BBT Chart Saya
Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin
Tuesday, July 31, 2012
11 Ramadhan
Monday, July 30, 2012
10 Ramadhan - Hubby OFF To Miri
Baru jer nak rest, dah ada yg mengganggu... away sat.. ada keje menunggu.
Ok im back. Now kat rumah tgh makan sambil baring. Baring depan tv. Pemalas nyer!! Aku balik dr office, menggigil rasa kelaparan. Nasib baik ada sausage , bun & nutella. Cepat2 makan & minum rebina. Ya Allah, makin kuat lak rasa lapar. Kalau tu tanda baby makin membesar dgn sihat, Alhamdulillah... selera, masih ting tong. Tghri tadi, kat office, kuat giler rasa nak muntah. Tp mampu tahan.
Alamak! Tgh tengok masterchef season 1, ternampak dorg masak sayur jantung pisang... tetiba teringin plak. Hmm ... jumaat ni balik kampung. Ada tak ek?
malam ni aku tak g terawikh kat masjid. Buat terawikh kat rumah jer. Dari balik keje tadi, aku baring jer.. sebab perasaan nak muntah makin membuak2. Dah berapa kali ulang alik g toilet. Sekarang, tengok sausage pun nak muntah. Minum ribena untuk hilangkan rasa tu. Hmm
Sunday, July 29, 2012
9 Ramadhan
Semalam tghari, aku muntah.. semalam tak larat nak puasa gak. Slumber jer aku g mkn sweetcorn & sausage dalam kereta n minum air. Badan dah gigil, kepala pening... aku minum ice lemon tea sbb nak muntah dlm kete. Pasni takmo minum air tu sbb aku baca teh pun ada kaffein. Urghhh...
Sayang nye tak dpt puasa. Aku duk muntah jer setiap hari. Badan gigil kalau tak makan. Aku mampu puasa 6 hari jer stakat ni. Takpe.. puasa wajib, jaga anak dan kesihatan pun wajib jugak kan. Lagipun, doktor advice aku tak payah puasa. Insyallah, kalau puasa tak dapat, aku still nak kejar fadhilat Ramadhan ni. Terawikh tak tinggal, ngaji.. harap2 Ramadhan kali ni lebih bermakna...amin ya rabb
Tak puasa tp nafsu makan lebih2. Kalah hubby.. sebab rasa mcm nak muntah jer ptg tu, aku baring sampai tertido ptg tadi. Mimpi hubby join pertandingan memasak ala ala MasterChef. Ha ha. Hubby masak butterprawn! Bila hubby kejutkan aku tido, aku gelak2. Aku cite pasal mimpi aku tu. Last2, hari tu, kami berbuka dengan Nestum butter prawn!
Alhamdulillah... baru banyak sikit nak makan..
malam lepas terawikh, g Giant. Nak beli air yg banyak sebab hubby nak travel esok. So....
Friday, July 27, 2012
First Scan 7w 6d On 7 Ramadhan
For first time scan ni, Aku dan hubby buat scan kat Klinik Sharifah Ihsan Jalan Kulas. Ni first time buat kat sini. Selalu buat kat Timberland Medical Specialist sbb dulu tak tau pun kat mana nak scan. Ikut kawan yg suggest. Terus buat kat situ sbb xtau tempat lain. Kali ni, aku try jer pegi klinik sharifah, sbb tu klinik panel aku. Rupanya dapat gak. Alhamdulillah :)
3.30pm sampai klinik. Plan lepas solat jumaat nak g terus. Tp aku mengalami constipation yg agak kronik. Hisshhh... first time aku rasa camni :( so plan nak tny doktor camne nak atasi masalah ni
sekejap jer doktor tu jumpa baby. Sekali letak kat perut, terus jumpa dengan clear. Doktor cakap single, 7w 6d, edd 9/3/2013. Alhamdulillah, syukur ya Allah...
bila aku tanya masalah aku tadi, doktor suggest makan guava. Jangan amik apa2 ubat. Buat secara normal. Then, Doktor nasihatkan aku jangan puasa dulu. Sebab masih terlalu awal dan pernah ada history. Insyallah, semoga si kecik ni membesar sihat dan sempurna...amin ya rabb
Lemme introduce u guys with lil mimie & jr az version 2.0 :)
7 Ramadhan
Hari ni, pagi2 dah aku pening... sekarang kat office pun tengah tahan nak muntah. Sahur pagi tadi aku makan keli, buah apple, nestum+anmum. Lepas sahur, kepala still heavy, so aku baring. Tetiba pukul 6am, aku termuntah... Hmm. Tak sempat nak refill balik sbb dah habis masa. Harap2 hari ni, aku larat...Pagi tadi, ingatkan nak amik cuti tp bila teringat perlu habiskan Chapter 3 untuk subject Healthcare Management Information System, tu yg aku kuatkan jugak pegi keje. Sedey... now rasa macam berombak2 jer dlm badan ni. Nak muntah!Tak selesa giler
Semalam, akhirnya aku dan hubby jumpe gak bazaar kem tentera. Alhamdulillah, terbukak selera aku tengok masakan2 semenanjung. Ktorg beli ayam percik utara, nasi kerabu burung puyuh, nasi kerabu daging goreng, laksa tekan utara, laksa penang, lompat tikam, kuih cara, sup daging, keli sambal. Banyak? Memang! Tp bukan aku dgn hubby jer makan. Skali dgn mertua aku la. He he. Aku cuma nasi kerabu daging goreng, sup daging, hubby pulun sorg2 ayam percik utara dia. Selera memang tiptop la walaupun semlm aku tak puasa kan... sekali aku makan nasi kerabu tu, alamak... gone! Hilang terus selera makan. Kalau aku teruskan, mmg aku muntah.
So, lepas terawikh, aku baring jerr kat bilik. Perut lapar lg. Btau husband, aku lapar tp tak tau nak makan apa. Duk borak2 dgn husband sampai 10.30pm. Last2 aku masuk dapur, panaskan sup daging. Makan. Alhamdulillah, boleh terima. . Sup daging & apple . Lepas tu cepat2 baring sbb dah rasa nak muntah... terus tido cepat2. Heeee
Insyallah, hari ni plan nak g klinik lepas solat Jumaat kot. Doakan baby kami growing healthy yer..Amin
Thursday, July 26, 2012
6 Ramadhan
berbuka semlm g makan seafood. Bawal 3 rasa, sotong goreng tepung, midin bwg putih, butterprawn. Order udang nestum lepas mkn baru perasan tu bukan udang nestum. Aiyark! So, continue jerr...
sahur pg tadi, husband tapau ayam kfc. Aku masak megi ayam campo telur. Macam berselera jer aku tengok ayam tu. Tp awal2 siap cakap kat husband, takut muntah. makan Ayam, daging, memang senang buat aku muntah, kecuali masak sup. Tp aku teruskan jugak sbb mcm oke jer. Dah siap makan, minum, aku mkn duphaston n folic acid. Zappppp... lpas tu, muntah habis!! Nasib baik belum habis waktu lagi.. so, harap2 larat la aku puasa hari ni.. mudah2an, takde effect kat baby kalau puasa..
Ehem...ehem...nampak gaya puasa tahun ni tak full. Dah pecah puasa, makan megi asam laksa & air soya tghri tadi. Dugaan nyer. Skrg ni, 3.30pm pun masih lapar sbnrnya. Takpe...balik keje g bazaar nak cari makanan sedap!
Wednesday, July 25, 2012
5 Ramadhan
Semalam dah mula start masalah constipation. Sebelum ni masih boleh di uruskan lagi. Hehe. So, kene makan byk buah lagi.
Berbuka semalam sangat lah sempoi. Makanan yang sempoi. Husband ajak pegi bazaar kem tentera sebab kat situ jer ada jual masakan semenanjung. Eh, laki aku ni mengidam ke ape. Hehe. Penat ler balik keje ktorg duk pusing2 cari bazaar kat kem tentera sekitar Batu 7, tapi tak jumpa. Takde. Wah! Time2 teringin tu plak boleh takde.Last2 beli kat masjid tak jauh dari rumah. Tu pun tak makan sgt sbb selera nak makan lain. Kat situ takde choice. Nasib baik ada mangga muda mak kirim hari tu. Aku pulun sorg2 buat ulam sambal belacan. Ya Allah nikmatnye. Pastu hubby duk usap2 perut, cakap baby bau belacan .haha.. hubby tak pandai makan sambal belacan, tu yg dia cakap baby dlm perut bau belacan. Hehe.
malam lak, lepas terawikh, aku ajak hubby g cari makan. Jalan2 cari makan. Hehe. Aku tapau nasi paprik untuk sahur, lepas tu ktorg g makan roti canai & roti nan ... yums!
nanti aku update lagi lah....ngantuk plak mata ni....
Tuesday, July 24, 2012
4 Ramadhan
Ptg ni, adik dah fly balik. Aku tak dpt hantar kot. Sbb keje kan. Hubby je hantar rasanyaa....
Ohya.semalam, aku jumpa jugak 'mee puteh' yg aku imagine. Ntah ler, baby tak suka kicap kot, dia takmo bihun goreng biasa. Hekhek... macam2 ... sbnrnya, ni bihun goreng cina. Tp kalau kat Sarawak, normally bihun goreng cina dia mcm bihun goreng biasa, bezanya tak pedas. Lastly, aku jumpa jugak 'mee puteh' yang aku idam-idam kan kat Bazaar Ramadhan Satok. Alhamdulillah.
Malam, lepas terawikh di Masjid next to The Spring, aku,hubby n adik p tengok wayang. Batman! Fuhhh... not bad..jln cerita menarik! Balik rumah pukul 12tgh mlm, aku terus tido. Bangun sahur 4.40am. Mak aihhh! Tp yg seronok nya, aku bangun sahur, aku tengok dapur dah kemas.Baju pun dah basuh.. bilik baju ktorg pun kemas giler! Wahhh. entah pukul brp la hubby tido semalam.. patut la aku duk kejutkan sahur, liat sgt nak bangun.. anyway,thank you very much sayang! Love u
Monday, July 23, 2012
3 Ramadhan. LMP 7w 1d
Ramadhan kali ni, aku nekad berhijrah. Alhamdulillah, sudah tiba masanya. Hati aku dah lama ingin berhijab, tapi masih ada fikiran 'apa org cakap kalau tengok aku berhijab ek' ... RUGI. Solat, buat amal, tapi aurat masih di abaikan. Masa free hair, kalau masuk waktu, masuk surau kat shopping mall, org duk pandang2 jer.. mungkin dalam fikiran mereka, 'dia ni masuk surau, solat, tapi aurat masih bukak' ... Alhamdulillah, aku dapat suami yang sentiasa ingatkan solat. Alhamdulillah, kami diberi kesempatan untuk solat berjemaah di rumah bersama, walaupun tidaklah setiap waktu. Kalau di luar, hubby selalu cakap ' ala...takpe, telekung kan ada kat surau...tak bertudung, tp solat jer dulu'.. Alhamdulillah...kami selalu tegur menegur 'dah solat belum?'..Kalau di office, kadang2 segan jugak masuk surau tapi masih tak menutup aurat. Tapi Alhamdulillah, aku tak malu untuk solat. Tp aku malu, aku solat tapi mengabaikan aurat. Benarlah kata org, solat itu tiang agama.
Insyallah, masih bertatih lagi. Perlahan-lahan. Tapi, aku happy sebab respon kwn2 kat office bila nampak aku berhijab.. "Alhamdulillah"....Respon student.. "wah miss...cantik nya. Macam yuna." Hamekauuu!!! Yuna pon mcm aku. ada gak respon " selamat hari raya madam.. ingatkan lecturer baru" Ha ha ... tak kisah apa pun respon, aku anggap itu respon yg positive. Alhamdulillah... hehe..ada lagi student yg dah terbiasa panggil aku Miss. Ada gak yg panggil aku Madam. Aku tak kisah pon. Hehe. Aku memang jenis yg tak kisahhhhhh
Alaaa... bosan lah. Ape lak cite mende tu. Oke. Hari ni, lunch hour aku g Timberland Specialist Hospital di temani husband dan adik aku. Bukan buat scan. Aku cuma beli Stock Duphaston aku jer. Dah habis since Friday. Hmm.. baru hari ni nak g beli. Dorg bukak record aku, check , oke, memang ada history mc and need duphaston, there u go! Got my stock for 2 week, rm90. kenapa tak buat scan terus? Kan aku pernah ckp, Dr Patricia Ling pegi Ukrain. Next week baru balik. So rasanya aku tak rush nak buat scan gak. Harap2 takde apa2 masalah lah... baby please grow healthy oke!
Bila aku nak buat buku pink? Last pregnancy aku buat masa 5w. Semangat giler, al maklum lah, pertama kali mengandung.superexcited kan. Tak terfikir pun akan di duga dengan peristiwa mc. Tp Alhamdulillah, banyak gak yg aku pelajari dari kisah pregnancy yg lalu. Aku tak pernah menyesal walau ada yg cakap ' tu lah, sape suh byk sgt jalan, byk berdiri, aktif sgt' .. bukan aku angkuh. Tp aku percaya, takdir Allah. Kalau mereka rezeki kami, tak akan ke mana ... andai kali ini rezeki kami, tak akan ke mana jua. Tp, kene ada usaha dan doa. Mudah-mudahan kali ini, di izinkan Allah hendaknya. Berkat bulan Ramadhan...amin ya rabb
Sunday, July 22, 2012
2 Ramadhan 1433H
Pgi, as usual, laundry & jemur baju done.lepas tu, tengok tv jer. Pukul 12 pm tak leh bukak tv3, sebab ada JJCM. He he. Boleh jer tengok tp dengan keadaan sekarang, lebih baik elak. So, tengok Propaganza . Tghari, husband dengan penuh semangat mop satu rumah. Aku nak tolong, dia tak kasi. Dia suruh aku baring jer. Aku angkat sekejap jer tengok dia mop, dia bising suh aku baring. Wah! Bersemangat waja husband aku 2nd day puasa ni . Thank you sayang..
Sekarang tgh tunggu husband nak g bazaar Ramadhan. Aku rasa nak makan bihun putih. Tak tau lah ada ke tak. Aku jer imagine lebih2 sebenarnya . Wujud ke tak resipi tu, aku tak tau. Nasik, ayam, daging memang aku nak elak. Sebab kalau makan, memang aku muntah.sob sob sob. Aku nak buat sambal mangga untuk berbuka nanti. Awal dah pesan kat mak suruh kirim mangga muda kat rumah. Hamekau, 5 biji mangga mak kirim. Alamak. Teringin giler nak mkn sambal mangga!
Ehem... tak sempat pun buat sambal. Tuka plan. Hari ni berbuka di rumah mertua. Hikhik. Lepas terawikh, aku, husband n adik pegi giant. Restock brg dapur . Tak beli pun brg basah. Daging, ayam.. maaf yer encik suami. Tak boleh nak makan benda2 camtu dah :( aku tengok dan cium bau masakan pun dah rasa nak muntah. Pegi bazaar tadi pun dah rasa nak muntah. Tp mampu di tahan. Oh, sup daging oke jer aku makan tadi. Alhamdulillah :)
malam, sebelum tido as usual aku try minum supreMix original. Selama ni aku paksa diri minum, walaupun nak muntah, aku tahan jer. Tp malam ni, rasa nak muntah tu kuat sangat, so aku tak minum dah, hubby yg habiskan. Lepas tu hubby buatkan igmax susu kambing+anmum. Tu jer aku minum.lepas tu makan anggur. Oke. Dah update for today. Nak tido, esok keje.... nite
Saturday, July 21, 2012
1 Ramadhan 1433H
Sahur aku makan butterprawn dgn 2 biji telur mata jer. Air. Nestum. Kurma.
berbuka hari pertama dengan adik dan aunty. Aku order sizzling chicken mee. 2-3 suap, Alhamdulillah
9pm, aku amik husband kat airport. Adik tak ikut. Lepas amik husband, hunting for char kuey teaw. Stall tu CLOSE. Bukan rezeki aku lah.. takpe. So ktorg ronda, jumpa 'suntong tutok'. Suntong tutok ni sotong bakar, lepas tu di ketuk sampai hancur. Sedap jer aku makan kan. Then sampai Plaza Astana, aku minum barli panas, hubby milo ice. Dan order 10 cucok satay ayam, tapau ayam bakar untuk sahur. Tak tau lah, larat tak aku nak makan ayam sok. Lepas tu, terus balik rumah...
11.30pm tetiba muntah. Habis lah keluar 'suntong tutok' dan satay ayam yang aku makan. Sah-sah baby anti dua benda tu.
Friday, July 20, 2012
Tips Berpuasa untuk Ibu Hamil
Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa?
Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
- tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
- susu atau yogurt rendah lemak;
- sup jernih.
- sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
- protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
- karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
- dan, banyak sayur-sayuran.
Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
- nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
- bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
- dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?
Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadan?
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:- Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
- Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
- Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.
Sumber :Tips Berpuasa Ibu Hamil
Mimpi yang Indah
Husband kat Doha dah start berpuasa hari ni . . .
"Selamat berpuasa encik suami! Esok kita jumpa yer!"
Thursday, July 19, 2012
Bubur Pun Tak Bley
Habis makan nasi lemak, aku nak muntah tp sebab kat office aku cepat2 minum air. Hmmm
Lunch, aku cuma makan sayur petola, telur dan tempe goreng. First time lunch tak habis. Hm...
balik keje, aku g McD tapau ayam goreng regular dan bubur ayam. For my dinner! So 6pm aku dah layan dinner. Bubur, habis gak aku makan. Ayam tak habis :( lepas tu, aku baring kat sofa tengok Beauty and the Geek reality show kat Star World. Tiba2, rasa nak muntah, terkedek2 lah aku pegi toilet dan muntah. Ingatkan ok lah makan bubur McD. Rupa2nya terkeluar jugak, dimuntahkan. Hmm. Takpe, first pregnancy aku tak dpt pengalaman muntah2 ni... kalau ini baik dan baby berkembang dengan sihat, aku rela...
Hubby baru je YM cakap dia tgh tunggu chopper dari rig Al Zubarah ke darat Doha. Alhamdulillah, harap2 suami tersayang selamat tiba di sisi aku malam Sabtu nanti. Amin...
Wednesday, July 18, 2012
Sekali Lagi Char Kuey Teaw Is On My Mind
This morning.... terhidu & kat lidah ni dah kuat sangat rasa penang char kuey teaw. Nasib baik kat kuching ada stall ni. Kalau tak, rasanya aku fly ke penang kot. Tapi, sekarang still kene tunggu weekend ni baru boleh menikmati idaman kalbu ni kot.. harap2 bukak ler stall ni as usual bulan puasa nanti...amin
Lunch at 12pm done. But now, 2pm dah lapar balik. Lunch tadi makan kari daging , sayur labu, telur dan sambal kedondong. Kari daging, OUT. Nasib tak termuntah. Sambal kedondong, awesome! Aku dah pesan mangga nanti adik aku bawak sabtu ni. Berbuka dengan sambal mangga kot?
Dinner done. By 6.30pm aku dah rilex2 dpn tv. Kenyang? Tak. Kali ni aku tapau mi goreng. Excited giler nak makan. Mi goreng daging. So balik rumah, Asar jap lepas tu aku goreng telur mata 2 bijik. Ready to eat! Sangkaan aku meleset. Kali ni 2-3 suap, dah! So sad. Aku cuba habiskan telur je.
kenapa aku upload gambar makanan jer? Sebab aku rasa benda tu nampak sangat bezanya dgn aku sebelum ni. Selera makan aku boleh tahan tp pregnant kali ni, Semua Benda tak sedap. Bukan tak sedap jer. Tak boleh nak telan terus. Perubahan tu aku nampak since last week. So, aku nak monitor sampai week berapa selera aku macamni. Tapi, makan tu penting. Membekalkan zat untuk badan dan kandungan. So, kene cukup zat!
Tuesday, July 17, 2012
Lupa Makan Ubat!
Hari ni aku busy sgt. Walaupun cuma ada satu kelas jer, 3-5pm tp busy mengalahkan hari yg ada 6hours class. Ape yg busy sgt? Marking exam papers dan directly submit the report. Busy sampai lupa makan duphaston pagi tu. Tepat jam 12tghri aku submit report pertama. Member terus ajak lunch. Nasib baik lepas lunch aku baru teringat duphaston & folic acid. Fuhhh!
dinner? Im done with dinner before maghrib, yea...as usual, early dinner. Aku tapau roasted chicken rice SCR. Selera naik bila aku campo kicap. 3-4-5 suap, tiba2 muntah.. lepas tu, terus hilang selera macam biasa. Hmmm. kesian baby. Aku dah expect selera takde, dah ada back up anggur, kiwi, apple, oren. So, continue dgn buah. Tu lah skrg ni aku dah tak masak. Sebab kalau masak pun, aku tak lalu nak makan.buat penat masak jer . So amik mudah, tapau.
Tadi, sempat la YM dgn husband bgtau tgh mkn tp tak boleh masuk. Loya dan terpaksa lari2 itik pegi muntah kat toilet. Pastu husband leh cakap camni:
husband : baby kecik lagi. Mana ada dia makan ayam. Sok balik kita makan bubur mcD yer. Baby tak pandai makan ayam lagi tu
Wife : ha ha ha. Baby tak makan ler. Mummy baby yang nak makan. Baby duk sedut zat jer. Bubur McD pun dia taknak makan tau. Baby makan buah jer. Anggur, kiwi, apple, oren
Husband : oke. Nanti kita beli buah banyak2 yer..
Counting days to meet husband & Ramadhan : 4daysMonday, July 16, 2012
6w 1d Or 5w 5d
Kalau ikut LMP(3 June 2012), hari ni dah 6w 1d tapi kalau kira waktu O(19 June 2012) , 5w 5d. So, which one nak ikut eh?
Risau takde selera makan. Lunch aku makan sikit. Balik keje, aku beli colonel rice kfc. Tp bila aku balik rumah, nasi tak habis, ayam aku makan seketul jer. Ya Allah... kenapa dengan selera aku ni.
Now, tgh baring kat depan tv, pakai comforter sebab sejuk. Perut ni lapar lagi. Tapi tak tau kenapa dengan selera aku. Risau sangat. Nak paksa diri makan, tapi tak tau lah nak makan ape. Aku tak sabar tunggu husband balik sabtu ni. Kot2 selera aku naik balik. Tambahan plak puasa, byk makanan sedap kat bazaar ramadhan.
8.20pm update : Alhamdulillah, dah 2 biji apple aku telan. Mknan lain langsung xnak masuk. Aku rasa kalau bagi aku supreme grill chicken kat Sharing Planet pun aku tak nak makan kot. Dulu, boleh kata dlm seminggu 2-3 kali aku g makan. Sekarang, buah jer yang mampu aku telan. Terharu plak bila dapat makan buah jer. Kalau tak, risau giler. Harap2 cukup la apa yang aku bagi untuk anak aku. Aku selalu berdoa dan memohon, semoga apa yang aku makan dan buat dapat memberi kebaikan buat anak kami. Amin... macam ni kot mak aku pregnantkan aku dulu. Mesti dia risau sangat kan.. Terima kasih mak!
Sunday, July 15, 2012
Last Sunday Before Ramadhan
Dah pukul 1pm now. Aku lapar tp tak tau nak makan ape. Sedeyh! Bangun pagi tadi, breakfast kelupis, makanan tempatan Sarawak! Selalunya dapat makan ni masa raya jer. Alhamdulillah, aunty Siah bagi kelupis ayam masak kicap.
Ni plak, dabai masin. Pun only in Sarawak.kalau ada mommies2 semenanjung yang termengidam, sorry yer. He he. Saya tolong pos boleh kot . Hihi. Ni aunty Jem yang bagi. Yums.
Tengahari dah ni. Tolong! Tolong! Aku nak makan ape?
So, end up with plain porridge. Seriously plain. Aku tak campur ape2, mood nak makan plain. Plain porridge + dabai masin + telur mata.
TAPAU!!! :Friday, July 13, 2012
What To Eat?
Aku plan nak tapau, sbb serius takde idea nak masak ape. Tapi sampai sekarang tak tau jugak nak tapau ape. Hmm .. nasi ayam penyet? Tak selera lah... habis nak makan ape? Dulu, selera aku, bedal jer.semua pun aku ON kalau husband ajak mkn. Sekarang, aku xtau nak makan ape. Nak cari ayam percik? Mane lah nak cari... jap lg la sambung pk lahh...
Tadaaa...by 6.20pm aku dah habis dinner, sedang baring2 kat sofa tengok tv. Oh, lupa... sambil makan sugar tangerine. Limau kecik tu.. so, tadi tapau nasi ayam penyet jer. Not bad. Tak habis nasik tp ayam , sambal n ulam habisss! Alhamdulillah...
sampai rumah, Asar jap, lepas tu terus makan depan tv!
Oh..lunch tadi ktorg makan kat Serapi Corner. Aku makan keli. Lepas habis lunch, aku baru teringat, aku pernah terbaca satu thread kat RH cakap tak elok makan keli. So, aku google pasal pemakanan ikan keli masa hamil. and it end up with, ikan keli merupakan antara ikan yang digalakkan dimakan masa hamil kerana mengandungu kandungan Omega 3. Selain ikan keli, salmon, kod dan tilapia. Suggestion, 2-3 hidangan seminggu. So, aku kira makan ikan keli masa pregnant dilarang tu auta jer. Orang cakap berbisa. Bukan sebab makan kot. Aku rasa kalau masak ikan keli tu kot . Sebab nak matikan ikan keli tu kan susah. Takut terkena bisa dia. Aku rasa lah....hehe... (sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pastikandapatcukupkhasiatuntukbayi/Article/artikelMA
sementara tunggu isyak, aku minum SupreMix, mkn kurma kotak ke 3 aku beli. Yang ni lg sedap dr yg aku beli sebelum ni. Sementara tunggu supply kurma dari Doha, aku beli jer kurma yang ni.. Dan aku ready duphaston siap2 sebelum terlupa.
Oke...dah dahh... Yeay! Esok dah Sabtu!!!! Dapat rehat puas2.p Pastu tinggal seminggu lg nak jumpa encik suami!
Thursday, July 12, 2012
Char Kuey Teaw. Update : Everything Seems Taste-less
Naseb baek encik suami balik next week. First day Ramadhan! So, mlm tu, lepas ambik hubby, nak ajak makan char kuey teaw kat 7 on 7, Matang! Wajib... harap2 bukak lerr stall abg tu bulan puasa yer.
This morning, dah minum SupreMix Chocolate. Rasa nya, mmg full. Macam all the mixture, blend together, that is it! No added sugar, I guess. Much better compared to SupreMix Original. Harap2 dpt la semua zat yang diperlukan oleh badan dan kandungan... amin
Now im having dinner. Yup, aku memang jenis dinner awal. Tadi masak ikan bawal asam + salty vege. Tadi, bukan main lagi tak sabar nak makan. Kembang jerr rasa air liur tengok bawal asam salty vege tu. Lapar. But the moment suap nasi, hilang terus selera makan. Bawal, aku makan half jer. Pastu makan buah kiwi 2 biji. Masih lapar. So, aku masak plak sup telur yg aku suka giler. Sanggup tu masak balik... Berselera jer bila sup telur dah siap masak. Tp bila suap ke mulut. . . Hmmm... tak selera jugak. Ohmaii... what happen to me. Everything seems taste-less :( aku lapar dowh... tapi bila suap makanan, takde selera... yg aku dpt makan, buah jer.. so, aku teruskan makan buah apple now. I hope this is normal. Tp last pregnancy, aku makan tak hengat tau. Pernah order grill chicken chop, habis, aku order lagi satu.. hmm..risau plak!
Dalam kepala aku, aku teringat ulam pucuk gajus. Padahal aku tak suka sangat pun makan tu dulu.. pastu nak sambal mangga mak.. hmmm...sedih nya... :'( adik aku baru call, dia cakap dia nak datang 21 july sebab nak uruskan rumah yang dia baru beli. Aku rasa nak pesan kat mak, aku nak ulam pucuk gajus dgn sambal mangga lah...aduh! Sedihnya...bleh plak aku emosi sbb takde selera makan nih :'(
Wednesday, July 11, 2012
Ujian N41 Unimas Dan Biodex!
Lotion, Feminin Wash, IGC Milk, SupreMix Original, SupreMix Chocolate |
SupreMix Original |
SupreMix Original |
IGC Milk |
Tuesday, July 10, 2012
Bahang
Esok, aku leave. Ada exam kat Unimas. Nak cakap aku ni ready, tak jugak. Aku pegi jer. Tak study langsung. Aku serahkan rezeki pada Allah. Aku pegi ni, sebab nak tido puas2 petang esok. Exam pagi jer pon. 8-11am . (Format exam pun aku takde idea)He he he. Doakan aku jumpe tempat exam & ada la rezeki aku kat Unimas. Amin ya Rabb
Oke... aku browse punye browse, rupanya sayur taugeh ni byk khasiatnya. Untuk hamil , kwn2 yang tgh TTC dan semasa pregnant. Salah satu kandungan nya, ada asid folic. So, balik keje tadi, aku tapau sayur tugeh. Ha ha! Sayur pun nak tapau? Yup... hari ni terlampau penat. Class end at 5pm :( Pstt...kawan2 google lah kebaikan taugeh yer..saya nak letak link kat sini, tp update blog pakai phone jer. Malas nak duduk bukak laptop ..baring jer now
Satu lagi, buah kiwi. Dari pembacaan aku, buah kiwi ada 2 jenis, kiwi hijau dan kiwi gold. Tp kiwi gold lg tinggi khasiatnya. So, aku beli kiwi gold!berdasarkan kajian, dua biji kiwi khasiatnya bersamaan dengan semangkuk bijirin campur 2 biji oren dan sebiji pisang!!
Antara kebaikan kiwi ni:
∅meningkatkan sistem imunisasi kerana kandungan vitamin C yang lebih tinggi dr sebiji oren.sebiji kiwi=3 biji oren
∅kandungan asid folik yang tinggi untuk mengelakkan kecacatan saraf
∅mengurangkan sembelit kerana kandungan serat yang tinggi
∅tidur yang nyenyak. Kandungan kalsium yang tinggi akan menenangkan dan menstabilkan perasaan ibu
∅merendahkan tekanan darah. Kandungan pottasium yang sangat tinggi berbanding pisang. Pottasium melawan effect garam(sodium) bagi mengurangkan tekanan darah tinggi
Maklumat tu saya dapat dari internet. Nanti saya paste kan sumber nye ok!
last but not least, nak gak update pasal upt. Ampun yer kalau ada yg dah naik muak tengok aku duk upload UPT jer. Bukan ape, aku risau gak sbnrnya. Nak monitor. Tak tau lah, berkesan ke tak dgn cara monitor upt ni. Huhu. Kebetulan mmg beli murah n byk dgn hamilcomel kan... so, kat bawah ni pic UPT hari ni, aku amik at 6pm tadi. Hari ni dpo21/cd38
Good night....ngantuk sangat dah. Tak tertahan dek mata...baru lepas makan buah kiwi sebijik. He he. Amalan setiap malam!
Symptom pelik
Alhamdulillah...
Cycle June 2012
ovulation suspected happen maybe on 16 June or 19 June (After BBT, Ovulation was 19 June, CD17. Lambat O bulan June - first cycle pada first period lepas MC)
19 June - breast berdenyut sikit2 9am
20 June - Dizziness jerawat naik, breast berdenyut
21 June - breast berdenyut very little.
23 June - breast berdenyut very little, loya lepas mandi (Mimpi ular tedung warna pink)
24 June - cramps kat perut, frequent urination, jerawat kat blakang badan kecik2.. Urghh! Tak pernah ada pun sebelum ni!
25 June - rasa nak muntah lepas makan nasi beriani ayam kat office, berdenyut area pusat dan pangkal paha , kuat sangat rasanya sampai rasa nyilu. I find out 'bendasing' dalam urin macam masa preggy dulu. Baru nampak today.
26 June - Terbangun 2am. Frequent urination. Bangun pagi rasa berat sangat nak angkat dari katil. 'Bendasing dalam urin' masih ada. Badan terasa panas. Lunch Ikan bawal asam, Sayur peria. Telur masin. Untuk dinner (tp makan awal at 5.45pm sbb lapau) grill chicken chop! Lepas makan grill chicken chop, loya lagi. uwek uwek jer. Tido 10.30pm
27 June - Frequent urination. Terbangun 2am. Masa mandi pagi, loya..uwek uwek. Breakfast bubur nasi, lapar lagi, ada mee goreng gak. Nak makan mee goreng tu tp takut loya. loya kat rumah takpe. kat office, segan lak. Lepas ni, kalau preggy balik, takmo kecoh2 satu office tau. . . Pagi2 ni, (8.30am) mengantuk plak
Just got back from lunch. Ikan asam, Sayur paku. Tempe goreng. Tak habis makan sbb takde selera. So, continue dgn anggur & keju 2 keping.
Sempat tidur 20minit sbb lunch balik rumah. 2pm ngantuk balik, kepala a bit dizzy
28 June - Frequent urination , bangun 1am
2 July - Puasa. Lepas berbuka, duduk depan TV. Tiba2 muntah.
3 July - Puasa tak sangat tak tahan. Berbuka awal! Hmpp :(
4 July - Delay 1 day p. Test UPT at 5am, faint line but very clear. Cuma warna tak sama terang (Harap tak datang terus 9 bulan...amin)
8 July - Lepas Subuh tak dapat tido, pening sampai tengahari
10 July - Mengantuk terlampau-lampu.
** Sampai hari ini jer lah aku update simptom pelik yang aku suspek kesan MC rupanya preggy balik... Alhamdulillah, rezeki Allah, tiada siapa menduga. Syukur ya Allah... Semoga kandungan kali ini sihat , selamat, sempurna, cukup sifat dan aku dapat lahirkan anak ni pada waktu kelahiran nya dengan mudah dan tenang. Amin ya Rabb**
Monday, July 9, 2012
Rendang Ayam OH Rendang Ayam
Hidung aku ni duk tercium bau rendang ayam jer. Tapi takde plak orang makan kat office skrg ni. Pelik bin ajaib. Tu yg buat perasaan membuak-buak nak balik, nak masak rendang ayam. Pergh! Hampeh punye meeting.. saje je kan buat pukul 5pm. Office hour end at 4.30pm lah weyyy....
Sunday, July 8, 2012
Beautiful Sunday
Ahad... selalunya, lepas Subuh cepat jer nak tido balik. Hari ni, special sikit. Lepas Subuh, mandi, laundry teros! Now, dah siap jemur baju dah.. siap dah defroze ayam untuk lunch nanti gak. Wah.. apekehe nye aku semangat hari Ahad ni.
Ala..pening lah pulak kepala aku ni...dah paksa diri untuk tidur, tak nak plak..bangun Subuh, sampai skrg aku duk goleng goleng atas katil. Dpt lelap sekejap jer tadi. Sampai tengahari pening ni..hmmm...dugaan...dugaan...
Mama, mak, kakull tau dah al kisah pregnancy kali ni. Thanks atas doa dan nasihat.
UPT UPDATE ..
Above and below Upt 5w 4d (15 july 2012 : 5am)