Aku... satu pun tak beli lagi. Aku rasa, kalau pasangan lain, raya pertama sebagai suami isteri, awal dah tempah baju kan? Tahun pertama as husband and wife, kami tak beraya bersama. Hubby will be back to Doha next Wednesday. Aku plak beraya bersama family aku kat Bintulu , Jumaat nanti baru balik kampung aku.
MIL dah belikan baju raya untuk kami. Mak pun dah belikan aku baju raya. Kebetulan, tema untuk kedua2 blah family warna hijau tahun ni. Tp, aku takde mood nak raya. Husband keje. Orang mesti tanya, kenapa first raya bersama as husband n wife, hubby keje?
Kerana.. kat Al Zubarah rig, cuma husband & sorg lagi kwn dia yg boleh buat benda tu. Cuma dua org. Kalau sorg balik cuti, sorg kene keje. Kebetulan, dua2 Islam. Last year, hubby punya turn raya. So tahun ni turn kwn dia. Tahun depan, baru turn hubby balik. Aku oke jer. Sebab, insyallah, tahun depan raya ber-3 , dengan izin Allah.
Semalam, kami terawikh kat Masjid tak jauh dari Matang. Reason? Nak beli char kuey teaw. Lepas terawikh jer, pecut g Kets Kitchen. Owner kedai cakap stall sllalu bukak balik 9.30pm. Penjual char kuey teaw tu g terawikh jap. So, dari 9.15pm, kami tunggu dalam kete. Facing stall. Tunggu punya tunggu, sampai 10.15pm. Maksudnya, dah sejam. Tetiba lampu stall tutup. Ahhh!!! Kalau lampu tutup maksudnya dia tak bukak lagi. Sedih? Setiap malam tau kami tak dapat char kuey teaw since day 1 puasa kecuali 9 August hari tu. Tu pun share makan berdua.
Aku tak tau nak cakap ape dah. Dugaan mengidam char kuey teaw ni memang kuat. Benda yg di idamkan sangat, susah sgt nak dapat. Setiap malam tau kami cari. Lepas terawikh, mesti g stall char kuey teaw yg berlainan. Kadang satu malam, 2-3 tempat kami pegi. Dan semua pun tutup.
Dari Matang, hubby cakap, lets try batu 7. Kalau tak bukak jugak, kita makan ikan bakar. Oke. Sampai situ, yup, memang tak bukak. Stall sebelah meriah lagi dgn ikan bakar. So, kami order ikan bakar jer.
Nanti, kalau baby dah besar sikit dan sihat, aku amik jer flight Kuching-Penang kalau nak sangat char kuey teaw. Lagipun kakak aku duk Kulim. Dpt gak melawat family dia skali ... geram punye pasal kan!!
0 comments:
Post a Comment