Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Sunday, July 21, 2013

Budak 3 tahun meninggal selepas 5 jam dalam kereta

Posted by mimie at 7/21/2013 12:35:00 AM

"Ya Allah, Kau jauhkanlah kami dan keluarga kami dari sifat cuai yang membawa padah. Kau lindungilah kami dari bahaya dan malapetaka yang tidak diingini. Kau matikan kami dalam keadaan beriman dan matikan kami dalam keadaan mulia..Amin ya rabb"

Terlebih dahulu aku ingin ucapkan takziah buat keluarga kanak-kanak 3 tahun yang meninggal dunia, Nawal Iris Samsuddin. Al fatihah.

Ibu mana tak sayangkan anak? Rata-rata orang akan salahkan si ibu. Siapa tak geram kan? Kesian anak kecil yang tak tau apa. Bila aku baca, anak tu di temui dalam keadaan baju nya dikoyak dek kerana panas , ada kesan muntah dan najis, kebiruan, ya Allah... macam mana lah keadaan tangis nya masa tu. Ya Allah, tak dapat nak di gambar kan. Korang boleh search, ada yang sertakan gambar kanak-kanak tu. Aku tak sanggup nak share. Sedih.

Nak cerita pun sedih. Nak ingat, nak kenang, nak bayangkan pun sedih. Salah mak? Sebab terlupa anak kat belakang? Geram sebab kecuaian ibu kanak-kanak tu? Nak buat macam mana, dah nama ajal. Nak di elak macam mana sekalipun, ajal dia masa dan saat itu. Kita yang tinggal, jangan tambah beban si ibu. Jangan tambah sedih keluarga mereka. Aku yakin, sampai tua, sampai mati si ibu tak akan lupa. Ntah ntah, lepas tu dah tak nak drive kereta tu dah. Jual.

Salah, memang salah dia. Yang penting, kanak-kanak tu dah tenang di sana. InSyaAllah, dia akan bawa ibu bapa nya ke syurga. Aku yakin, ibu tu tak sengaja. Bukan dia tak sayang anak. Bukan dia nak seksa anak. Bukan dia tak pentingkan anak. Sampai satu masa, itu takdir dia. Sedih.

Mula-mula aku tau kisah ni dr husband aku. Then, aku terbaca keadaan anak tu ditemui , aku sedih. Dia koyakkan baju dia sebab tak tahan panas. Ya Allah. Sedih sangat. Aku bacakan part tu kat husband, husband diam. Membisu. Tiba-tiba dia cakap " saya tak suka dengar benda bodoh sangat macam tu" . Masa tu kami dalam kereta. Aku tau husband aku pun marah dgr berita 'cuai' macam tu. Siapa tak marah kan? Tp sekali lagi, itu lah takdir. Kita yang tinggal ni, kena selalu beringat. Sampai kat rumah, husband park kereta, dia cakap "kita tak kan tinggalkan anak dalam kereta macam tu" . InSyaAllah syg, mudah-mudahan dijauhkan sikap cuai, dijauhkan malapetaka, dijauhkan benda buruk.

Sudah.. jangan tambah sedih si ibu. Cukup penderitaan si ibu yang akan selamanya menyalahkan diri dia atas kematian anak kesayangan. Sudah..

Kita doakan mudah-mudahan tenang roh si anak.

Kita doakan tabahlah si ibu dan keluarganya.

Kita doakan dijauhkan dari sikap cuai.

Kita doakan keselamatan anak-anak kita.

Kita doakan sudah sudahlah kes macam ni.

Sama-sama kita beringat, tak ada ibu yang tak sayangkan anak.

Al fatihah . . .

Berita lengkap : Budak 3 tahun tertinggal dalam kereta maut

Aku letak link ni jer. Supaya korg ada idea aku cakap pasal apa. Korg search, sure byk lg berita & gambar.

0 comments:

Post a Comment

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare