Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Saturday, July 27, 2013

We are in Kuching

Posted by mimie at 7/27/2013 09:19:00 AM 0 comments

Hello good morning. Lemme update here as simple as i can.

Yes, we are now in Kuching. Since last Wednesday, 24. Back to our own house. As usual, will be here untuk mengemas. Katil, tv, almari bla bla bla yg besar2 smua dah angkut naik lori last month. Now bg clean and isi dengan brg basic balik. Need to buy few things.

Mat are with us since day 1. So he is staying with us here. Mat ni kawan hubby dr kecil lg. Ala ala BFF gittew. Dia dr Miri. and will back to miri bila kami balik bintulu. Heee.

As usual, bila balik kuching sudah semestinyalah ameer jumpa nenek dan atok. Apa lagi nenek dan atok. Happy la jumps cucu.hehe.

Ohya, semalam hubby terpaksa fly balik ke bintulu, day trip because of urgent matter. He need to submit 2 forms to BDA. Sebenarnya dia terbawak borang tu ke kuching which at first we plan to leave it to my brother to submit for him. Tp ada benda belum setel so we decide hubby jer fly direct ke bintulu. So malam sebelum fly, aku lah jadi travel agent, bertungkus lumus beli tiket. Jam dah pukul 10pm, tiket takdak lg, nak fly 7.10am next morning. Bila aku beli tiket, duit dah deduct dr maybank, tp dlm system still processing... please wait... sampai ke pukul 1am. Haishhh! Tak bleh jadi. So hubby call MAS customer care, setel!

Sendirian aku dgn ameer kat rumah, aku kemas rumah the whole day. While mat plak keluar dengan gf dia. Malam, mat terus ambik hubby, pegi terawikh, pukul 9pm baru amik aku n ameer. Then off we go! Mana? Sharing Planet Downtown.

Hm. Nothing to update more, this is just an another-ordinary-boring-post.

Yg penting, belom ada baju raya lagi . Theme dah ada. Baju jer takde. Hubby ajak shopping kat Jalan TAR tp aku malas. Whats the different from the one that we can find here in Kch? Takde lah Vogue sangat pon kan. Baik shopping sini beli baju vogue, jimat duit hotel. Ngeh ngeh ngeh. Next time, baju raya beli awal okay!

Daaa till now...

Sunday, July 21, 2013

Budak 3 tahun meninggal selepas 5 jam dalam kereta

Posted by mimie at 7/21/2013 12:35:00 AM 0 comments

"Ya Allah, Kau jauhkanlah kami dan keluarga kami dari sifat cuai yang membawa padah. Kau lindungilah kami dari bahaya dan malapetaka yang tidak diingini. Kau matikan kami dalam keadaan beriman dan matikan kami dalam keadaan mulia..Amin ya rabb"

Terlebih dahulu aku ingin ucapkan takziah buat keluarga kanak-kanak 3 tahun yang meninggal dunia, Nawal Iris Samsuddin. Al fatihah.

Ibu mana tak sayangkan anak? Rata-rata orang akan salahkan si ibu. Siapa tak geram kan? Kesian anak kecil yang tak tau apa. Bila aku baca, anak tu di temui dalam keadaan baju nya dikoyak dek kerana panas , ada kesan muntah dan najis, kebiruan, ya Allah... macam mana lah keadaan tangis nya masa tu. Ya Allah, tak dapat nak di gambar kan. Korang boleh search, ada yang sertakan gambar kanak-kanak tu. Aku tak sanggup nak share. Sedih.

Nak cerita pun sedih. Nak ingat, nak kenang, nak bayangkan pun sedih. Salah mak? Sebab terlupa anak kat belakang? Geram sebab kecuaian ibu kanak-kanak tu? Nak buat macam mana, dah nama ajal. Nak di elak macam mana sekalipun, ajal dia masa dan saat itu. Kita yang tinggal, jangan tambah beban si ibu. Jangan tambah sedih keluarga mereka. Aku yakin, sampai tua, sampai mati si ibu tak akan lupa. Ntah ntah, lepas tu dah tak nak drive kereta tu dah. Jual.

Salah, memang salah dia. Yang penting, kanak-kanak tu dah tenang di sana. InSyaAllah, dia akan bawa ibu bapa nya ke syurga. Aku yakin, ibu tu tak sengaja. Bukan dia tak sayang anak. Bukan dia nak seksa anak. Bukan dia tak pentingkan anak. Sampai satu masa, itu takdir dia. Sedih.

Mula-mula aku tau kisah ni dr husband aku. Then, aku terbaca keadaan anak tu ditemui , aku sedih. Dia koyakkan baju dia sebab tak tahan panas. Ya Allah. Sedih sangat. Aku bacakan part tu kat husband, husband diam. Membisu. Tiba-tiba dia cakap " saya tak suka dengar benda bodoh sangat macam tu" . Masa tu kami dalam kereta. Aku tau husband aku pun marah dgr berita 'cuai' macam tu. Siapa tak marah kan? Tp sekali lagi, itu lah takdir. Kita yang tinggal ni, kena selalu beringat. Sampai kat rumah, husband park kereta, dia cakap "kita tak kan tinggalkan anak dalam kereta macam tu" . InSyaAllah syg, mudah-mudahan dijauhkan sikap cuai, dijauhkan malapetaka, dijauhkan benda buruk.

Sudah.. jangan tambah sedih si ibu. Cukup penderitaan si ibu yang akan selamanya menyalahkan diri dia atas kematian anak kesayangan. Sudah..

Kita doakan mudah-mudahan tenang roh si anak.

Kita doakan tabahlah si ibu dan keluarganya.

Kita doakan dijauhkan dari sikap cuai.

Kita doakan keselamatan anak-anak kita.

Kita doakan sudah sudahlah kes macam ni.

Sama-sama kita beringat, tak ada ibu yang tak sayangkan anak.

Al fatihah . . .

Berita lengkap : Budak 3 tahun tertinggal dalam kereta maut

Aku letak link ni jer. Supaya korg ada idea aku cakap pasal apa. Korg search, sure byk lg berita & gambar.

Thursday, July 18, 2013

Flashback

Posted by mimie at 7/18/2013 06:17:00 AM 0 comments

Assalamualaikum... salam sahur.. salam subuh

Alhamdulillah, syukur ya Allah..

Syukur sgt atas rezeki yang tidak pernah putus dari Allah. Alhamdulillah... terima kasih ya Allah

Syukur jugak, dah masuk hari ke 8 kita berpuasa. Walaupun Ameer fully breastfeed, aku masih dapat berpuasa penuh. Semalam aku bertenaga sampai ke petang. Selalu bertenaga lah jugak tp semalam lebih bertenaga dari biasa. Padahal sahur nasi goreng kismis jer. Sebab kismis nya ke? Ntah lah.. macam biasa , aku amik madu, kurma, anmum lacta+horlick+oat, habbatussauda, jus delima. Mungkin bila tambah kismis lagi makin extra tenaga kot. Entah lah.. yang penting susu pun meriah, Alhamdulillah..

Ohya, back to my title, flashback. Pasal apa? Camni, dulu masa muda rumaja, pernah lah terpk nak baby boy for first baby. Haha. Cita-cita tu..... erk! Masa tu masih zaman university lg lahh.. tiba-tiba kauuuuu nak ade anak. Gedik melebih. Haihh!  Haha..

Tak tau lah apsal nak baby boy. Mungkin sbb aku berangan nak ada anak hensemmmmmm! Haha. Alhamdulillah, dapat dah sorg baby boy. Masa first time tau gender baby,which is masa ktorg buat 3D scan , masa tu kalau tak silap dalam 16-17w preggy, memang happy giler. Hubby terus panggil baby 'qushh' . Eh? Haha. Tp tak letak pun nama 'qush'.. aku ingat lg masa tu Ameer dah ngangkang tunjuk bird dia. Dr patricia suruh teka gender, hubby cepat jer cakap 'boy' . Aku jer tak nampak ' mana bird dia?'.. duk tercari-cari bebird. Hihi.

Tunggu ameer besar sikit nak dress up ameer ala ala ALONSO MATEO. Siapa Alonso Mateo? Malas la nak citer( ehem.. malas nak type panjang2) . Korang google sendiri. Aku sampai follow kat IG lg. Hemsem yuuu i tell u. Gahhhh! Hehe. Oh. Cakap pasal hensem ni.. dulu masa preggy ameer aku suka sgt tengok 3 manusia ni. Sam. Fazura. Randy Pangalila. Why randy? Why? Huhu. Tp Sam & Fazura mmg my-all-time-fave. Dr kecik sampai la ni... dan im a big fan of Kisah Cinta. Tak nak miss! Lepas solat, cepat2 duk depan tv. Haha

Ah... sudah lah. Nak continue tido. Hubby tak balik lg ni. Macam biasa lepas sahur hubby ke masjid. Nanti dia balik pukul 7am+, tak sempat lak tido. hehe ... sok lusa kita sembang lg naa....

Daaa for now lovelies!

Monday, July 15, 2013

Breastfeeding dan puasa

Posted by mimie at 7/15/2013 11:26:00 PM 0 comments

Assalamualaikum..

Hari ni hari ke 6 berpuasa. Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk aku berpuasa.

Susah ke breastfeed sambil puasa?

Susah kot. Tapi sebab anak jugak, jadi tak susah... camne tu?

Orang cakap, kalau puasa susu merudum. Orang cakap, kalau breastfeed then puasa, lemah longlai.
Orang cakap...

Aku cakap? Oke, susu merudum la tapi takde lah sampai tahap takde air susu yang keluar. So, kena la ikhtiar. Ikhtiar camne?

Macam-macam cara ada. Boleh buat stock. Ehem. Buat stock susu banyak-banyak sebelum Ramadhan tau! Amik supplement. Ape yg famous skrg? ESP & alfafa shaklee. Boleh try. Lagi? Minum banyak air. More than 3L. Minum susu anmum lacta+horlick. Lagi? Makan fenugreek pill (leh cari kat GNC..atau org melayu kita cakap halba).. lagi? Itu namanya ikhtiar. sapa lagi nak share? Sila share.

Tapi above all, aku suka kurma+jus delima+habbatus sauda+madu. Alhamdulillah, hubby belikan semua tu untuk aku dan Ameer. Kita ikhtiar, usaha. Selebihnya, pohon doa dari Allah.

Syukur, sampai hari ni aku masih mampu puasa penuh. Bertenaga jaga anak, masak, tolong mak & SIL jual juadah berbuka.   Alhamdulillah..

Mana nak layan anak lagi. Babah balik terawikh , ameer ajak main.macam subuh tadi. Hubby pegi masjid , solat subuh. Ameer tido lagi. Aku duk sibuk susukan ameer takut dia lapar..pukul 7.30am, baru hubby balik rmh lepas solat subuh & mengaji, Ameer lak bangun. Aku mengantuk giler tp sbb hubby dgn ameer dah mula main, aku pun tahan jer mata.

So, as a mother, kita kena yakin...susu ibu untuk anak kita sentiasa cukup. Sama-sama kita doa yer.

Aku off for now. Ngantukkkkk..
Nite everyone!

**Sorry yer update tunggang terbalik. Tgh ngantuk, baring nak tido ni. Ameer dah tido haa..

Pic ** hubby belikan kurma ajwa, jus delima, habatussauda seeds(jintan hitam), madu yemen** tqvm syg

Sunday, July 14, 2013

Officially July 14!

Posted by mimie at 7/14/2013 12:25:00 AM 2 comments

Its 00:08hrs today. Meaning to say dah masuk 14hb. Yay. Hubby will be back today, InsyaAllah. I cant wait. I cant wait.

Hmm .. suddenly teringat our twin baby. Tak sedih dah sekarang. Setiap kali teringat kat anak-anak mommy babah, Im proud to have em & Alhamdulillah sbb diberi peluang mengandungkan bayi kembar.  I believe Ameer Eskhandar also proud to have them as his bro&sis. 2 months lepas kahwin, mengandungkan si kembar. Imagine lah aku mengandung selama setahun, dari march 2012 sampai lah melahirkan Ameer Eskhandar february 2013. (Sepatutnya EDD ameer march 2013) Terima kasih ya Allah.. Syukur Alhamdulillah..

Eh, apsal tetiba ckp pasal si kembar ni? Haha! Plan nak dpt si kembar lagi next! Err... Tunggu ameer pandai jalan dulu. Skrg nak focus jaga ameer je tau. Mungkin sebab anak-anak kami kat sana tgh happy bulan Ramadhan kan? Teringin sgt nak mimpikan dorg..

Haish! Apa yg aku merapu ni. Apa kaitan dgn topic?Blurghh...

Back to topic. Actually plan asal sepatutnya aku dgn ameer fly to KL esok, jumpa babah kat KL, shopping raya. Tiket MAS murah giler,BTU-KUL rm22 include tax rm100 jer. hmm. Tp cancel sbb aku malas lak nak g. So, next time lah shopping raya.

Oke...tu je lah update for tonite. Off to bed now!

Assalamualaikum..

Wednesday, July 10, 2013

1 Ramadhan

Posted by mimie at 7/10/2013 12:37:00 PM 1 comments

Alhamdulillah, dipertemukan dengan Ramadhan lagi pada tahun ini. Syukur. Tahun lepas, aku tak dapat puasa penuh sebab mabuk teruk masa preggy ameer. Mula2 aku puasa jer. Tp Dr Ling advise jgn puasa sbb berat aku turun, tahap muntah aku yg sgt teruk. Aku amik 2nd opionion, jumpa dr sharifah, dia pun ckp tak payah puasa. So, aku cuma temankan hubby puasa jerr..Harapnya tahun ni penuh, InsyaAllah.

Heepppp. Puasa penuh tahun ni InsyaAllah, sebab aku masih fully breastfeed si Ameer Eskhandar. Until today aku belum period lagi. Yup  dah 4 months+ :) jangan salah anggap, tak period bukan bermakna aku pregnant tau. Hehe. Jangan tak tau, kalau fully breastfeed kadang-kadang boleh sampai setahun tak period. Bergantung dengan orang gak lah .. hehe. Kebarangkalian untuk period bg yg fully BF ni boleh jadi 6bulan ke atas. Kenapa 6 bulan? Sebab kebanyakan baby dah start makan masa 6bulan ni. So, maybe boleh start period lepas tu.

Oke, back to kisah 1 Ramadhan aku. Pagi tadi sahur makan nasik, broccoli dgn grill chicken. Air, dari malam semalam dah aku minum banyak air kosong. Sahur pagi tadi aku minum madu sidr yemen + air suam 400ml, then aku minum anmum lacta macam biasa tp kali ni aku campur horlick sesudu & oat 2 sudu. Yums! Tak lupa jugak buah kurma. Since kurma ajwa yg hubby bawak last time dah habis, so aku makan kurma biasa jer. tunggu hubby balik Ahad ni, aku dah pesan kurma ajwa.

Now, 3.15pm.. aku dah siap kan satu kuih untuk berbuka nanti. Kuih puteri ayu. Mak plak buat kuih kosui.. ptg nanti nak buat bubur pedas plak . yum yum!

** before sleep update**
Alhamdulillah, puasa hari ni aku bertenaga sampai ke petang. Syukur. Air susu pun, Alhamdulillah, masih meriah. Ameer plak, keje nya tido je dr pukul 2pm, bgun menyusu jap pkul 3.30pm, sambung tido sampai pukul 5pm. Sedap jer tido bulan puasa ni. Bg can kat aku nak buat kuih puteri ayu lah tu. Haha. Baek anak mommy babah. Bangun jer aku bg susu, lepas tu main sekejap dgn ameer bg dia sedar betul2 , baru bg mandi.

Malam td, memula elok jer tido. Aku cepat amik wudhuk nak solat isyak n terawikh, habis solat jer, terus dia berbunyi. Hmm.. last2 aku letak dia atas paha, aku plak teruskan mengaji. Habis satu surah, elok jer duduk dlm pangkuan aku.. good boy anak  mommy..

Kepada semua, selamat menyambut Ramadhan..InsyaAllah, semoga Ramadhan kita kali ni lebih meriah amalannya. Ampun maaf dari saya andai ada kesilapan, dalam sedar mahupun tidak.  Selamat berpuasa, selamat beramal!

Sunday, July 7, 2013

Ameer Eskhandar on Instagram!

Posted by mimie at 7/07/2013 01:48:00 PM 2 comments

Yay. We decide to create Instagram account for Ameer Eskhandar. We agree to post ameer daily or atleast weekly pose. And its kind of insta-blogging what. Blogging through photos, much effective kot.

So, boleh la follow ameer on instagram : ameereskhandar

Thank you lovelies!

Monday, July 1, 2013

Still still still.. fully breastfeed

Posted by mimie at 7/01/2013 10:15:00 PM 0 comments

Alhamdulillah, hingga ke hari ini Ameer Eskhandar masih fully breastfeed. Belum lagi aku perkenalkan formula untuk ameer. Mommy ingat nak top up breastfeed shield spectra 3. Sekarang tengah google2 , tinjau2 nak beli kat mana.

Ohya! Aku jugak takde halangan nak BF ameer in public (NIP). Rahsianya? Pakai lah nursing cover. Orang tak pandang serong pun, InsyaAllah... Aku pernah BF Ameer kat atas Menara Taming Sari Melaka. So far, itu rekod tertinggi! Ha ha. Pernah BF ameer kat  Nando's, Dominos, Coffee bean, KFC, McD, Sushi King.. mana-mana lah...He he..Alhamdulillah, husband pun bg full support. So seriously mudah.. Aku beli nursing cover ni sebaik sahaja aku habis pantang. He he. Aku beli dengan Deliagarden. Korang search lah kat FB ekk.. (as usual,sbb aku hapdet pakai hp jer, leceh nak masukkan link)

So, aku tinggalkan pic aku, nursing cover & ameer untuk korang. Spot the NC(nursing cover) . Banyak kegunaan tau.. tengok macam dlm pic aku bagi tu. Hekhek! yang kelakarnya, pernah skali, tgh BF ameer, tetiba sorg awek cun giler macam artesss lalu kat depan ktorg. Dia pandang aku, aku pandang dia. Husband pun pandang. Masa tu ktorg makan kat Dominos kalau tak silap. Tau kenapa? Nursing cover aku sebijik macam jacket yg dia pakai. Ha ha ha! Tak tahan nak gelak ok. Lepas dia pandang ktorg, dia tak jadi makan kat Domino, dan kluar dgn pakwe dia yg howt! Ha ha.. ok lah..Daaa for now...

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare