Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Wednesday, October 16, 2013

AlFatihah Ayra Saffiya

Posted by mimie at 10/16/2013 10:15:00 AM

Sedih hati tak terkata. Tak terungkap. Tak mampu ku tunjuk. Hanya hati yang merasa. Al fatihah buat anakanda Ayra Safiya, bidadari syurga peneman anakanda kembar Mommy di sana.

Ayra Safiya merupakan anak sulung sepupu 2 kali Mimie sebelah bapak. Baru berumur lebih kurang 3 bulan. Comel, cantik, manis orangnya. Meninggal dalam keadaan yang amat mengejutkan kerna kelihatan sihat walafiat fizikalnya. Tak perlulah aku share gambar manisnya, kerna memandang senyumannya, runtun hati ku. Terpilih dipanggil kembali di sisi Allah, sama seperti bayi kembarku yg telah dijemput dulu pada 4 may 2012, ayra dijemput pada malam Ahad lepas 13 oct 2013, di Kuching Sarawak. Aku faham rasanya. Bezanya, Ayra sudah mampu bergurau, anak-anak mommy masih di dalam sarungnya.

Ajal maut di tangan tuhan, tiada siapa menyangka bayi sihat dan comel itu sekelip mata sudah tiada di sisi. Demi menjaga sensitiviti keluarganya, tak mampu aku share di Facebook jua. Entah, sedihhh tak terkata. Pemergian Ayra terlalu mengejutkan. Baru pagi itu aku merenung wajah comel Ayra yg di upload ayahandanya di Facebook. Comel.

Kalau ditanya meninggal kerna apa. Satu jawabku, terpilih untuk berada di sana di awal usia. Alhamdulillah. Hikmah nya manis tiada terduga. Walau kini kita tertanya mengapa. Kita merancang, Allah menentukan. Manisnya pasti ada. Hanya Allah yang tahu.

Aku rasa serba salah nak upload n share gambar2 Ameer Eskhandar di Facebook. Risau, bingung ibu bapanya terasa akan kehilangan anak mereka. Semoga Allah kurniakan mereka ketenangan ketabahan dan segala kebaikan buat mereka. Semoga mereka dikurniakan anak-anak lagi.

Buat ayahanda bonda Ayra Safiyya, andai dirik maca tok, Doaku senantiasa buat kalian. Tabahlah sayang. Allah uji hambanya yang mampu. Allah sayang kalian. Allah sayang Ayra. Pahitnya kini, suatu masa InsyaAllah kita akan faham. Jangan ditanya mengapa. Kerna itu kerja Allah. Apa yang Dia tentukan adalah yang paling baik untuk masa hadapan, dunia akhirat. Allah tak mahu menyusahkan kalian di masa mendatang, Allah tahu kemampuan kita. Ada yang tersembunyi, yang tak mampu kita telan, Allah sembunyikan dari pengetahuan kita. Jangan tanya mengapa. Itu kerja Allah. Dia maha tahu. Dia maha pengasih. DIa maha penyanyang. Pasti hikmah itu jauh lebih manis dari pahit hari ini. Tabahlah sayang. Tabahlah. Sukar untuk redha tapi, cobalah...

Al Fatihah

**berita pemergian Ayra sebenarnya aku baru ketahui lewat petang semalam, 15oct :'(**

0 comments:

Post a Comment

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare