Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Monday, April 23, 2012

Sudahkah anda mencuba petua hamil ini?

Posted by mimie at 4/23/2012 09:33:00 AM
  Salam semua...pagi ni saya baca satu topik kat RH & salah seorang commenter kat sana suggest link ni Sudahkah anda mencuba petua hamil ini?
Mehh...saya paste kan kat sini atau boleh terus lawat blog member tu. Insyallah, semoga beroleh manfaat buat rakan-rakan yang sedang TTC
------------------------------------------------------------------------

SUDAHKAH ANDA MENCUBA PETUA HAMIL INI? by Cinta Sang Ratu
Salam...
Saya sebenarnya sangat teruja untuk berkongsi petua ini dengan rakan2 TTC di luar sana.Seperti yg di khabarkan melalui entri yang lepas. Saya cuba menulis dengan seringkas nya makanan dan juga cara yang telah saya lakukan untuk mengandung. 
Alhamdulillah,Allah telah memakbulkan doa selama 2 tahun penantian saya. Petua ni saya dapat dari kawan sekolah saya. Dia juga telah berjaya mengandung dengan mengamalkan cara yang sama. So,dengan izinNya,saya juga ingin mengkhabarkan kepada semua rakan TTC diluar sana :)
Petua & cara2 :~
1. Buat solat dhuha. 
2. Makan delima sebiji untuk suami & anda.
3. Pegi farmasi beli Multivitamin & minerals (satu ubt tapi nama je 2) jenama Blackmores mkn sebiji sehari tanpa skip untuk anda dan suami juga.
4. Beli foot patch detox untuk buang toksin. Aku beli regenye RM68 kat farmasi.Tampal di kaki suami & anda setiap malam b4 tido.Eloknya tampal dibahagian tumit coz itu bahagian reproduktif. (saya buat selama 12 hari bagi habis 1 kotak je..heheh) ni puncanya sebab badan kita banyak toksin asbab susah nak preggy. Aku buat mmg resap hitam gila. So rasa mmg banyak toksin kot dlm badan ku.
5. Makan asid folik of kos. (saya skip2 yg ni sbb terlupa selalu,tapi skrang x skip da)
6.  Pantang minum soya,teh & kopi untuk isteri. Saya pantang 3 minuman ni lama.memang x sentuh. Soya x elok untuk suami juga,dia menurunkan kadar kesuburan,tapi lelaki kena minum kopi banyak.
7. Yang ni tambahan tapi elok amalkan,saya amalkan setiap hari susu kambing.Lagipon ini adalah makanan sunnah :)
Ok,ini sahaja. Selain dari petua ni,semuanya berlaku dengan izinNya. Elok banyak tawakal dan berdoa dengan doa Nabi Zakaria. Saya juga pernah menangis sorang2 waktu tidur dan dalam bilik air tika period. Namun,pabila kita bersangka baik dengan Allah,Allah akan permudahkan doa dan impian kita.
Saya juga telah membuat rawatan HSG dan clomid untuk 4 cycle. Tapi nyata rezeki itu hanya milik Allah yang menentukannya. Saya juga telah banyak menelan hiba sendiri tika ditanya tentang anak. Tapi saya tetap percaya Allah maha kuasa mengadakan dan meniadakan. 
Saya telah melakukan banyak cara dan petua untuk hamil,tapi cara kat atas ni berkesan pada saya,mungkin akan berkesan juga pada anda dan mungkin juga tidak. Tapi jika anda terus ambil jalan pasrah dan enggan mencuba lagi la langsung tidak akan berkesan. Akhir kata dari saya...
cubalah supaya anda tidak menyesal kerana tidak mencuba awal. :)
Salam sayang dan ambil berat dari saya Ina. (^_^)V  
-TAMMAT-
------------------------------------------------------------
Semoga bermanfaat & Selamat Beramal
Nasihat daripada saya sendiri, lain orang, lain cara & lain amalan....
kenal diri sendiri dulu & dapatkan nasihat dari yang pakar.

Meh saya share lagi petua yang lain:
1. Jus Perawan (tak tau mana tau pasal jus ni. ambik jus ni sebab nak atur period. bila dah minum jus ni, sedap pulak. Lepas minum , baru terbaca, "Sangat sesuai di ambil oleh sesiapa yang inginkan anak" . Eh? Seriously tak tau pun pasal tu. Sempat minum habis sebotol & botol yg ke-2, sempat minum suku jer. Ambik bulan February 2012-exact date will update later)
2. EPO - Evening PrimeRose Oil. Saya rasa ramai golongan wanita amalkan ni. Sangat baik untuk kulit & dapat kurangkan PMS ketika haid. Alhamdulillah, saya nampak kesan kepada kulit saya (Start ambik February 2012 jugak)
3. Saya amalkan ayat 38 Surah Ali Imran & ayat 89 Surah Al Anbiya. Amalan surah ni, memang saya berniat memohon zuriat.
4. Saya pernah pakai Detox Footpatch. saya pakai sekotak jer. dalam tu ada 10pcs, sy kongsi bersama suami. Lepas baca petua kat atas, baru saya tau...Eh? Ada effect jugak yer?

After all, saya nak simpulkan...Pengambilan pemakanan tambahan tu memang saya berniat untuk kegunaan kewanitaan & kesihatan sahaja. Detox tu plak saya & rakan sekerja yg beli sebab kami selalu rasa badan penat2. So, sama2 beli & sama2 cuba ..hihi...
 Cuma amalan bacaan surah tu jer saya memang berniat supaya mudah mendapat zuriat. 

Alhamdulillah, selepas berkahwin 2 bulan 27 hari,  saya telah positive pregnant 2 minggu (Test pakai ClearBlue Digital)
 Mungkin memang sudah tiba rezeki zuriat buat kami suami isteri. Alhamdulillah...syukur ya Allah...

Semoga bermanfaat buat semua



6 comments:

Mummy Chenta on April 23, 2012 at 11:30 AM said...

hye mummy simsimi..adakah mrs chenta a.k.a mmummy wanna be pengKOMEN itu..hik2..doakan untuk mrs chenta pula ea..skang ni gigih berTTC..mudah-mudahan allah permudahkan..amin

mimie on April 23, 2012 at 1:38 PM said...

betul lah tu. hehe...amin ya Rabb...Insyallah, dengan izin Allah. thanks share info taw. hihi...

Mummy Chenta on April 23, 2012 at 2:56 PM said...

sharing is caring..dear..take care u lil caliph inside...

Zullins on December 31, 2012 at 5:06 PM said...

Salam. Sy ada menjual jus perawan. Insya-Allah berkesan utk mendptkan zuriat. Bole singgah blog sy http://zullinsbeauty.blogspot.com/2012/12/juice-perawan-plus-collagen-dherbs.html :-)

thennowh on May 19, 2022 at 1:47 AM said...

Read Full Article Louis Vuitton replica Bags this contact form high quality replica bags check out the post right here replica designer bags wholesale

Unknown on June 26, 2022 at 1:19 PM said...

go to these guys Get More Info check my blog why not look here Read Full Article site

Post a Comment

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare