Hari ni, dah bangun 3.30am...lepas selesai bersiap, aku kejutkan encik suami plak. Kesian, sayang kene bangun seawal 4am hari ni. Must be at airport as early as 5.20am. That's why kene ready everything awal. . . Flight 6am dah terbang...vroom vroom!
Dulu lepas kawin, kami pergi KK jugak. Tu kiranya 1st honeymoon. Now, 2nd time dah bertiga. . . Alhamdulillah, syukur . . . harapnye Allah lindungi kami.. amin
BBT Chart Saya
Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin
Thursday, March 29, 2012
Wednesday, March 28, 2012
Sandal Pregnancy Pertama
Categories
shopping
11 DPO
I have been tested BFP as early as 10DPO. Doesnt mean Im too confident with the symptoms. I decided to test because am going to travel tomorrow & we might go for some outdoor activities.
Hmm...today is my 11DPO. If since 2-3 days ago im having a little cramping.. today, dah mula surut. tak rasa sangat & it makes me wonder so I google 11DPO symptoms. I couldnt find any. Eh...suddenly ada sikit just now!tooo little tak macam sebelum ni. hmm.. tapi, everyday akan terjaga pukul 4am sebab rasa bahang! sampai kadang-kadang berpeluh!
Hopefully, fertilization ok jerrr and implantation pun ok. boleh ker aku pakai term tu??
Should be now zygote has already started to undergo the process of cell devision.
Oh ya, terjumpa info ni untuk diamalkan sepanjang kehamilan :)
Amalan membaca :
1. Surah Al-Kahfi ayat 25
2. Surah Fatir ayat 41
3. Surah Al Hajj ayat 65
Semoga Allah swt melindungi ibu-ibu mengandung dan bayi mereka. Termasuk juga seluruh ahli keluarga nya..amin
Tuesday, March 27, 2012
Ada Little Us mula membesar?
Alhamdulillah..
As early as 3DPO, dah mula rasa ada 'sesuatu' ...7DPO, lidah rasa kelat/pahit...nak makan benda masam jerrr..mcm tomyam ker, asam pedas ke...Tapi yg nak sangat di telan, ikan bawal stim! Tapi tanda2 tu belum cukup meyakinkan lagi.. 8DPO, perut sebelah kanan rasa ada 'sesuatu'.. hmm.. tu permulaan detik mencemaskan!
Hubby baru balik travel last nite. Amik hubby kat airport at 11.50pm..huargh ngantok nye. Sampai rumah, tunjuk kat hubby pregnancy test & bgtau nak cube test esok (pagi ni). Reason, Khamis ni nak travel pegi KK & Labuan. so, sbg langkah berjaga2 semasa travel...kene check dulu sbb takut terbuat aktiviti lasak! hhihi
So, 5am, bangun pagi jerrr as usual, record BBT. 36.6 degrees. Lepas tu, pegi toilet check UPT. wait for..maybe seminit kot! and it turns to 'Pregnant 1-2'...wahhh!!! sepantas kilat kejutkan hubby , tunjuk result...Alhamdulillah..syukur ya Allah
Tapi, ni masih terlalu awal untuk happy. Plan nak jumpa doctor dulu. Tp....period belum due lagi. kang tak pasal2 doctor cakap
"Mengade nyer! Tunggu period due!"
Will see... apa kata doctor :)
So, here's the result.. (pic 5am 27 March 2012 with hubby)
ni jari encik suami yg masih mamai & happy :)
setelah 2 bulan, 3 minggu & 6 hari kami dinikahkan....Syukur ya Allah
setelah 2 bulan, 3 minggu & 6 hari kami dinikahkan....Syukur ya Allah
Tuesday, March 6, 2012
Carta BBT dan Gangguan Fasa Luteal
Carta BBT dan Gangguan Fasa Luteal
Apa Itu Fasa Luteal
Suatu kitar haid terbahagi kepada dua fasa.
1. Fasa Folikel – Bermula dari hari pertama haid hingga ovulasi
2. Fasa Luteal – Selepas ovulasi sehingga haid berikutnya
Oleh itu, pemisah antara fasa folikel dan fasa luteal adalah haid dan ovulasi.
Fasa selepas ovulasi dikenali sebagai fasa luteal kerana setelah ovulasi, korpus luteum mula menghasilkan hormon progesteron. Hormon progesteron adalah dominan pada fasa luteal. Ketika aras progesteron ini tinggi, suhu badan akan meningkat dan seterusnya lapisan endometrium dibina sebagai persediaan proses penempelan jika telur berjaya disenyawakan. Lapisan endometrium ini memainkan peranan penting bagi pertumbuhan janin dalam rahim. Oleh itu, jika seseorang wanita tersebut hamil, disebabkan aras Progesteron yang tinggi, suhu badan akan kekal tinggi sebagai inkubator terhadap janin yang terbentuk. Kitar haid akan tertangguh sehingga habis tempoh kehamilan.
Jika tiada persenyawaan berlaku, lapisan endometrium yang dipenuhi dengan saluran darah ini akan runtuh, maka darah bersama-sama dengan kandungan dinding endometrium yang runtuh ini akan keluar sebagai darah haid.
Fasa luteal juga dikenali sebagai Days Past Ovulation (DPO), Tempohnya adalah sekitar 12-14 hari.
Fakta Penting Tentang Fasa Luteal
Fasa folikel adalah tidak tetap kerana ia bergantung kepada bila berlakunya ovulasi manakala ovulasi pula boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti stress, pengambilan ubat-ubatan, peningkatan aktiviti-aktiviti harian dan faktor-faktor lain. Jika proses ovulasi terganggu, maka tempoh fasa folikel juga berubah.
Tempoh fasa luteal pula adalah sangat tetap bagi seseorang individu, jika ada perubahan pun tak lebih dari 1 hari.
Berikut adalah suatu ’misconception’ bagi seseorang wanita yang mengunakan kaedah kalendar bagi mengira hari-hari subur iaitu mereka kira dari ’depan’ iaitu dari fasa folikel sedangkan fasa folikel boleh berubah-ubah. Sebaliknnya, pengiraan hari ovulasi dan hari-hari subur ini sepatutnya dikira dari ’belakang’ atau dari fasa luteal ini.
Dengan mengambil kira fakta ini, kita boleh kesan waktu ovulasi dalam sesuatu kitar haid dengan formula berikut:
Tempoh Kitar Haid – Tempoh Fasa Luteal.
Contoh:
Tempoh Kitar Haid = 28 hari
Tempoh Fasa Luteal =12 Hari
Ovulasi : 28-12=16
Oleh itu, ovulasi akan berlaku pada hari ke 16 bagi kitar haid wanita ini.
Formula inilah yang digunakan oleh mana-mana Kalendar Ovulasi bagi mengesan hari-hari subur.
Bagaimana Mengesan Fasa Luteal dari carta BBT?
Fasa Luteal = bermula dari Ovulasi hingga Hari pertama Haid.
Bagaimana untuk kesan tempoh fasa luteal ini melalui carta BBT? Rujuk gambarajah di bawah.

Berdasarkan rajah di atas,
Tempoh kitar haid wanita ini = 28 hari.
Ovulasi berlaku pada = hari ke 14
Tempoh fasa luteal adalah = 14 hari
Bagi kebanyakan wanita, fasa luteal adalah sekitar 14 hari, bahkan mungkin juga bagi sesetengah wanita sehingga 17 hari. Keadaan ini adalah normal.
Seseorang itu dikatakan mengalami Gangguan Fasa Luteal jika fasa lutealnya menjadi pendek dan haid akan berlaku lebih cepat setelah ovulasi. Atau lebih tepat lagi, seseorang itu dikatakan mengalami Gangguan Fasa Luteal jika didapati fasa lutealnya adalah 10 hari atau kurang.
Berikut adalah definisi ‘Luteal Phase Defects’ yang kami dapat dari laman MediLexicon iaitu sebuah laman web yang memnyediakan servis ‘Online Medical Dictionary’.
inadequate secretion of progersterone during the luteal phase of the menstrual cycle, with resultant infertility(Satu keadaan dimana kekurangan rembesan hormon Progesteron ketika fasa luteal dalam sesuatu kitar haid yang mengakibatkan ketidaksuburan). Wanita yang mengalami Gangguan Fasa Luteal tidak dapat menghasilkan hormon Progesteron yang mencukupi ketika Fasa Luteal. Oleh itu, dinding endometrium tidak bersedia sepenuhnya untuk proses penempelan dan pembentukan janin.
Bagaimana Mengesan Gangguan Fasa Luteal dari Carta BBT?
Kita dapat mengesan Gangguan Fasa Luteal ini melalui carta BBT, iaitu jika jarak diantara ovulasi dan haid seterusnya adalah 10 hari atau kurang. Fasa luteal ini mestilah lebih dari 10 hari bagi menyokong kehamilan. Jika ini dapat dilihat pada carta BBT anda, segera dapatkan pandangan doktor berdasarkan carta BBT tersebut.
Kesimpulannya, inilah diantara kelebihan catatan BBT walaupun kaedah ini agak kuno, rumit dan leceh berbanding kaedah LH kit ataupun OPK(Ovulation Prediction Kit) yang dkesan berdasarkan hormon LH.
Kelemahan kit LH, ia hanya mengesan peningkatan aras hormon LH, tetapi tidak dapat mengesahkan jika ovulasi benar-benar berlaku ataupun tidak. Walaubagaimanapun, ia hanyalah satu kaedah bagi mengesan tanda-tanda Gangguan Fasa Luteal. Corak carta BBT bukanlah keputusan yang muktamad bagi mana-mana masalah kesuburan. Tetapi, memandangkan ia adalah kaedah yang boleh dilakukan sendiri (DIY), maka ia boleh dijadikan sebagai satu panduan awal sebelum mendapatkan khidmat nasihat profesional dari doktor.
Akhir sekali, jika anda dalam ikhtiar untuk dapat zuriat, jangan menganggap bahawa catatan BBT semata-mata untuk mengesan hari-hari subur, tetapi ia adalah sebagai sebahagian dari proses mengenali proses-proses yang berlaku dalam diri seorang wanita.
Categories
BBT
Subscribe to:
Posts (Atom)