Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Monday, August 27, 2012

Back to work!

Posted by mimie at 8/27/2012 11:53:00 AM
Assalamualaikum...

First day working after a week holiday. Last night siap tak bleh tido. Sampai rumah around 9.30pm, duk baring depan tv makan bekalan nasik yang mak siap pack kan. Sebelum balik pun aku dah makan gak sebenarnya tp mak suruh bawak jer nasi, takut lapar sampai rumah. Memang pon. haha! tp simple jer makanan aku. Ikan goreng. Fave skrg ni. Daging masih out. Ayam, cuma boleh makan sup ayam jer. Aku balik Kuching pun siap bawak ikan fresh dari Bintulu. haha! nasib baik masa scan beg kat airport, pegawai kastam tu tak suruh aku tinggalkan atau bukak beg. Aku bawak ikan fresh yang aku masukkan dalam container, bungkus dengan newspaper & plastik sebab takut basah. Ngeee! Bukan ape, kalau kat Kuching ni, susah lah nak dapatkan ikan tu. hihi. ikan tu kalau goreng garing memang awesome! Nampak gaya, makan ikan jer lah aku hari2...

Semalam sepatutnya mertua aku amik kat airport. Tapi sebab Mat & Nabila kebetulan pegi airport, dorg ambik aku. Mertua awal2 dah planning nak ajak pegi Serikin Sabtu ni. wah! Seronot!! OKe. SET! beraya kat serikin lah gamak nye!

Ohya, semalam tetiba aku rasa macam ada benda tarik2 sekitar pusat aku. Macam baby tengah main tarik tali pusat tu kot? hehe.. Memandai jer kan. Tp, tarik2 tu buat aku risau sekejap. Mungkin baby penat naik flight. Rasa tarik2 tu, sebaik sahaja aku angkat beg2 masuk dalam rumah. R.I.S.A.U . aku baring, lama2 takde dah.. ye kot baby main tarik tali?  hope baby sihat!

Semalam masa kat rumah mak, sebelum bertolak ke airport, anak buah aku si Sara (age 4 years old) cakap:

"Chik Tay ada baby kah dekat Kuching? Chik Tay polah baby banyak-banyak. mok macam tok (sambil show semua jari)... Mok baby 10 oke. Sara mok ikut chik tay pegi kuching. "

Meh aku translate : " Chik Tay ada baby ke kat Kuching? Chik Tay buat baby banyak-banyak macam ni (Sambil tunjuk semua jari)... nak baby 10 oke. Sara nak ikut chik tay pegi Kuching"

Masa tu, bapak aku ada kat situ skali. Ha ha.. Tak tau dah aku nak jawab ape kat budak ni. Comel jer suh aku buat baby 10. padahal adik dia si Sofea tu pun baby jugak. baru 6 bulan. Kadang-kadang, Sara duk pegang perut aku, dia cakap nak panggil baby tu baby 'Au Au' la.. macam2 lah panggilan dia kat baby dalam perut ni. Hehe.. Aku pun tak sabar nak tengok baby sendiri..hihi..Insyallah, dengan izin Allah

Masuk office hari ni, aku mual balik. siap nak muntah. Aku tak tau apa yang aku loya kan sangat kat office ni. Eh, dalam office oke lagi sebab boleh mkn minum. Masuk kelas. Lemah sangat. Tetiba loya tak tahan. Aku berhenti bercakap, duduk, relaks & divert my focus. That is the only way kalau aku rasa nak muntah di khalayak ramai. Dan aku berjaya. Kalau kat rumah sendiri, tak segan silu, aku muntah kan jer. Tp, raya hari tu aku mual sekali sekala dan berjaya divert my focus untuk tak muntah.

Ah... panjang plak citer aku hari ni. Bukan ape, baru hari ni bukak laptop. Sepanjang cuti memang tak bawak pun laptop balik. Update pakai hp jerrr..

Anyway, Selamat Kembali Bekerja buat readers semua. Maaf zahir dan batin!




Update 7.23pm... tadi lepas keje aku g beli glucometer brand Accu-Chek Performa harga RM 175 kat Guardian Bolevard. Nanti aku upload gambar k. Start esok nak try test. Hihi. Satu lagi nak update, alahan aku dtg balik plak. Td aku tapau nasi ayam honey lemon dgn mi goreng. Memula aku tapau mi goreng tp sebab teringin nak mkn honey lemon chicken, aku beli gak dua dua. Tp, bila sampai rumah, aku try honey lemon chicken dulu. Mak aih, sesuap dua, aku nak muntah. Tak tahan dengan bau dia. Alamak! Almost muntah bila bau dia sangat2 mengganggu aku. Sedih. Terus stop & continue dgn mi goreng plak. Tak dpt makan gak. Tp aku lapar. so now, lepas ni aku decide nak goreng ikan dgn masak sayur je la.

0 comments:

Post a Comment

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare