Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Tuesday, August 14, 2012

25 Ramadhan. LMP/scan 10w 3d

Posted by mimie at 8/14/2012 09:09:00 AM
Morning...As usual, sahur aku temankan hubby makan. Tp pagi tadi, aku join makan skali. Tp sikit jer..hehe. aku makan buttermilk bun jer.

Bila nak mandi pagi, itu dia.. bergelora rasa nak muntah. Sakit rasa dada bila tahan muntah. Angin banyak, keluar muntah, sikit jer. Lama gak aku duk menahan nak bagi muntah, tengok2, sikit jer yang dimuntahkan. Pheww.

Ni dari application yang aku install dalam hp. Banyak pregnancy application aku install. Hehe. So, dari application tu, dia cakap masuk 10week, alahan mula berkurang. Normal lah kot skrg dah mula slow down. Aku tak muntah setiap hari dah. Selang 2-3 hari baru muntah. Selebihnya tinggal loya-loya. Tp selera tetap kurang. Aku masih tak boleh nak makan ayam & daging. Habis, raya nanti? Aku nak request ikan jer??? Mak.... nak ikan masak asam+kunyittt tuuuuuu!!!!!

semalam... ktorg berbuka seafood lagi. Ye lah, apa lagi yg aku dapat makan kan? Ayam daging dah out terus. So semlm butterprawn, bawal sweet&sour, telur dadar & kangkung garlic. Kangkung garlic dah jadi favourite giler. Telur dadar gak. Hekhek. Bila aku pregnant ni, terasa macam demand jer kan? Makan nak seafood.. Aku nak masak kan untuk husband tapi, dia tak bagi pun. Penat satu hal, lg satu hal takut aku muntah. Sepanjang pregnant ni, serious aku tak pernah masak pun untuk husband. Masak yg simple giler ada lah. Maggie, buatkan air, bun etc etc. Masak lauk, takde.

Yummeyh!!

Malam, g temankan husband ambik second dose injection untuk chicken pox. Sebelum balik offshore, kene ambik injection ni. Tu yg ktorg g KPJ Kuching Specialist Hospital... hehe..ni haaa aku sempat curi2 snap

Hehe...aku edit jerr.hubby tak nangis pun!!

Yeay..esok aku dah start cuti!!! Malam ni sister in law datang dari Jordan. Balik for raya. Alhamduillah, ada lah peneman mama & bapak raya ni. Tahun ni, aku raya dgn family aku. Sebab? Kakak aku tak balik raya tahun ni. Kesian gak dgn parent aku nanti takde plak yg beraya dgn dorg. Tinggal anak laki jer. Lagipun, husband tak raya kat sini tahun ni. Insyallah,raya tahun depan, meriah lah raya family in law aku :)

Esok hubby balik Doha. Mode sedihhhh... sob sob sob. Khamis, aku buat MOGTT. Jumaat, aku amik flight balik Bintulu. Taknak tunggu esok sbb hubby balik :'( tp tak sabar nak balik kampung Jumaat ni.

Kalau husband balik Doha, aku selalu talk to myself '5 minggu tu tak lama lah' .. insyallah, 5minggu cepat berlalu. Amin ya rabb

0 comments:

Post a Comment

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare