Syukur, hari ni saya lebih bersemangat.. Alhamdulillah, kesihatan saya masih pada tahap memuaskan dan sihat...
Hari ini, 1 minggu 2 hari (9 hari) berlalu sejak our twin meninggalkan kami. Saya lebih kuat dari sebelum ini..Alhamdulillah
Kesempatan sempena hari ibu ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua ibu dan bakal ibu di dunia. Saya percaya, semua wanita di kurniakan dengan sifat keibuan. Sayangi ibu kita selagi ada kesempatan
Berbalik kepada pengalaman saya keguguran... Saya cerita kan part by part oke.
PART 1 : BERMULA NYA DETIK MENCEMASKAN
Detik 24 April 2012, terlalu menggembirakan saya. Syukur ke hadrat ilahi, saya di sahkan mengandung anak kembar apabila Doctor Ling dari Timberland Specialist Hospital berjaya mengesan 2 heart beat pada kandungan saya. Walaupun kurang percaya dengan keputusan doctor, namun dalam hati terlalu gembira. Refer posting ->
First Scan...Twin ke Tak?
25 April 2012, mula ada nampak brownish tapi terlalu sedikit. Saya tak fikir itu brownish pada mulanya. Jadi saya abaikan
26 April 2012 (Khamis) mula bleeding. Masa tu kat office. 11.30am saya pergi ke Timberland Hospital, jumpa Dr Ling di temani Suzila, Afiyah & Nor. Sejam jugak Dr Ling scan sebab kami cari heart beat baby, malangnya tak jumpa. Dr Ling bagi Duphaston & suruh saya datang lagi dalam masa seminggu.
27 April 2012 (Jumaat) mama (mak mertua) teman kan saya pegi Sarawak General Hospital. Kat situ, saya buat vaginal scan dengan Dr Faridah. Dr Faridah sahkan ada twin dan kami nampak twin. Malangnya, Dr Faridah tak nampak heart beat. Tapi, Dr Faridah cakap maybe baby masih terlalu kecil, so dia buat appoinment 10 May 2012 .
28 April 2012 (Sabtu) saya balik ke hometown, Bintulu. Ambik flight pagi. Memang plan balik, kebetulan bleeding so berehat kat rumah. Alhamdulillah, bleeding mula kurang sepanjang di Bintulu. Saya terus kan solat setelah membuat rujukan di beberapa website (Saya akan sertakan di sini kemudian)
1 May 2012 (Selasa) bleeding on off. So, setiap kali nak solat, kena bersihkan diri .. Saya terus berdoa. Alhamdulillah, memang berkurang. Setiap malam berdoa dan menangis. Balik ke Kuching sebab esok nya nak keje.
2 May & 3 May 2012 (Rabu & Khamis) saya kerja macam biasa. Bermula 2 hb, bleeding makin banyak. Dah jadi macam period. Memang nervous sesangat. Kalau sebelum ni bleeding tak banyak. Pakai pantyliner jer. Kali ni, dah macam period. Setiap kali masuk toilet, memang bercucuran air mata. Kebetulan Batch baru masuk, so class dah start and at the same time 2 hari ni saya invigilate exam. But during classes & invigilation, saya lebih banyak duduk.
3 May 2012 .... Malam tu selepas maghrib, saya baca yasin... Niat dalam hati, untuk saudara mara yang dah meninggal dunia dan untuk anak kembar kami. Selepas solat isyak, saya memohon kepada Allah swt dan saya mula redha... Perasaan masa tu, sudah boleh terima dan saya bagi tau husband, esok, 4 May Jumaat...nak pegi jumpa Dr Ling. Whatever decision from Dr Ling, I am ready and fully prepared. Antara doa yang saya mohon:
"Ya Allah... andai anak kembar kami tidak sesuai untuk hidup di dunia, Kau ambil lah mereka. Aku redha... Namun ya Allah, izin kan aku melihat mereka dengan mata ku, izinkan aku sentuh mereka dengan kedua tangan ku, izinkan aku cium mereka. Ya Allah, Kau kurangkan kesakitan ketika Kau ambil mereka ya Allah.. aku terlalu takut. Biarlah mereka keluar secara normal, tanpa perlu proses D&C...Sebagai ibu, aku redha atas ketentuan Mu, kerana sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang baik dan apa yang buruk buat kami. Tapi seandainya mereka rezeki kami di dunia, Kau kurniakan kami anak-anak yang sihat, sempurna, normal dan cukup sifat. Aku redha ya Allah dan aku bersedia...Apapun ketentuan dari Mu, Izinkan kami besarkan ciptaan Mu.. Amin ya Rabb"
Begitulah antara bait bait doa yang saya pohon pada malam tersebut. Malam tu, seriously...saya sangat bersedia nak jumpa Dr Ling. Lepas menonton TV, saya masuk bilik tidur. Sebelum tidur saya baca ayatul Qursi 3 kali dan saya berdoa sekali lagi,
"Ya Allah, andai mereka bukan rezeki kami di dunia, I am ready to let go..Andai kau izinkan kami besarkan anak-anak kembar ini, kurniakan kami anak-anak yang sihat, sempurna dan cukup sifat. aku redha dengan ketentuanMu ya Allah"
To be continue at
Part 2 : PROSES KEGUGURAN
psstt...sorry ek..tak dpt nak continue habiskan one go. almost 11pm, esok dah start keje balik! dupdapdupdap jerr nak masuk office after a week MC. esok saya continue citer ok.Nanite semua! Love all