Assalamualaikum & salam Jumaat~
Semalam terjaga pukul 3am. Terjaga sebab dgr notification FBChat dari husband nun jauh d Doha...hee... Aku letak ipad sebelah telinga jerr, tu yg terjaga. Bila terjaga tu, aku sedar dlm keadaan mengiring ke sebelah kanan. Tak beralih dari posisi awal aku tido. Wah Wah!
So, aku pusing blah kiri plak.. Bila aku pusing belah kiri, itu dia, si kecik pun turut berpusing mengikut irama. He He. Aku perasan kalau aku mengiring, baby mesti ikut bertukar posisi, pastu kick kick kick. Dia geram mummy kacau dia tido kot? He He.. Aku ketawa sorg2 melayan si kecik dalam perut ni yg merajuk aku kacau dia tido... Seronok rasa movement dia. Kadang-kadang aku sengaja kacau dia, memula aku baring mengiring ke kanan, pastu terlentang, pastu ke kiri ... Memang baby ikut move sambil kick. Letak tangan atas perut, terasa gak siku dia yg kecik comel tuh. Alahai... Gelak sendiri ~~ Comel nye baby mummy & babah!
Oke, cita pasal mimpi aku plak? Semalam aku mimpi ktorg anak-beranak naik flight. Yang aku ingat, naik flight ke Dubai. Seronok.. Amboi Amboi Amboi! Semenjak dua menjak ni teringin sangat nak g vacation plak. Tapi tak nampak jelas plak muka baby, cuma feel jerrr... Happy!
BBT Chart Saya
Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin
Friday, November 16, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
seronok baca kisah mimie. mula baca blog ni masa cari kisah bayi kembar meninggal dalam kandungan sebab saya pun keguguran bulan lepas.
thanks RA creative. keep reading k. dpt gak share story :) insyallah, lepas ni rezeki awk menyusul ... be positive ok dear
Post a Comment