Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Thursday, November 22, 2012

6 Month Check Up At KKIA

Posted by mimie at 11/22/2012 03:10:00 PM
Assalamualaikum. 24weeks 4days update.

Now , boring2 tunggu turn nak scan, aku blog jer lah dlu. Kali ni g check up without babah. Tadi masa jurse letak doppler kat perut, nak dengar heartbeat baby, baby kick sampai terangkat doppler tu. Memula elok je baby duk diam. Mane tak nurse tu termelatah jap. Gelak tengok baby kick pastu nurse ckp " baby, baby jangan marah k" he he... amboi amboi baby ... sape kacau dia tido? Marah ekk? Hehe...

kali ni, byk lak bilik aku kene pegi. Aku dtg awal, 1.45pm so aku org ke 2 di layan. Yey! Memula masuk Bilik 1 , nurse buat urin test, timbang berat, blood pressure, heartbeat baby. Lepas tu pegi bilik no 6 untuk 2nd dose ATT. Yg inject aku tu budak practical. Aku lak nervous. Dh mmg nervous kena inject. Sakit woo! Sob sob

Lepas inject, aku g lab plak untuk check hb. Alhamdulillah, naik dah :)

Now, ke bilik ke 4 aku pegi untuk ultrasound scan. Kat sini macam lama plak. Hmmm... lepas scan, kene jumpa doktor plak. Alahai.. macam lama lagi ni :(

so, result for today:


Blood pressure : 120/70
Urine : negative
Berat : 57kg ( naik 3 kg. Aku rasa salah la dorg amik berat aku!)
hb : 11.5
baby heartbeat : 150bpm
Tinggi rahim : 24cm
Kedudukan baby : cephalic
Placenta : posterior
Berat baby : 681g
EDD based on scan : 14 march 2013

oke, 3.42pm now aku baru habis scan. Yg tak best nye scan kat KKIA, takde photo, pastu masa dia scan, cuma ada 1 monitor sahaja whereby its only for sonographer sahaja. Masa kene scan, ada 3 org kat situ. Dorg 3 siap happy2 tengok baby. Dorg siap ckp "alala...baby, pusing la lagi. Pusing sikit je lagi.. haaa.. tu **tuut** dia. Haa..tu dagu dia. Mata dia...ha ha" gelak. Aku tak leh tengok! Tak aci! Nak tengok jugak! Dorg siap gelak2 tengok baby..aku plak takleh tengok. Tak best. Takpe lah..asalkan baby smua normal, aku sanggup tunggu next scan kat Timberland Medical Specialist with babah. Babah, nanti kita tengok baby ok.

Masa scan, nurse tu cakap EDD 14/3/2013. Tp dia suh follow EDD ikut LMP which is 10/3/2013. Pastu next scan kat KKIA is masa week 36. Aku rasa masa tu aku dah follow up kat Bintulu. Tapi, takpe lahh..Malas inform dorg dlu lah. /p>

Now, aku tengah tunggu turn nak jumpa Doktor. Reason? Berat naik lagi 3 kg. Mana ada... aku timbang sebelum g sini tadi 54kg je pon. Tetiba budak praktikal tu amik berat aku 57kg (pakai timbang manual tu) Aku redha jer lah. Tak salah jumpa doktor. Hmmm

Agak-agak pukul berapa ye aku habis? Dari 1.45pm dah aku kat sini. Banyak betul room yg kena menunggu. Macam tak effective. Kalau masuk satu room then kene treat sampai habis takpe gak. Dah lah aku ada meeting 2pm until 4.30pm . Aku terpaksa mintak excuse dgn bos sbb nak g appointment ni. Takpe, demi baby terchinta...mummy sanggup tunggu dengan penuh sabar. Hehe..

Tadaa...tgh kusyuk aku update blog tadi, tetiba nama aku kena panggil. Sepatutnya aku masuk bilik 7 dan sepatutnya kena tengok Nombor yg dorg show/display kat luar Bilik tu. Tetiba nama aku kene panggil kat Bilik 9. Ehh..famous jap! Err.. apsal masuk Bilik 9 nih? Hmm.. Rupa2nya, Doktor kat Bilik 9 tu foreigner. Dari rupa dia macam from Middle East. First soalan kat aku " Do you speak English?" . Ohhh...now aku faham. Dia refer pada Buku Pink Rekod Kesihatan Ibu tu, tengok pada Tahap Pendidikan @ Pekerjaan. Sebab dia tak reti Malay. So, kene cari patient yang faham & can speak Londonnnnnn ghupenyerrr . Hikhik. Alhamdulillah, cepat dan pantas lak turn aku!

So, aku setel semua dalam pukul 4pm. Kalau ikut turn, maunye sampai pukul 4.30pm takpun pukul 5pm! Sebab my number jauh lagi sepatutnye. Syukur! Sempat gak aku balik office, duduk dlm 15 minutes, then 4.30pm blahhh! Thumb out time!

Alhamdulillah... semoga everything is normal. Berat baby pun oke after ultrasound. So, where goes extra kilos tu? Badan aku ker? Badan aku takpe. Doktor pun tak cakap ape pasal berat aku. Dia cuma advice, maintain diet jer. Selalu macam tu tau. Bila berat naik terlebih2, aku kene jumpa doktor. Tp takpe, atleast bila ada warning camni, kita alert & carefull dgn our food intake, tak gitu? Aku now memang control my food intake pun sbb takut gak kalau baby terlebih besar. Ehems. Malam ni, aku ada dinner with friends. Aku rasa, diet aku hancusss.. yumyum. Aku dah aim ice cream chicken chop! Yeay! Baby suka

Pstttt... babah, if u read this, baby nak ajak babah makan ketam. Tetiba teringin makan ketam padahal sebelum ni, tak suka sangat pon. Baby cakap dia nak tunggu babah balik baru g makan ketam. Dia takmo 'kereta tank' .hikhik :p

0 comments:

Post a Comment

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare