Salam semua...pagi ni saya baca satu topik kat RH & salah seorang commenter kat sana suggest link ni Sudahkah anda mencuba petua hamil ini?
Mehh...saya paste kan kat sini atau boleh terus lawat blog member tu. Insyallah, semoga beroleh manfaat buat rakan-rakan yang sedang TTC
------------------------------------------------------------------------ 
SUDAHKAH ANDA MENCUBA PETUA HAMIL INI? by Cinta Sang Ratu
Salam...
Saya sebenarnya sangat 
teruja untuk berkongsi petua ini dengan rakan2 TTC di luar sana.Seperti 
yg di khabarkan melalui entri yang lepas. Saya cuba menulis dengan 
seringkas nya makanan dan juga cara yang telah saya lakukan untuk 
mengandung. 
Alhamdulillah,Allah telah
 memakbulkan doa selama 2 tahun penantian saya. Petua ni saya dapat dari
 kawan sekolah saya. Dia juga telah berjaya mengandung dengan 
mengamalkan cara yang sama. So,dengan izinNya,saya juga ingin 
mengkhabarkan kepada semua rakan TTC diluar sana :)
Petua & cara2 :~
1. Buat solat dhuha. 
2. Makan delima sebiji untuk suami & anda.
3. Pegi farmasi beli 
Multivitamin & minerals (satu ubt tapi nama je 2) jenama Blackmores 
mkn sebiji sehari tanpa skip untuk anda dan suami juga.
4. Beli foot patch 
detox untuk buang toksin. Aku beli regenye RM68 kat farmasi.Tampal di 
kaki suami & anda setiap malam b4 tido.Eloknya tampal dibahagian 
tumit coz itu bahagian reproduktif. (saya buat selama 12 hari bagi habis
 1 kotak je..heheh) ni puncanya sebab badan kita banyak toksin asbab 
susah nak preggy. Aku buat mmg resap hitam gila. So rasa mmg banyak 
toksin kot dlm badan ku.
5. Makan asid folik of kos. (saya skip2 yg ni sbb terlupa selalu,tapi skrang x skip da)
6.  Pantang minum 
soya,teh & kopi untuk isteri. Saya pantang 3 minuman ni lama.memang x
 sentuh. Soya x elok untuk suami juga,dia menurunkan kadar 
kesuburan,tapi lelaki kena minum kopi banyak.
7. Yang ni tambahan tapi elok amalkan,saya amalkan setiap hari susu kambing.Lagipon ini adalah makanan sunnah :)
Ok,ini sahaja. Selain 
dari petua ni,semuanya berlaku dengan izinNya. Elok banyak tawakal dan 
berdoa dengan doa Nabi Zakaria. Saya juga pernah menangis sorang2 waktu 
tidur dan dalam bilik air tika period. Namun,pabila kita bersangka baik 
dengan Allah,Allah akan permudahkan doa dan impian kita.
Saya juga telah membuat 
rawatan HSG dan clomid untuk 4 cycle. Tapi nyata rezeki itu hanya milik 
Allah yang menentukannya. Saya juga telah banyak menelan hiba sendiri 
tika ditanya tentang anak. Tapi saya tetap percaya Allah maha kuasa 
mengadakan dan meniadakan. 
Saya telah melakukan 
banyak cara dan petua untuk hamil,tapi cara kat atas ni berkesan pada 
saya,mungkin akan berkesan juga pada anda dan mungkin juga tidak. Tapi 
jika anda terus ambil jalan pasrah dan enggan mencuba lagi la langsung 
tidak akan berkesan. Akhir kata dari saya...
cubalah supaya anda tidak menyesal kerana tidak mencuba awal. :)
Salam sayang dan ambil berat dari saya Ina. (^_^)V  
-TAMMAT- 
------------------------------------------------------------
Semoga bermanfaat & Selamat Beramal
Nasihat daripada saya sendiri, lain orang, lain cara & lain amalan....
kenal diri sendiri dulu & dapatkan nasihat dari yang pakar.
Meh saya share lagi petua yang lain:
1. Jus Perawan
 (tak tau mana tau pasal jus ni. ambik jus ni sebab nak atur period. 
bila dah minum jus ni, sedap pulak. Lepas minum , baru terbaca, "Sangat sesuai di ambil oleh sesiapa yang inginkan anak" . Eh?
 Seriously tak tau pun pasal tu. Sempat minum habis sebotol & botol 
yg ke-2, sempat minum suku jer. Ambik bulan February 2012-exact date 
will update later)
2. EPO - Evening PrimeRose Oil.
 Saya rasa ramai golongan wanita amalkan ni. Sangat baik untuk kulit 
& dapat kurangkan PMS ketika haid. Alhamdulillah, saya nampak kesan 
kepada kulit saya (Start ambik February 2012 jugak)
3. Saya amalkan ayat 38 Surah Ali Imran & ayat 89 Surah Al Anbiya. Amalan surah ni, memang saya berniat memohon zuriat.
4. Saya pernah pakai Detox Footpatch.
 saya pakai sekotak jer. dalam tu ada 10pcs, sy kongsi bersama suami. 
Lepas baca petua kat atas, baru saya tau...Eh? Ada effect jugak yer?
After all, saya nak simpulkan...Pengambilan pemakanan tambahan tu memang saya berniat untuk kegunaan kewanitaan & kesihatan sahaja. Detox tu plak saya & rakan sekerja yg beli sebab kami selalu rasa badan penat2. So, sama2 beli & sama2 cuba ..hihi...
 Cuma amalan bacaan surah tu jer saya memang berniat supaya mudah mendapat zuriat. 
Alhamdulillah, selepas berkahwin 2 bulan 27 hari, saya telah positive pregnant 2 minggu (Test pakai ClearBlue Digital)
Alhamdulillah, selepas berkahwin 2 bulan 27 hari, saya telah positive pregnant 2 minggu (Test pakai ClearBlue Digital)
 Mungkin memang sudah tiba rezeki zuriat buat kami suami isteri. Alhamdulillah...syukur ya Allah...
Semoga bermanfaat buat semua

 

 







 
6 comments:
hye mummy simsimi..adakah mrs chenta a.k.a mmummy wanna be pengKOMEN itu..hik2..doakan untuk mrs chenta pula ea..skang ni gigih berTTC..mudah-mudahan allah permudahkan..amin
betul lah tu. hehe...amin ya Rabb...Insyallah, dengan izin Allah. thanks share info taw. hihi...
sharing is caring..dear..take care u lil caliph inside...
Salam. Sy ada menjual jus perawan. Insya-Allah berkesan utk mendptkan zuriat. Bole singgah blog sy http://zullinsbeauty.blogspot.com/2012/12/juice-perawan-plus-collagen-dherbs.html :-)
Read Full Article Louis Vuitton replica Bags this contact form high quality replica bags check out the post right here replica designer bags wholesale
go to these guys Get More Info check my blog why not look here Read Full Article site
Post a Comment