Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Friday, May 18, 2012

Hikmah Keguguran

Posted by mimie at 5/18/2012 10:06:00 PM
Hari ni, genap 2 minggu saya keguguran bayi kembar yang saya kandung selama 8w 6d. Saya banyak membaca antaranya adalah dari sini:


Dan seminggu dari hari ini, adalah hari yang saya nantikan. Kerana Encik Suami akan kembali ke Malaysia! I love you so much, my love! So, sempena dengan perasaan yang superexcited ni, jom imbas kembali wedding kami!

1 January 2012. Wedding Reception
15 January 2012. Majlis Doa Selamat

31 December 2011. Majlis Pernikahan

1 January 2012. Selepas selesai Wedding Reception, petang tu terus terjun swimming pool !!!
Honeymoon pertama bermula 6 January 2012 - 10 January 2012 (4 January 2012 birthday hubby).. Kami sebulat suara memilih Kota Kinabalu.
Honeymoon kedua kami juga sekali lagi kami memilih Kota Kinabalu! Here we go! 29 March 2012 - 2 April 2012 (Ehem... sebelum g 2nd honeymoon ni lah yg check pregnancy test positive! Masa ni 1-2w pregnant. Alhamdulillah)



Kat bawah ni plak,gambar yang saya ambik pagi ni, genap 2 minggu keguguran. Just to check whether hcg saya dah menurun atau pun tak. Kebetulan ada satu pregnancy test kit yang tinggal, so why not? 

And the result is, im CLEAN! Negative! hehe. So, tunggu hubby balik Malaysia, nak ajak dia jumpa Dr Ling to check keadaan rahim dan kesihatan saya. Kalau nak tunggu appointment GH, kene tunggu 20 June 2012. Hubby plak balik Doha 19 June 2012. So tak sempat nak g sama-sama.



6am this morning after 2 weeks miscarriage. Im clean. NEGATIVE!




Oke done with that. Now, saya nak share kisah ni. Semoga ini akan menjadi pembakar semangat buat bakal-bakal & juga ibu-ibu yang pernah keguguran.



HIKMAH DI SEBALIK KEGUGURAN
  
"Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.


Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)


Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.


Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.


Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"


Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.


Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.


Firman Allah SWT yang maksudnya :
"Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

...............................................................................

Menurut hadis Qudsi:

Allah S.W.T berfirman pada hari kiamat pada anak2 :
 
''Masuklah kalian ke dalam Syurga''
 
Anak-anak itu berkata:

'' Ya Rabbi, kami menunggu hingga Ayah Ibu kami masuk''
 
Lalu mereka mendekati pintu Syurga, tetapi tidak mahu masuk ke dalamnya. Allah Berfirman lagi,

''Mengapa aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga''
 
Mereka menjawab,

'' Tetapi bagaimana dengan orang tua kami?''
 
Allah pun berfirman,

'' Masuklah kalian ke dalam Syurga bersama orang tua kalian''


(Hadis Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil Bin Syuaah yang bersumberkan dari sahabat Nabi SAW)


Istilah "al-wildan" dalam Hadits Qudsi diatas adalah kata jama�mufradnya (kata tunggalnya) adalah "al-walid",
artinya anak yang baru dilahirkan, yaitu bayi atau anak kecil yang belum akil baligh. Jadi maksudnya ialah anak kecil yang meninggal dunia.Hal itu diterangkan dalam Hadits lain yang diriwayatkan Ibnul-Atsir sebagai berikut:
"Anak kecil (meninggal dunia selagi kanak-kanak atau keguguran), masuk syurga."

Maksud hadits diatas, termasuk salah satu di antara rentetan peristiwa yang terjadi pada hari kiamat di padang masyar. Gambaran ringkas dari peristiwa-peristiwa itu adalah sebagai berikut:
  1. Setiap orang dibangkitkan dari kuburannya masing-masing
  2. Masing-masing digiringkan oleh malaikat Zabaniah kepadang Masyar. Setelah itu mereka dikelilingi oleh hewan-hewan dan apa saja yang ada sangkut pautnya dengan mereka. Juga dikelilingi oleh malaikat langit masing-masing tingkatan.
  3. Matahari diciptakan kembali dan diletakkan di atas mereka pada jarak satu mil, sehingga mereka selain berdesak-desakan dn berjubel-jubel (kaki diinjak oleh seribu kaki-kaki diatasnya), juga dibakar oleh panasnya matahari,berkeringat, lapar, haus dahaga tidak terperikan siksanya.
  4. Ketika mereka mengalami lapar dan haus itulah anak-anak yang tadinya meninggal selagi masih kecil dan dilepas oleh orang tuanya dengan sabar dan tawakal, datang kepada orang tuanya masing-masing dengan membawa segelas airuntuk diminum, dan apabila sudah diminum, tidak akan lapar dan dahaga lagiselama di alam Masyar itu. Demikian menurut beberapa Hadits.
  5. Mulai hisab dengan menerima buku catatan harian masing-masing yang selama hidupnya dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid.
  6. Dilakukan mizan (penilaian timbangan) terhadap segala macam amalan setiap orang, kecuali orang-orang masuk surga tanpa hisab.
  7. Meniti shirat yang harus dilalui oleh keseluruhan yang ada di padangMasyar itu. Meniti shirat yang kedua bagi mereka yang telah selamat menitishirat yang pertama.
  8. Mana yang sudah bersih benar baru diidzinkan masuk syurga.

Pada saat itulah Allah memerintahkan kepada anak-anak (yang tadinya meninggal dunia selagi belum akil baligh) untuk memasuki surga. Tetapi mereka memohon syafaat (pertolongan) kepada Allah agar kiranya dapat masuk surga bersama orang tua mereka. Memang mereka juga penuhi perintah Allah, untuk datang mendekati pintu syurga, tapi masih belum mau memasukinya, sehingga Allah Yang Maha Mengetahui bertanya lagi:

"Mengapa Aku lihat anak-anak itu masih saja belum masuk syurga? Masuklah kalian ke dalam syurga itu".

Pada saat itu mereka mengulangi permohonannya bagi orang tua mereka.


"Kami belum mau masuk, sebelum orang tua kami yang menjadi asal pokok kami, dan ibu-ibu kami yang telah mengandung kami sembilan bulan dan kemudian membesarkan kami masuk juga bersama kami".


Demikianlah mereka berhenti dekat pintu surga, menunggu keputusan Allah SWT dengan penuh harapan. Akhirnya putusan yang dinanti-nantikan itudatang dengan segera, denganfirman Allah Yang Maha Mengetahui:

"Masuklah kalian ke dalam surga bersama orang tua kalian".


Penegasan ini oleh Allah kira-kira dimaksudkan untuk menampakkan betapa besar keutamaan anak-anak dan betapa besar pula pengaruh ridla qadla� dan qadar Allah, sabar dan puji syukur kehadirat Nya.
(Sumber: Hadits Qudsi, KH.M. Ali Usman dkk, CV. Diponegoro Bandung, 1984)

** Sumber dari Success is a journey, Not a destination

7 comments:

vv on May 20, 2012 at 4:07 PM said...

InsyaAllah ada rezeki soon. jaga diri dan kesihatan ye. vv pun pernah keguguran dulu. Perancangan Allah hebat, ada hikmah disebaliknya. ;)

mimie on May 20, 2012 at 6:18 PM said...

Amin...semoga Allah kurniakan zuriat untuk kita di dunia vv. Betul tu vv, boleh jadi yang kita suka itu adalah buruk untuk kita dan yang buruk bg kita, adalah sebenarnya yang terbaik.

Redha dan bersyukur dgn ketentuan dariNya...insyallah, anak-anak menanti kita di pintu syurga :)

Noorul on May 21, 2012 at 1:12 PM said...
This comment has been removed by the author.
Noorul on May 21, 2012 at 1:22 PM said...

erima kasih kerana sudi jenguk blog saya.. dan semoga tabah dengan ujian Allah... bila2 masa pun boleh singgah di blog saya jika ingin kongsikan apa2 info... thanks again from : http://noorul-lensaphoto.blogspot.com/search/label/miscarriage

mimie on May 22, 2012 at 9:48 AM said...

thanks noorul .. info yang noorul share tu supergood :) keep in touch!

zanzila on July 18, 2012 at 10:05 AM said...

thanks sudi singgah and link blog saya.. lepas ini boleh keep in touch ye..

Anonymous said...

alhamdulillah
lapang rasa bila baca.azie bru miscariage 2 minggu yg lepas.walaupun kami baru 5 bulan kawin tp tetap rasa sedih sgt bcz ni 1st bb yg en hubby mmg nak tp kami sgt redha dengan ketentuan Allah yg meminjamkan kejap janin ni kpd kami..doakan azie blh pregy lagi soon.alhamdulillah jgk azie tak kena wat d&c sbb bb baru 7week n abortion is complete..tetiba rasa seram ja bila sebut pasal d&c ni

Post a Comment

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare