Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Saturday, June 29, 2013

4 months old

Posted by mimie at 6/29/2013 11:37:00 PM

Alhamdulillah, Ameer Eskhandar dah 4 bulan. 28/6/2013. Syukur, dah 4bulan Ameer minum susu mommy. Syukur, dah 4 bulan Ameer senang nak jaga. Kalau tidur, memang ikut timing dia. Alhamdulillah, setakat hari ni, tidur malam pun oke. Memang terjaga gak Ameer malam malam, especially first 2 months tp senang gak tidur balik lepas bg susu. Seingat aku, sekali jer mak terpaksa tolong tidurkan Ameer. Masa tu Ameer belum masuk sebulan atau sebulan lebih. Pukul 2am baru tidur. Syukur, Ameer senang sangat nak jaga. Usia Ameer 3bulan, dia dah pegi KL, Melaka, KK dan pusing satu Sarawak. Alhamdulillah, senang bawak dia jalan..

Tadi, mommy bawak Ameer pegi Pesta Gudi atau Borneo International Kite Festival. First time mommy pegi. Macam biasa, kalau bawak jalan, Ameer tak nangis langsung. padahal last dia menyusu pukul 4pm, balik rumah 7.30pm baru dia menyusu balik. Kesian anak mommy. Aku bawak jer nursing cover, tapi dia tak mintak, aku pun lupa nak bagi susu. Haishh...love u baby!

Sekarang, Ameer dah pandai pusingkan badan dia . Percubaan awal dia nak meniarap. Pernah sekali, bangun pagi pukul 5.30am, dia sengih sengih, pusing badan, pusing kaki. Almost dapat meniarap. Tapi still dia perlukan bantuan part nak angkat bahu dia masih tak confident . Tapi bila dah meniarap, dia mula la nak tolak kaki dia . Good boy!

Tidur malam pun confirm mengiring ke kiri. Letak jer atas katil, automatic tidur mengiring. Ameer ni senang nak tidur. Bagi dia menyusu badan, confirm tertido. Aku selalu dodoikan Ameer dengan zikir 'La Ilahailallah muhammad rasullullah' .. dia suka aku nyanyikan zikir tu .. setiap kali aku nyanyikan zikir tu, dia mesti senyap... syukur Alhamdulillah

Satu lagi, genap Ameer 4 bulan, mommy dah decide nak bagi Ameer try cloth diapers (cd) plak. Aku dah buat entry pasal CD ni, tp belom habis so aku tak publish lagi. Hhe. Aku beli dari Bummia Kids. So, first cd Ameer adalah Itti Bitti Tutto! Aku dapat RM88. Yay! Satu lagi aku try Snowdrop, murah sikit, RM59.  Aku try 2 brand ni dulu. Tengok camne. Next time nak try pikapu plak. Ahh... mommy dah gila dengan CD ! So pasni mommy slow2 pakai kan CD utk ameer. Mummypoko still ada gak, sbb stock CD masih sikit kan.. hehe. tp aku dah topup insert/soaker bamboo , pun beli dr Bummia Kids (RM55). Hopefully bermanfaat lah utk ameer. Kalau cun, aku plan nak tambah koleksi CD. Yay!

OK lah, Ameer dah tidur, aku pun ngantuk ni wehh. Ohya, jgn complain interface aku outdated. Aku seriously sampai sekarang tak bukak laptop lagi. Duk update post pakai hp jer.. So, terimalah hakikat bahawasanya blog aku tak comel. Alahaiiiii~

good nite lovers! Mwahs xoxo

0 comments:

Post a Comment

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare