Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Sunday, April 29, 2012

Still Hoping

Posted by mimie at 4/29/2012 05:51:00 PM 6 comments
Hari ni, saya kat hometown... masih bleeding.. Nothing else yang dapat kami buat untuk twin kami, melainkan terus berdoa.

Semoga Allah ampunkan segala dosa kami dan izinkan kami membesarkan anak-anak kembar kami...amin ya rabb

Friday, April 27, 2012

Amalan Doa Untuk Mengelak Keguguran

Posted by mimie at 4/27/2012 12:25:00 PM 0 comments
Hari ni, my mother in law teman kan pegi General Hospital. Kat situ, aku have to do vaginal scan. Pengalaman buat vaginal scan? Memang ngeri!

Doctor Faridah from GH mengesahkan twin pregnancy. Alhamdulillah ya Allah..

So, my next appoinment, 9/5 kene pegi KKIA. 10/5 pegi GH.

Apa yang aku kena buat sekarang adalah full rest. Hope takde bleeding dah.amin...

Harap2 baby sihat gak..tolong doakan our twin baby.amin ya rabb

Amalan doa mengelak keguguran ketika hamil : surah al hijr ayat 97,98,99

Yang ni antara amalan yang boleh diamalkan. Saya screen capture je sbb pakai hp.hihi

Thursday, April 26, 2012

Doa Buat My Twin

Posted by mimie at 4/26/2012 04:15:00 PM 0 comments
Salam rakan readers semua... Hari ni saya alami bleeding kat office. So, 11.30am saya terus pergi ke Timberland Hospital jumpa Dr Patricia Ling Saya bgtau doc, sy alami bleeding dan doc ling scan baby for the 2nd time. Sebelum masuk sebenarnya saya dah pegi toilet sebab tak tahan sangat.so I just pee Sedih nya, heartbeat baby tak nampak hari ni.tak seperti 2 hari yang lepas. Cuma nampak bentuk baby. Yup, ada 2...masih ada 2..saya yakin baby kami twin! Drpd size, baby membesar sedikit cuma heartbeat tak nampak. Dr ling bagi Duphaston. Dr advice untuk datang lagi next week or anytime Dear readers, please pray for our twin...hoping both will survive and healthy...amin ya rabb

Wednesday, April 25, 2012

Twin Pregnancy

Posted by mimie at 4/25/2012 11:17:00 AM 0 comments
Masih dengan topik kembar. 

Sampai ke saat ni, saya macam tak percaya dengan pengalaman scan yang saya lalui semalam. Betul ke twin? My experience bila 1st time tengok jantung baby tu, saya nampak macam bintang yang sedang berkelip di malam hari. Memang saya nampak 2 yang berkelip. Tapi betul ke? Doctor tak silap? Too small but we still can see baby's heart blink blink macam bintang. Rapat kedudukan nye. 

So, I do a little research, yea...I mean, I do google. Banyak maklumat pasal twin pregnancy. Yes, twin pregnancy can be detected as early as 5weeks. But most of the article recommend vaginal scan. Ape yang saya buat semalam sekadar a normal abdomen ultrasound scan. Logik ke saya pregnant 2 babies? Nervous!

Saya ada jugak baca yang most scan yang terlalu awal detect twin pregnancy, when it come to 2nd trisemester, tinggal 1 jer. Might be before ni a false result. So, I will put it this way, as long as belum masuk 2nd trisemester, belum scan beberapa kali, maybe false result. Saya dah nampak heartbeat baby, itu dah buat saya sangat bersyukur. Asalkan baby membesar dengan sihat...Syukur Alhamdulillah...

Kalau lah ada mana-mana readers yang ada pengalaman tengok jantung baby berdetik, let me know ya :) 

 **nanti saya masuk kan beberapa maklumat tentang twin yang penting**

Tuesday, April 24, 2012

First Scan .. Twin ke tak?

Posted by mimie at 4/24/2012 04:16:00 PM 3 comments
Alhamdulillah...syukur sangat pada yang maha Esa. saya baru sahaja selesai buat ultrasound scan. Thanks mr husband sebab izinkan saya buat scan!

Lepas lunch, saya balik rumah jap. Sempat mandi sebab panas sampai berpeluh. Kang tak pasal-pasal doc pun geli nak buat scan!

So, about 2.30pm.. Sampai ke Timberland Hospital, directly pegi kaunter & wait for maybe 5mins. Then, someone call my name so I enter the room. a very friendly nurse, wearing pink gown asking me to lie on the bed. Eh? Terus baring? Oke. 

Then, Dr P. Ling datang & borak2 jap. 

"Hi...lets do the scanning now. are you ready"
"Sure..Im waiting for this moment..hehe"

So, doc sapukan gel kat perut...Sejuk!
Mula-mula nampak kantung jer...sedih! Saya nampak satu benda bulat macam balloon. Pusing, tekan...still tak nampak! Saya dah nervous...
"Hmm...we should see the baby at this point. How about your period. Is it normal?" Dr Ling start to ask.
"I can say normal...around 28 to 30 days"
"Ok...I push more harder maybe we can see something somewhere"
Saya dah cuak, nervous..saya nampak satu benda balloon besar yang kosong. ada satu dot jer.
 Tiba-tiba....

"That's the cavities. lets take a look around, baby must be somewhere at this point.." (dot yg saya nampak tadi tu cavities rupenyer!)
pusing punya pusing...tekan punye tekan..saya dah nervous gile...
"and...there! can you see the baby? omg..i can see two heartbeat."

saya tak faham memula tu! hehe.. tanye doc "what do you mean by 2 heartbeat?"..
"probably u will have twins"


tapi at this point, baby too small and doc suggest vaginal ultrasound to confirm whether its twin or not. dia explain camne buat vaginal scan...WOW! masuk kan alat macam camera tu ke dalam vagina!!! Seram! so, i choose to come over for another visit.

for me, whether baby twin ke tak, saya dah nampak heartbeat & baby sihat dah sangat-sangat bersyukur! hopefully, baby sihat...amin...Syukur dah nampak heartbeat baby for this first scan! 


EDD dr scan : 13/12/12 atau 14/12/12...kalau 12/12/12 lagi bagus! hihi

Err...tapi macam tak percaya jerr ada twin. Salah kot! 
**Kalau twin, Alhamdulillah...kalau sorg jer..Alhamdulillah**
So, as for now, anggap baby sorg jer :) tanak mengharap sangat.



Monday, April 23, 2012

Sudahkah anda mencuba petua hamil ini?

Posted by mimie at 4/23/2012 09:33:00 AM 6 comments
  Salam semua...pagi ni saya baca satu topik kat RH & salah seorang commenter kat sana suggest link ni Sudahkah anda mencuba petua hamil ini?
Mehh...saya paste kan kat sini atau boleh terus lawat blog member tu. Insyallah, semoga beroleh manfaat buat rakan-rakan yang sedang TTC
------------------------------------------------------------------------

SUDAHKAH ANDA MENCUBA PETUA HAMIL INI? by Cinta Sang Ratu
Salam...
Saya sebenarnya sangat teruja untuk berkongsi petua ini dengan rakan2 TTC di luar sana.Seperti yg di khabarkan melalui entri yang lepas. Saya cuba menulis dengan seringkas nya makanan dan juga cara yang telah saya lakukan untuk mengandung. 
Alhamdulillah,Allah telah memakbulkan doa selama 2 tahun penantian saya. Petua ni saya dapat dari kawan sekolah saya. Dia juga telah berjaya mengandung dengan mengamalkan cara yang sama. So,dengan izinNya,saya juga ingin mengkhabarkan kepada semua rakan TTC diluar sana :)
Petua & cara2 :~
1. Buat solat dhuha. 
2. Makan delima sebiji untuk suami & anda.
3. Pegi farmasi beli Multivitamin & minerals (satu ubt tapi nama je 2) jenama Blackmores mkn sebiji sehari tanpa skip untuk anda dan suami juga.
4. Beli foot patch detox untuk buang toksin. Aku beli regenye RM68 kat farmasi.Tampal di kaki suami & anda setiap malam b4 tido.Eloknya tampal dibahagian tumit coz itu bahagian reproduktif. (saya buat selama 12 hari bagi habis 1 kotak je..heheh) ni puncanya sebab badan kita banyak toksin asbab susah nak preggy. Aku buat mmg resap hitam gila. So rasa mmg banyak toksin kot dlm badan ku.
5. Makan asid folik of kos. (saya skip2 yg ni sbb terlupa selalu,tapi skrang x skip da)
6.  Pantang minum soya,teh & kopi untuk isteri. Saya pantang 3 minuman ni lama.memang x sentuh. Soya x elok untuk suami juga,dia menurunkan kadar kesuburan,tapi lelaki kena minum kopi banyak.
7. Yang ni tambahan tapi elok amalkan,saya amalkan setiap hari susu kambing.Lagipon ini adalah makanan sunnah :)
Ok,ini sahaja. Selain dari petua ni,semuanya berlaku dengan izinNya. Elok banyak tawakal dan berdoa dengan doa Nabi Zakaria. Saya juga pernah menangis sorang2 waktu tidur dan dalam bilik air tika period. Namun,pabila kita bersangka baik dengan Allah,Allah akan permudahkan doa dan impian kita.
Saya juga telah membuat rawatan HSG dan clomid untuk 4 cycle. Tapi nyata rezeki itu hanya milik Allah yang menentukannya. Saya juga telah banyak menelan hiba sendiri tika ditanya tentang anak. Tapi saya tetap percaya Allah maha kuasa mengadakan dan meniadakan. 
Saya telah melakukan banyak cara dan petua untuk hamil,tapi cara kat atas ni berkesan pada saya,mungkin akan berkesan juga pada anda dan mungkin juga tidak. Tapi jika anda terus ambil jalan pasrah dan enggan mencuba lagi la langsung tidak akan berkesan. Akhir kata dari saya...
cubalah supaya anda tidak menyesal kerana tidak mencuba awal. :)
Salam sayang dan ambil berat dari saya Ina. (^_^)V  
-TAMMAT-
------------------------------------------------------------
Semoga bermanfaat & Selamat Beramal
Nasihat daripada saya sendiri, lain orang, lain cara & lain amalan....
kenal diri sendiri dulu & dapatkan nasihat dari yang pakar.

Meh saya share lagi petua yang lain:
1. Jus Perawan (tak tau mana tau pasal jus ni. ambik jus ni sebab nak atur period. bila dah minum jus ni, sedap pulak. Lepas minum , baru terbaca, "Sangat sesuai di ambil oleh sesiapa yang inginkan anak" . Eh? Seriously tak tau pun pasal tu. Sempat minum habis sebotol & botol yg ke-2, sempat minum suku jer. Ambik bulan February 2012-exact date will update later)
2. EPO - Evening PrimeRose Oil. Saya rasa ramai golongan wanita amalkan ni. Sangat baik untuk kulit & dapat kurangkan PMS ketika haid. Alhamdulillah, saya nampak kesan kepada kulit saya (Start ambik February 2012 jugak)
3. Saya amalkan ayat 38 Surah Ali Imran & ayat 89 Surah Al Anbiya. Amalan surah ni, memang saya berniat memohon zuriat.
4. Saya pernah pakai Detox Footpatch. saya pakai sekotak jer. dalam tu ada 10pcs, sy kongsi bersama suami. Lepas baca petua kat atas, baru saya tau...Eh? Ada effect jugak yer?

After all, saya nak simpulkan...Pengambilan pemakanan tambahan tu memang saya berniat untuk kegunaan kewanitaan & kesihatan sahaja. Detox tu plak saya & rakan sekerja yg beli sebab kami selalu rasa badan penat2. So, sama2 beli & sama2 cuba ..hihi...
 Cuma amalan bacaan surah tu jer saya memang berniat supaya mudah mendapat zuriat. 

Alhamdulillah, selepas berkahwin 2 bulan 27 hari,  saya telah positive pregnant 2 minggu (Test pakai ClearBlue Digital)
 Mungkin memang sudah tiba rezeki zuriat buat kami suami isteri. Alhamdulillah...syukur ya Allah...

Semoga bermanfaat buat semua



Sunday, April 22, 2012

Doa dan Amalan Semasa Mengandung

Posted by mimie at 4/22/2012 08:33:00 PM 0 comments
Info ini saya perolehi daripada blog lain, di bawah ini saya kongsikan surah-surah yang boleh diamalkan ketika mengandung:

Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
  • Surah Al-Araaf ayat 189

Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.
  • Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.

Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
  • Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
  • Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
  • Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.

Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;

Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
  • Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


Semoga bermanfaat

Saturday, April 21, 2012

Grill Chicken?

Posted by mimie at 4/21/2012 01:13:00 PM 0 comments


So, this is for my lunch. Nanti saya update cara-cara saya buat ni oke! Simple jer

Friday, April 20, 2012

MENGANTUK

Posted by mimie at 4/20/2012 09:02:00 AM 3 comments
Pagi ni, badan terasa penat. Mengantuk satu hal lagi. Awal-awal pagi ni aku dah mengantuk. MENGANTUK. MENGANTUK.

Breakfast? DONE. As usual, on the way nak pergi office, aku & Nor singgah sebentar kat stall sebelah SK RPR Batu Kawah. Pagi ni aku beli:


 Mi Rojak bak kata abang penjual kuih tu. Terima kasih yer..semoga semakin murah rezeki penjual stall tu. Kita share dengan baby taw makanan yg dijual tu. Besar jasa penjual stall tu 


Wahhh...another good news! Abong my officemate pun pregnant jugak. She is now 8weeks. Due end November. Terus meriah office pagi ni. Aku yg ngantuk ni terus segar..hehe.. abong, amy & madam bagi nasihat shud apply cream kat perut awal2 ni sebab nanti ada kesan scretchmark. Ok, encik suami. .please take note! Hihi...:)

 stretch mark
harap-harap saya tak ada strecth marks.amin
 
Antara brand cream for stretch marks

 Bio Oil..saya pernah beli! Lama dah beli. Beli sebab dulu ada scar jerawat kat muka. so,apply mende ni kat muka tapi seriously tak sesuai. So, I stop using it. Nanti boleh guna untuk perut, insyallah oke kot, sebab kat perut. Kalau kat muka, very the oily!


Lunch, aku teman kan Nor pegi buat akaun KWSP. Kebetulan drive pegi sana, aku ajak Su, Ratna & Fiya join skali. So we had lunch together at Rasa Rasa Cafe. Alhamdulillah, kenyang. Tp satu jer mistake. Lauk dah nak habis. Dah plak aku letak kuah kicap yg aku pun tak tau ayam ke , daging ker..tapi rasanye Ohmaii~ tak cun dengan baby kut. Ada rasa pelik semacam. Almost terkeluar balik tp aku cover lah depan kawan2 yg tengan kusyuk makan dengan penuh selera. So, aku asingkan nasik yg dah terkena kuah kicap tu & makan seperti biasa. Kenyang...

Lepas makan, amik kesempatan pergi The Spring. Ehems. Dalam masa yang very limited tu, aku sempat beli :

 Santa Barbara Polo Bath & Shower Gel.


INFO!! Kalau menurut Pregnancy Week 6:

"The very beginnings of wee hand plates and the early formations of what will be their fingers are already visible! And of course their genius brain is still growing like - well, a brain on fire."

Selesai solat, insyallah, akuamalkan bacaan ayat2 Quran. Semoga aku berkesempatan khatam sebelum baby keluar. Amin... Extra, tadi aku baca Surah Luqman. Insyallah, amalan membaca surah Luqman ni adalah untuk melahirkan anak yang cerdik. Kebetulan baby's brain now is still growing, mummy hope semoga anak mummy&daddy cerdik, pintar, petah dan dihormati kerana ilmunya..Amin

PS to daddy:
Work smart & we always love you so much daddy :* thank you for your support. Dont worry about us here. We are happy & baby is growing. Baby loves you so much and mummy always talk to baby, daddy loves baby too :D WE LOVE YOU DADDY!
 

Thursday, April 19, 2012

4th Hcg Check On Week 6 Day 5

Posted by mimie at 4/19/2012 09:35:00 AM 0 comments
This morning, again I tested my urine but this time around using another brand, Watson. Wahh...day by day, dah increase knowledge pasal pregnancy and mommy to be. I read a lots and getting ready for December! :) insyallah, with Allah wills. 

So, inilah dia hasil test this morning, 6 weeks 5 days:




Brand ni plak :) 
Tested at 6am



Jeng jeng jeng. Naik 2 line dgn pantassszz!
Tested at 6am


OK, hopefully baby sihat jer. Breakfast this morning with 2 packs of bihun goreng. As usual aku pegi beli kat satu stall sebelah SK RPR Batu Kawah. Abang jual kuih tu pun dah kenal muka aku ni asyik beli bihun goreng dia jer. hek hek.

Another update for today, aku nak citer sikit pasal sorang kawan aku ni, a chinese lady, been married for ..if im not mistaken, dah lebih 5 tahun kot. Mungkin belum rezeki dia, sampai sekarang belum ada good news. Kesian gak! Semalam 8.30pm, dia datang jenguk aku kat rumah after knowing that Im 6 weeks pregnant. Aku bagi dia EPO pills & jus yang masih banyak giler sebab aku dah tak boleh makan dah. Nak buang, sayang gak...
Semalam dia sempat pegang perut aku jap and hoping that she will be the next & I am of course praying for that too. Please pray for her :)

Ok, thats all update for today. Kalau ada update lagi, I will update before tdo malam karang. hehe. now, nak focus siapkan documentation yang seriously banyak!Daaa~ see ya soon!

Baby be nice to everyone today oke lil baby...mwachs!

Wednesday, April 18, 2012

Makan dan Cuti?

Posted by mimie at 4/18/2012 01:04:00 PM 1 comments
Semalam, 2-3 kali gak aku pergi toilet. baby asyik nak membuang air jer. (Haha! baby jadi mangsa) Selalunya atleast terjaga sekali, antara pukul 4-5am jer. Semalam terjaga jam 2.30am dengan 4+am. Bila bangun nak g mandi pagi tadi, badan terasa penat plak. Pinggang macam lenguh sikit lah. Hm..Symptom minggu ke-6 kot. Tapi Alhamdulillah, ok jer!

Start hari ni, Nor tumpang aku pergi keje. Rumah tak jauh, jiran jerrr... he he. Nor ni Lecturer baru kat office..Seronok jugak..adalah orang teman kan  pegi & balik keje..Tak lah driving sorang2. On the way nak pegi Office, singgah jap beli bihun goreng & bubur ayam untuk breakfast. Pukul 7.30am, makan bubur ayam dulu. Pukul 8am, masuk  kelas...Habis kelas jam 9.30am..lapar giler sampai menggigil. So, habiskan bihun goreng plak. DONE breakfast!

Breakfast pertama. 7.30am. Gambar bubur ayam jer ada...
Breakfast ke 2, 9.30am, bihun dah selamat masuk ke perut share dengan baby...tak sempat nak record! :p


Pukul 10am, Su plak ajak pegi makan. Wahhh! Perut ni sebenarnya lapar lagi. So, ikut jerrr! 3rd Breakfast for today, Mi Kolok! Percaya tak? Now lapar lagi.. so, tunggu lunch plak. Alamak..kuatnya baby mummy ni makan :D

 Breakfast ke-3 jam 10am

Lunch? 12.30pm g lunch plak dgn Afiyah & Nor kat Lauta Cafe, MJC. Makan nasik campo lauk ikan asam pedas, terubok masin & kangkung, air suam. Wah! Meriahnye perut aku hari ni....

Ok, tukar plak topic cuti! 1 May 2012 (Selasa) Public Holiday. aku plan nak amik cuti 30 April 2012 (Isnin). Husband pun mengizinkan..ehem..dah apply cuti pon. hihi. Lepas tu, terus browse Malaysia Airlines. jeng jeng jeng! Hasil nya!

Dengan izin, encik suami...Tak sabar nak balik hometown jumpa family next week. Thank you sayang :) 

Update symptom 10.22pm :
5.23pm tiba2 rasa mual..uweeek jer tp tak muntah
Malam ni ada rasa pening sikit2x ...tapi ok jer. Takde lah sampai tak larat angkat

Off to bed now! Daaa~

Tuesday, April 17, 2012

Thank You Daddy!

Posted by mimie at 4/17/2012 08:34:00 PM 0 comments
Sebelum daddy fly pergi Doha, mummy mintak belikan ni :
 
Alhamdulillah, mummy bawak g keje and selalu kunyah kismis ni time lapar.actually mummy mmg suka makan kismis. Kebetulan hari tu, ternampak kismis satu botol besar, 250g. Beli kat Giant RM12 jer. Mummy main makan jer anytime lapar. Sekarang baru perasan ada aturan pemakanan:
Dewasa : 7-11 biji sehari
Kanak-kanak : 5-7 biji sehari
Hafiz & Hafizah : 21 biji sehari
Awesome!!mummy dah makan non stop.now botol besar tu almost half! takpe ker? 

lunch hari ni plak mummy n baby makan ni kat Serapi Corner:

Dulu mummy sgt x pandai makan ikan keli. Tp nenek (mama az) selalu masak kan keli percik masa belum kawen dulu...sedap!terbaek!sbb tu lah sekarang mummy pandai makan keli.baby pun pandai makan keli..hehe..kan kan kan..baby kan?
ok ok...mummy nak siapkan claim daddy jap. Daddy tertinggal file resit claim. So, he needs me to scan all document. Daddy, daddy...selalu lupa...makan kismis selalu ok. Nanti daddy belikan mummy kurma dari Qatar k. Thank you daddy, belikan kismis untuk mummy and baby. We love you daddy!

Extra: BBT chart mummy until today. Through chart ni lah antara cara terawal nak tau pregnancy. Kalau graph atas dari x-axes dan tak turun dari tu, means anda telahpun berjaya pregnant! hikshiks..
 Saya cuba ni untuk cycle yang pertama which starts on 3 March 2012 tapi mula berBBT 8 March 2012.. Ehem2x..byk mistake kat chart tu. garis pun putus2x sbb tak complete data dari awal :) anyway, still nampak graph pregnancy & tau bila Ovulate. Macam mana nak buat BBT? next time saya cerita ok..penat, baby mintak tido plak :p nite mommies!

Monday, April 16, 2012

Day 1 Without Daddy

Posted by mimie at 4/16/2012 08:04:00 AM 2 comments
Hari pertama, daddy takde.. wake up in the morning, terasa empty plak. Selalunya, sejak ada baby, daddy akan usap perut mummy "say hello to baby".. pagi ni, mummy breakfast Anmum for baby. 7.15am dah g keje tp singgah jap beli breakfast.kalau daddy ada, memang breakfast sama2 :( so, bihun goreng for today...

Kerja hari ni, mummy kene siapkan marking final exam paper, minutes of meeting, filing...banyak! Mummy miss daddy so much...

Sunday, April 15, 2012

Daddy Is Going Back To Work

Posted by mimie at 4/15/2012 08:56:00 PM 0 comments
Yea...the saddest moment is when daddy is going back to work. These week, daddy keep on telling mummy,
"Saya simok saya balit...kelak awak dgn baby mcmne.mun awak mau makan byk camne"
daddy dont worry ok.mummy n baby will b ok over here. We will never forget u. Every morning n before sleep, mummy will tell baby about daddy ok. As what u did everyday, remember "say hello to baby"
We will b strong for daddy. Daddy also must b strong for us. We love u daddy. Mummy love u, baby love u...
See u in may/june...masa ya baby maybe 12-15weeks. Baby dah besar :)
Bye bye daddy!!
I hate this tickets!!
we love you.take care! baby 6weeks 1day today

Friday, April 13, 2012

Tahap Kesihatan Normal

Posted by mimie at 4/13/2012 09:19:00 AM 0 comments
The normal ranges for hemoglobin(hb) depend on the age and, beginning in adolescence, the gender of the person. The normal ranges are:
  • Newborns: 17-22 gm/dl

  • One (1) week of age: 15-20 gm/dl

  • One (1) month of age: 11-15gm/dl

  • Children: 11-13 gm/dl

  • Adult males: 14-18 gm/dl

  • Adult women: 12-16 gm/dl

  • Men after middle age: 12.4-14.9 gm/dl

  • Women after middle age: 11.7-13.8 gm/dl

Information from :  HERE


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tekanan Darah

Pada pemeriksaan tekanan darah akan didapat dua angka. Angka yang lebih tinggi diperoleh pada saat jantung berkontraksi (sistolik), angka yang lebih rendah diperoleh pada saat jantung berelaksasi (diastolik). Tekanan darah kurang dari 120/80 mmHg didefinisikan sebagai "normal". Pada tekanan darah tinggi, biasanya terjadi kenaikan tekanan sistolik dan diastolik. Hipertensi biasanya terjadi pada tekanan darah 140/90 mmHg atau ke atas, diukur di kedua lengan tiga kali dalam jangka beberapa minggu.


Kategori Tekanan Darah Sistolik Tekanan Darah Diastolik
Normal < 120 mmHg (dan) < 80 mmHg
Pre-hipertensi 120-139 mmHg (atau) 80-89 mmHg
Stadium 1 140-159 mmHg (atau) 90-99 mmHg
Stadium 2 >= 160 mmHg (atau) >= 100 mmHg

Maklumat dari : SINI








Thursday, April 12, 2012

Buku Pink!!

Posted by mimie at 4/12/2012 04:44:00 PM 0 comments
Alhamdulillah, hari ni dah selamat buat buku pink..memang lama giler tunggu turn tp buku pink tu penting. Sebagai bakal ibu, kene tau, buat rekod dengan pihak hospital atau klinik kerajaan adalah penting! Walaupun siapa2 planning nak deliver kat swasta skalipun, buku pink tu kene ada. 

 
So, this morning, as early as 7.40 am, husband accompany me to clinic. Waiting for our turn for almost 45minutes, yea...just to register! 8.30am, mintak excuse kat nurse,ckp ada kelas at 8.30-9.30am...so,dpt lepas skjap n dorg suh dtg balik at 10am 

Lepas habis kelas je, hubby amik kat office. Aku dah mintak exit pass kat bos sampai lunch time! so around 945am, sampai klinik...waiting for my turn. 

Bila sampai giliran 3104, aku masuk room 1. Kat dalam bilik tu, nurse kak rajuna tanya aku few question...aku rasa ada lah dalam 30-40mins kot. Lepas sesi soal jwb, nurse explain sbb ni my first pregnancy. Alhamdulillah,mesra pelanggan and worth to wait :) sbb free kan... 

Lepas selesai soal jwb, amik berat n tinggi aku plak

Weight : 47.7kg 
Height : 161.3cm 
Waist : 31.5 inc -80cm 
EDD : 8 Dec 2012 

pastu aku di suruh baring...nurse buat breast check n dia pegang perut aku. Next, aku d suruh pegi bilik no 6.bila aku sampai situ....rupa2nya kene amik darah.alamak! Lepas amik darah, aku pegi lab check hb. Cucuk lagi! Alhamdulillah, hb aku 14.1 

Alhamdulillah, kandungan dan diri aku sihat jer....So, next appoinment aku 9 May 2012 jam 8am.

Tuesday, April 10, 2012

DPO25 (week 5 3days)

Posted by mimie at 4/10/2012 03:20:00 PM 0 comments
Pagi ni, pergi breakfast roti canai dgn hubby kat Bombay Masala... tiba-tiba, tengah kunyah & kebetulan hubby angkat dari kerusi, pegi cashier, mintak tissue, aku tergigit something 'kruk kruk kruk' ... Dalam hati dah imagine batu. 




"Ada batu ke dalam roti canai nih"

Skali aku tengok, benda yg aku jumpa tu macam aku kenal jerrr... Rupa-rupanya serpihan gigi!!! Gigi aku tanggal! Then, I realize, aku kurang calsium! Aku pernah terbaca kat forum, ibu mengandung ada masalah gusi, gigi, lips etc etc etc...

Alamak!

Aku cepat-cepat bukak Android Application yang aku install, tentang perkembangan bayi di Minggu ke-5 and I found this:

"He's now made up of three layers — the ectoderm, the mesoderm, and the endoderm — which will later form all of his organs and tissues. The neural tube — from which your baby's brain, spinal cord, nerves, and backbone will sprout — is starting to develop in the top layer, called the ectoderm. This layer will also give rise to his skin, hair, nails, mammary and sweat glands, and tooth enamel"

**atau dalam web boleh browse sini jer

Hmm...agaknye, baby aku ni tgh active membesar! Alhamdulillah...  :)

So, for conclusion...atas kejadian yang menimpa pagi tadi (Kes kurang calsium) hubby belikan ini:






 

Ohya! semalam aku & hubby g saloon. Hubby suggest hairstyle baru untuk aku. Thanks for the suggestion dear! :*


Oraits...itu jer update aku untuk minggu ke-5 ni...

Semoga anak mummy sihat, comel, bersemangat, soleh solehah & sempurna..Amin!

Saturday, April 7, 2012

Double Check Hcg

Posted by mimie at 4/07/2012 09:28:00 PM 0 comments




Pagi ni, buat double check UPT. As expected, period tak datang...Test pakai UPT brand Guardian jer. Beli kat 1 Borneoo KK.




 
 
Left : 7 April 2012 (today)
6 days delay period
Tested at own house
 
Right : 2 April 2012
1 day delay period(very faint line)
Tested at Le Hotel Kota Kinabalu 

Dah addict plak nak buat test. Rasa nak test selalu jer. hihi!
 
First time buat UPT kat sini

Wednesday, April 4, 2012

1st check check rock rock!

Posted by mimie at 4/04/2012 10:29:00 AM 0 comments
Semalam kami mencuba nasib di klinik kerajaan. Malang nya...banyak songeh....
1) Kena bawa IC & Sijil Nikah
2) Datang balik hari Khamis.

Masalahnya, first time kami pergi hari tu, takde plak bgtau macam ni. Dia suruh datang  2pm sebab kaunter close or 'esok' which is yesterday. Bila datang semalam, dia tanya mana IC & Sijil Nikah. Lepas tu baru cakap datang hari Khamis. Why at the first place dorg tak direct jer cakap datang hari khamis dan bawa IC & Sijil Nikah padahal memang dah inform dorg this is the first time nak buat pregnancy test. Hmmm.. Kecewa!

Bukan tak nak buat kat gov clinic tau, masalah nya sangat tak efficient :( So, we decide...Pegi check kat Swasta sebab saya ni bukan nya senang sangat nak keluar office. Lepas dapat keputusan yang mengecewakan dari klinik tu ( Baru bukak dan sangat tak ramai patient! ), terus pecut pegi Timberland Hospital. Alhamdulillah, dapat direct buat check. Doctor nak bagi folic acid tapi saya cakap dah ada.. So, doc bagi explaination sikit lepas tu dia suggest datang lagi maybe next week or next 2 weeks baru dapat buat scan. Alhamdulillah....

Rujukan kalau nak buat first pranatal check kat klinik kerajaan : Pemeriksaan pranatal di klinik-klinik kerajaan

doakan zuriat yang di kandung selamat dan sempurna sehingga saat melahirkan...amin

Monday, April 2, 2012

16DPO, im back on track!

Posted by mimie at 4/02/2012 01:36:00 PM 0 comments
Back on track! pagi tadi flight dari KK jam 7.50am, arrive Kuching jam 9.15am. Alhamdulillah, syukur..happy sangat dapat honeymoon :D

16DPO .. sepatutnya semalam period menjenguk. As expected, tak datang.. So, semalam beli pregnancy test kat guardian, kali ni brand Guardian biasa tu je. And, pagi tadi buat test kat Hotel. 10DPO hari tu dah buat check sebenanrnye pakai ClearBlue. hikhikhik... Saje nak buat lagi hari ni. Seperti yang di jangka, Positive. Ada 2 line muncul tapi satu tu faint line. Kalau pakai ClearBlue 'Pregnant 1-2'. Alhamdulillah, semoga Allah lindungi keluarga kami dan zuriat yang di kandung. Amin

So, hari ni dah balik hometown. As early plan, kira nak jumpa doc hari ni. Pegi Klinik Ibu & Anak Gita, dorg suruh pegi Poliklinik baru kat Batu Kawah. So, straight away pegi situ, malang nye, pukul 2pm baru bukak. So, we plan to go tomorrow :)

Sekarang, tengah buat revision tentang amalan dan pemakanan ibu mengandung...sepanjang tempoh selepas tau preggy, setiap hari nak makan sup daging jerr. lepas tu ikan stim. macam takde menu lain...haish! sup daging lahh! mmg tiap hari makan ~ hehe :p
So, lets browse apa pemakanan & amalan untuk ibu mengandung ...

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare