Redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Mu

Lilypie Angel and Memorial tickers

BBT Chart Saya

Semoga Allah swt mengizinkan rezeki ini milik kami...Amin

Saturday, May 19, 2012

Panduan Memberi Nama Anak

Posted by mimie at 5/19/2012 02:00:00 PM

Sampai hari ni kami belum menamakan anak-anak kembar kami yang telah pergi menemui pencipta mereka.. Walaupun tak wajib, tapi saya nak namakan mereka. Cuma tak tau jantina. So, Adakah Muhammad dan Abdullah (sesuai kalau tau jantina lelaki) atau Umairah dan Zur'ah (Tak tau jantina) kalau mengikut maklumat yang saya dapat kat bawah. Atau, ada cadangan nama yang lain?

Rupa twin saya yg telah gugur dalam bentuk graphic. Saya cari rupa mereka yang paling hampir ketika gugur hari tu kat internet :) Saya rasa mereka identical twin, kembar seiras sebab mereka berkongsi placenta :)
 



PILIHLAH NAMA YANG BAIK UNTUK ANAK-ANAK!

( Bilangan 281 Bahagian Pertama)
بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Pemilihan nama yang baik untuk anak-anak adalah merupakan satu perkara yang amat penting. Ia adalah antara perkara yang mulamula diberi perhatian bagi anak yang baru lahir, malahan sejak ia masih dalam kandungan lagi, para ibu bapa sudah mencari dan memilih nama yang akan diberikan kepada anak yang bakal dilahirkan.

Islam mengambil berat tentang nama yang akan dipilih untuk anak yang baru lahir kerana ia mempunyai nilai yang tinggi di sisi agama dan kehidupan seseorang.

Nama merupakan simbol khusus yang dapat membezakan seseorang itu dengan orang lain. Dengan nama itu dia akan
dikenali, dan dengan nama itu jugalah dia akan dipanggil pada hari kiamat kelak. Selain perkara-perkara sebagaimana di atas, nama juga dapat mempengaruhi keperibadian atau mencerminkan sifat orang yang empunya nama. Ini kerana besar kemungkinan berlaku penyesuaian antara nama dan keperibadiannya apabila seringkali namanya itu disebut ketika memanggilnya.

Mempunyai nama yang baik juga akan menyebabkan seseorang itu timbul rasa malu untuk melakukan sesuatu yang boleh
memburukkan namanya yang baik itu. Dan dari rasa malu itulah, ia mampu menyedarkan dirinya untuk terus berusaha memperbaiki akhlak dan keperibadiannya kepada yang lebih baik lagi dari sebelumnya, agar namanya yang baik akan terus terjaga sampai bila-bila.

Oleh yang demikian, pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud atau
makna yang baik, agar peribadi anak tersebut bersesuaian dengan nama yang diberikan kepadanya.

Waktu Menamakan Anak


Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah, sunat menamakan anak pada hari ketujuh selepas kelahirannya ataupun pada hari
kelahirannya berdasarkan hadis-hadis shahih. Sementara harus menamakan anak sebelum dan selepas hari ketujuh daripada hari kelahirannya.

Begitupun Imam al-Bukhari Rahimahullah berpendapat bahawa waktu memberi nama ke atas anak pada hari kelahiran
sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis-hadis shahih adalah bagi ibu bapa yang tidak merancang untuk mengaqiqahkan anak mereka. Sementara bagi ibu bapa yang merancang untuk mengaqiqahkan anak mereka, sunat memberinya nama pada hari ketujuh.

Menamakan Kandungan yang Gugur


Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah adalah sunat memberikan nama kepada as-siqth iaitu kandungan yang gugur yang telah ditiupkan roh kepadanya.

Jika belum dapat dikenal pasti jantina as-siqth itu sama ada lelaki atau perempuan, maka dinamakan dia dengan nama yang sesuai untuk lelaki atau perempuan, seperti Hindun " هند ", Hunaidah " ,"هنيدة Kharijah " خارجة ", Thalhah " طلحة ", ‘Umairah " عميرة ", Zur‘ah " زرعة " dan yang seumpamanya.

Begitu juga sunat hukumnya memberikan nama kepada anak damit (bayi) yang meninggal sebelum sempat diberikan nama.


Menamakan Dengan Nama Yang Baik

Sunat hukumnya menamakan anak dengan nama yang baik. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu ad-Darda‘
Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

إِMaksudnya:
Quote
“Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa-bapa kamu,
maka perelokkanlah nama-nama kamu.”
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Islam menggariskan beberapa hukum mengenai pemberian nama untuk dijadikan sebagai panduan dalam memilih nama yang baik dan bertepatan dengan syara‘. Antaranya:


1) Nama Yang Disukai Allah Subhanahu Wa Ta‘ala


Adapun sebaik-baik nama yang disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala ialah ‘Abdullah " عبد الله " dan ‘Abdurrahman " ."عبد الرحمن

Ini berdasarkan hadis-hadis, di antaranya:

i. Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
اِ
Maksudnya:
Quote
“Sesungguhnya sebaik-baik nama yang disukai di sisi Allah ialah ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.”

(Hadis riwayat Muslim)

ii. Sahabat, Jabir Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa terdapat seorang lelaki di kalangan para sahabat yang
memberikan nama Abu al-Qasim untuk anak lelakinya. Para sahabat melarangnya dari menamakan sedemikian
lalu dia mengkhabarkan perkara itu kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Maka Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda:

Maksudnya:
Quote
“Namakanlah anakmu ‘Abdurrahman.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Termasuk juga sebagaimana kedua-dua nama di atas iaitu ‘Abdullah " عبد الله " dan ‘Abdurrahman " عبد الرحمن "nama-nama yang
disandarkan dengan ‘ubudiyyah’ (penghambaan) kepada nama-nama khas bagi Allah Subhanahu wa Ta‘ala, seperti ‘Abdurrahim " عبد الرحيم ", ‘Abdul Khaliq " عبد الخالق " dan ‘Abdurrazzaq " ."عبد الرزاق

Menurut Imam al-Qurthubi Rahimahullah, nama-nama sebegini memiliki kelebihan, kerana ia menggabungkan sifat-sifat yang
wajib bagi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan sifat yang wajib bagi manusia iaitu ‘ubudiyyah (penghambaan).

2) Nama Para Nabi

Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah bahawa mazhab asy- Syafi‘e dan jumhur ulama berpendapat adalah harus menamakan anak dengan nama-nama para nabi. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyarankan agar
menamakan anak dengan nama para nabi. Ini jelas sebagaimana sabda Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya:
Quote
“Bernamalah kamu dengan nama-nama para Nabi.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Bahkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri telah menamakan putera Baginda sempena nama seorang nabi iaitu Nabi
Ibrahim ‘Alaihissalam.

Diceritakan juga dalam kitab al-Adab al-Mufrad bahawa Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam menamakan seorang sahabat
sempena nama seorang nabi iaitu Nabi Yusuf ‘Alaihissalam. Begitu juga menamakan anak dengan nama Nabi Besar junjungan
kita, Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana sabda Baginda dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah dan Jabir
Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya:
Quote
“Namakan (anak) kamu dengan namaku dan janganlah kamu menggelarnya dengan gelaranku (Abu al-Qasim)”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Disebutkan di dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj, nama Muhammad محمد" ", kemudian nama Ahmad " أحمد " adalah nama yang paling afdhal selepas nama-nama yang disandarkan dengan ‘ubudiyyah’ (penghambaan) kepada nama-nama Allah Subhanahu wa Ta‘ala seperti ‘Abdullah " عبد الله " dan ‘Abdurrahman " ."عبد الرحمن

Adapun menamakan anak dengan nama Muhammad mempunyai banyak kelebihan. Kata ulama:
Quote
Bahkan nama Muhammad
mengandungi beberapa kelebihan yang sangat tinggi, sayugia tiada kosong dari nama Muhammad itu di dalam sesebuah keluarga. Imam asy-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu ketika menamakan anak beliau dengan nama Muhammad berkata: “Aku menamakannya dengan nama yang paling aku sukai.”


Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah, maksud kata Imam as-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu “nama yang paling aku sukai” itu ialah nama yang paling disukainya selepas nama ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.

Oleh kerana nama Muhammad itu nama yang baik lagi mulia, maka jangan dipotong-potong atau diringkaskan ejaannya sehingga menjadi seperti “Md.” atau “Mohd.”, kerana perbuatan itu tiada berkat dan kurang adab terhadap Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.

3) Nama Para Malaikat

Imam an-Nawawi Rahimahullah juga menyebutkan bahawa mazhab asy-Syafi‘e dan jumhur ulama berpendapat tidak makruh
(harus) menamakan anak dengan nama para malaikat, seperti Redhwan " رضوان " dan lain-lain.

4) Nama Tokoh-Tokoh Islam


Boleh menamakan anak dengan apa saja nama selama mana ia tidak bertentangan dengan apa yang digariskan syara‘. Oleh yang demikian, menamakan anak dengan nama tokoh-tokoh Islam seperti Abu Bakr " ابو بكر ", ‘Umar " عمر ", Hamzah " حمزة ", Fatimah " ,"فاطمة Khadijah " خديجة " dan lain-lain lagi adalah dibolehkan.

Menamakan anak dengan nama tokoh-tokoh Islam juga diharap dapat membentuk keperibadian yang empunya nama sesuai dengan nama tokoh Islam yang diberikan kepadanya. Contohnya seorang yang diberi nama Hamzah " حمزة " diharapkan memiliki sikap berani dalam menegakkan kebenaran sebagaimana Saidina Hamzah Radhiallahu ‘anhu iaitu bapa saudara Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang berani menentang musuh-musuh Islam demi menegakkan kebenaran dan kesucian agama Islam.

5) Nama Yang Bagus Maknanya

Boleh dinamakan kanak-kanak dengan nama-nama yang bagus seperti Muhibbuddin " محب الدين " (pencinta/penyayang agama), Zainul ‘Abidin " زين العابدين " (perhiasan orang-orang yang beribadat) dan lainlain nama yang baik.

 
Sumber : Mufti Brunei

 Petikan dari : Halaqah.net - Pilihlah Nama Yang Baik Untuk Anak-anak!

Twinkle twinkle little star...OUR TWIN BABIES

My 2nd pregnancy for year 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Jr Azrul & Little Mimie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare