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare