Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Thursday, June 7, 2012

Rhesus Mempengaruhi Kandungan?

Posted by mimie at 6/07/2012 12:25:00 AM
Dulu masa sekolah saya pernah belajar pasal Rhesus. Apa itu Rhesus? Rhesus ni, kalau kita buat blood test, tengok kat result, Jenis Darah kita lepas tu ada positive(+) atau negative (-). Seingat saya, masa sekolah, Cikgu pernah cakap, ibu yang berdarah rhesus negative (-), mungkin akan mengalami komplikasi semasa mengandung. Saya pun lupa pasal apa. So, hari ni saya search sikit pasal kaitan Rhesus dengan Pregnancy. Maklumat yang saya peroleh, sikit jer. Insyallah... nanti free saya nak kaji balik.

Oh..Alhamdulillah, darah saya Rhesus positive (+) ... Saya berdarah B+ dan suami O+.

Maklumat di bawah adalah dari Utusan Online

Katanya, terdapat tiga peringkat yang dikaitkan dengan kematian janin iaitu peringkat awal antara empat hingga enam minggu kehamilan, peringkat pertengahan ketika kandungan berusia enam minggu. Manakala peringkat ketiga ialah kandungan berusia lebih enam minggu.

Secara umum peringkat awal dan kedua lebih diistilah sebagai keguguran berbanding di peringkat ketiga di mana janin sudah matang dan lebih diistilah sebagai kematian.

Beliau memberitahu, sebanyak lima hingga enam peratus kematian bayi yang dikesan adalah diakibatkan oleh baka atau genetik pasangan suami isteri dan keadaan ini semakin tinggi mengikut peringkat usia kandungan.

Dr. Daud menasihatkan wanita mengandung mengetahui jenis atau kumpulan darah mereka sama ada kumpulan A, B, O dan rhesus.

Beliau menjelaskan, kebiasaannya kumpulan darah A, B, O tidak mempunyai kesan yang membahayakan ibu dan kandungan tetapi bagi ibu yang terdiri daripada kumpulan darah negatif boleh menimbulkan pelbagai komplikasi ketika hamil.

Komplikasi ini juga dikaitkan dengan pasangan suami isteri yang berkahwin dengan saudara terdekat mereka sendiri.

''Kebanyakan wanita di negara ini terdiri dari rhesus positif dan jika wanita rhesus negatif berkahwin dengan lelaki berdarah rhesus positif akan menimbulkan masalah terhadap kandungan.

Beliau menjelaskan, kandungan berusia lapan hingga 11 minggu mempunyai risiko antara 50 hingga 60 peratus untuk terdedah kepada kematian. Manakala janin berusia bawah 7 minggu sebanyak 90 peratus.

Bagi wanita hamil yang berusia 45 tahun ke atas pula katanya, mempunyai 60 peratus berisiko tinggi untuk menghadapinya.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_01.htm


Wallahualam...Dengan izin Allah, rezeki itu pasti ada buat setiap pasangan yang telah berumahtangga.  

0 comments:

Post a Comment

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare