Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Saturday, June 29, 2013

4 months old

Posted by mimie at 6/29/2013 11:37:00 PM 0 comments

Alhamdulillah, Ameer Eskhandar dah 4 bulan. 28/6/2013. Syukur, dah 4bulan Ameer minum susu mommy. Syukur, dah 4 bulan Ameer senang nak jaga. Kalau tidur, memang ikut timing dia. Alhamdulillah, setakat hari ni, tidur malam pun oke. Memang terjaga gak Ameer malam malam, especially first 2 months tp senang gak tidur balik lepas bg susu. Seingat aku, sekali jer mak terpaksa tolong tidurkan Ameer. Masa tu Ameer belum masuk sebulan atau sebulan lebih. Pukul 2am baru tidur. Syukur, Ameer senang sangat nak jaga. Usia Ameer 3bulan, dia dah pegi KL, Melaka, KK dan pusing satu Sarawak. Alhamdulillah, senang bawak dia jalan..

Tadi, mommy bawak Ameer pegi Pesta Gudi atau Borneo International Kite Festival. First time mommy pegi. Macam biasa, kalau bawak jalan, Ameer tak nangis langsung. padahal last dia menyusu pukul 4pm, balik rumah 7.30pm baru dia menyusu balik. Kesian anak mommy. Aku bawak jer nursing cover, tapi dia tak mintak, aku pun lupa nak bagi susu. Haishh...love u baby!

Sekarang, Ameer dah pandai pusingkan badan dia . Percubaan awal dia nak meniarap. Pernah sekali, bangun pagi pukul 5.30am, dia sengih sengih, pusing badan, pusing kaki. Almost dapat meniarap. Tapi still dia perlukan bantuan part nak angkat bahu dia masih tak confident . Tapi bila dah meniarap, dia mula la nak tolak kaki dia . Good boy!

Tidur malam pun confirm mengiring ke kiri. Letak jer atas katil, automatic tidur mengiring. Ameer ni senang nak tidur. Bagi dia menyusu badan, confirm tertido. Aku selalu dodoikan Ameer dengan zikir 'La Ilahailallah muhammad rasullullah' .. dia suka aku nyanyikan zikir tu .. setiap kali aku nyanyikan zikir tu, dia mesti senyap... syukur Alhamdulillah

Satu lagi, genap Ameer 4 bulan, mommy dah decide nak bagi Ameer try cloth diapers (cd) plak. Aku dah buat entry pasal CD ni, tp belom habis so aku tak publish lagi. Hhe. Aku beli dari Bummia Kids. So, first cd Ameer adalah Itti Bitti Tutto! Aku dapat RM88. Yay! Satu lagi aku try Snowdrop, murah sikit, RM59.  Aku try 2 brand ni dulu. Tengok camne. Next time nak try pikapu plak. Ahh... mommy dah gila dengan CD ! So pasni mommy slow2 pakai kan CD utk ameer. Mummypoko still ada gak, sbb stock CD masih sikit kan.. hehe. tp aku dah topup insert/soaker bamboo , pun beli dr Bummia Kids (RM55). Hopefully bermanfaat lah utk ameer. Kalau cun, aku plan nak tambah koleksi CD. Yay!

OK lah, Ameer dah tidur, aku pun ngantuk ni wehh. Ohya, jgn complain interface aku outdated. Aku seriously sampai sekarang tak bukak laptop lagi. Duk update post pakai hp jer.. So, terimalah hakikat bahawasanya blog aku tak comel. Alahaiiiii~

good nite lovers! Mwahs xoxo

Tuesday, June 25, 2013

Berjauhan

Posted by mimie at 6/25/2013 08:54:00 PM 1 comments

For the first time ever... Ameer Eskhandar & mommy berjauhan seketika cuma. Sayang anak mommy..

Nangis lah jugak tp masa mommy sampai rumah, dia dah tertidur. Mak cakap dia gosok-gosok muka then tertidur. At first start with crying, then toleh kanan, toleh kiri, macam cari mommy.. dia cium bau mommy takde kot...

Dont worry anak, mommy love you so much dearie.

Saturday, June 22, 2013

Amalan aku masa mengandung

Posted by mimie at 6/22/2013 03:05:00 PM 0 comments

Assalamualaikum... salam tghari.

Received msgs from friends asking me about my pregnancy. Apa yg aku amalkan etc etc. Meh.. posting kali ni aku citer pasal apa yang aku amalkan sepanjang mengandungkan Ameer Eskhandar bin Azrul Azmil.

1. Awal pregnancy, aku dilanda evening sickness. Aku langsung x makan nasi, lauk, ayam, daging, etc etc. Asyik muntah jerr. So, aku replace dengan buah. Aku amalkan buah kiwi, anggur, oren, jambu. Seriously, setiap malam aku cuma makan buah tu jer. Nasib baik lunch aku boleh lagi makan nasi tp daging a BIG NO for me for the whole pregnancy.

2. Kurma. Aku amal makan kurma sepanjang pregnancy sampailah saat bersalin. Aku makan kurma dalam labor room. Awal preggy aku ada jumpa jus kurma. Aku maybe pernah post pasal jus kurma ni sebelum ni. Kalau rajin, sila search. Hehe.

3. Kismis. Sampai ke hari ni aku still makan kismis tok guru :) sampai nak masak nasi kismis tau. Masa preggy aku suka makan nasi kismis sugarbun.

4. Madu yemen. Yg ni aku tak makan tiap hari tp konsisten, memang ada makan the whole pregnancy. Aku minum sesudu madu campur air suam.

5. Membaca al Quran. Yang ni kami suami isteri cuba khatam Quran sepanjang aku preggy. Alhamdulillah, husband pun dah khatam 2 kali sepanjang aku preggy. Setiap kali lepas solat kami akan cuba untuk mengaji. Kalau sibuk kerja siang hari tu, aku cuba gak ngaji sebaris dua kat surau office. Selebihnya aku ganti lepas solat Asar, Maghrib, Isyak. Alhamdulillah.

6. Sepanjang pregnancy, sebelum tidur aku pasang surah Mariam, Yusuf, Yunus dan beberapa surah lain. Tapi setiap malam, tiga surah tu wajib. Kalau terjaga malam, aku continue lagi surah tu kat handphone. Masa preggy kan selalu terjaga masa tidur. So, bacaan surah- surah tu yang akan menemani aku dan Ameer( yg masa tu masih dlm perut) tidur. Jangan tak tau, seawal baby dalam kandungan lagi, dia dah boleh mendengar. Betul ke tak betul, Wallahualam. Yang penting, aku pasang tu setiap malam memang menenangkan..

7. Masuk third trimester, aku buat senaman ringan sendiri kat rumah. Korg boleh google jenis senaman. Aku pun google and youtube senaman tu. Lepas tu, aku sentiasa bergerak. Meaning to say, aku bukan jenis tidur siang, baring dan tido tido tido. Kan aku amik cuti since January, kat rumah pun sebolehnya aku terus bekerja. Tolong mak kat rumah dan kedai. Haa... jangan ingat aku amik cuti, aku tido jerrr.. sampai sekarang masih cuti dan aku tolong mak kat kedai. Tak tidur siang tau. Kadang- kadang tergoda tengok ameer tido tp still aku jarang sangat sangat tido kecuali terlampau penat.

Ape lagi ek? Nanti aku ingat aku post lagi oke. Sekarang aku curi masa tau. Tengah jaga kedai kebetulan customer takde. Sekarang dah mula ada balik. So, off sat... will continue later. Daa...

Psst... aku tak puas lagi nak citer sbnrnya. Termasuk citer pasal pengalaman aku bersalin hari tu. InsyaAllah dalam minggu depan nak citer in details. Daaa for now

Wednesday, June 12, 2013

Babah back to work again.

Posted by mimie at 6/12/2013 10:17:00 AM 0 comments

Assalamualaikum, salam sejahtera!

Husband dah balik kerja dah on 10 June 2013. Isnin. Tinggallah mommy & baby Ameer kat sini...sob sob sob.

Sedih? Sapa tak sedih kan. Tapi, itu lah tanggungjawab kami suami isteri, sampai masa, husband kena balik kerja, aku plak kena uruskan anak. Sedih tu memang sedih lah kan tapi aku tak suka nak sebarkan aura negative tu, jaja sana, jaja sini. Cukup lah kami anak beranak tau, kami saling kasih, saling cinta, saling merindu. Setiap kali husband balik keja, memang berat hati. Kene kuat lah kan.

Husband pun duk bgtau, dia berat hati setiap kali nak balik keje. Tapi, kami remind masing2, focus on what we are doing, InsyaAllah, tak lah terasa masa tu lambat sangat.

Dear hubby,

We love you. Awak focus dengan kerja oke. Dont think too much about us over here. We are doing fine, InsyaAllah. I know when u r back to work, awk tersangat busy sampai awak x tidur for few days. Remember, whatever u r doing, jaga solat, jaga makan minum, jaga kesihatan. Sila curi masa untuk berehat ok dear. Ameer tidur with ur 13B shirt. I will always remind him, babah pergi kerja for us. InsyaAllah, he will understand.Again, we love you. Always love you.

Love,
Mommy&Ameer

Sunday, June 2, 2013

Ameer complete his journey

Posted by mimie at 6/02/2013 10:20:00 AM 4 comments

Assalamualaikum...selamat pagi!

Hari ni, Ameer 94days old. Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik buat Ameer. Semoga terus dilimpahi dengan nikmat kesihatan yang baik dan sempurna buat kami.

Semalam, kami dah kat Kuching balik. Which means, Ameer dah complete jelajah 1 Sarawak by car, sampai ke Kundasang. Fuhhh! Syukur, dipermudahkan perjalanan kami.

Semalam, Ameer first time attend kenduri(selain kenduri aqiqah kat kampung hari tu). Kenduri kahwin Akhbar dan Ein kat Sri Aman. Aku pun first time pegi Sri Aman. Hehe. 31May, Ameer first time balik kampung sebelah babah. Jumpa saudara mara kat kampung. Jumpa Nek Wa, Nek Achang, mak sedara pak sedara yg ramai. Tido kat rumah Nek Wa.

Hari ni, aku plan nak continue kemas rumah ni. And get ready untuk cari penyewa. Penat? Sangat... sepanjang May, keje aku pack, unpack. Ikut babah travel sini sana. Sape cakap jadi housewife senang? Seriously lebih penat dari keje aku kat office tu haaa. Penat sangat. Tapi takpe, tiap hari tengok anak membesar depan mata :)

Friday, May 31, 2013

Ameer first to swimming pool!

Posted by mimie at 5/31/2013 08:52:00 AM 0 comments

May 30. Ameer 91days, kami perkenalkan Ameer dengan swimming pool. Alhamdulillah, dia tak nangis langsung tp happy jer.

Tips bawak bayi pegi swimming pool? Jangan pegi awal pagi atau malam sebab mungkin air sejuk sikit. Kami bawak Ameer tengahari, pukul 11.30am-12.30pm . Waktu ni, panas terik, air kolam pun sedap jerr. Jangan bagi anak naked terjun kolam. Kalau ada baju swimming lagi elok. Tp Ameer pakai bju biasa je. Mommy and babah dia je pakai swimming suit. Hehe. Masa dalam swimming pool, mula-mula masuk, peluk baby dulu supaya dia tak terkejut. Kalau baby ada barang permainan sendiri, bawak lah masuk kolam.

Jangan selalu angkat baby dari kolam, biar badan nya di dalam air jer. Sebab kalau dah angkat dr air, badan kena angin, baby sejuk. Sebaiknya, kalau dah skali angkat, angkat lah terus, bukak baju baby, selimutkan dengan towel. Bawak baby mandi air suam untuk bersihkan badan dia, lepas tu, sapu minyak panas/angin dan pakaikan baju yg sedikit tebal. Bagi baby anda menyusu dan InsyaAllah baby akan tidur lena.

Ini adalah tips yang saya sendiri buat. Saya share sebab Alhamdulillah, Ameer Eskhandar seronok, tak nangis langsung dan tidur lena sangat lepas mandi tu. Hehe. Penat dia swimming.

Wednesday, May 29, 2013

Ameer Eskhandar 3months old

Posted by mimie at 5/29/2013 11:13:00 PM 0 comments

Hari ni 29/5/2013 , Ameer dah 3 bulan. Alhamdulillah, dah 90 hari aku breastfeed Ameer.

(Ameer lahir 28/2/2013)

Hari ni, babah ajak relaks kat Miri plak. About 2 and half hour driving from Bintulu. At first hubby ajak pegi semalam, tp aku malas. Penat tak hilang lg. Aku suh hubby pegi sendiri, dia takmo plak. Last2 ktorg pegi hari ni.. heee..

Ktorg pegi mana? Spend time chill kat Bintang Megamall, makan2 kat Kenny Rogers, kebetulan ada kawan husband skali, so lepak kat situ jer. At first ingat nak masuk Brunei pegi makan Kaizen Sushi, tak jadi. Pastu nak g Sushi King, tak jadi. Shabu shabu shusi(betul ker?) tak jadi gak sbb sushi konsep steambot. Masak sushi sendiri? Aku ni Japanese food tak reti nak masak. Tak jadi kangg, tu yg tuka tempat lg. Last2 Kenny Rogers plak. Fuhh! Actually ktorg tak suka sangat pun kenny rogers tp sbb Nando's takde kannnn..... masuk jer lah. Imagine jer tahap lapar tu smpai ktorg order Family Meal. Hamekkkau. Member husband plak tak makan sbb dah kenyang sangat. So,bantai lahhhh

Lepas tu, lepak kat Archery Center. Lenguh dowh tangah aku angkat bow tu. Aku mampu main 20 jer. Huhu...

Eh, ni citer pasal Ameer masuk 3 bulan ke apa nih? Takpe lahh, selit sikit.

So, ni ha few pictures taken today. Ada banyak sangat still dlm handphone husband. Belum transfer lg. Nanti aku upload lg ok

Friday, May 24, 2013

Ubun ubun . Fontanel anterior

Posted by mimie at 5/24/2013 01:07:00 AM 1 comments

First of all, aku nak cakap, sekarang ni tgh vacation kat KK plak. Eh, aku dah update ke kami pegi Mom&Baby Expo 10-12 May hari tu? Kalau belum, will update later. Ktorg pegi Melaka gak. Eh, next time la aku citer. Vacation KK pun next time aku citer. Skrg nak citer pasal ubun-ubun.

Oke, al kisah nya camni. Aku perasan few month ago....ala, senang cakap, few weeks lepas Ameer lahir, bahagian depan kepala Ameer macam lembut. Lembut , macam ada satu lekuk seolah2 tengkorak Ameer tak terbentuk sempurna. Risau!

Masa silih berganti, kepala dia still camtu. Sampai lah ke hari ni, on the way ke KK, aku usap lagi kepala dia, still, lekuk tu ada.. lembut. Memang hari-hari aku monitor lekuk tu. Sampai ke hari ni, perasaan aku tiba-tiba risau sangat. Aku mula pk macam-macam. Nauzubillah. Seriously, risau... aku renung muka Ameer, aku renung lekuk tu. Nampak berdenyut. Ya Allah, menitik sikit air mata aku. Aku tak bgtau husband, tak bgtau sesapa. Takut dorg join risau skali.

Sesampai di hotel, aku google ... hasilnya? Tadaaa.... Alhamdulillah... sedikit melegakan. Rupa-rupanya, lekuk lembut dan berdenyut tu adalah ubun-ubun! Atau dalam bahasa scientific nya Fontanel Anterior. Ekeke...lawak nya mommy ni kan! Tak tau tu ubun-ubun! Kalau korg nak tau detail lg, boleh search 'ubun-ubun' .. banyak info penting pasal tu.

Oke, ni haa... Tempat dan rupa lekuk yang aku sentuh di kepala Ameer. Yang aku tanda bulat merah tu. Sebijik rupa dia camtu (aku sentuh pakai tangan jer)

Till we meet again.

XoXo
-mommy risau tak tentu pasal-

Monday, May 20, 2013

Passport Ameer Eskhandar!

Posted by mimie at 5/20/2013 11:13:00 PM 0 comments

Hari ni pegi buat passport Ameer. Hikhik. Kelakar bila ameer amik gambar passport. Kesian, kene baring atas lantai yang di lapik dengan kain biru. Tambah plak ameer baru bangun tido, mana tak nanges bila kene suh baring atas lantai! Ohhhh kesian anak ku!

Untuk bayi, kalau nak buat passport 2 tahun, bayaran cuma RM80, kalau 5 tahun, RM150. So, Ameer buat 5 tahun. Cuba bayangkan, nanti Ameer dah 5tahun, passport dia still gambar baby. Ha ha ha.

Mwahsss..mummy babah sayang Ameer!

Tuesday, May 7, 2013

Twin baby in memory

Posted by mimie at 5/07/2013 10:48:00 AM 6 comments

4 May 2013, genap setahun pemergian anak kembar kami. Abg/kakak kepada Ameer Eskhandar.

Alhamdulillah, sekarang kami dah pun dikurniakan dengan Ameer Eskhandar yang sungguh comel..anak sendiri, mestilah puji kan...hehe..semua baby pun comel.

Aku sekarang banyak update pendek pendek jer kan. Al maklumlah, malas nak bukak laptop. So, update by phone jer. Pastu malas type panjang-panjang, bagi photos jer lah cukup kan.

Meh, sesuai dengan topic, aku nk share few photos kenangan ...hmm. gambar anak kembar kami aku tak upload lah kan sebab dah pernah upload sebelum ni. Lagipun, tak elok rasanya nak post pic tu banyak kali.

Last but not least, buat mommies yang pernah keguguran, sama-sama kita berdoa semoga dipercepatkan rezeki, dimurahkan rezeki kita. Kita bukan kehilangan anak kita, tapi kita antara yang terpilih, anak kita di 'jaga' dengan sangat baik di sana. InsyaAllah, pasti suatu masa kita akan bertemu mereka. Berusaha, berdoa dan tawakal , semoga Allah kurniakan kita dengan anak anak yang sempurna.

Saturday, April 27, 2013

Al Fatihah

Posted by mimie at 4/27/2013 11:15:00 PM 0 comments

Hari ni, aku dikejutkan dengan pemergian seorang insan yang boleh aku panggil mentor breastfeeding. Dua tiga kali aku belek berita yang aku terima di whatsapp. Macam tak percaya..

Teringat masa baru melahirkan Ameer Eskhandar. Arwah whatsapp aku tanya aku BF ameer ke tak. Yups, Alhamdulillah.. rezeki Ameer, sebaik dilahirkan, Ameer pandai hisap. Sampai ke hari ini, Ameer memang bertuah. Arwah offer pinjam breastpump Spectra 3. Mmg beriya2 arwah suruh aku pakai dulu. Dia cakap dia tak pakai buat masa ni. Dia whatsapp husband aku plak lpas tu, suruh ambik pump dari dia. Arwah ckp, dia salah sorg yang sgt mnyokong breastfeeding. Nampak sangat usaha arwah. Dia beriya2 tak bg aku beli yang baru. Dia suruh aku pakai jer breastpump dia. Ya Allah, sungguh... arwah seorang yang sgt prihatin.

Bila dikhabarkan berita pemergian beliau, seluruh badan terasa menggeletar. Tambahan pulak, arwah meninggal disebabkan breast cancer. Ya Allah, tak pernah arwah ceritakan pada aku penderitaan beliau walau sekali. Patutlah arwah beriya2 nk bagi aku simpan dan pakai breastpump tu.

Sayu hati ni bila mengenangkan anak2 arwah yang masih kecil :'( sedih sangat..

Semoga roh arwah di tempatkan bersama orang-orang beriman. Amin ya rabb.

Al Fatihah buat kak Nur Sabrina Bakar.

Wednesday, April 24, 2013

Please Vote for Ameer Eskhandar!

Posted by mimie at 4/24/2013 11:31:00 AM 0 comments

Assalamualaikum & morning semua.. iklan jap :) boleh tolong LIKE pic anakanda  saya. Hehe..

Tolong vote dgn Click LIKE untuk Ameer Eskhandar bin Azrul Azmil .

Click link ni & LIKE (y) gambar Ameer :)   terima kasih banyak2  

Peraduan Baby Idaman Facebook!

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=458386570905257&set=a.456745001069414.1073741841.142791042464813&type=3&theater

Jutaan Terima Kasih buat yang vote. Sila2 lah letak comment (kalau rajin) & add FB saya plak lepas tu yer... TQ! Ameer Eskhandar appreciate every LIKES!

Wednesday, April 10, 2013

Perubahan pola tidur Ameer

Posted by mimie at 4/10/2013 11:00:00 PM 0 comments

Thursday, April 4, 2013

Going back to Doha Qatar as a Babah

Posted by mimie at 4/04/2013 08:43:00 PM 2 comments

Husband dah balik ke Doha on 2nd April. Actually tiket dia on 1st April, tp very last minute, 5.30pm nak g airport, 5pm dia chat dgn bos kat Doha mintak cuti 1 hari lg. Bos dia ckp oke. Aku mcm tak percaya jer.. mahal tu tiket balik Doha. Bukan BTU- KCH. Aku ingatkan husband main2 sbb everything dah ready. Beg dah tgh rumah. Tetiba husband ckp x jadi balik. Like WHAT?!!!!

Alhamdulillah... ada satu hari lg utk spend time sesama. 2nd April, 5.30pm, aku dgn Ameer ikut hantar husband g airport. and again, dpt teguran " ko ni tak berpantang ke?". Thank you atas teguran.

Aku berpantang gak. Aku duk dlm keta, sampai epot, husband chek in, boarding, aku balik. Hmm. Mungkin aku tak faham, berpantang tak boleh langsung keluar dr rumah. Please lah Mimie, please duduk rmh elok2!!!! Aku serious ni wehh!

Sunday, March 31, 2013

Bercuti

Posted by mimie at 3/31/2013 09:16:00 PM 0 comments

Hari ni, babah bawak mummy & Ameer pegi bercuti. Bila upload photo kat Facebook, memasing duk inbox/fbchat/whatsapp : 'dah habis pantang ke?' . Aku tak lah nak cakap modern sangat. Tapi, tak kan lah aku nak post gambar aku berkain batik, pakai pilis, pakai bengkung dalam FB kan. 

Aku berpantang gak. Pegi bercuti, aku bawak jer Set Berpantang Sendayu Tinggi aku tu. Aku makan gak vitamin yang doctor bagi. Tak tinggal. Aku makan gak pati ikan haruan. Hisshhh.. itu lah pemikiran sesetengah orang. Kalau berpantang, kene tunjuk kat semua orang 'gaya berpantang' . Camne gaya berpantang? Nampak penat, nampak lemah, slow sgt, berkain batik, tak boleh keluar rumah. Oke? Oke... nak kene post status kat facebook announce gambar pakai bengkung kot. Post kaki pakai stokin. Oke. Oke. Oke. Terimalah kenyataan. Aku emosi.

Mummy day 31 : 53.5kg
Baby : 4kg

Saturday, March 30, 2013

1 month old

Posted by mimie at 3/30/2013 07:18:00 PM 0 comments

Alhamdulillah, 30 hari yang lalu, lahirlah putera sulung kesayangan kami, 28/2/2013.

Hari ini, genap sebulan umur Ameer Eskhandar. Hari ni, Ami Mang sekeluarga dtg melawat Ameer. Alhamdulillah, Ameer tak buat perangai. Dia duk tido jerr.hihi

Hari ni, mummy d serang 'gegatak' . Tak tau nak explain gegatak tu camne. Senang ckp, mcm allergic, gatal, kembang, merah.

Kebetulan mak Ami Mang tau camne nk redakan gegatak tu. So, mak Ami Mang ubatkan. mak follow jer. Cara?
**daun sirih + cuka di gosok sekitar tempat gegatak**

Kesian nye diri sendiri...mak Ami Mang ckp, tak berjangkit. So, takde lah risau jangkit kat Ameer. Sebab breastfeed kan

Hopefully, cepatlah sembuh.

Oke, sempena 1 month old ni, mummy doakan semoga Ameer Eskhandar jd anak soleh, sihat, kuat, handsome, comel, pintar, bijak, berjaya dunia akhirat dan dikurniakan segala kebaikan. Amin ya rabb.

Tuesday, March 26, 2013

Ameer Eskhandar day -26

Posted by mimie at 3/26/2013 09:51:00 PM 0 comments

Ameer day-25 : 3.88kg

Bawak Ameer jumpa Dr Ho sebab redness kat muka. Dr cakap tu normal. Sebab heat. Dapat ubat sapu jer.

Babah lak pegi Kuching semalam. Alhamdulillah,Ameer oke jer kali ni. Babah buat italk call (video call) jer with Ameer. So far, Ameer respond positive.

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare