Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Thursday, November 8, 2012

Petua Mudah Bersalin

Posted by mimie at 11/08/2012 03:54:00 PM

Salam...
aku copy & paste jer dari blog di atas. Untuk rujukan sendiri & kawan-kawan seperjuangan. 


  • 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga
  • Bila dah start sakit nak bersalin, telan sebiji telur mentah 
  • Selain telur mentah, boleh minum milo/ susu/ kopi yang dah dibancuh dengan 2-3 sudu marjerin untuk laluan cepat terbukak. Sebelum minum, baca selawat nabi, al fatihah & doa nabi yunus
  • Rebus epal hijau pastu makan masa tengah sakit tu...
  • Amalkan baca surah Maryam
  • Masa dalam labour room, banyakkan baca doa nabi yunus berulang kali serta "Ya Fattah" banyak2 kali supaya laluan bayi cepat terbuka n kurangkan rasa sakit
  • Minum air selusuh 
  • Amalkan minum air kelapa hujung2 nak bersalin.
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil
  • Banyakkan berjalan, jangan malas. 
  • Amalkan makan sayur bendi. kalau boleh hari2.. 
  • Untuk senaman pulak, masa kat bilik air duduk mencangkung dengan tangan menahan kat dinding then cuba berdiri perlahan lahan. Buat banyak kali. Boleh dibuat apabila usia kandungan 38 minggu ke atas. 
  • Duduk bersila, temukan kedua dua tapak kaki, pegang jari2 kaki tu pastu tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  • Masa meneran dalam labour room, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina koyak/ koyak banyak.
  • Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling lubang faraj untuk melembutkan bahagian tersebut, so takde mudah koyak/ koyak banyak.
  • Petua dr Fadzilah Kamsah, rajin2 main dengan janggut suami, main camne tak pasti, urut2 kot... hihi
  • Masa tengah sakit tu, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit makin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat2.
  • Baca surah Al Insyiqaq ayat 1-4
  • Baca surah Abasa ayat 20 
  • Baca surah An Nahl ayat 78
  • Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali then hembuskan dalam segelas air. 
  • Makan ketam masak lemak 
  • Banyakkan "bersama" ketika nak dekat due.... 

  • yg ni plak dapat dari sini
  • Antara doa dan zikir untuk mudah bersalin masa ibu pregnant ada antaranya ibu amalkan siap tampal kat dinding..tapi bila dah selalu baca dah ingat kat mulut...Kalau yg tengah mengandung & nak tunggu kelahiran bolehlah amalkan ye..

    1. Surah Al- Fatihah (7x)

    2. Ya Khafid (1000 x)

    Al-Khafid (Yang Maha Menjatuhkan). Jika diamalkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya

    3. Al Abasa: Ayat 20
    Maksudnya: "Kemudian Jalannya dipermudahkan"

    4. Surah Al-Anbiya' : AYAT 87-89

    LA ILA HA ILLA ANTA, SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN

    "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"
    ''Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)''
    Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

    5. Allahumma bihaqqi maryam, wa bihaqqi man unzilat 'alaihi suuratu maryam, khaffif 'anni aalaamil makhaadth, birahmatika ya arhamarraahimiin.
    Maksudnya: "Ya Allah, dengan berkat Siti Maryam, dan dengan berkat Nabi Muhammad yang diturunkan Surah Maryam kepadanya, ringankanlah kesakitanku dengan rahmatMu Ya Allah Yang Maha Penyayang"

    6. Rabbi yassir, wala tu assir, ya kariim, wa atmim bil khair.
    Maksudnya: "Ya Allah, berilah segala kemudahan kepadaku, janganlah Engkau beri kesusahan, wahai Allah Yang Maha Pemurah, dan sempurnakanlah semua hajatku dengan sebaik-baiknya"

    -TAMAT-
    Nampak banyak kan, kalau xnak amalkan semua xper just amalkan yg bertanda merah tu pun cukup.mudah-mudahan mana-mana ibu yg nak bersalin akan deliver dgn selamatnya..
    -AMIN-
  • 1 comments:

    Ummi Jual Vitamin on August 26, 2015 at 1:44 PM said...

    Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Bersalin Dengan Lebih Mudah. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.

    Post a Comment

    Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

    My 2nd pregnancy for year 2012

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare