Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Wednesday, July 10, 2013

1 Ramadhan

Posted by mimie at 7/10/2013 12:37:00 PM

Alhamdulillah, dipertemukan dengan Ramadhan lagi pada tahun ini. Syukur. Tahun lepas, aku tak dapat puasa penuh sebab mabuk teruk masa preggy ameer. Mula2 aku puasa jer. Tp Dr Ling advise jgn puasa sbb berat aku turun, tahap muntah aku yg sgt teruk. Aku amik 2nd opionion, jumpa dr sharifah, dia pun ckp tak payah puasa. So, aku cuma temankan hubby puasa jerr..Harapnya tahun ni penuh, InsyaAllah.

Heepppp. Puasa penuh tahun ni InsyaAllah, sebab aku masih fully breastfeed si Ameer Eskhandar. Until today aku belum period lagi. Yup  dah 4 months+ :) jangan salah anggap, tak period bukan bermakna aku pregnant tau. Hehe. Jangan tak tau, kalau fully breastfeed kadang-kadang boleh sampai setahun tak period. Bergantung dengan orang gak lah .. hehe. Kebarangkalian untuk period bg yg fully BF ni boleh jadi 6bulan ke atas. Kenapa 6 bulan? Sebab kebanyakan baby dah start makan masa 6bulan ni. So, maybe boleh start period lepas tu.

Oke, back to kisah 1 Ramadhan aku. Pagi tadi sahur makan nasik, broccoli dgn grill chicken. Air, dari malam semalam dah aku minum banyak air kosong. Sahur pagi tadi aku minum madu sidr yemen + air suam 400ml, then aku minum anmum lacta macam biasa tp kali ni aku campur horlick sesudu & oat 2 sudu. Yums! Tak lupa jugak buah kurma. Since kurma ajwa yg hubby bawak last time dah habis, so aku makan kurma biasa jer. tunggu hubby balik Ahad ni, aku dah pesan kurma ajwa.

Now, 3.15pm.. aku dah siap kan satu kuih untuk berbuka nanti. Kuih puteri ayu. Mak plak buat kuih kosui.. ptg nanti nak buat bubur pedas plak . yum yum!

** before sleep update**
Alhamdulillah, puasa hari ni aku bertenaga sampai ke petang. Syukur. Air susu pun, Alhamdulillah, masih meriah. Ameer plak, keje nya tido je dr pukul 2pm, bgun menyusu jap pkul 3.30pm, sambung tido sampai pukul 5pm. Sedap jer tido bulan puasa ni. Bg can kat aku nak buat kuih puteri ayu lah tu. Haha. Baek anak mommy babah. Bangun jer aku bg susu, lepas tu main sekejap dgn ameer bg dia sedar betul2 , baru bg mandi.

Malam td, memula elok jer tido. Aku cepat amik wudhuk nak solat isyak n terawikh, habis solat jer, terus dia berbunyi. Hmm.. last2 aku letak dia atas paha, aku plak teruskan mengaji. Habis satu surah, elok jer duduk dlm pangkuan aku.. good boy anak  mommy..

Kepada semua, selamat menyambut Ramadhan..InsyaAllah, semoga Ramadhan kita kali ni lebih meriah amalannya. Ampun maaf dari saya andai ada kesilapan, dalam sedar mahupun tidak.  Selamat berpuasa, selamat beramal!

0 comments:

Post a Comment

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare