Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Wednesday, January 30, 2013

Check up 34w 3d

Posted by mimie at 1/30/2013 11:06:00 PM 2 comments

Hari ni appoinment aku pukul 10am dgn Dr Clarence Chuo. Tepat jam 10am aku sampai Hospital. Bagi kad kat kaunter, lepas tu duduk tak sampai seminit, nurse panggil untuk ukur berat & check urine. Lepas check urine, terus masuk bilik Dr Chuo. Pantas! I loike!

As usual, check BP, Dr Chuo tanya-tanya pasal selera makan etc, dia tanya husband tak ikut ke, dah balik Qatar ke, bila husband balik lagi..bla bla bla... lepas tu, baring, check perut, detail scan..byk dia explain. Aku suka dia explain walaupun sebelum ni dia dah explain pasal ruang jantung baby, AFI index(jumlah air ketuban atau senang cakap Amniotic Fluid , mesti lebih dari 7cm. AF ni menandakan bayi cukup makan dan cukup kencing) , PI index(aku punye 1.0. Aku lupa berapa paras normal tp dia cakap aku nyer normal sama macam last scan. Dr Chuo cakap kau graf PI mendekati x-axes, sgt bahaya dan bayi boleh mati), physical check baby dan byk lagi lah.

So, result for today:
Berat aku : 60.7kg (naik 0.7kg)
Berat baby : 2.33kg
BP : 100/80
Fetal heart rate : 146 bpm
Urine : -ve
AFI : 15cm
PI : 1.0
Position : ceph
Next Appointment : 13/2/2013

Alhamdulillah, syukur semuanya normal. Mudah-mudahan Allah perkenankan doa setiap ibu bapa, yang sentiasa mahukan zuriat yang sihat, sempurna, cukup sifat dan comel-comel belaka. Amin ya Rabb ...

##mama & bapak(parent in law) balik kuching malam ni. Flight Qatar Airways delay plak. So, dorg stay kat hotel before next flight. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Syukur ada suami yang pandai menghargai ibu bapa. Hubby bought flight ticket untuk mama dan bapa honeymoon kat Dubai, Doha, Abu Dhabi & melawat adik (sister in law) kat Jordan dr 6/1/2013 sampai lah hari ni 30/1/2013. Alhamdulillah...InsyaAllah, aku pun teringin nak sponsor mak bapak aku one day. Semoga dimurahkan rezeki...Amin##

##hari ni persian cat kat rumah mak melahirkan 6 ekor lagi baka Persian. Alhamdulillah##

Sunday, January 27, 2013

Photo update at 34weeks

Posted by mimie at 1/27/2013 12:50:00 AM 4 comments

Photo update for today! Naaahh. Its nothing...  :)

Thursday, January 24, 2013

45 days to go!

Posted by mimie at 1/24/2013 10:35:00 PM 0 comments

Dah 33week + . Masuk 8bulan ni, memang cepat penat sikit. Cepat penat, cepat lapar. Tambah plak kat rumah parent sendiri, keje nye melantak jer.

Aku buat keje byk berdiri sikit, terasa berat dah perut ni. Haishh.. takkan nak duduk jer kan? Pun tak elok gak.

Hari ni, sambil tengok tv dengan mak lepas lunch, aku bukak price tag barang newborn baby. kiranya nak basuh semua tp memandangkan start pun sedikit akhir, makanya bukak price tag, masuk bakul, esok pagi jer basuh! Hihi. Masa tu dah pukul 3pm. Kalau basuh, takut tak kering. Mak plak offer nak tolong jemur esok. Eceh!! Mungkin dia tengok aku ni dah slow jalan nye kot.

Sekarang, memang cepat je terasa penat. Position tak cun jer, pinggang lak sakit. Nak tidur pun kene mengiring ke kiri. Alhamdulillah, setakat ni kaki tak bengkak. Cramp pun, 3kali jer. Pergerakan baby, kadang-kadang tu active sampai anak buah aku suka nak pegang-pegang perut ni. Ada time, nyilu, aku terpaksa atur balik cara duduk, usap-usap perut, baru baby diam. Tapi kadang-kadang, aku sengaja pegang perut aku suh baby gerak. Hihi. Suka kacau dia...

Bila tengok perut sendiri, wahhhh!!! Besaunye! Tapi aku hairan, majoriti org kalau tengok perut aku soalan dia mesti :

"5 bulan dah ke? Bila due?"

Sekali aku cakap dah 8bulan, nganga... dorg cakap kecik je perut tp aku rasa besarnya perut aku! Tp, Alhamdulillah..kecik ke besar ke, Allah bagi baby yang sihat, sempurna, cukup sifat, syukur...

Ada yg tanya, apa perasaan aku now. Tak lama lg nak bersalin. Jujurnya, excited! Tak sabar nak tengok anak sendiri. Mungkin kalau dah dekat sangat hari nanti aku nervous kot. Kadang-kadang terlintas gak dlm fikiran aku, cmana la rasa bersalin tu. Sakit tu memang lah tp tak nak pk banyak. Yang aku tau, lepas sakit tu, ada baby dah. Tu yang buat aku belum nervous kot. Dah masuk hospital nanti baru nervous kot? Doakan je lah moga semuanya dipermudahkan dan cepat proses nya. Paling penting, aku harap, husband aku ada di sisi, anak sihat, aku pun sihat. Amin ya rabb

Oke tu jer coretan malam ni. Nak titotitotito... nanite! Assalamualaikum, salam Maulidur Rasul

Sunday, January 20, 2013

Babah balik Doha. 33weeks

Posted by mimie at 1/20/2013 05:45:00 PM 0 comments

Semalam, flight Babah 7pm dr Bintulu - KL. Connecting flight KL-Dubai 2am (20/1/2013). Lepas tu Dubai-Doha 8.30am(waktu Dubai). For first time, Babah balik keja dari Bintulu Airport.

InsyaAllah, Babah will be back to Malaysia , early March 2013. Harap-harap baby keluar masa Babah ada kat Bintulu oke baby..

#baby 33weeks today
#mummy start minum Glucerna SR, susu recommend by Dr Clarance Chuo , Columbia Asia

Thursday, January 17, 2013

Check up 32week at Columbia Asia Bintulu

Posted by mimie at 1/17/2013 10:47:00 PM 0 comments

Alhamdulillah, 16 January 2014, aku dah settle register kat Columbia Asia Bintulu. InsyaAllah, andai di murahkan rezeki, akan continue check up dengan Dr Clarence Chuo, specialist O&G Columbia Asia Bintulu dan bersalin dengan Dr ni jugak.

Masa first jumpa Dr Clarence, dia review aku punye medical record. Bila tengok P.Ling, terus dia kenal dengan Dr Patricia Ling Timberland. Wah! Mana-mana aku pegi, kalau nampak jer record aku terus kenal dengan Dr ni. Kawan-kawan kat Kuching, kalau korg nak buat kat Timberland Medical Specialist Hospital, aku recommend korg buat dengan Dr Patricia Ling. Superb!

So, repeat balik dengan Dr Clarence, dia tanya aku banyak sangat soalan. Tp kalau nak compare cara Dr P.Ling dengan Dr Clarence ni, Dr Clarence Columbia Asia lebih specific, detail, banyak explanation and puas hati dengan service. Tiptop! Banyak benda yang baru aku tau. Selama ni tak pernah plak mana-mana Doktor explain pasal blood flow, tunjuk graph blood flow, bgtau kami pasal blood flow ni penting, tunjuk pada graph, kalau graph tu cecah X-axes, sangat bahaya kepada bayi dan bayi boleh mati within a week,  doktor tunjuk jantung baby pun normal, hidung baby, lips, air ketuban, kidney dia... macam-macam lah. Alhamdulillah, semuanya normal. Semoga baby sihat, grow well and healhty.

So, result kali ni:
Berat aku : 60.5kg (last time : 59.2kg)
Blood pressure : 80/60
Urine : -ve
Placenta : ceph
AFI index : 11.0
Fetal heart rate : 140bpm
Berat baby : 1839g

Lepas jer buat check up, husband ajak pegi Miri. Kakak aku and anak dia pun ikut. Kat Miri sempat beli stokin aku 3 pasang, sapu tangan baby 6 helai, dengan travel beg ROXY skaligus beg hospital aku. So lepas ni nak cuci semua barang baby, barang aku, dan ready dengan beg hospital aku ! Yeay. Excited plak rasanya nak packing and get ready. 

Will update more later...

Saturday, January 12, 2013

I am home, Bintulu

Posted by mimie at 1/12/2013 11:58:00 PM 2 comments

Alhamdulillah.. dah selamat berada di rumah my parent.

Dah start cuti panjang sampai bersalin. Husband lak tak lama lagi balik Doha. Sob Sob Sob..

PIL (parent in law) sekarang berada di Abu Dhabi, esok balik Dubai, lusa pergi Jordan plak. Semoga semuanya happy :)

Hari ni husband kat Brunei.

Nothing much nak update. Perjalanan balik rumah parent, Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Kakak pun ada dtg dari Penang hari tu & join us here.

Esok genap 8 months. Semoga Allah kurniakan zuriat yg sihat, sempurna dan cukup sifat serta dipermudahkan segala urusan. Amin ya Rabb

Thursday, January 10, 2013

Happy Birthday Babah Az 4 January!

Posted by mimie at 1/10/2013 04:23:00 PM 2 comments

Haissh. Memang outdated lah blog mummy ni. Hari ni baru nak update pasal birthday Babah which fall on 4th January. Masuk jer 2013, busy manjang. Sebab? Prepare untuk handover(aku start cuti esok..tinggal 30minit lagi untuk kerja sebelum bergelar mummy!)

Oke, tahun ni birthday celebration as usual di sambut dengan keluarga. Rasanya macam dah 4 kali jer celebrate birthday hubby.

Tahun pertama - Victoria Forest with mama, bapak and friends
Tahun kedua - Resto Galaria with mama, bapak and friends
Tahun ketiga - celebrate sbg newly wed kat Bintulu with family sebelah saya plak sbb mama & bapak dah balik Kuching
Tahun ke empat - Saddad Court with baby, mama & bapak. (celebrate wedding anniversary with friends sbb mama keje masa tu)

Nanti aku try search balik kalau2 ada jumpa gambar2 birthday celebration every year.

Alhamdulillah, tahun ni celebrate birthday husband dengan sempoi. Mama & bapak makan stimbot sampai kenyang. Baby pun kenyang. He he. Tahun ni, husband hadiahkan mama&bapak tiket melancong ke Dubai, Abu Dhabi, Oman, Doha & Jordan. Memula nak belikan 4Jan2013 tp last2 belikan tiket untuk mama&bapak berangkat pada 6January2013 dan Insyallah akan kembali semula pada 30 January 2013.

Dear sayang shankshank,

Happy birthday babah. On ur birthday, baby dah 30weeks 5days. Thank you so much shank sbb jadi husband and soon Insyallah jadi Babah to our little one yg cumil suka tendang2. Masa scan lak, baby tutup muka, xnak tunjuk dulu, nak bg surprise kat mummy&babah. Now, we are counting days to meet our first child secara face to face. Are you ready Babah? Thank you babah sbb byk sgt dah buat mummy happy. On your birthday, mummy xtau nak bagi apa kat Babah. I hope u dont mind mummy bg hadiah simple sgt kat Sky Cafe(psstttt) hari tu. Not really a present actually. I wish i give u something on ur wishlist tp tak mampu mummy nak belikan kereta idaman Babah, R36. Wishlist babah jugak nak upgrade kete kesayangan Babah Mazda RX8 tu pun mummy tak dpt nak penuhkan. I love you shankshank. Semoga keluarga kita sentiasa berada dalam lindungan, rahmat, bahagia dan sentiasa saling sayang sampai syurga. Semoga shank sentiasa sihat, dapat semua yang awk impikan, jadi anak, suami n babah yg soleh n mithali, dimurahkan rezeki, bahagia & berjaya dunia akhirat . I love u shank :*

Love,
Wife aka mummy

Wednesday, January 9, 2013

Last check up with Dr Patricia Ling

Posted by mimie at 1/09/2013 02:35:00 PM 1 comments

So today last jumpa Dr Patricia Ling from Timberland Medical Specialist Hospital Kuching. Dari aku preggy twin, Doktor ni lah yg first bgtau aku pasal good news yg aku preggy twins. Dia jugak lah beriya-iya , bersungguh-sungguh, excited bila aku preggy twin. Tp, mungkin dia doktor, dia semacam tau yg twin aku masa tu ada risiko. Lepas bgtau aku dpt twin, before I leave her room that day, she reminded me

" If you feel uncomfortable, got bleeding or whatever  don't wait any longer. come and see me as soon as possible. If Im not here, I will always available at emergency anytime. You can always reach me"

Dia tahu. Tapi dia masih bagi positive respond sebab masa dia scan tu, kami dpt tengok 2 heartbeat yang sihat. Love u both anak sulung mummy.

A month after our twins pergi, sekali lagi Dr Patricia Ling yg sahkan aku pregnant semula. Dia tak marah. Dia cakap " Good! Good!" . Tak macam some doktor yg terus bg negative respond bila patient terus pregnant semula lepas keguguran. Aku pun dah kene. tp bukan dgn Dr P.Ling. Dia bg motivation & advice. Dia bg duphaston. Dengan kuasa Allah swt juga, sekarang zuriat kami membesar dalam rahim ni dah 31minggu. Syukur atas nikmatMu ya Allah. Kami berusaha tapi kepada Engkau jua kami memohon dan berserah.

Hari ni, hari terakhir aku jumpa Dr P.Ling untuk pregnant kali ni sebelum aku bersalin klak. Terima kasih banyak-banyak Dr Patricia Ling. You are the best! Dan jugak semua doktor dan nurse yang pernah merawat aku. Banyak sangat yg kat KKIA Batu Kawah tu. Tak tersebut dah nama sorg2.

Before aku balik, Dr Patricia sempat wish good luck. Hee.

Plan nak tengok muka baby tak kesampaian sebab baby letak dua-dua tangan dia kat muka. Dr P.Ling siap tolak-tolak tangan baby tp dia still tak nak alih tangan dia. So, just buat 2D scan jer. Alhamdulillah, semuanya nampak normal & sihat. Hopefully, baby grow stronger, healthy & cumil! Hihi...amin

scan, pregnancy, suka suki kehidupan

Tuesday, January 8, 2013

Our first anniversary

Posted by mimie at 1/08/2013 08:56:00 AM 2 comments

Baru nak hapdet pasal anniversary plak. Hikhik

Actually, anniversary kami bukan hari ni. Tapi dah berlalu.

Kami nikah 31 Dec 2011( hari terakhir 2011)
Our reception plak 1 Jan 2012 (hari pertama 2012)

So kiranya setiap kali new year org akan ingat anniversary kami. Hikhik. Ecehhh... perasan! Sebenarnya sengaja pilih tarikh tu sebab setiap tahun, seluruh dunia cuti. Kan? Husband plak keje nya merata jer. So, tak payah apply cuti, insyallah dapat celebrate setiap tahun. Hihi

Mengimbau kembali detik pernikahan & persandingan kami. Let me update pakai picture je kan? Panjang sangat nak citer. Pics yg bawah ni kami belum pernah share sebelum ni. Baru tahun ni kami share. Behind the scene. Yg dah share sebelum ni pics wedding yg molek2 jer. So, ni sebelum nikah, sebelum reception punyer pics.

**rujuk photos d akhir entry...hehe**

Akhir tahun 2012 & awal tahun 2013 plak, ktorg buat ape ? Will update next entry lah yer. Biasa lah, aku men update blog pakai hp jer ni. Nanti aku continue lg oke...

Wednesday, January 2, 2013

Check Up 30w 3d at KKIA Batu Kawah Kuching

Posted by mimie at 1/02/2013 05:35:00 PM 0 comments

Check up. 30w 3d

Hari ni aku dah keje balik after 11 days off. Terasa malas yg amat. Tp, hari ni aku ada appointment kat KKIA.

Nombor bertuah aku 3108.
10minutes sebelum pukul 8am, aku & husband dah amik no. Agak2, hari ni aku habis pukul berapa ek?

Oke, dapat turn 9.30am. Habis 10.30am. Takpyh jumpa Doktor.

Hari ni, baby baik jer. Kalau selalu, nak check heartbeat, dia tendang balik doppler tu. Lari situ sini lah. Sampai nurse pujuk2, lama gak cari. Ni first time baby tak tunjuk nakal dia. Letak jer, terus dpt detect. Hehe. Alhamdulillah..

Today checkup.

Urine : alb & gula both -ve
Hb : 12.1
Berat : 59.2kg(naik 1.1kg)
Blood pressure : 110/70
Tinggi rahim : 30cm
Kedudukan : ceph
Jantung baby : 156bpm

Hari ni, aku dah inform nurse yg aku nak transfer out. So, this will be my last check up here. Aiseyh! Mesti lepas ni rindu nak check up sini. Jumaat ni kene amik both buku pink untuk transfer out & jumpa doktor sebelum aku check out dr sini.

Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Amin ya rabb

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare