Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Monday, November 19, 2012

Bersenam!!! Jangan Malas!

Posted by mimie at 11/19/2012 09:18:00 PM
Khamis ni aku punyer 6 month check up. Masuk bulan ke 5 apatah lagi ke 6 ni, aku banyak baring dan tak bergerak. Tambah lagi sekarang ni, aku cuma ada 5 credit hours. Baru 2 minggu ni je lah. Next month pack balik schedule aku. Last month, 25 credit hour yang buat aku tak ade masa teros! Nak update blog memang tak sempat. Bila tak banyak kelas ni, aku banyak duduk depan laptop, siapkan report, marking exam papers, proposed exam papers, report, report and report. Maksudnya, memang banyak duduk!

Bila banyak duduk ni, buat aku rasa tak sihat. Maksud aku tak sihat kat sini bukan sakit tau. Mintak jauh lah. Sebab tak banyak bergerak sangat, kurang active, aku rasa badan cepat lemah, keje nak baring jer. (Pssttt... Memang balik rumah, masak, makan, baring, tido...) Tu buat aku risau. Sebab tak elok banyak 'berehat' camni. So, aku keep on browse beberapa video kat youtube yang sesuai untuk aku buat senaman ringan kat rumah. Sebelum ni aku pernah share satu video exercise, kali ni another exercise. Simple dan sangat mudah. Insyallah , nak practice atleast sekali sehari. 


Buat bakal ibu sekalian, sape cakap berjalan tu tak elok. Lagi tak elok kalau duk baring, makan, baring makan je tau. Kalau first trisem tu, mungkin lah.. Tapi bila dah masuk second trisem, kene active sikit. Tak payah la nak buat exercise yang heavy.. But atleast, active sikit. He He.. Jom sama-sama sihat!

Hmm.. Last update for today before aku off to bed. Iron tablet aku aka Ferrous Fumarate BP 200mg dah habis. So, aku beli dari pharmacy. Dia bagi aku yang macam kat bawah ni ha.. Fulamak besau nye! Yg biasa aku makan tu pun dah sengsara nak telan, yg ni ntah lerr. So, aku belek-belek blakang nye ada tulis 'Dyna Ferrous Fumarate Tablet Ferrous Fumarate 200mg - Dynapharm (M) Sdn Bhd'. Cun lah tu kot, mmg iron tablet. Lagi pun, Khamis ni nak mintak supply ubat lagi kat KKIA sementara tunggu next check up kat Timberland Medical Specialist. Aku nak mintak Obimin Pluz dgn Neurogain, senang.. 

0 comments:

Post a Comment

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare