Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Sunday, May 13, 2012

Part 1 - Pengalaman Keguguran Kandungan

Posted by mimie at 5/13/2012 10:17:00 PM
Sambungan dari Pengenalan - Pengalaman Gugur Anak Kembar

Part 1 : Pengalaman Keguguran Kandungan 1 
Part 2 : Proses Keguguran
Part 3 : Selepas Keguguran
Part 4 : Berpantang 
Part 5 : Persoalan saya tentang keguguran (Rakan-rakan yang ada pengalaman boleh tak share or bagi link kat sini?)



Part 1
Assalamualaikum...

Syukur, hari ni saya lebih bersemangat.. Alhamdulillah, kesihatan saya masih pada tahap memuaskan dan sihat...

Hari ini,  1 minggu 2 hari (9 hari)  berlalu sejak our twin meninggalkan kami. Saya lebih kuat dari sebelum ini..Alhamdulillah

Kesempatan sempena hari ibu ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua ibu dan bakal ibu di dunia. Saya percaya, semua wanita di kurniakan dengan sifat keibuan. Sayangi ibu kita selagi ada kesempatan

Berbalik kepada pengalaman saya keguguran... Saya cerita kan part by part oke.

PART 1 : BERMULA NYA DETIK MENCEMASKAN


Detik 24 April 2012, terlalu menggembirakan saya. Syukur ke hadrat ilahi, saya di sahkan mengandung anak kembar apabila Doctor Ling dari Timberland Specialist Hospital berjaya mengesan 2 heart beat pada kandungan saya. Walaupun kurang percaya dengan keputusan doctor, namun dalam hati terlalu gembira. Refer posting -> First Scan...Twin ke Tak?

25 April 2012, mula ada nampak brownish tapi terlalu sedikit. Saya tak fikir itu brownish pada mulanya. Jadi saya abaikan

26 April 2012 (Khamis) mula bleeding. Masa tu kat office. 11.30am saya pergi ke Timberland Hospital, jumpa Dr Ling di temani Suzila, Afiyah & Nor. Sejam jugak Dr Ling scan sebab kami cari heart beat baby, malangnya tak jumpa. Dr Ling bagi Duphaston & suruh saya datang lagi dalam masa seminggu.

27 April 2012 (Jumaat) mama (mak mertua) teman kan saya pegi Sarawak General Hospital. Kat situ, saya buat vaginal scan dengan Dr Faridah. Dr Faridah sahkan ada twin dan kami nampak twin. Malangnya, Dr Faridah tak nampak heart beat. Tapi, Dr Faridah cakap maybe baby masih terlalu kecil, so dia buat appoinment 10 May 2012 .

28 April 2012 (Sabtu) saya balik ke hometown, Bintulu. Ambik flight pagi. Memang plan balik, kebetulan bleeding so berehat kat rumah. Alhamdulillah, bleeding mula kurang sepanjang di Bintulu. Saya terus kan solat setelah membuat rujukan di beberapa website (Saya  akan sertakan di sini kemudian)

1 May 2012 (Selasa) bleeding on off. So, setiap kali nak solat, kena bersihkan diri .. Saya terus berdoa. Alhamdulillah, memang berkurang. Setiap malam berdoa dan menangis. Balik ke Kuching sebab esok nya nak keje.

2 May & 3 May 2012 (Rabu & Khamis) saya kerja macam biasa. Bermula 2 hb, bleeding makin banyak. Dah jadi macam period. Memang nervous sesangat. Kalau sebelum ni bleeding tak banyak. Pakai pantyliner jer. Kali ni, dah macam period. Setiap kali masuk toilet, memang bercucuran air mata. Kebetulan Batch baru masuk, so class dah start and at the same time 2 hari ni saya invigilate exam. But during classes & invigilation, saya lebih banyak duduk.

3 May 2012 .... Malam tu selepas maghrib, saya baca yasin... Niat dalam hati, untuk saudara mara yang dah meninggal dunia dan untuk anak kembar kami. Selepas solat isyak, saya memohon kepada Allah swt dan saya mula redha... Perasaan masa tu, sudah boleh terima dan saya bagi tau husband, esok, 4 May Jumaat...nak pegi jumpa Dr Ling. Whatever decision from Dr Ling, I am ready and fully prepared. Antara doa yang saya mohon:

"Ya Allah... andai anak kembar kami tidak sesuai untuk hidup di dunia, Kau ambil lah mereka. Aku redha... Namun ya Allah, izin kan aku melihat mereka dengan mata ku, izinkan aku sentuh mereka dengan kedua tangan ku, izinkan aku cium mereka. Ya Allah, Kau kurangkan kesakitan ketika Kau ambil mereka ya Allah.. aku terlalu takut. Biarlah mereka keluar secara normal, tanpa perlu proses D&C...Sebagai ibu, aku redha atas ketentuan Mu, kerana sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang baik dan apa yang buruk buat kami. Tapi seandainya mereka rezeki kami di dunia, Kau kurniakan kami anak-anak yang sihat, sempurna, normal dan cukup sifat. Aku redha ya Allah dan aku bersedia...Apapun ketentuan dari Mu, Izinkan kami besarkan ciptaan Mu.. Amin ya Rabb"

Begitulah antara bait bait doa yang saya pohon pada malam tersebut. Malam tu, seriously...saya sangat bersedia nak jumpa Dr Ling. Lepas menonton TV, saya masuk bilik tidur. Sebelum tidur saya baca ayatul Qursi 3 kali dan saya berdoa sekali lagi, 

"Ya Allah, andai mereka bukan rezeki kami di dunia, I am ready to let go..Andai kau izinkan kami besarkan anak-anak kembar ini, kurniakan kami anak-anak yang sihat, sempurna dan cukup sifat. aku redha dengan ketentuanMu ya Allah"

To be continue at Part 2 : PROSES KEGUGURAN

psstt...sorry ek..tak dpt nak continue habiskan one go. almost 11pm, esok dah start keje balik! dupdapdupdap jerr nak masuk office after a week MC. esok saya continue citer ok.Nanite semua! Love all

11 comments:

Ummi Najla on May 13, 2012 at 11:53 PM said...

Mimie, takziah. Saya yakin awak seorang yang kuat. Bertabahlah. Kami sentiasa menyokong mimie.

mimie on May 14, 2012 at 12:13 AM said...

Thanks ummi..Allah bg ujian buat kita sebab Dia tau kita kuat. Alhamdulillah ... sy syukuri ujian Allah :)

Sheila Radzi on May 14, 2012 at 4:03 PM said...

takziah..cerita awak sama macam mentibang RH..semoga awak tabah ye..

mimie on May 14, 2012 at 10:50 PM said...

thanks sheila radzi. kwn2 RH lah yg byk bg saya semangat :)

myazzyra on May 16, 2012 at 10:20 PM said...

smoga awk&suami tabah, me&hubi pn pernah go thru all this. Our 1st child passed away after 9 days born. sedih tak terkata..hanya Allah yg Maha Mengetahui. InsyaAllah..ade hikmah disebalik ape yg berlaku.

mimie on May 17, 2012 at 7:50 AM said...

Thanks myazzyra...Alhamdulillah, life gets better :) bila baca tentang pengalaman kwn2 lain, saya sedar saya & suami mmg patut bersyukur. Bukan bermaksud kami lupa kan pengalaman ni, tapi kami redha dgn ketentuan ilahi. Terlalu ramai rupanya yang mengalami nasib yang sama & ada jugak yang lebih teruk dr saya. Pengalaman ini lah yg sgt byk mengubah cara hidup kami suami isteri & mengajar kami erti syukur :)

awak pun, semoga sama2 kita tabah, berdoa semoga ramai lg rezeki buat kita lepas ni & syukur dgn ketentuan ilahi :)

Sri Nur on August 23, 2012 at 10:38 AM said...

thanx mimie for your posting... sy pn baru mengalami peristiwa yg sama aidilfitri yg pertama lepas.. ur story sedikit sebanyak membantu

Sri Nur on August 23, 2012 at 10:40 AM said...

thanx mimie for your posting... sy pn baru mengalami peristiwa yg sama aidilfitri yg pertama lepas.. ur story sedikit sebanyak membantu

mimie on August 23, 2012 at 11:34 AM said...

Sama2 sri nur.pantang elok2 ye. Bertabahlah, redhakan pemergian mereka. Itu yg terbaik.Allah tak kejam, semuanya berlaku ada sebabnya. Mungkin mereka tak sesuai hidup di dunia. Insyallah, Allah akan gantikan kegembiraan buat kita yang pernah alami peristiwa yang sama. Yang penting sekarang, pantang elok2. Nanti dah sihat, kuatkan semangat & teruskan usaha ttc ok dear. Saya doakan yg terbaik untuk kita semua...

mimie on August 23, 2012 at 11:35 AM said...

Sama2 sri nur.pantang elok2 ye. Bertabahlah, redhakan pemergian mereka. Itu yg terbaik.Allah tak kejam, semuanya berlaku ada sebabnya. Mungkin mereka tak sesuai hidup di dunia. Insyallah, Allah akan gantikan kegembiraan buat kita yang pernah alami peristiwa yang sama. Yang penting sekarang, pantang elok2. Nanti dah sihat, kuatkan semangat & teruskan usaha ttc ok dear. Saya doakan yg terbaik untuk kita semua...

Nurulwahida Saad on April 3, 2014 at 11:34 AM said...

Assalamu alaikum Puan,

Nama saya Nurulwahida Saad (G12125428). Saya seorang penuntut PhD dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Saya diselia oleh Dr. Nurazzura bt. Mohamad Diah, Pembantu Profesor di Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan dan dibiayai oleh pihak UIAM.

Saya berbesar hati untuk menjemput anda menyertai projek kajian saya (The Child Who Was Never Born: A Study of Miscarriage in Urban Malay Women). Berikut ialah serba sedikit berkenaan kajian saya serta maklumat yang anda akan kongsikan sekiranya anda bersetuju untuk menyertai kajian saya. Sebelum anda membuat keputusan, anda perlu memahami objektif dan perkara-perkara yang akan dilakukan dalam kajian ini. Mohon anda luangkan sedikit masa untuk membaca maklumat berikut dengan teliti.

Mengapakah saya menjalankan kajian ini?
Saya sendiri pernah mengalami keguguran. Hal ini telah memberi motivasi kepada saya untuk mendalami isu ini secara akademik. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tentang persepi wanita Melayu terhadap keguguran dan pengurusannya. Lebih lanjut lagi, saya juga berminat untuk memahami persepsi masyarakat umum tentang keguguran dan tentang wanita yang pernah mengalami keguguran.

Siapakah yang boleh menyertai kajian ini dan apakah yang akan dilakukan?
Saya menjemput individu yang tinggal di Kuala Lumpur yang pernah mengalami keguguran sekurang-kurangya sekali (keguguran ketika dalam trimester pertama). Peserta akan melalui sesi temuramah selama kira-kira 2 jam secara bersemuka dengan penyelidik dan perbualan akan dirakam. Semasa sesi temuramah, anda boleh berkongsi pengalaman anda tentang keguguran dan bagaimana anda melaluinya. Terpulang kepada anda sama ada untuk berkongsi banyak mahupun sedikit sahaja.

Apakah yang saya akan lakukan dengan maklumat tersebut?
Maklumat yang diperoleh akan saya tukarkan dalam bentuk transkripsi. Hanya saya sahaja yang boleh membaca dan menggunakannya. Bahan tersebut tidak akan digunakan untuk tujuan lain selain yang telah dinyatakan. Maklumat daripada perbincangan tersebut akan menjadi asas kepada tesis PhD saya yang akan dinilai sebelum saya memperoleh ijazah PhD. Maklumat bercetak ini juga mungkin akan saya gunakan untuk menulis dan menerbitkan artikel dalam jurnal akademik.

Adakah maklumat yang anda beri kepada saya akan dirahsiakan?
Segala maklumat yang anda kongsi semasa temuramah akan dirahsiakan. Dalam transkrip temuramah tersebut, nama anda serta nama yang mungkin anda sebutkan akan ditukar supaya anda tidak boleh dikenal pasti.

Bagaimanakah jika anda berubah fikiran untuk menarik diri daripada kajian ini?
Jika anda memutuskan untuk menyertai kajian ini, keputusan itu dibuat secara sukarela. Oleh itu, anda juga bebas untuk menarik diri daripada kajian ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang sebab.
Jika anda berminat untuk turut serta atau anda mempunyai persoalan berkenaan kajian ini, saya boleh dihubungi menerusi nombor telefon 019 986 8325 atau alamat emel nurul_saad@hotmail.com. Saya berbesar hati untuk menjawab sebarang soalan. Semoga kita akan dapat bekerjasama.

Post a Comment

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare