Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Saturday, June 22, 2013

Amalan aku masa mengandung

Posted by mimie at 6/22/2013 03:05:00 PM

Assalamualaikum... salam tghari.

Received msgs from friends asking me about my pregnancy. Apa yg aku amalkan etc etc. Meh.. posting kali ni aku citer pasal apa yang aku amalkan sepanjang mengandungkan Ameer Eskhandar bin Azrul Azmil.

1. Awal pregnancy, aku dilanda evening sickness. Aku langsung x makan nasi, lauk, ayam, daging, etc etc. Asyik muntah jerr. So, aku replace dengan buah. Aku amalkan buah kiwi, anggur, oren, jambu. Seriously, setiap malam aku cuma makan buah tu jer. Nasib baik lunch aku boleh lagi makan nasi tp daging a BIG NO for me for the whole pregnancy.

2. Kurma. Aku amal makan kurma sepanjang pregnancy sampailah saat bersalin. Aku makan kurma dalam labor room. Awal preggy aku ada jumpa jus kurma. Aku maybe pernah post pasal jus kurma ni sebelum ni. Kalau rajin, sila search. Hehe.

3. Kismis. Sampai ke hari ni aku still makan kismis tok guru :) sampai nak masak nasi kismis tau. Masa preggy aku suka makan nasi kismis sugarbun.

4. Madu yemen. Yg ni aku tak makan tiap hari tp konsisten, memang ada makan the whole pregnancy. Aku minum sesudu madu campur air suam.

5. Membaca al Quran. Yang ni kami suami isteri cuba khatam Quran sepanjang aku preggy. Alhamdulillah, husband pun dah khatam 2 kali sepanjang aku preggy. Setiap kali lepas solat kami akan cuba untuk mengaji. Kalau sibuk kerja siang hari tu, aku cuba gak ngaji sebaris dua kat surau office. Selebihnya aku ganti lepas solat Asar, Maghrib, Isyak. Alhamdulillah.

6. Sepanjang pregnancy, sebelum tidur aku pasang surah Mariam, Yusuf, Yunus dan beberapa surah lain. Tapi setiap malam, tiga surah tu wajib. Kalau terjaga malam, aku continue lagi surah tu kat handphone. Masa preggy kan selalu terjaga masa tidur. So, bacaan surah- surah tu yang akan menemani aku dan Ameer( yg masa tu masih dlm perut) tidur. Jangan tak tau, seawal baby dalam kandungan lagi, dia dah boleh mendengar. Betul ke tak betul, Wallahualam. Yang penting, aku pasang tu setiap malam memang menenangkan..

7. Masuk third trimester, aku buat senaman ringan sendiri kat rumah. Korg boleh google jenis senaman. Aku pun google and youtube senaman tu. Lepas tu, aku sentiasa bergerak. Meaning to say, aku bukan jenis tidur siang, baring dan tido tido tido. Kan aku amik cuti since January, kat rumah pun sebolehnya aku terus bekerja. Tolong mak kat rumah dan kedai. Haa... jangan ingat aku amik cuti, aku tido jerrr.. sampai sekarang masih cuti dan aku tolong mak kat kedai. Tak tidur siang tau. Kadang- kadang tergoda tengok ameer tido tp still aku jarang sangat sangat tido kecuali terlampau penat.

Ape lagi ek? Nanti aku ingat aku post lagi oke. Sekarang aku curi masa tau. Tengah jaga kedai kebetulan customer takde. Sekarang dah mula ada balik. So, off sat... will continue later. Daa...

Psst... aku tak puas lagi nak citer sbnrnya. Termasuk citer pasal pengalaman aku bersalin hari tu. InsyaAllah dalam minggu depan nak citer in details. Daaa for now

0 comments:

Post a Comment

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare