Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Tuesday, December 25, 2012

Shopping barang baby !!

Posted by mimie at 12/25/2012 08:49:00 PM

Assalamualaikum

Aku start cuti since Sabtu hari tu. Sampai la 2 Jan 2013. So, memang setiap hari jalan-jalan. Fuhh. Tapi baru semalam beli barang baby lagi. First time beli dulu, masa kat Bandung. Ni boleh dikatakan kali ke-3 beli barang baby with husband.

Hasil kali ni, ktorg dah beli another baju new born untuk baby, Pureen Baby Cotsheet (changing mat), Pureen Baby Napkin - 12pcs, Pureen Nappy Liners (super) - 100pcs. Aku terus register jadi member MummyCare, RM20 for whole life. Selebihnya, will continue shopping esok lusa kot. Banyak lagi tak beli ni.

Selain dari barang baby, tadi aku sempat beli Air Zam Zam gak. Aku sebenarnya plan nak beli air zam zam jer. Tapi kebetulan pakcik tu ada jual air zam zam yg dah dibacakan dengan ayat-ayat Quran dan boleh jugak dijadikan air selusuh, so aku amik tu jer. Aku dapat ni kat Ground Floor Wisma Satok.

Alhamdulillah, sepanjang membeli dan mencari barang-barang persediaan untuk baby dan untuk aku sendiri semasa dan selepas bersalin memang dipermudahkan. Memula ingatkan susah nak cari air zam zam. Tapi, kebetulan duduk lepak dgn husband kat satu restaurant kat Satok, terjumpa plak kedai yang jual air zam zam tu. Senang citer. Tak payah pusing-pusing cari :)

Oke, tu jer kot pasal barang yang aku dah beli. hari ni takde shopping sangat sebab confirm shopping mall penuh. So, aku dgn husband decide nak g pantai!!! Dapat la aku minum air kelapa pandan sebijik hari ni..yeay! Seronok sangat!

Lagi, hari Isnin lepas, husband beli plak Samsung Note 10.1 . Aku memula tak bagi beli dulu sebab ktorg dah masing-masing pakai Samsung Note. Then dia nak beli tablet. Aku siap ungkit ipod touch dia, ipad lagi. Galaxy 5 lagi. Aku suh dia jual dulu gadget yang tak pakai. Tapi last2, aku tewas gak. He he. Dia siap kluarkan reason knapa perlu beli Note 10.1. Oke, aku surrender. Memang Note lebih cun & user friendly kalau nak compare dgn Apple. So now, Ipad 100% aku punyer, dia pakai Note 10.1 . Senyum lebar lah dia lepas beli tu. Siap ajak aku terus balik sbb dia dah excited nak test! He he

Moh aku share few pics sepanjang beberapa hari ni. Kebetulan gak abang n kakak ipar (sebelah husband) baru sampai Kuching gak, dapat lah spend time dengan anak buah baru. Aminurrifatt Ashraf Ariffin. So, ni ler pics :

3 comments:

Vitamom Liana on May 1, 2013 at 1:56 AM said...

thanks berkongsi.. :)

tumpang lalu ye tuan tanah..
saya ada menjual set ingin hamil, menyusu, berpantang dan set kecantikan :)
http://thevitamom.blogspot.com
http://facebook.com/vitamom

cenderamata dari hati on May 15, 2013 at 10:07 AM said...

layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

hamper barangan bayi pada harga berpatutan..utk diri sendiri @hadiahkan kpd kenalan..

maaf tumpang iklan

(alat senaman utk kempiskan perut pun ada dijual..kegunaan lps besalin nti..kurus kembali)

Anonymous said...

Khas buat ibu bapa yang mencari barangan baby pada harga yang berpatutan, Little Angel menyediakan jualan barangan baby online bagi memudahkan ibu bapa membeli barangan yang terbaik buat si comel.sila like page Little Angel Di facebook untuk maklumat lanjut..https://www.facebook.com/pages/Little-Angel/666917740015343

Post a Comment

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare