Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Thursday, January 24, 2013

45 days to go!

Posted by mimie at 1/24/2013 10:35:00 PM

Dah 33week + . Masuk 8bulan ni, memang cepat penat sikit. Cepat penat, cepat lapar. Tambah plak kat rumah parent sendiri, keje nye melantak jer.

Aku buat keje byk berdiri sikit, terasa berat dah perut ni. Haishh.. takkan nak duduk jer kan? Pun tak elok gak.

Hari ni, sambil tengok tv dengan mak lepas lunch, aku bukak price tag barang newborn baby. kiranya nak basuh semua tp memandangkan start pun sedikit akhir, makanya bukak price tag, masuk bakul, esok pagi jer basuh! Hihi. Masa tu dah pukul 3pm. Kalau basuh, takut tak kering. Mak plak offer nak tolong jemur esok. Eceh!! Mungkin dia tengok aku ni dah slow jalan nye kot.

Sekarang, memang cepat je terasa penat. Position tak cun jer, pinggang lak sakit. Nak tidur pun kene mengiring ke kiri. Alhamdulillah, setakat ni kaki tak bengkak. Cramp pun, 3kali jer. Pergerakan baby, kadang-kadang tu active sampai anak buah aku suka nak pegang-pegang perut ni. Ada time, nyilu, aku terpaksa atur balik cara duduk, usap-usap perut, baru baby diam. Tapi kadang-kadang, aku sengaja pegang perut aku suh baby gerak. Hihi. Suka kacau dia...

Bila tengok perut sendiri, wahhhh!!! Besaunye! Tapi aku hairan, majoriti org kalau tengok perut aku soalan dia mesti :

"5 bulan dah ke? Bila due?"

Sekali aku cakap dah 8bulan, nganga... dorg cakap kecik je perut tp aku rasa besarnya perut aku! Tp, Alhamdulillah..kecik ke besar ke, Allah bagi baby yang sihat, sempurna, cukup sifat, syukur...

Ada yg tanya, apa perasaan aku now. Tak lama lg nak bersalin. Jujurnya, excited! Tak sabar nak tengok anak sendiri. Mungkin kalau dah dekat sangat hari nanti aku nervous kot. Kadang-kadang terlintas gak dlm fikiran aku, cmana la rasa bersalin tu. Sakit tu memang lah tp tak nak pk banyak. Yang aku tau, lepas sakit tu, ada baby dah. Tu yang buat aku belum nervous kot. Dah masuk hospital nanti baru nervous kot? Doakan je lah moga semuanya dipermudahkan dan cepat proses nya. Paling penting, aku harap, husband aku ada di sisi, anak sihat, aku pun sihat. Amin ya rabb

Oke tu jer coretan malam ni. Nak titotitotito... nanite! Assalamualaikum, salam Maulidur Rasul

0 comments:

Post a Comment

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare