Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Saturday, June 30, 2012

Maxidress OH Maxidress, Where are you?

Posted by mimie at 6/30/2012 10:31:00 AM 0 comments
Selamat morning....

Bangun pagi ni, kepala ada light headache sket. Mungkin sbb bangun Subuh macam biasa 5am, lepas tu, tak tido.. Duk melayan sensorg. Tido balik 7am+ .. Bangun balik, pi gosok gigi, cuci muka, hadap breakfast teros! Ayak takdak lagi na... Semalam aku sempat tadah 2 baldi air & 3 botol pakai 5L botol Spritzer tu untuk kegunaan memasak. Hish...bila la nak ade air nih . .

Breakfast with cheese, grapes and nestum

Sepanjang minggu ni aku duk cari lah, blog-blog atau page-page kat facebook yang jual MaxiDress yang cantik-cantik. Susah jugak ek nak beli baju online. Aku ni nak kene cubatrytest kat badan sendiri baru lah seronottttt. Tp ada gak la yang aku berkenan tu. ada tak sape-sapa nak bagi link penjual-penjual MaxiDress atau butik online kat aku?

Bukan ape, next week ada dinner bersama anak-anak yatim. Terhengen lah plak nak pakai Maxi Dress ni. Dress yang ada kat rumah ni tak sesuai la nak bawak pi dinner. Nak g tepi laut, shopping mall, boleh la. Ha ha ha. Eh, sempat ker nak order. Dinner nye 6 July. Gamble je laaa. . . Ahkak tak kesah

Haaa!! Jump dah idaman kalbu. Nak yg macam ni

Nak yang ni? Peach color or yang bawah ni ek? Murahhh jeww

Friday, June 29, 2012

Healhty Food!

Posted by mimie at 6/29/2012 08:18:00 PM 3 comments
Hari ni badan penat sangat.. kaki rasa lenguh jer nak jalan . . . Hari ni jugak ayak takdak. Hish. Bangun jam 3.30am, nak g toilet ( seminggu ni selalu terjaga malam). . .tup tup takde air. Nasib baik ada sikit jer. Dapat la melepas hajat. Sampai ke la ni, ayak masih takdak. Hmmm. . Nanti lah cite pasal tu. Hari ni aku nak citer pasal ni haaa...
Yeppp. . Aku beli Horlicks Fiber up, HL Marigold dan Bliss Kiwi & Jambu.

Bila aku tengok content nya, rupanya ada Folic Acid. HL marigold tu, memang lama dah tau. Horlick Fiber Up tu aku baru tau.

Tu dia kandungan Horlick Fiber Up. Alhamdulilah, lepas aku sah mengandung hari tu, aku mula tinggalkan caffein. Kalau dulu setiap pagi kene minum nescafe etc etc. Coca cola , teh. . . Sekarang aku dah berjaya atasi tahap addict aku tu. Now dah replace dengan nestum dan horlick fiber up. Tambah plak less sugar :)

Tp, selera aku minggu ni,tak mo makan nasik, tak mo makan ayam. Mengada betul lah! Aku nak minum sup jer. Lg2 sup. . . Mlm ni, nasib aku tapau nasik ayam penyet. At first plan nk masak sup. Tp hari ni aku sampai rumah 7.30pm, tu yg rasa penat melampau, tak larat nak masak. Sampai rumah, tengok2 air takde lg. Nasib baik aku tapau. Lapar giler.. tp tak habis pun aku makan. Selera takde

Ohya, aku gak sempat beli clearblue digital. aku plan nak try kalau dah lewat 2 minggu period. He he he. Kalau lewat sehari dua, test pakai upt strip tu jer. Hari2 test pun takpe. Esok nak test lah. . . Jeng jeng jeng

Psssttt...aku ada satu tips nak share pasal macamana nak kesan early pregnancy. Tp tak tau lah bende ni suratan atau kebetulan. Hehe. Kalau aku berjaya pregnant kali ni, aku habaq naa..

Thursday, June 28, 2012

UPT Pregnancy Test At 10DPO

Posted by mimie at 6/28/2012 08:49:00 PM 0 comments
10DPO. My first pregnancy, aku test pada 10DPO menggunakan Clear Blue Digital and bagi result 1-2 week pregnant. Mungkin ada org cakap

" awalnye nak test"

Yup, aku test awal sebab masa tu, aku nak honeymoon kali ke 2 ke KK. Ada plan nak naik bot lg, so risau terbuat aktiviti lasak, that is why we decide to test. Tambahan plak,kami baru kawen, dan itu percubaan upt test pertama kami. Mestilah excited kan? So, 27 March 2012, dpt result positive. Alhamdulillah (LMP 3.3.2012)

Esok, 29 June 2012, 10DPO pada cycle pertama selepas dapat period yang pertama after miscarriage 4 May 2012. Kebetulan ptg tadi balik keje, dapat parcel Pos Ekpress. Apa dalam tu?


Jeng jeng jeng
Tadaaa...upt pregnancy test yang aku pesan hari Selasa lepas dengan Hamil Comel dah sampai. first time order pregnancy test online. Ada 12 plak tu. Murah jer.. RM25 . Yeay!


Bila UPT ada depan mata, ni yg buat gatai tangan nak test ni.. Nak test ke tak nak esok ek?
Kalau compare BBT aku masa pregnant dulu, macam se 'patern' je dgn this month. Tp bg aku, selagi doctor belum sah kan, mesti hati duk tak sedap jer kan

March 2012

Until 9DPO June 2012. Pray for the best!


dupdapdupdapdupdap... nak test ke tak nak ek esok? Kita tunggu dan lihat. Tunggu due je lah..baru kaw! Ape kaw kaw nih. Ingat tom yam ker?

#breakfast- mi goreng 2 bks
#lunch - ikan masak kunyit, sayur terung, telur masin
#dinner- sup ayam, kedondong & anggur to replace vege, cheese

Life As Husband And Wife

Posted by mimie at 6/28/2012 08:36:00 AM 0 comments
Assalamualaikum :) selamat pagi....

Pagi ni aku continue marking exam papers as usual. I need to finish everything by Monday. I plan to settle the marks before weekend so I can just lay down on bed, watch tv, cook and surfing the net the whole weekend...yea? I hope so . . . So chaiyok! Chaiyok mimie!

last nite, I sleep at 10pm. tdo awal sbb Kenyang kot. I cooked very simple dish, ya lah kan...aku sorg jer mkn... sotong masak kicap, sup telur & memula nak buat bendi but end up with kedondong and grapes to replace vege. Can? Boleyyy la tu..

Ohya...semalam kat Buletin Utama ada pasal perceraian Raja Azmi dgn Jalani Sidek. Wooooo! Aku tak suke dgr cite cerai berai ni. Meremang bulu roma aku taw. Lately, byk kes cerai berai, gaduh gf-bf and so on. Nauzubillah ... semoga dijauhkan dari kita. Syaitan ni suka tengok org cerai berai. Dia lah punye kerje tu. So, kalau ada apa2 masalah dlm keluarga, bawak berbincang & dalam rumahtangga ni kene ada fun. Maksudnya, apa yang kita buat masa couple dulu, continue buat lepas kawen, malah buat lg banyak. Maksud aku, g tengok wayang, jalan2, sekarang ni dah kawen, g la melancong. Melancong ni tak semestinya pegi luar negara .. ala..tiket flight skrg ni murah murah jew... dalam negara pun syok jugak. (Thanks hubby, setiap kali cuti, ada jer bawak wife dia ni jalan2 & melancong. Love you)

Lagi satu, isteri kene tolong suami, suami kene tolong isteri. Org cakap muafakat membawa berkat. Kalau suami penat, bantu lah dia. Kalau isteri penat, bantu lah dia. Suami aku plak, kalau cuti, memang byk bantu aku..hehe.. bantu in terms of, jadi driver aku setiap hari, bawak g makan sbb kdg2 penat keje, dpt lah berehat sikit, mkn kat luar. Macam2 lah... tak terkata .love u more hubby

Isteri jugak kene consider dgn suami. Jgn plak semua nak. Tengok baju cantik, nak. Tengok kasut bergaya, nak. Tengok handbag vogue, nak. Mau nye cik abang pening kepala. Memang mula2 dia bagi, bagi, bagi... lama2 , husband pening mana nak cari duit nak penuhi kehendak isteri. Tu belum lagi ada anak. Kan? So, isteri kene bantu suami. Kalau pun kita tak dapat nak hulurkan duit banyak banyak, cukup dengan kita jangan meminta yang lebih-lebih..

Ahh...apesal aku nak bagi ceramah pagi-pagi nih. Hukhukhuk. Bukan apa, hidup toleransi, muafakat, kerjasama, komunikasi, kepercayaan tu sgt penting. Jangan langgar etika suami isteri. Insyallah, semoga bertemu di syurga lagi kelak. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan hidup suami isteri saudara muslim dan diri kita sendiri. . . Amin

Wednesday, June 27, 2012

Very lazy , sleepy and tired

Posted by mimie at 6/27/2012 05:48:00 PM 0 comments
9am
Sleepy sangat. Padahal malam tadi tdo 10.30pm, bangun 5.30am. Ngam2 7 jam, cukup lah tu... Tapi, mata ni ngantuk, berat jer. . . Breakfast bubur ayam  & mi goreng. Haaa... Tu dia big appetite aku ni. Selera macam masa preggy dulu! Memang tak bley blahh . . .

12pm
Lunch aku makan ikan masak asam, tempe goreng & sayur paku. Hmm.. Lapar tp selera entah ke mana. So, aku continue makan anggur & 2 keping cheese. Sempat gak melelapkan mata 20minit lepas tu. He He He

3.45pm
Kepala aku berat jerr. Rasa dahi, panas.. Ala.. dalam office aircond, memang la badan rasa panas. Tapi aku rasa macam nak demam jer. . . 4.30pm, balik keje nanti aku nak tido sekejap lah. Kalau demam ni, susah kang. . .Lapar lagi ker perut aku ni? Imagine Grill chicken chop Sharing Planet plak. . . Ohya! hari ni aku dah dapat buah kedondong. . . . Lunch tadi sempat gak aku g beli alang2 terjumpa kedondong masa tu. . . .
Grill supreme chicken, my fave!
## Alhamdulillah, hubby YM tadi bgtau good news kat tempat keje dia. Rezeki hubby bulan ni :) Syukur

Monday, June 25, 2012

Baru Day 5?

Posted by mimie at 6/25/2012 09:39:00 AM 0 comments
What? Terasa lama lah sangat! :'(
Lama apa ek? Lama sangat dah rasanya hubby g keje. . . Hmmm . . . Rupa-rupanya baru 5 hari . Sigh . . .
Masa pun macam slow jer bergerak. Tolonglah cepat sikit.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Lunch tadi aku tapau nasi beriani ayam sebab takde masa nak klua makan. Pukul 12pm , lepas kelas jer aku ambik aunty aku & hantar pegi airport. Memang rushing giler. Tu yang tak sempat nak makan, Perut memang lapar lah sangat. Pukul 2.30pm baru sempat lunch sebab 1pm-2.30pm jaga exam. Dengan lahap nya, aku makan nasi beriani tu. . .Tetiba plak, aku rasa loya.. Terus stop makan walaupun perut lapar giler. Tak tau nape leh loya. Mungkin perut dah masuk angin kot.


Sunday, June 24, 2012

Rindu

Posted by mimie at 6/24/2012 07:43:00 PM 2 comments
Hari ni emosi agak kurang stabil..semacam jer bunyi tu.hekhekhe

*Aku rindu

*Suami aku

*Anak-anak aku

*Mak bapak aku

*Anak buah aku

*Family aku

Hari ni...aku tiba-tiba teringat anak kembar kami. Ikutkan hari ni 16weeks dorg dalam rahim aku. Mungkin dah rasa pergerakan dorg dalam perut ni.. tapi aku redha, belum masanya lagi. . . Aku cuma rindu jer. Normal kan perasaan tu

Allah maha pengasih. Dia tahu apa yang baik untuk kita. Aku yakin, Allah akan kurniakan rezeki untuk kita. Jangan Berhenti Berharap, Jangan Berhenti Memohon, Jangan Berhenti Berusaha. Insyallah, manisnya akan tiba. . .

Saturday, June 23, 2012

List Shopping Untuk HUBBY!

Posted by mimie at 6/23/2012 12:32:00 PM 0 comments
helo weekend. Be good to me yah

aku dah ready list untuk hubby bawak balik next cycle hubby balik. Ehh..citer pasal cycle ni, kang mommies2 yg sibuk TTC pk cycle every month plak. Hehe. Klu cycle yg aku ckp ni, cycle hubby balik dari keje next 16 or 17 july..yeay!

aku nak kurma nabi

Kurma nabi tu hubby bawak balik hari tu. Now tinggal beberapa bijik jer lagi. Sedap taw kurma ni. Tak macam kurma biasa kita beli kat pasar2 tu.

Sabda Nabi saw: "

Sabda Nabi saw "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekirany wanita itu memakan buah kurma, nescaya ank yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya"

Sabda Nabi saw " Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir di hari itu

Buah teen!

Yang ni kitorang beli kat Boulevard jer.next time nak suh hubby bawak balik dari Doha plak

Sabda Nabi saw "Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku katakan, inilah buahnya (tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya"

Madu asli yemen!

Hari tu masa mc, aku minum madu asli yg hubby bawak dr doha. Tiap hari sesudu madu, campo air panas sket pastu campo ayak suam. Sedap dan sememangnya madu diketahui khasiat nya!

"Kemudian makanlah daripada setiap macam buah buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan.Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan" (Surah An Nahl , ayat 69)

Sabda Nabi saw "Ambillah/pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan alQuran" (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Hubby balik 16 July 2012, insyallah kalau ada member yang nak mintak tolong belikan, hubby leh tolong beli.. Macam biasa, setiap kali hubby balik, ramai member yang order..kalau ada member2 blog yang nak, boleh lah whatsapp saya di :016-8965244 atau can leave ur comment here :) boleh post kan or jumpe hubby terus kat KLIA nanti Ni antara cara nak amalkan madu(pastikan madu asli tau..jgn madu palsu sudah)..

Masalah Period Wanita

Friday, June 22, 2012

Kisah Rakan ku

Posted by mimie at 6/22/2012 04:10:00 PM 0 comments
Hari ni instead of nak cita keBZan tugas di office yang membosan kan... Aku nak share kisah kawan aku yang baru kawen 1 June 2012 hari tu..

1 June 2012 hari tu , Ana selamat dinikahkan dengan pasangan nya Akmal. Lepas nikah, terus honeymoon kat Sabah (Sama dengan aku lerr...Aku honeymoon kat Sabah after 5 days selesai urusan kawen..Dia lepas sanding, esok hari nya terus cabut g KK!Seronotttt! )

Baru-baru ni, dia Whatsapp aku, cerita pasal period dia
CD1 - 10 June 2012 * Hari Pertama Period
CD5 - 14 June 2012 * Hari terakhir period

Ana cakap, selalunya 7 hari tempoh period. Kali ni plak.. 3 hari jer heavy pastu light giler.

CD11 - 20 June 2012 * Ana muntah-muntah, pening, selera makan bertambah
CD13 - 22 June 2012 * Ana cakap breast mula mengembang

Apa pendapat korang? Kalau aku, in my mind, aku rasa baru nak ovulate since hari ni baru CD13. Plus, lepas kawen, hormon memang berubah kan?


Period aku lepas kawen dulu pun pendek jer. . . .Sebab tu aku rasa, normal kot lepas kawen, ada gangguan hormon sedikit. Pandai-pandai jer aku ni kan...Doctor tak bertauliah..Hihi

Aku dulu lepas kawen pun, aku ingat, bila bersama husband jerrr, terus lekat. Rupa-rupanya telur kita cuma last for 2 days (yang tak tau bila dia keluar...Misteri tuh!) dan benih encik suami plak can last up to 5 days. Dan kalau nak anak, telur kene bertemu dengan benih tu hanya pada waktu subur wanita tersebut! Aku baru tau! ha Ha ha.. terok giler!Takpe, timba ilmu lagi. Baru 5 bulan 3 minggu 1 hari kawen! Teruskan menimba ilmu Mimie! Chaiyok! Chaiyok!

**Aku dah lapar!!! Malam ni ada dinnerr!!! Menghitung jam nak g dinner!**

Thursday, June 21, 2012

Gloomy Thursday

Posted by mimie at 6/21/2012 04:01:00 PM 0 comments
Today. . . . sangat-sangat takde mood. Nasib baik semua kelas aku hari ni 1 hour class yang selalu nya kalau 1 hour class, Tutorial jer. So, ketiga-tiga kelas aku hari ni, T.U.T.O.R.I.A.L.  Tak payah nak bercakap banyak (Tp still kene cakap banyak cuma kurang sikit compared to during 2 hour Lecture Class)

Tengah hari, around 11am, Bos panggil aku. Aku nak cakap murah rezeki. . . Tak jugak kot sebab aku dah tolak sekeras-kerasnya 'promotion' dari Bos. Aku takde mood nak terima apa-apa offer lepas kawen ni. Memandangkan kalau aku terima mana-mana offer, dengan erti kata lain nya, beban kerja aku bertambah. My daily task now pun dah cukup dah buat aku penat. Bukan badan jer, mind also! Ehem... Takde ape sangat pon kalau nak cakap pasal yg bos offer tu tapi aku tak puas hati dengan beberapa benda.  Takde lah offer naik pangkat melambong jadi Head of Department ke ape. hehe. Tapi cara dia tu! Ada gak yang aku tak story kat sini .

Antara dialog yang aku rasa takde kene mengena dengan tugas yang dia bagi tu adalah :

Bos : " Since your husband is not around and you guys are long distance marriage, it will make it more easier for you to commit with your job. Plus you can make more money since you will receive personal incentive from me "

Mula-mula dia kasi pujian-pujian konon setelah observation bla bla bla, aku lah orang yang paling layak untuk dilantik. Perrrgh! Terharu!

Sorry bos, silap timing lah bos. . . Mood aku tak elok ni, takyah lerr nak offer aku . Aku tak pandang sangat gaji ke , allowance ko nak kasi ke ape. Aku nak rest cukup and taknak tension tension dengan keje. Tu jerrr. Cukup lah aku jadi apa yang aku ada sekarang ni

Aku : "I dont think I will accept your offer. Since in my view, this job is more to personal, no official letter from the management office.  Its enough for me with my current position. I am content with what I have and what I am now. Teaching is my only passion and I dont think I have interest in such offer. You should consider other staff which still single instead of those in long distance marriage. I bet they will interested with extra income like your offer, and commit with the task given... HeHe (Sempat gak aku gelak!) By the way, if you still ask me to think and decide, Im stick with my decision, rejecting the offer. Thank you for your offer bos"

Dengan slumber mumber nye aku reject tapi bos suruh aku pk lagi and bagi keputusan kemudian.

Sebenarnya bos aku ni...Susah lah aku nak cakap. . . . Malas aku nak continue cerita office ni. Boring. Enough with this clue : Office aku yang banyak dengan 'macam-macam' hidden agenda and hidden issues. STOP!

Hubby post this photo kat FB dia.. Hubby dah kat Departure Hall and aku lak tengok dia dari atas tu :'( Miss you hubby


Yea... Hubby dah pegi laut 9am Doha time. Kalau hubby turun laut, takde handphone. Ktorg contact pakai YM and FB jer. Rindu gilerrr lah!

Anyway, setiap kali berjauhan macam ni, aku akan cuba busy kan diri dengan macam-macam.

Oke, tu jerrr as for now.

Salam Syaaban!



Wednesday, June 20, 2012

Cycle 3 hubby off to Doha as husband

Posted by mimie at 6/20/2012 05:30:00 PM 0 comments
I am home. but, without husband around. My husband flew to Doha. Kch-kul 4.30pm & Kul-DOH mlm nanti. So, cinta jarak jauh for the next five weeks. Counting days began and its kind of touture. *sigh*

Hari ni saya amik cuti sebab nak temankan hubby. Hmmm...

This noon, I bumped into a friend. She ask me ..

"Kenapa Mimie tak ikut skali pegi Doha?"

I dont knows how many times She asked the same question. not only her.

Well, kalau hubby based onshore, oke lah nak ikut pegi Doha. Ingat ktorg tak nak ker? Tapi hubby offshore. Sehari kat darat, sampai Doha jer, maybe he will stay at the hotel for only a night, then the next morning, naik chopper pegi laut plak. So, what's the point nak ikut? He will be on rig for 5 weeks. Kalau nak balik Malaysia plak, sama jer proses. Sehari naik darat, stay hotel or direct jer terus balik Malaysia. So, takde point nak ikut.

Another option? Yup, hubby leh bawak wife pegi sana, fully sponsored tp hubby punya rotation dah lain. Tak leh balik 5x5 dah. Hubby keje 5days per week, tp kat laut. Takde dah cuti 5minggu tu. So, whats the point saya ikut, sama jer...hubby bukan bersama saya pun. Hubby kat laut Doha, saya kat darat Doha. So the best option is, amik 5x5 rotation means, hubby keje 5 minggu di laut Doha, 5 minggu cuti balik Malaysia. atleast cuti 5 minggu tu, ktorg dpt spend sehabis baik...insyallah..

Hubby will be back on the first day Ramadhan. Seronok! Dapat full puasa sama-sama. Tapi untuk raya pertama kali sbg suami isteri tahun ni, terpaksa hold sampai tahun depan. Mana tau, tahun depan raya bertiga plak...hehe...Amin ya Rabb..

Oke...bermula lah moment saya keseorangan plak..

Miss you hubby..

Pic hubby kat airport
Sempat mkn mee kolok pagi tadi kat Warung Kak Bedah. Antara spot mee kolok kegemaran kami.
Pagi tadi gak terima hadiah kawen dr kwn kat Sabah. Hehe. Dah 5bulan kawen tp mcm baru semlm jer kawen taw!
ni our dinner yesterday. Yum yum. Our most fave spot untuk western food. Sharing Planet! Dup...dap...dup...dap...ada denyutan manja di situ?

Tuesday, June 19, 2012

TiredNess & D-ZNess. BBT?

Posted by mimie at 6/19/2012 09:59:00 AM 6 comments
Always feel sick, got flu, dizy and tired lately since demam hari tu. Cycle ni, temperature rendah jerr... waktu O pun tak sampai lagi ni.

Esok hubby balik Doha..hmm ...bakal bermula lah kisah cinta jarak jauh kami skali lagi. Will meet hubby during Ramadhan, Insyallah

** Atas tu aku update pagi tadi.. Bawah ni aku update before keluar lunch (hekheks)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oke... aku selalu pening lately, bukan heavy punye lah.. Pening manja.. Since aku demam hari tu (10/6 & 11/6), flu masih ada lagi, batuk pun masih mengganggu..aku punya suara masih sengau sampai pernah last week student gelak! Aku join skali lah... Buat slumber jer..Cakap suara rock!

"Pening manja aku skrg ni pun sebab busy & memang pening dengan Audit. Tanbah plak class kali ni memang banyak sangat! Penat dowh!"

BBT chart aku, record suhu rendah jer sampailah ke pagi ni. Aku tak jumpe O lagi. So, aku pun duk main2 dengan FF aku sebelum aku update post ni, aku letak kan "Fever" pada CD8 dan CD9, tup tup terus bertukar corak BBT Chart aku. Hmmm? ! Tapi bagi aku suhu tu still rendah lagi kalau nak compare dengan masa aku preggy hari tu. Musykil...musykil... Aku dah O ke tak nih???

So, chekidout!

Aku demam cecah 38degree masa CD 8 & 36.6 masa CD 9 . . Ni sebelum aku edit dua-dua kepada "Fever". June 2012

Bila aku letak dua-dua Fever, BBT Chart aku jadi camni plak... Tapi masa aku preggy hari tu, lepas O jer, suhu naik mendadak! June 2012
Ni BBT Chart masa aku preggy (March - May 2012). Tinggi kan suhu lepas O?

Ni Plak BBT Chart aku lepas miscarriage 4/5/2012 , sebelum period pertama menjenguk. Ni pun suhu naik lepas Ovulation.

So, sekarang...Nak tuka Fever ke tak? 2nd day demam tu, suhu tak cecah Fever lagi . Baru 36.6. Baru nak habis demam tapi masa tu, badan aku mmg rasa demam lagi tu. Hm..

Kesimpulan nya, Aku kene update knowledge BBT aku lah..

BRB. Nak g lunch sat

Monday, June 18, 2012

Penang Char Kueay Tiaw???

Posted by mimie at 6/18/2012 03:04:00 PM 0 comments
Hola hola...monday, always my BZiessstt day of the week. My schedule is pack. 7.30am-9.30am introduction to computer application class, tapi tadi extend until 10.00am sbb student having difficulties during lab test...sighh... 10.00am-12.00pm health promotion class, 1.00-3.00pm medical office management class. 3.30pm-6.00pm final exam invigilation. And to be reminded, dalam kelas kene berdiri all th time and talk talk talk ... monday is alwaysssss like this :( penat gilerrrr
Tu monday, which i hate the most. Oke...semalam, akhirnya bertemu jua dengan makanan yang saya rindu sangat2 nak makan. Dulu masa stydy kat UPM, selalu makan kat Flat Ikan. Ada abang kat situ jual. Mmg fave lahhh. Boleh cakap hari2 mau ... instead of kat flat ikan(panggilan untuk flat ni..bukan sbb flat ni ada jual ikan etc etc.hihi) , abang tu ada gak jual kat Kolej 12! So saya lah pengunjung tetap stall abang ni. Bila dah balik Sarawak, susah sangat nak dapat benda ni. So semalam jumpa gak... taste dia, almost accurate! Ape tu?
jeng jeng jeng....

Ni...special. sy buat grill salmon for hubby. My husband suka sgt grill salmon ni.. senang jer nk buat. Simple, senang, sedap dan cepat!!
ps ...skrg tgh jg exam. Berdiri kat blakang skali, update through hp.hiks hiks..klu tgok byk spelling mistake, biasalah...tgh curi2 update ni..hihi...penat doe berdiri sepanjang hari

Saturday, June 16, 2012

Last Weekend

Posted by mimie at 6/16/2012 08:50:00 PM 0 comments
So, this is the last weekend before hubby is going back to work again. long distance marriage always like this. Sigh :(

nothing much we did today. Ohya, lemme update ya all with last day mqa audit ...everything went well. Alhamdulillah. On the day itself Mr George asking me & Su accompany Mr Amin from HQ , make a visit to Hospital Serian. Dari office ke Hospital Serian adalah around 1hour driving. Tu pun kalau hubby yg drive. He he. Kalau perempuan yg drive, adalah dalam 1jam 15-30mins. Penat Visit practical student kat situ. Ramai gak student. Physiotherapy students, medical lab and healthcare students. Lucky us, only need to visit the healthcare! yay!

now, weekend update..

Friday nite, ambik cousin kat uitm. Plan nak amik jer pastu directly balik rmh. Sebelum g uitm, me and hubby lepak kat rumah mentua saya. Mama masak special! Ketam, udang, ikan bakar!!! Wow! Sedap hingga menjilat jari. Plan nak tdo kat rmh mentua, tp cousin balik,so tak jadi. .so that nite,lepas amik my cousin kat uitm, hubby call his friend yg baru tiba di Kuching. Plan bertuka lagi, the 3 of us terus lepak jap kat Satay Bangi, AM Junction.

Today...Saturday.. tak tau nak watpe, aku ajak hubby n my cousin pegi Boulevard Shopping Mall. Sgt dekat dengan rumah. 5minit kot driving. Pegi sana sbb nak beli barang dapur. Aku ni jarang masak. Biasalah, career woman, bak kata Madam Olivia hari tu after knowing that i had miscarriaged. Yea, she also had a miscarriaged , her first pregnancy. Yea..berbalik pada masak. So, aku amik kesempatan weekend untuk masak untuk hubby.

Tadi,kat Boulevard,aku sempat tarik hubby masuk kBox.haha!

Sekarang ni, dinner dah siap tp hubby g beli mineral lak.aiyark! Oke...chieerio!

Salam israk & mikraj.... peristiwa mengingatkan kita bagaimana solat 5 waktu di fardhukan buat semua umat Islam

Thursday, June 14, 2012

Sempena hari tension!

Posted by mimie at 6/14/2012 09:42:00 AM 0 comments
Sempena hari tension, aku rasa nak g karaoke. Seriously lama tak karaoke. Hubby lak jenis tak suka karaoke.

Video di atas tu, aku record 13 November 2009. Lama dah. Masa tu, kitorang selalu gak lepak karaoke dengan Shahril yang sekarang ni lebih dikenali sebagai Daus AF8.  Masa video ni di ambil, Sarel belum lagi masuk AF..

Masa nyanyi lagu ni, aku tujukan buat boyfriend aku yang masa tu berada di perantauan. (Suami aku sekarang lerr) . Masa tu, hubby bukan based kat Doha Qatar. Masa ni kat Yemen lagi. Ahaha.. Walaupun suara hodoh, aku hentam jerr...

Malam ni, husband balik Kuching. Yey!

Sayang, if you read this... Jom lerr karaoke!

10.55pm update!!! Td amik hubby kat airport at 7.30pm, then dia ajak g tengok wayang. Awesome! Yukkk! Now dah habis dah, on the way home tp sempat singgah sebentar stall grill burger kat Simpang 3

Wednesday, June 13, 2012

13 June 2009

Posted by mimie at 6/13/2012 12:09:00 AM 0 comments
And today, 3 years!!

Apa yang 3 tahun ni?

13 June 2009 ..  Tarikh keramat aku dgn  hubby declare as sweet couple! (Sweet lah sangat)

Kami berkenalan melalui kawan, since April 2009. Bertemu di Stall jer.. Lepas tu, jumpa plak kat McDonald . Tup-tup leh declare as couple 13 June 2009. Lepas tu baru first date kat SCOOP. Scoop ni restaurant berasaskan ice cream..

Cepat? Itu nama nya jodoh...

Dah nama jodoh, sekarang, aku dah semakin happy gilerr dengan kehidupan aku sekarang.

Suami aku lebih menarik dan lebih romantik berbanding masa couple dulu. Masa couple dulu banyak sangat dugaan. Banyak sangat ups and downs. So 13 June 2009 tu tarikh yang kurang penting bagi kami.

Tarikh penting kami adalah 31 Dec 2011 (Nikah) , 1 Jan 2012 (Persandingan) & 15 Jan 2012 (Doa Selamat)

Alhamdulillah.... semua yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.
Terima kasih sayang

Tuesday, June 12, 2012

Bermulalah Sesi Kerja Kuat

Posted by mimie at 6/12/2012 02:17:00 PM 0 comments
Ehh..title macam tak pernah kerja kuat jer. Heks. Hari ni beberapa 'wajah baru' muncul kat office. Herms. They were all nice and friendly. I did brief few of them bout some task and Alhamdulillah everything went smooth and well.

Lunch time, hantar hubby pegi airport. Hubby will be away for 3days. Ada job di Miri. aku plak bermula hari ni sampai Jumaat, aku dah reserve time until 10pm untuk stay kat office. So minggu ni, both of us will be busy with our career needs. Masing-masing dengan tanggungjawab sendiri. Ololo..cian... next week plak hubby dah nak balik Qatar. Aiyo!

anyway, will spend quality time with hubby tersayang selesai jer tugas berat minggu ni..MQA Audit, cepat-cepat lah berlalu......

Psssttt...post atas tu aku dah type kat hp tghri tadi. Tak sempat post sebab suddenly busy manjanggggg... argh!

Miss u hubby :'( baru beberapa jam x jumpa. Hmm.. next week hubby balik qatar, ntah camne plak **hari ni kulit jadi kering plak. Hmm...sebab stress ke sebab hormon?**

Monday, June 11, 2012

Weekend with 38degree

Posted by mimie at 6/11/2012 09:59:00 AM 2 comments
Last weekend, demam terok. Bermula dari hari malam Sabtu tu. Cecah gak 38 degrees. Sebelum demam tu, sempat gak lah aku gi tengok Prometheus. Best cite tu...Memang layan sehabis baik. 

Malam tu, balik rumah around 10pm, aku terus tido sebab dah rasa tak sedap badan. So, my Sunday wasted macam tu jerr.. Kalau tak demam, memang jalan tak hengat kot. Sebab demam, aku tido, tido, tido.. Dalam kete, anta cousin balik Uitm pun aku tido..

Ni BBT aku masa demam dan pagi tadi, Alhamdulillah, sekarang dah oke sikit...Keje melambak kat office, aku pun tak nak amik MC gak. Tambah lagi minggu ni MQA audit datang.


This week, aku confirm busy. Dah request OT sampai 10mlm untuk esok dan Rabu. Khamis dan Jumaat ni MQA visit. Arghh... Tension tak tau camne dah. 

 Apa MQA nih??? Apsal nak kecoh sangat?

MQA ( Malaysian Qualification Agency) atau dalam bahasa melayu nya Agensi Kelayakan Malaysia ni terletak di bawah MOHE (Ministry of Higher Education).

Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.

Senang cakap, kalau Kolej / Universiti swasta takde MQA qualification, kira sijil yang dorg keluarkan tak laku lah!! tu paling general. Tp sebenarnya MQA ni penilai utama kepada sesebuah kolej. Dari segi cara kerja, documentation, dorg tengok cara lecturer ngajar dalam kelas, tengok paper exam students, interview lecturer.. Macam-macam lah. 


Sebelum ni di panggil LAN(Lembaga Akreditasi Negara). Lepas Dec 2005, tukar kepada MQA dengan beberapa ciri penilaian tambahan. 


Biasalah, institusi pendidikan, kalau tak kene audit MQA ni, mana nak approve sistem dan standard pendidikan dorg kan? So, mende alah ni..memang memeningkan kepala... Tambah lagi dengan keadaan office aku ni. Ahhh... Malas nak cakap lah. Kang tak pasal-pasal aku kene saman. hek hek hek. Sebab tu aku malas nak stori mori al kisah diriku, pensyarah di sebuah institusi pendidikan. STOP! 



Friday, June 8, 2012

TGIF

Posted by mimie at 6/08/2012 09:34:00 AM 3 comments
Yay! Hari Jumaat!!! Tak tau nak update ape hari ni..

Hari Jumaat?
  • Saya dilahirkan pada hari Jumaat, 10 August 1984
  • Husband dilahirkan pada hari Jumaat, 4 January 1985 ( anak ikan..hekhekhek..yup, hubby muda dari saya! )
  • Our first babies pun dilahirkan(keluar ke dunia) pada hari Jumaat

Lagi?? Tak tau nak update apa..... Meh saya share few pictures.


Perasan tak, waktu lahir saya dan hubby sama? 0255hrs (2.55am) tarikh je berbeza. Atas sebelah kiri kad saya, Atas sebelah kanan kad hubby. Bawah? Of course our twin babies punye kad :)







Anak buah pertama saya, Nuradryana Maisarah binti Mohamad Faizsal.Panggil Sara jerr.. Age : 4 years old.

Sara ni, hasil Biodex. hehehs. Dulu masa abang & kak ipar kawen, lama gak la nak tunggu ada baby. Setahun kot? Lepas tu, kak ipar try set Biodex, Alhamdulillah, sebulan lepas tu terus preggy Sara ni :) Since both anak sulung, kira nya Sara ni cucu pertama untuk both families. Blah kakak ipar & blah family saya sendiri. Dan lepas Sara, sekarang ni, abang saya ada 3 orang anak. Sara (2008), Adam (2009) & Sofea (2012). Alhamdulillah...






Anak buah yang paling manja dengan saya! Sara!!







Anak buah kedua saya, Mohamad Adaam Ashraff bin Mohamad Faizsal. Age : 3 years old. Masa ni bulan February 2012 hari tu kat wad bersalin. Tengah tunggu kelahiran adik Sara & Adam. Due sepatutnya hari pic ni di ambil tp baby tak nak klua plak..hehe







Adik kepada Sara & Adam . Anak abang saya yang ke -3. Nuriz Sofea binti Mohamad Faizsal. Born 19 February 2012. Anak buah saya yang ke-4, tp anak abang yang ke 3







Anak buah saya yang ke-3, which is anak kakak saya yang pertama. Nurainul Wafiyah binti Abdul Ghani. Age : 1 tahun
Wafa plak anak sulung kakak saya. Kakak anak ke -2 , saya anak ke-3. Kakak kawen 1 June 2010, Wafa plak lahir 24 April 2011.






Me & hubby masa ni honeymoon lepas  kawen! hekhekhek...rambut panjang lagi :p

Pic bawah ni, plak...anak kami suami isteri. Yup, kembar. Kami dinikahkan pada 31.12.2011. Alhamdulillah, saya berjaya pregnant pada March 2012. Tapi, belum rezeki kami lagi nak membesarkan mereka, 4May2012 saya keguguran anak kembar kami. Doakan rezeki kami cepat lepas ni yerr... Amin







FOR THE FIRST TIME EVER, SAYA UPLOAD PIC JANIN ANAK KEMBAR KAMI. NI MASA 8W 6D . DILARANG KERAS MENGAMBIL MANA-MANA PICTURE DARI ENTRY INI. COPY MAHUPUN PRINTSCREEN. 


DO NOT COPY ANY PICTURES FROM THIS ENTRY.




 Tu jer buat masa ni.. Will update more at night. hehe... Mwachssss Love!

Thursday, June 7, 2012

Rhesus Mempengaruhi Kandungan?

Posted by mimie at 6/07/2012 12:25:00 AM 0 comments
Dulu masa sekolah saya pernah belajar pasal Rhesus. Apa itu Rhesus? Rhesus ni, kalau kita buat blood test, tengok kat result, Jenis Darah kita lepas tu ada positive(+) atau negative (-). Seingat saya, masa sekolah, Cikgu pernah cakap, ibu yang berdarah rhesus negative (-), mungkin akan mengalami komplikasi semasa mengandung. Saya pun lupa pasal apa. So, hari ni saya search sikit pasal kaitan Rhesus dengan Pregnancy. Maklumat yang saya peroleh, sikit jer. Insyallah... nanti free saya nak kaji balik.

Oh..Alhamdulillah, darah saya Rhesus positive (+) ... Saya berdarah B+ dan suami O+.

Maklumat di bawah adalah dari Utusan Online

Katanya, terdapat tiga peringkat yang dikaitkan dengan kematian janin iaitu peringkat awal antara empat hingga enam minggu kehamilan, peringkat pertengahan ketika kandungan berusia enam minggu. Manakala peringkat ketiga ialah kandungan berusia lebih enam minggu.

Secara umum peringkat awal dan kedua lebih diistilah sebagai keguguran berbanding di peringkat ketiga di mana janin sudah matang dan lebih diistilah sebagai kematian.

Beliau memberitahu, sebanyak lima hingga enam peratus kematian bayi yang dikesan adalah diakibatkan oleh baka atau genetik pasangan suami isteri dan keadaan ini semakin tinggi mengikut peringkat usia kandungan.

Dr. Daud menasihatkan wanita mengandung mengetahui jenis atau kumpulan darah mereka sama ada kumpulan A, B, O dan rhesus.

Beliau menjelaskan, kebiasaannya kumpulan darah A, B, O tidak mempunyai kesan yang membahayakan ibu dan kandungan tetapi bagi ibu yang terdiri daripada kumpulan darah negatif boleh menimbulkan pelbagai komplikasi ketika hamil.

Komplikasi ini juga dikaitkan dengan pasangan suami isteri yang berkahwin dengan saudara terdekat mereka sendiri.

''Kebanyakan wanita di negara ini terdiri dari rhesus positif dan jika wanita rhesus negatif berkahwin dengan lelaki berdarah rhesus positif akan menimbulkan masalah terhadap kandungan.

Beliau menjelaskan, kandungan berusia lapan hingga 11 minggu mempunyai risiko antara 50 hingga 60 peratus untuk terdedah kepada kematian. Manakala janin berusia bawah 7 minggu sebanyak 90 peratus.

Bagi wanita hamil yang berusia 45 tahun ke atas pula katanya, mempunyai 60 peratus berisiko tinggi untuk menghadapinya.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_01.htm


Wallahualam...Dengan izin Allah, rezeki itu pasti ada buat setiap pasangan yang telah berumahtangga.  

Wednesday, June 6, 2012

KKIA status done!

Posted by mimie at 6/06/2012 03:53:00 PM 0 comments
2pm, aku dan hubby pegi KKIA. Just to complete my status with them. Tak lama pun. Around 10minutes, Close case , Dapat result etc etc etc & thats it!

Akak nurse tu advice, next time kalau pregnant lagi, register kat KKIA awal-awal. Seboleh nya sebelum week 12. Oke. Take Note!

Insyallah, rezeki akan menyusul lepas ni. Yang penting, usaha & doa... Semoga Allah murahkan rezeki kami....Amin




Aku tak reti nak mengarang blog yang berbunga-bunga. So, update short & simple!

Blood Test di atas:
Blood Group : B
Rhesus : Positive (+)
Rapid Plasma Reagin : Non Reactivate

Apa itu Rapid Plasma Reagin? Test apa tu??? Test tu untuk check syphilis. (Mintak di jauhkan). Alhamdulillah, semuanya normal. Rhesus pun positive. Aku pernah dengar kalau rhesus negative 'sepertinya' ada komplikasi ketika mengandung. Tapi aku tak sure lah. Will do some research later bout rhesus.

RPR (rapid plasma reagin) is a screening test for syphilis. It looks for antibodies that are present in the blood of people who have the disease. 

A negative (nonreactive) RPR is compatible with a person not having syphilis
Sumber : Health Guide - The New York Times
Sumber : Sumber Wikipedia  
Sumber : MedicineNet.com

Monday, June 4, 2012

Singapore Hit&Go!!

Posted by mimie at 6/04/2012 09:03:00 PM 0 comments
So, kisah Singapore kami. Al kisahnya begini. Ni memang last minute plan punyerr.. Just imagine, hari Jumaat 1 June 2012 tu, baru nak tengok flight ticket, terus beli & terus pegi. Nasib baik flight ticket ke Singapore hari Jumaat tu tinggal 1 jer kosong, kalau tak, petang Jumaat tu terus lah ktorg g redah Singapore.

So, our journey begin 2 June 2012, flight 8.45am.

Sembunyikan perut sebab perut nampak buncit! hehe










Heeee... seboleh nya aku nak sembunyikan perut aku yang masih buncit lagi ni. hehe. Sampaikan ada member yang tegur perut aku & ada yang siap cakap aku dah gemok & nak sembunyikan baby bump tu..hek hek hek.. Banyak sangat lah pic nak update! Enjoy gilerr. Nanti ada masa aku update one by one pasal Singapore trip kali ni

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare