Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Monday, May 14, 2012

Part 2 - Proses Keguguran

Posted by mimie at 5/14/2012 12:48:00 PM
Sambungan dari Pengenalan - Pengalaman Gugur Anak Kembar


Part 1 : Pengalaman Keguguran Kandungan 1 
Part 2 : Proses Keguguran
Part 3 : Selepas Keguguran
Part 4 : Berpantang 
Part 5 : Persoalan saya tentang keguguran (Rakan-rakan yang ada pengalaman boleh tak share or bagi link kat sini?)



PART 2


"Ya Allah, andai mereka bukan rezeki kami di dunia, I am ready to let go..Andai kau izinkan kami besarkan anak-anak kembar ini, kurniakan kami anak-anak yang sihat, sempurna dan cukup sifat. Aku redha dengan ketentuanMu ya Allah"
 
Selesai jer baca ayat Qursi 3 kali, dan berdoa, saya terus tido macam biasa. 

Saya terjaga jam 4am, routine ibu-ibu mengandung, nak pergi toilet time camni, betul tak?  :D

Selesai jer buang air , suddenly saya dapat rasa something keluar. . Masa tu saya tau, saya kehilangan anak kami . . .

"Ya Allah... andai anak kembar kami tidak sesuai untuk hidup di dunia, Kau ambil lah mereka. Aku redha... Namun ya Allah, izin kan aku melihat mereka dengan mata ku, izinkan aku sentuh mereka dengan kedua tangan ku, izinkan aku cium mereka. Ya Allah, Kau kurangkan kesakitan ketika Kau ambil mereka ya Allah..aku terlalu takut. Biarlah mereka keluar secara normal, tanpa perlu proses D&C...Sebagai ibu, aku redha atas ketentuan Mu, kerana sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang baik dan apa yang buruk buat kami. Tapi seandainya mereka rezeki kami di dunia, Kau kurniakan kami anak-anak yang sihat, sempurna, normal dan cukup sifat. Aku redha ya Allah dan aku bersedia...Apapun ketentuan dari Mu, Izinkan kami besarkan ciptaan Mu.. Amin ya Rabb"
Sedih... Syukur.. Itu sahaja perasaan saya masa tu.  Teringat kembali doa saya selesai solat & sebelum tidur semalam, jauh di sudut hati saya memanjatkan kesyukuran. Allah swt makbulkan doa saya. Bohong kalau saya cakap saya tak sedih. Luluh air mata masa saya letak kan kedua-dua twin tu dalam tapak tangan saya.
Saya dapat sentuh , lihat & cium mereka ... Allah makbulkan...masa tu nak masuk 9 weeks, mereka nampak cantik & bersih dalam kantung jernih. yg sorg, dah ada bentuk bintik mata. yang sorg lebih kecil, kedudukan  dah ada tp bintik mata tak clear sangat. kedua-dua nya sudah ada bentuk tangan dan kaki. Size syiling 20sen kot , berbentuk sfera dan kantung tu jernih. Kita dapat nampak mereka berdua dalam tu. (Kalau suami izinkan, insyallah saya akan upload pic kemudian)

Apa yang saya rasa ketika proses keguguran? Langsung tak rasa sakit. Mungkin kesakitan tu masa saya tidur, sebab tu saya tak rasa sakit kot. Memang lena tidur malam tu :) Some of my friends yang pernah alami keguguran cakap,  mereka rasa sakit sangat. Melalui pembacaan juga, saya baca, ketika gugur, perut memulas dan sakit. Masa tu, skali lagi saya panjat kan kesyukuran kepada yg Esa, Allah makbulkan doa saya memohon kurangkan kesakitan ketika keguguran.

Masa keguguran berlaku, saya sempat YM dengan hubby yang berada jauh di Doha, Qatar. Allah swt sahaja yang tau, saya lebih bingung akan keadaan suami daripada diri sendiri. Saya faham, mungkin hubby risau akan keadaan saya. Saya bgtau hubby, "Jangan risau...saya langsung tak sakit & semuanya oke. Alhamdulillah" .. Saya lebih sedih sebab suami tak dapat tengok keadaan twin. So, saya amik keputusan untuk capture photos & video untuk di tunjukkan pada hubby.

Selang seminit selepas kantung & twin keluar, segumpal daging beserta darah plak keluar sebesar 5-6cm. Dan satu lagi keluar selepas 5-10minit, lebih kurang 5-6cm jugak.

Setelah itu, saya bersihkan diri, gumpalan daging & kantung twin. Saya masukkan ke dalam tissue & balut dengan towel. Sepanjang proses tu, saya pasangkan surah yasin, ayat2 Qursi & beberapa ayat2 Quran. saya juga pasangkan azan & iqamah. Jujur saya katakan, saya terlalu daif untuk menguruskan keguguran. Itu sahaja yang terlintas di fikiran saya waktu itu.
Setelah selesai, saya bersiap untuk pergi ke office. 7.15am, saya bergerak ke office macam biasa. Masuk office pagi tu, saya bgtau bos, saya perlu ke hospital tanpa memberitahu yang saya telahpun keguguran. 

So, excuse for 2 hours. 

Continue di Part 3 : Selepas Keguguran



Dalam bungkusan towel ni lah saya letak kan twin saya & 2 clot sepanjang 5-6cm tu




Sempat amik picture jam dalam toilet. 5.39am



7 comments:

Wan Nisae on May 14, 2012 at 1:17 PM said...

tabahkan hati ya...
dun no apa nk ckp...kite pun pnh laluinya...
ia x sakit...rindu sangat masa tu...
insyallah allah akan gantikan dengan yang lebih baik....

catatanjemariku on May 14, 2012 at 2:06 PM said...

Ya Allah,kira untung la sis dpt tgk baby sis. sy tak. dok kata mayb badan dah serap yg sorg ni...or mayb mmg tak jadi dr awal2...tp syukur sy tak sakit terok. Alhamdullah... sy harap sis tabah k...insyallah mana tau rezeki kali ni sis dapat twin 3 or 4.. ;) kt doakan sama2

mimie on May 14, 2012 at 3:01 PM said...

Thanks semua. Alhamdulillah, saya dah boleh terima smua ni. Byk pengajaran yg sy jadikan iktibar. Allah uji kita kerana Allah rindukan kita :) dan Allah Maha mengetahui, itu yang terbaik. Hikmah keguguran tu sy tak anggap iya sebagai musibah malah sy bersyukur wlaupun kdg2 rindu tu dtg..

Alhamdulillah, kita tau yang kita mampu mengandung :) cuba lagi yerr..hihi. ada yang lebih baik menanti :)

Cinda... on May 14, 2012 at 7:22 PM said...

memang awak sgt kuat .. moga saya pon bole jadi sekuat & setabah awak ..

moga Allah gantikan kehilangan ini dengan sesuatu yg lebih indah ...

mimie on May 14, 2012 at 9:07 PM said...

Thanks cinda..

Amin ya rabb atas doa awak. Dulu sy sgt lemah dan tak kuat. Setiap hari sy nangis sepanjang waktu bleeding 9 hari tu.tapi sekarang, syukur Alhamdulillah...sy hepi :) tapi sy tak kan lupakan pengalaman manis mengandung anak kembar & tak kan lupa kan mereka berdua. Itu yg terbaik dari Allah.

Cinda ada pengalaman yg sama ke?

catatanjemariku on May 31, 2012 at 2:21 AM said...

Salam...mimi mmg kuat... mcm mana twin tu? mimi kubur kan ke??? nak tahu je.

mimie on June 19, 2012 at 1:37 PM said...

catatanjemariku... ha ah.. Alhamdulillah,saya dah redhakan pemergian kedua anak kembar kami :) bapa mertua saya dah kuburkan. saya ada upload pic janin baby tu dalam posting ni -> http://jrazrullittlemimie.blogspot.com/2012/06/tgif.html

Post a Comment

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare